Saturday 30 June 2012

isu 500,000 Pengundi Baru Akan Dibawa Ke SPR Bulan Depan

30 JUN: Pertambahan 500,000 pengundi baru di Selangor akan dibawa ke perjumpaan bersama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bulan depan bagi memastikan mereka adalah pemilih yang layak mengundi.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sudah mengenalpasti jumlah pertambahan pengundi baru di Selangor dan akan dibentangkannya pada perjumpaan tersebut.
“Perjumpaan saya dengan SPR bulan depan adalah mengenai hasil kajian yang dilakukan dalam mengenalpasti pengundi-pengundi baru dalam senarai yang dikeluarkan SPR sejak 2008,” katanya dalam media Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.
Semalam, dilaporkan bahawa SPR mengumumkan akan berjumpa semua parti politik di peringkat nasional dan negeri sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyebut, langkah itu diambil selepas sesi taklimat dan latihan kepada semua pengurus pilihanraya.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata, hasil laporan penuh kajian pengundi akan diperolehi minggu hadapan dan senarai nama pengundi baru itu akan dianalisis.
“Pertambahan pengundi baru di 56 kawasan DUN di Selangor akan didekati dan dikenalpasti sama ada mereka berada di alamat yang dicatatkan dalam maklumat yang diberikan oleh SPR,” katanya yang juga Adun Ijok.
Pada bulan April, Kerajaan Selangor melancarkan kempen “Selangorku Bersih” bagi mengenalpasti pertambahan mendadak pengundi baru di seluruh negeri yang meragukan.
Keraguan tersebut timbul kerana, seperti Abdul Khalid dedahkan hari ini, sesetangah kawasan seperti Sri Serdang merekodkan pertambahan pengundi baru seramai 21,000 orang.

HIMPUNAN HIJAU JOHOR:gelombang pru13

 Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
(Hairie Othman, pelakon filem Leftenan Adnan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz)

Majlis yang bermula 7 malam dengan solat Maghrib dan solat Munajat dan Tahlil itu turut menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS oleh Hairie Othman, pelakun filem Bukit Kepong.

Majlis ini menjadi tumpuan kerana sebelum ini isu Bukit Kepong menjadi momokan Umno di Johor kononnya timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyokong Komunis apabila beliau memuji peranan Mat Indera dalam satu ceramahnya.

Ia menjadi sebaliknya apabila pihak yang membuat laporan polis terhadap kes ini memohon maaf kepada Mohamad di mahkamah dan mengaku laporan polis yang beliau buat berdasarkan laporan media Umno iaitu Utusan Malaysia semata-mata.

(Tuan Guru Nik Aziz membacakan doa selepas mengimamkan solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang)

Sepanjang berada di Johor, Tuan Guru Nik Aziz juga sempat mengimamkan solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang.

Beliau mendapat sambutan hangat dari masyarakat tempatan apabila mereka berebut-rebut mahu bersalam dengan beliau.

Himpunan Hijau kali ini disertai juga Jamuan Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Taman Kempas Permai.

Turut diadakan adalah jamuan makan malam bersama masyarakat Cina yang diadakan di sebuah restoran terkenal di Danga Bay dekat sini.
(Selamat kembali ke Johor diucapkan kepada Salahudin dengan MB Kelantan menyerahkannya kepada Pesuruhjaya PAS Johor)

Di pentas utama di Dataran Dahlia, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub secara rasmi diserahkan kepada Johor kembali apabila Tuan Guru NIk Aziz melakukan upacara penyerahan rasmi itu.

Dengan ini, segala berita-berita angin menjadi sahih, Salahudin akan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dengan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Para pemerhati politik berpendapat, dengan lambatnya pilihan raya umum membolehkan mementum PAS malam tadi dikembangkan ke seluruh Johor.

Ini kerana, jika Pakatan Rakyat mahu ke Putrajaya, sumbangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen diperlukan Pakatan dari Johor.

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/11351-gambar-ceramah-pakatan-di-selatan-utara-dan-timur-malam-tadi

Friday 29 June 2012

AWAS tindak-tandukmu wahai anakku...


 Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan anak beliau supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya yang menyokong kumpulan seperti Bersih dan hak seksualiti, berikutan ia boleh memberi ancaman kepada ahli keluarga beliau yang masih aktif dalam bidang politik.
Datin Paduka Marina Mahathir telah menentang bapanya itu dalam beberapa insiden termasuk kumpulan menuntut pilihan raya adil dan bersih. Beliau telah menyertai dua perhimpunan Bersih di ibu negara ini.
“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti,” kata Dr Mahathir (gambar) merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir, yang kini merupakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.
Bekas perdana menteri itu berkata dalam temubual khas bersama online televisyen The Malaysian Observer (MobTV).
“Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata ... jika tidak saya tidak akan kemana-mana.
“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri,” katanya.
Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak gadisnya itu, namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih, yang mana matlamatnya telah dipergunakan oleh pembangkang.
Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LBGT).
“Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu; tappi saya harap tidaklah. Dia ambil berat berkenaan mereka ... namun perlu ada batasan antara mereka, idea homoseks itu baijk, atau kahwin sesama lelaki itu baik.”

Laporan Polis Kontrak Projek 1.1 Bilion:KEADILAN

29 JUN : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli membuat laporan polis berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1.1 bilion.
Laporan berhubung kes itu dibuat di Balai Polis Tropicana di Merchant Square,di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.
Menurut Rafizi laporan itu dibuat kerana menimbulkan pelbagai kegusaran kerana projek besar dan penting ini dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu melahirkan hasratnya untuk menganugerahkan kontrak terbabit kepada Konsortium George Kent, seperti yang dilaporkan oleh Business Times pada 22 Jun lalu.
Rafizi juga memberitahu sebelum ini beliau sudah didatangi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membeuat siasatan terhadap pendedahannya sebelum ini.
‘Tetapi laporan polis dibuat kerana lebih percaya kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Dagangan yang lebih professional,” katanya.
Jelas Rafizi, beliau akan mendedahkan skandal ini sedikit demi sedikit dari masa kes semasa agar pihak lain juga tampil untuk memberikan ulasan dan bukti berkenaan skandal ini.
“Kita menunggu untuk pihak Perdana Menteri memberikan komen berkenaan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.
Sementara itu, Ketua Biro Undang-Undang PKR, Lateffa Koya berkata SPRM tidak perlu menunggu laporan dibuat kepadaSPRM kerana suruhanjaya itu mempunyai bidang kuasa yang lebih meluas untuk melaksanakan siasatan.

Sah..!!..khir toyo takkan jadi calon sungai panjang..

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Dr Mohamad Khir (gambar), anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama: “Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain.”
Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam, bernilai RM3.5 juta.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.
Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai Menteri Besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 2008.
Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.
Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.
“Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi masalah,” kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000. — Bernama

Thursday 28 June 2012

DR MAZLEE:DAP anti ISLAM hanya propaganda politik sempit..!!

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malek berpendapat hudud tidak boleh dilihat dari sudut hukuman semata-mata tetapi perlu melihat matlamatnya secara menyeluruh.

Beliau yang juga turut mengajar subjek tersebut di UIAM berkata, objektif yang ingin dicapai melalui hudud adalah ingin menjadikan sebuah masyarakat yang bersih dan baik.

"Saya melihat menariknya hudud itu bukan dilihat kepada hukumannya tetapi dari sudut objektif yang mahukan sebuah masyarakat yang bersih tanpa jenayah, rompak, rogol, tuduhan zina mahupun memaparkan gambar-gambar orang berzina di dada akhbar dengan niat untuk memfitnah," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam program Wacana II: Adakah Dasar DAP Mengancam Islam anjuran Roketkini.com bersama Lim Guan Eng di sini malam tadi.

Tambahnya lagi, oleh kerana mungkin masyarakat berbilang kaum di negara ini sukar menerima perlaksanaan hudud, namun ianya boleh dilakukan dengan melaksanakan objektif-objektif yang terkandung di dalam hudud itu sendiri.

"Bila kita melaksanakan objektif hudud itu seperti meningkatkan keadilan, pemerintahan yang telus, banteras rasuah mahupun meningkatkan intergriti pihak berkuasa dan undang-undang.

"Dengan secara tidak langsung objektif yang dilaksanakan dalam hudud akan dapat dicapai tanpa perlu melaksanakan hukum tersebut," katanya.

Dalam pada itu beliau melahirkan rasa kesal dengan pihak tertentu khususnya di kalangan Melayu yang sering menuduh DAP sebagai anti Islam.

"Persepsi propaganda ini dimainkan sejak dulu lagi, iaitu semasa DAP belum menyertai Pakatan Rakyat yang berniat untuk menimbulkan kerisauan terhadap Islam dan orang melayu.

"DAP anti Islam hanyalah dari sudut pandangan Umno sahaja bukanya orang lain, malah MCA juga ada mengeluarkan kenyataan yang tegas mengenai Islam tapi ia tidak dilihat sebagai anti Islam kepada Umno," katanya.

Tambahnya lagi, jika dilihat kepada perlaksanaan dan dasar-dasar DAP sehingga kini tidak ada suatu pun yang mengancam Islam apatah lagi bukti yang dilakukan oleh parti tersebut di Pulau Pinang.

Penarikan tanpa mohon maaf hina Ambiga dan rakyat

28 Jun: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengecam sekeras-kerasnya penarikan balik kenyataan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohammad Aziz yang meminta Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan kerajaan.
Ahli Jawatankuasa Bersama Pemandunya, Dr Wong Chin Huat berkata, kelancangan Mohamad itu perlu bersekali dengan permohonan maaf kerana tanpa tindakan itu beliau dianggap telah menghina.
“Penarikan balik tanpa memohon maaf merupakan satu penghinaan kepada Datuk Ambiga sendiri, Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia,” tegasnya.
“Bukan hanya Sri Gading patut mohon maaf, Ahli Parlimen Lenggong (Datuk Shamsul Anuar Nasarah) yang turut setuju dengan cadangan itu juga perlu minta maaf.
“Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional sepatutnya tidak berdiam diri, beliau patut mengawal anak buahnya dari mengeluarkan kenyataan sebegitu. Dengan berdiam diri maknanya dia juga bersetuju,” katanya dihubungi Keadilan Daily.
Mengulas mengenai kenyataan kononnya Ambiga patut dihukum bunuh kerana cubaan menggulingkan kerajaan, Wong menegaskan, Ambiga hanya menggunakan haknya sebagai rakyat yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan untuk menuntut pilihan raya adil dan bersih.
“Jika menuntut perkara sebegitu merupakan satu penderhakaan, maka kami Jawatankuasa Bersama (Bersih) dan seluruh 300,000 rakyat yang hadir pada himpunan Bersih 3.0 juga patut digantung!” tegas Chin Huat lagi.
Mohamad menarik balik kenyataannya itu hari ini setelah diarahkan Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidy Jaafar.
Dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin, beliau mahu Ambiga dikenakan hukuman gantung.
Mohamad menuduh Ambiga membuat khianat dan ingin menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan Bersih 28 April lalu.
Ianya selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun meminta satu keputusan berhubung kenyataan Mohamad yang disifatkannya sebagai keterlaluan, berbaur hasutan dan perkauman serta boleh mengancam nyawa Ambiga.

Wednesday 27 June 2012

AMBIGA hendak dihukum gantung oleh MP UMNO..?!!

Pertama kali dalam sejarah negara ada Ahli Parlimen (MP) meminta rakyatnya dihukum bunuh
disebabkan perbezaan ideologi politik.
Perkara ini terjadi semasa Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz dari Barisan Nasional dalam ucapannya di
Dewan Rakyat semalam meminta Pengerusi Bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk
Ambiga Sreenevasan digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan kerajaan.
Mohamad menuduh Ambiga membuat khianat dan ingin menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan Bersih 28 April lalu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan itu bersifat hasutan dan berbaur perkauman, serta boleh
mengancam nyawa Ambiga.
“Belum pernah dalam sejarah, ada Ahli Parlimen minta seorang warganegara dibunuh.
“Adakah ini cara Umno BN kendalikan isu hak dan kebebasan?” soalnya lagi.
Tambah Guan Eng, kenyataan itu sangat serius dan tidak boleh diterima, justeru tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Kata beliau, pihaknya tidak mahu membuang masa meminta Aziz menarik balik kenyataan tersebut tetapi mahu semua
wakilnya membuat laporan polis agar Aziz dapat disiasat sewajarnya.
Menurutnya, laporan polis akan dibuat esok namun belum dinyatakan di balai polis mana.
“Ini bukan kali pertama, sebelum ini ada senaman punggung dan buka gerai di hadapan rumahnya.
“Sangat jelas Ambiga jadi sasaran kerana beliau seorang wanita India beragama Hindu padahal beliau hanya Pengerusi
Bersama Bersih dan perhimpunan itu dianjur oleh banyak badan bukan kerajaan (NGO),” jelasnya lagi.
Mengecam kenyataan itu sebagai ekstrem, kata Guan Eng, beliau tidak ingin membuang masa meminta Mohamad untuk
meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu.
“Sebab itu kita akan buat laporan polis esok dan berharap pihak berkuasa akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya pada
sidang media di Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga di
Bukit Damansara, kerana membantah penglibatan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0.
Pada 10 Mei lalu, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) membuka gerai burger di hadapan
rumah beliau, kononnya untuk membela nasib peniaga yang mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 merugikan mereka.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjelaskan, Mohamad Aziz tidak mempunyai kekebalan walaupun
membuat ancaman itu di Parlimen.
“Menurut artikel 63 Perlembagaan Persekutuan, ada empat perkara yang dikecualikan (dari kekebalan), iaitu soal raja-raja Melayu, Artikel 152, Artikel 153 dan hak kewarganegaraan,” jelasnya.
Hadir sama di sidang media itu adalah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, MP Bakri, Er Teck Hwa dan MP Jelutong,
Jeff Ooi.

Tuesday 26 June 2012

PRU13 semakin hampir,isu scorpene umpama 'PELURU' buat najib

Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 billion) pada 2002.
Dipetiki laporan Reuters, Najib yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan, dan penyokong beliau sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.
Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di mahkamah di Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia, (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online.
Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut.
Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan “pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau organisasi”.
“Di Malaysia, biasanya ... kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat,” kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib.
Dokumen lain pula menyebut, bekas ketua eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada “agensi pelancongan” yang diwujudkan bagi mencetuskan “pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya.”
PEMBUNUHAN ALTANTUYA
Joseph Brahan, peguam yang mewakili Suaram di mahkamah di Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya.
“Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar,” kata Breham.
Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu.
Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan.
Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan.
Breham berkata kepada kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara.
Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.
Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006.
Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.
Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad.
“Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib),” kata Ahli Parlimen pembangkang, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram.

jangan 'emo' sangat...bekas p'garang NST

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir Jasin (gambar)berpandangan, rakyat negara ini tidaklah perlu 'emo' sangat dengan kehadiran diplomat Singapura dalam perhimpunan Bersih 3.0.

"SAYA rasa kita tidaklah perlu “emo” sangat mengenai kehadiran diplomat Singapura di tunjuk perasaan Bersih pada 28 April lalu.

"Saya yakin banyak lagi Suruhanjaya dan Kedutaan yang hantar wakil untuk meninjau, memantau dan membuat laporan diplomatik peristiwa itu.

"Apalah yang hendak dihebohkan sangat, bukankah sejak bertahun-tahun mereka menghantar wakil meninjau, memantau dan membuat laporan mengenai mesyuarat agung Umno, PAS, DAP, PKR dan bermacam-macam kegiatan politik lagi?" tulis Kadir dalam blognya.

Bagi beliau, "Itu kerja mereka. Melainkanlah mereka sah pakai kemeja T kuning Bersih, berarak kutuk kerajaan Malaysia dan buat laporan yang memihak kepada Bersih. Yang kita patut risau ialah diplomat kita di luar negara tidak buat macam diplomat Singapura buat di Malaysia."

Kadir mengulas tindakan Menteri Luar memanggil Duta Besar Singapura ke Malaysia bagi membantah kewujudan diplomat dari Singapura dalam perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.

Selain itu, media Umno turut menyiarkan kenyataan Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang membantah kewujudan diplomat Singapura dalam perhimpunan itu.

Sekumpulan penyokong Umno juga berhimpun depan kedutaan Singapura bagi membantah perkara itu. 


Singapura Tahu "Rahsia" Kita



Bagi Kadir, yang perlu difikirkan oleh Malaysia adalah kegiatan perisikan sulit Singapura ke atas Malaysia.

"Maksud saya bukan hadir di tunjuk-tunjuk perasaan atau berjumpa wartawan dan pengarang, tetapi mencari rahsia sebenar," tulisnya.

"Itu pun kita di Malaysia tidak perlu peningkan kepala dan tidak lena tidur kerana memang pun Singapura lebih hebat daripada kita dalam hal ini," tulisnya.

Tentera dan perisik mereka dilatih dan bekerjasama rapat dengan Amerika dan Israel.

Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) mempunyai empat buah kapal terbang pengintip dan amaran awal jenis Gulfstream G550-AEW buatan Amerika/Israel yang boleh mengesan, mengenal pasti dan mengekori sasaran udara lebih 200 batu nautika dari Singapura (370.4 kilometer) iaitu melepasi Kuala Lumpur.

Ia juga mempunyai pesawat pengintip kawalan jauh (UAV) jenis Elbit Hermes 450, IAI Heron, Searcher dan Scout yang semuanya buatan Israel. UAV Elbit Hermes 450 boleh dikawal dari bumi sehingga 200 kilometer dan terbang selama 20 jam tanpa henti.

Jadi, memang Singapura tahu pergerakan tentera dan strategik yang berlaku di sebahagian besar Semenanjung Malaysia siang dan malam, sama ada dengan menggunakan kelengkapan pengintipannya sendiri atau dengan bantuan Amerika/Israel. 
Secara kebetulan, tulisnya, kerjasama tentera antara Singapura dan Israel bermula pada 1965 iaitu sebaik saja Singapura disingkir daripada Malaysia.

"Masalahnya ialah ramai orang kita jahil mengenai geopolitik, pertahanan dan perisikan. Yang mereka tahu ialah buat bising mengenai pembelian senjata sehingga satu dunia tahu kekuatan dan kelemahan kita," tulisnya lagi.

Singapura Bimbang Perkembangan di Malaysia

Berbalik kepada kehadiran diplomat Singapura di tunjuk perasaan Bersih, beliau rasa tujuan sebenar mereka adalah membuat laporan mengenai peristiwa itu kerana Singapura sangat bimbang dengan perkembangan politik di Malaysia.

Semua orang tahu, katanya, yang supremo Singapura, Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) amat bimbang dengan kemungkinan PAS berkuasa di Malaysia, sama ada dengan sendirinya atau melalui kerjasama dengan parti-parti lain.

Kedua, mereka hendak tahu psikologi penunjuk perasaan dan respons pihak berkuasa kerana mereka bimbang hal yang sama lambat laun akan berlaku di Singapura. Jadi mereka mahu bersiap sedia, tambah Kadir.

Harus diketahui iaitu sebelum merdeka (daripada tahun 1940-an hingga 1960-an), Singapura mengalami banyak tunjuk perasaan ganas oleh barisan bersekutu komunis (Communist United Front).

Dan ketiga, mereka perlu tahu kesan perkembangan politik di Malaysia ke atas keselamatan pelaburan dan rakyat jelata mereka di Malaysia. Apatah lagi sekarang apabila kerajaan Malaysia begitu beria-ia memujuk pelabur dan pelancong Singapura.

Namun begitu, katanya, Malaysia tidak boleh menolak bulat-bulat kemungkinan adanya parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik tertentu di Malaysia yang menggunakan perwakilan asing untuk tujuan politik mereka, termasuk memburuk-burukkan imej Malaysia di mata dunia.

"Bagi saya, mereka inilah yang lebih berbahaya dan perlu diawasi kerana mereka boleh diperalatkan oleh agen-agen perisik luar untuk mendapatkan rahsia negara kita dengan tujuan melemahkan kita dan menjadikan kita boneka mereka," tulisnya lagi.

Altantuya diFrance,foto menjadi bukti..!!

Manakala penyiasatan polis Perancis menunjukkan Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis dari tahun 1999 hingga 2006, terdapat gambar-gambarnya yang diambil di Paris yang disiarkan beberapa tahun lepas, yang menunjukkan sebaliknya.

Laporan mengenai siasatan polis Perancis telah disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT) dalam artikel bertajuk 'French probe: Altantuya never entered France' (Siasatan Perancis: Altantuya tidak pernah masuk Perancis').

Laporan yang disiarkan semalam itu berdasarkan dokumen sulit siasatan yang dikemukakan kepada inkuiri kehakiman Perancis yang sedang menyiasat dakwaan pemberian sogokan dalam perjanjian pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 antara firma Perancis, DCNS dan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, pada tahun 2007, satu siri foto diberikan kepada Asia 
Sentinel oleh Syed Abdul Rahman Al-Habshi - bekas konsul kehormat Mongolia di Malaysia - yang menunjukkan Altantuya "sedang makan angin ke Eropah".

Menurut portal berita yang berpejabat di Hong Kong itu, Syed Abdul Rahman ketika itu enggan menyatakan dari mana datangnya gambar tersebut.

Ianya dipercayai telah ditemui bersama barangan milik Altantuya selepas dia dibunuh, demikian menurut laporan Asia Sentinel dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Who was Altantuya Shaariibuu?'('Siapakah Altantuya Shaariibuu?') tulisan John Berthelsen pada 5 Disember tahun tersebut.

NONE"Jika anda ke lamanAsia Sentinel, anda akan melihat gambar-
gambarnya berdiri di depan Louis Vuitton, Buddha Bar, Notre Dame Catheral dan lokasi-lokasi lain di Paris," kata Berthelsen kepadaMalaysiakini.
Berthelsen, bekas wartawan Asia Wall Street Journal di Malaysia, juga berkata, keluarga Altantuya enggan mengulas lanjut mengenai gambar-gambar tersebut.

Bagaimanapun, pada bulan April tahun ini, bapa Altantuya - Setev Shaariibuu - memberitahu satu sidang akhbar yang dianjurkan oleh Suaram di Kuala Lumpur bahawa visa anak perempuannya itu ke Perancis, dikeluarkan di Kuala Lumpur di bawah nama itu "Amina Abdullah" dan anaknya itu sepatutnya memasuki Paris selepas terbang ke Jerman.

Monday 25 June 2012

kerabat diraja N9:UMNO punca raja hilang kuasa

Krisis Perlembagaan Institusi Diraja berlaku berpunca dari sikap gila kuasa pentadbiran Umno-BN bagi memastikan segala khazanah negara berligar dikalangan para kroni sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri bukannya disebabkan oleh Pakatan Rakyat (PR).
Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan berkata kesan dari tindakan tersebut menyebabkan rakyat pelbagai kaum di nagara ini telah sedar yang akhirnya bertindak menolak Umno-BN.
Sehubungan itu Umno tidak mempunyai pilihan selain dakwaan menuduh PR menjadi berpunca kepada gelombang perubahan kebangkitan rakyat dan menjadikan isu penyingkiran raja-raja melayu sebagai agenda tersembunyi PR.
“Saya berpolitik sejak awal umur 20an, niat jahat Umno-BN saya cukup kenal. Saya bergaul dengan mereka dari pemimpin bawah hingga pemimpin atasan. Itu merupakan rancangan awal mereka dahulu sehinggalah sekarang.
“Gelombang itu mereka sudah rasainya. Jadi sekarang merekalah kononnya yang mempertahankan Raja-Raja dan menuduh PR yang cuba jatuhkan Raja-Raja. Ini merupakan satu pembohongan dan temberang yang cuba dimainkan oleh Umno-BN kerana mereka tahu niat itu datang dari mereka jadi mereka campakkan niat itu kepada PR pula,” katanya dalam Program Terus Terang oleh Selangorku.
Malah, dakwanya, usaha bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir cukup jelas memperalat institusi raja-raja bagi merealisasikan cita-citanya menguasai pelbagai kuasa pentadbiran.
Jelasnya, beliau memburukkan raja-raja untuk merampas kuasa raja kerana itulah beliau mengurangkan imuniti kuasa raja-raja.
“Salah satunya beliau memburukkan raja-raja dengan menfitnah dan apabila raja-raja menjawab dengan memfaxkan surat kepada media massa seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times, tiada langsung maklum balas.
“Contohnya, Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993, ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu bermula.
“Menteri itu berkata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara dan raja-raja akan diseret ke jalan raya,” katanya yang merupakan anak saudara kepada Bekas Yang Dipertuan Agung ke-10 itu.
Tambahnya, oleh kerana hal itu, kini pemimpin Umno-BN sudah tidak relevan dalam banyak perkara kerana pemimpin parti terlalu rakus serta tidak bertanggungjawab.
“Sebabnya mereka ini perasuah, semua orang tahu. Lihat sahaja media, akhbar, isu scorpene di luar negara pun banyak hanya media massa negara ini sahaja yang tidak mahu siarkannya bagaimana penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
“Dalam banyak kempen yang saya kunjungi, semua orang mengatakan pemimpin bawahan hinggalah pemimpin atasan parti itu adalah perompak. Saya rasa sebab itu mereka ini sudah tidak relevan kerana pemimpin mereka terlalu rakus,” katanya dalam rancangan Terus Terang yang akan di siarkan di www.Selangorku.com pada 29 Jun jam 9.00 malam nanti.

Monday 18 June 2012

fikiran sempit MP UMNO b'hubung himpunan BERSIH 3.0

 Kenyataan dangkal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyerlahkan bahawa beliau secara terang-terangan menghina rakyat, kata Shuhaimi Shafie.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda itu menyelar Nazri kerana menyifatkan betapa berbahayanya air mineral dan garam yang boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan menyasarkan perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
“Beliau menuduh perhimpunan Bersih 3.0 sebagai gerakan subversif dan komunis, dan menggunakan alasan terdapat ‘elemen-elemen’ atau dakwaan ‘ada satu atau dua demonstran’ yang mahu membunuh dan membuat kacau.
“Beliau nyata mahukan Bersih 3.0 bertanggungjawab akibat perbuatan segelintir satu dua anak muda yang ‘naik darah oleh provokasi polis upahan’ yang membuat kacau.
“Walau bagaimana dangkal sekalipun kenyataan oleh Nazri itu, ia terpaksa dilakukan kerana tiada jalan lain. Kenyataan tersebut tidak akan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya pada kenyataan.
Katanya, rakyat sama sekali tidak akan berdiam diri, sebaliknya bangkit menolak sikap bongkak Umno Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Secara amnya, tidak ada seorang rakyat pun yang mahu pemimpin mereka mengatakan mereka bodoh, dan tindak balas pahit itu akan dirasai apabila Nazri Aziz mengira undi nanti. Orang di Perak pasti akan menghukumnya kerana kenyataan ini.
“Yakinlah, tindakan memperkecilkan rakyat dengan kaedah menghina tahap IQ rakyat sebegini sememangnya akan ada tindak balas yang nyata. Lebih-lebih lagi jika ia dilakukan di negeri-negeri maju yang penduduknya rata-rata berpendidikan tinggi seperti Selangor,” kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor itu lagi.
Beliau mengingatkan Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas itu bahawa kuasa rakyat yang bangkit bakal meleyapkan Umno BN sekaligus dapat mengajarnya supaya tidak lagi mendabik dada.
“Nazri harus beringat, hayat politiknya juga sama panjang dengan hayat Umno BN, akan tamat pada PRU 13 akan datang. Beliau boleh mendabik dada sekarang dan mengecilkan pemikiran rakyat, tetapi percayalah, rakyat hanya menanti masa untuk menguburkan Nazri, Umno BN dan semua konco-konco jahat mereka!
“Sepertimana mata pena lebih tajam daripada mata pedang, air dan garam, termasuk coretan pangkah pada kertas undi kepada calon Asal Bukan Umno (ABU), bakal menghasilkan kerosakan maha dahsyat kepada Umno dan BN dengan cara yang lebih menggerunkan dan lebih menakutkan daripada peluru mahupun bom,” kata Shuhaimi lagi.

Translate's version