Friday, 23 September 2011

UNDILAH SONGS:diharamkan oleh UMNO?..atas sebab...

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu menjelaskan larangan terhadap stesen televisyen tempatan menyiarkan video yang mengajak orang ramai mengundi, tegas Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, antara mereka yang muncul dalam klip video itu yang turut menampilkan ahli politik BN seperti ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.
“Saya amat terkejut membaca berita bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan penyiar tempatan berhenti menayangkan hebahan khidmat awam (PSA) – “Undilah” – yang diterbitkan oleh Pete Teo dan dilancarkan pada Hari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“PSA (Undilah) yang disertai diri saya sendiri dan ramai lagi tokoh masyarakat Malaysia, adalah satu usaha tak berpihak untuk mengajak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi bila tiba masa pilihanraya nanti, demi mengukuhkan proses demokrasi yang diamalkan di negara kita.
“Ia bertujuan memupuk semangat demokrasi di kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira pihak mana yang disokong,” kata Izzah.
Menurutnya, ketika pemimpin negara begitu gah mahu menjadikan Malaysia negara “demokrasi terbaik” di dunia, tindakan SKMM itu jelas merosakkan usaha-usaha tersebut dan memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya.
“Saya memohon SKMM menjelaskan arahan yang dikeluarkan kepada penyiar tempatan,” kata Nurul.
Sehubungan itu, beliau mendesak SKMM menarik balik arahan tersebut sebaliknya “mempromosi video ini sebagai satu langkah yang dapat memperkukuh demokrasi di negara tercinta ini”.
“Janganlah kebebasan SKMM diperkuda demi permainan politik seorang menteri yang sudah jelas ketinggalan zaman, yang semakin hilang ditelan arus pemodenan corak politik tanahair,” tambahnya.
SKMM – dalam satu emel minggu ini dilapor – mengarahkan Astro dan Media Prima Bhd supaya berhenti menyiarkan video ‘Undilah’ kerana ia menampilkan ahli politik pembangkang serta tokoh politik kontroversi Umno, Tengku Razaleigh.
Turut muncul dalam video itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua; ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dan ADUN PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bersama-sama dengan artis-artis seperti Namewee dan Afdlin

No comments:

Post a Comment

Translate's version