Sunday, 18 September 2011

VIDEO MUSIC AWARDS SARAT DENGAN MESEJ ILLUMINATI



antara industri yang paling berkesan untuk mempengaruhi minda manusia ialah bidang hiburan.

mengepalai industri ini ialah amerika syarikat melalui industri perfileman dan musik.
...
hollywood mencerna ratusan filem setiap tahun manakala industri muziknya pula menampilkan puluhan penyanyi samada baru atau lama dan juga kumpulan.

kumpulan rahsia dipanggil illuminati dikatakan mengawal serta merencana segala kegiatan industri hiburan amerika selari dengan agenda yang gariskan oleh grup tersebut.

apakah itu illuminati? ia illuminati merupakan sebuah organisasi yang dikawal ketat dan didalangi oleh kumpulan elit, amat berpengaruh dan kaya raya.

illuminati kebanyakannya dianggotai oleh golongan yahudi yang mendokong fahaman zionis serta individu2 lain yang mempunyai aliran pemikiran yang sama dengan mereka.

illuminati bercita-cita mewujudkan satu kerajaan global melalui konsep new world order yang akan berkuasa ke atas segala aspek kehidupan manusia termasuk ekonomi, kewangan, politik, sosial, pendidikan dan agama.

seperti juga saudara kembarnya, freemason dan lain2 pertubuhan yang berlatarbelakangkan pengaruh yahudi, operasi illuminati adalah rahsia.

hanya ahli tertentu yang sudah melalui pelbagai proses inisiasi mengetahui rahsia organisasi ini.

adat dan budaya kumpulan ini berasaskan kepada bermacam-macam isyarat dan simbol mistik yang mempunyai makna yang mendalam berkaitan falsafah dan matlamat illuminati.

oleh kerana di malaysia ramai golongan muda dan remaja mengilai bukan sahaja hiburan artis tempatan malahan juga artis barat, elok kita pelajari sedikit sebanyak makna yang tersurat dan tersirat dalam acara serta persembahan mereka.

baru-baru ini industri muzik amerika mengadakan majlis anugerah 'video music awards 2011' (vma) yang disiarkan secara langsung melalui saluran hiburan mtv.

majlis vma ini diadakan untuk menghargai artis2 yang telah memberi sumbangan dan khidmat besar kepada industri muzik amerika sepanjang tahun lalu.

untuk itu anugerah 'moon man' diberikan kepada artis2 terpilih.

namun vma lebih daripada apa yang kita lihat sebagai satu acara glamer yang gilang gemilang membariskan artis2 terkenal dan persembahan menarik serta pengiktirafan terhadap sumbangan mereka kepada industri muzik.

dalam konteks agenda illuminati vma adalah pentas bagi meraikan kejayaan kumpulan itu menguasai industri muzik amerika disamping peluang menengahkan bakat2 baru yang bakal membawa agenda tersirat mereka

acara media mega yang dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia ini bukan setakat melibatkan beberapa jam aturcara persembahan dan nyanyian diselit dengan ucapan2 tahniah serta gimik menarik.

itu apa yang kita lihat dengan mata kasar tetapi majlis ini mempunyai makna yang lebih besar dan penting bagi illuminati.

pertama ia merupakan instrumen promosi bagi membolehkan sekumpulan srtis yang terpilih terus mendapat pendedahan antarabangsa sementara golongan artis lain dipinggirkan.

kedua, vma ia adalah satu bentuk acara perayaan ritualisitk illuminati yang mengagungkan barisan artis yang telah bersama2 berusaha menjayakan rancangan2 kumpulan ini sepanjang tempoh setahun yang lalu.

seperti vma yang diadakan setiap tahun, acara tahun ini juga tidak kurang hebatnya dari segi gerak geri ritualistik dan elemen simbolik yang sarat terdapat sepanjang persembahan tersebut.

ini sebenarnya mencerminkan situasi dan keadaan sebenar industri muzik yang dilalui di amerika.

setiap langkah dalam persembahan yang dilakukan diatur dengan cermat dan dikoreograf dengan menampilkan beberapa artis pilihan.

mereka masing2 mengambil giliran untuk menganugerahkan trofi 'moon man' kepada rakan seperjuangan.

ia seolah-olah satu bentuk lakonan pentas di mana beberapa pelakon akan muncul pada saat2 tertentu untuk berinteraksi dengan pelakon lain.

kadangkala watak baru diperkenalkan sementara karektor lain dilenyapkan.

mari kita membuat sedikit analisis mengenai vma2011 dan melihat bagaimana agenda illuminati ini begitu sarat diselitkan dalam acara tersebut begitu halus sekali melalui persembahan yang diadakan oleh artis terbabit.

artis utama yang menjayakan vma2011 kali ini ialah lady gaga, kate perry, jessie-j, jay-z, kanye west, nicki minaj, beyonce dan odd future.

artis2 ini mengenakan pakaian yang dilihat sebagai tidak masuk akal, melampau dengan tujuan menarik perhatian penonton serta membawa satu bentuk persona kepada artis yang memakainya.

di atas pentas artis2 tersebut bukan berdiri sebagai watak sebenar diri mereka tetapi memainkan karektor berbeza-beza.

itu merupakan keperibadian ganda atau personaliti kedua (alter ego) lady gaga pada acara itu.

pentas vma2011 juga amat menarik dengan reka bentuk yang membayangkan ia adalah sebuah rahim di mana artis2 yang melakukan persembahan pada acara itu
berduyun2 keluar daripada 'rahim' tersebut seolah-olah mereka dilahirkan.

vma2011 bermula dengan satu ucapan panjang daripada lady gaga yang berlagak sebagai lelaki macho itali dari new york era 1950an bernama joe calderone.

kebanyakan aksi lagy gaga diturutserta dengan gaya persembahan yang canggih dan berbentuk teater yang bertujuan memaksimakan perhatian media termasuk tv dan majalah hinuran.

untuk memperkenalkan singlenya, 'you and i', lady gaga memainkan watak joe calderone, personaliti kedua lelaki.

kebanyakan penonton tidak mengerti langsung apa maksud yang cuba di bawa oleh lady gaga dalam pertunjukannya.

mengapa beliau berpakaian lelaki macho itali untuk menyanyikan sebuah lagu rock country? apa maksudnya?

seperti kebanyakan daripada persembahan lady gaga, jawapan kepada persoalan itu terdapat dalam muzik videonya.

satu sahaja konklusi daripada mesej yang cuba diketengahkan melalui persembahan vma iaitu kawalan fikiran atau 'mind control'.

lebih spesifik ialah kawalan fikiran melalui kaedah program monarch dan penciptaan 'alter ego' melalui teknik pengenalan trauma.

di dalam muzik videonya, lady gaga diikat dan diseksa oleh seorang yang kejam yang mendera beliau dengan metod2 yang biasa digunakan dalam kawalan fikiran iaitu terapi kejutan elektro, penderaan seks, suntikan dadah dan penyeksaan fizikal.

kesemua kaedah ini dipamerkan dengan jelas di dalam video lady gaga. (anda boleh google untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai momarch mind control).

personaliti lady gaga sendiri adalah alter ego kepada dirinya sebenar iaitu stefanie germanotta.

semasa vma2011 lady gaga menyarung pada personalitinya peribadi berlawanan dalam bentuk seorang lelaki.

watak yang dimainkan oleh lady gaga menampilkan seorang lelaki yang berpakaian selekeh, tidak glamer dan sebagainya.

dalam ucapan meleret joe calderone merungut beliau ditinggalkan oleh gaga dan hasratnya untuk kembali bersamanya.

dalam bahasa mantera atau 'occult' penyatuan antara dua elemen yang berlawanan (dalam hal ini lelaki dan perempuan) dipanggil 'alchemical wedding' dan ini
selalu direpresentasi dalam sebuah figur baphomet iaitu dewa licik yang berkepala kambing.

judul lagu 'you and i' melambangkan penyatuan antara dua persona yang berlainan, gaga dan calderone, dan oleh kerana mereka adalah orang yang sama maka ini mewujudkan satu entiti lelaki-perempuan (androgyny) tidak seperti mana baphomet.

dalam dongeng kabbalisme (sejenis occult dalam ajaran yahudi, antara penganut terkenalnya madonna), androgyny adalah peringkat tertinggi yang dicapai dalam occcult dan konsep penduaan atau dualiti sememangnya lazim dipraktikkan ke atas mangsa kawalan fikiran.

dalam erti kata lain, kehadiran joe calderone pada majlis vma tersebut merupakan satu penghargaan besar kepada kawalan fikiran.

gaga bukan setakat berwatak sebagai joe calderone tetapi sepanjang persembahan vma beliau menunjukkan komitmen terhadap personaliti yang dimainkannya.

elok kita jadi penonton yang bermaklumat sebelum kita terperangkap dengan tipu daya dan muslihat pihak2 tertentu yang mempunyai agenda tersendiri untuk melemahkan jati diri dan memesongkan aqidah kita.

No comments:

Post a Comment

Translate's version