Friday 31 August 2012

Janji BERSIH; K.L dihentam badai kuning kembali

Pertama kali dlm sejarah negara setelah 55 tahun MERDEKA,dataran yang menjadi tempat rakyat berkumpul tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti individu mahupun berkumpulan..kerajaan UMNO/BN menyambut distadium bukitjalil,disamping menawarkan pelbagai hadiah semata-mata ingin rakyat datang memenuhi acara tersebut..



Rakyat yang tetap berkumpul didataran merdeka majoriti berpakaian 'KUNING' umpama membuat reunion
BERSIH 2.0 and BERSIH 3.0..slogan janji BERSIH ini antaranya menuntut 8tuntutan yang masih belum dilaksanakan bahkan dibutakan dari pengetahuan rakyat terbanyak..






 Walaupun tidak seramai himpunan BERSIH 3.0 4 april 2012 lalu,ia tetap gah membadai lautan KUALA LUMPUR..laungan BERSIH kembali bergema disudut-sudut kotaraya MALAYSIAku yang tercinta ini..rakyat kali ini tidak di'JAMU' water canon ataupun belantan sang FRU mahupun SB yang mengila babi pijak rakyat,ataupun kejar rakyat umpama LEmbu terlepas kandang..suasana lebih tenang namun terasa gegak gempitanya dihati rakyat yang mahukan perubahan dilakukan..PM NAJIB boleh menipu diri sendiri atau pun menafikan dimedia ampu beliau(UTUSAN,TV3,RTM dengan memberi imej negatif kpd himpunan JANJI BERSIH malam ini..namun sudah terlambat krn jelas dimata dunia apa rakyat mahu pd PRU13 kelak..ketahuilah janji RAKYAT itu pasti .sambutan 55 tahun ini didoakan adalah sambutan akhir buat kerajaan umno/bn diputrajaya..amin..HIDUP2..!!..HIDUP RAKYAT..!!






Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning – diri kita yang se
jati –
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!”
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

SASTERAWAN NEGARA A.SAMAD SAID (pengerusi bersama BERSIH 2.O)

Thursday 30 August 2012

KES NIZAR:Utusan sah pembohong rakyat..


Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutori hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

NONESehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.
"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu. 
Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.
Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.
NONEMohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.
"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.
ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter.

Wednesday 29 August 2012

AiR percuma kekal terjamin:SELANGOR


 29 OGOS : Kerajaan Negeri memberi jaminan akan meneruskan pemberian air percuma kepada rakyat di negeri ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk terus memerintah Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri memiliki rizab simpanan tunai yang mencukupi malah meningkat sehingga RM2.1 bilion pada suku kedua tahun ini, berbanding RM1.9 bilion sebelumnya.
Kenyataan Abdul Khalid itu sekaligus menyangkal dakwaan Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia(UUM), Prof Amir Baharuddin yang mengatakan Selangor bakal berdepan defisit serius sekiranya meneruskan dasar pemberian air percuma kerana tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan air di negeri itu.
“Ada juga ahli akademik yang tidak pandai mengira. Apa yang penting ialah rakyat melihat apa yang sudah dilaksanakan Kerajaan Negeri baik dari segi pemberian air percuma, peningkatan rizab negeri dan keupayaan melaksanakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini.
Dakwanya lagi, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, sebaliknya bergantung kepada kutipan cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang.
Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut menolak kenyataan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang mengatakan tiada kenaikan tarif air sekiranya projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap.
Beliau berkata, Chin yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air masih gagal memahami isu pembinaan Langat 2 yang sememangnya memerlukan dana yang besar untuk dilaksanakan.
Katanya, dana itu perlu dibayar sama ada melalui kutipan cukai atau kos tarif yang akan disalurkan untuk pelaksanaan projek tersebut.
“Tiada apa yang percuma walaupun dia memberi geran kepada Negeri Selangor. Ini kerana geran itu adalah hasil daripada kutipan cukai rakyat. Maknanya kita sudah bayar kepada Kerajaan Pusat lebih awal.
“Kenyataan Chin itu melihatkan beliau sebenarnya kurang faham tentang penggunaan belanjawan negara. Sebab itulah beliau tidak dilantik menjadi Menteri Kewangan,” sindir Abdul Khalid.

RM30 upah penuhkan stadium;terdesak lagi memalukan buatmu umno..


 29 Ogos: Kerajaan Umno BN didedah mengerahkan kakitangan awam dan badan berkanun hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan bagi menjayakan Himpunan Janji Ditepati yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos ini.
Surat arahan yang sama juga diedarkan kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurut sumber daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.
“Berdasarkan surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 penyertaan dan setiap jabatan wajib hantar wakil.
“Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai t-shirt, tetapi tidak diketahui bila duit itu akan diberikan,” katanya kepadaKeadilan Daily.
Bagaimanapun kata beliau, sebagai balasan, mereka yang hadir akan diberikan cuti ganti sehari.
“Kalau ikutkan surat tersebut, pihak penganjur mahu capai ‘target’ lebih 100,000 hadir program itu,” katanya.
Pengerusi KTMB, Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed merupakan Koordinator BN Selangor yang juga Ahli Parlimen Sepang.
Ramadan lalu, kakitangan KTMB dijadikan alat kempen kerajaan semasa program penyampaian kurma di beberapa stesen terpilih dengan memakai baju korporat BN.
Pada April pula, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.
Baru-baru ini, iklan kempen ‘Sayangi Selangor’ yang menampilkan gambar Datuk Seri Najib Razak mula ditampal di tangga, tiang dan gerabak komuter, terutama di laluan menghala ke Pelabuhan Klang.
Gambar Perdana Menteri itu diiringi slogan ‘Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan’ dan ‘Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup.

timbul HUDUD:mainan umno utk serangan akhir PR


Umno BN cuba mengalih sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (Pakatan) dengan mereka-reka pelbagai isu termasuk isu hudud menjelang pilihan raya, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Setiausaha Agung KEADILAN itu menegaskan, rakyat tidak akan terpedaya dengan perangkap lama Umno berhubung isu raja, agama dan bangsa bertujuan untuk memecah-belah Pakatan.
Beliau berkata, rakyat kini lebih matang berpolitik dan tidak akan masuk perangkap tersebut, malah strategi lapuk itu hanya akan memakan diri sendiri.
“Ketika Pakatan mengajak rakyat memilih kerajaan masa depan berasaskan dasar yang lebih kompiten seperti pendidikan percuma, gaji minima, reformasi demokrasi, kebebasan bersuara, tawaran tol percuma dan penurunan harga minyak, tapi Umno BN hanya mampu memainkan isu hudud (agama).
“Ini menunjukkan mereka tak bersedia berganjak daripada pola politik lama, sedangkan rakyat sudah jauh berubah,” katanya pada sidag media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Anthony Loke.
Semalam akhbar Cina, Sin Chew Daily mendakwa PAS berhasrat mengusulkan pindaan perlembagaan di Parlimen dalam usaha melaksanakan hudud sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, isu hudud merupakan senjata terakhir Umno BN untuk mengekalkan kuasa.
“Jika strategi ini menjadi, Perdana Menteri tidak teragak-agak membubar Parlimen dan mengadakan pilihan raya segera dengan harapan rakyat akan kembali menyokong BN,” ujar beliau.

Selangor raikan hari merdeka/hari MALAYSIA esok:khalid ibrahim


 Kerajaan Selangor menganjurkan Sambutan Malam Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri pada malam esok, 30 Ogos di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bermula 8.30 malam.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan, tema bagi sambutan tahun ini sama dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’.
“Saya bagi pihak barisan pimpinan kerajaan negeri mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55, dan selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-49 kepada seluruh bangsa Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan.
Pelbagai acara disediakan kepada orang ramai antaranya, perbarisan dan perarakan 56 kontinjen terdiri daripada pasukan tentera, jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan.
“Kita juga menyediakan persembahan kebudayaan dan keseniaan serta persembahan istimewa iaitu kawad senyap oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” jelas Khalid.
Seperti yang dilapor Keadilan Daily semalam, Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan menyampaikan ucapan sempena sambutan kali ini.
Orang ramai khususnya rakyat Selangor dijemput datang bagi memeriahkan sambutan.

KHidmat BERSIH 2.0;mahasiswa gesa kaji prk


 29 Ogos: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diminta menilai tahap pilihan raya kampus (PRK) yang dilihat tidak adil.
Permintaan itu dibuat Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) melalui penyerahan memorandum bertajuk ‘Gesa Bersih Nilai Tahap Pilihan Raya Kampus’ kepada Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.
Pengerusi SMM, Safwan Anang berkata, ia berikutan PRK yang dijalankan selama ini tidak menggambarkan amalan demokrasi di kampus.
Justeru, mahasiswa meminta Bersih 2.0 selaku badan yang sah memberi nasihat dan menilai PRK tersebut.
“Kami dilayan seperti budak sekolah (dengan) undang-undang yang tidak munasabah. Bagaimana kita ingin memupuk kesedaran politik di kalangan mahasiswa?” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor selepas penyerahan memorandum itu.
Hadir sama, Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A Samad Said.
Tuntut lima perkara
Dalam memorandum itu, SMM mengemukakan lima tuntutan berhubung PRK kepada pihak universiti dan Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT).
Jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional (PMN), Edikoup Lakip Sediyanto berkata, universiti diminta mengumumkan segera tarikh PRK yang sepatutnya dibuat Mac lalu.
Beliau juga menunjukkan dokumen Ops 2020, yang pernah didedahkan Mei lalu, menunjukkan penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam penangguhan tarikh tersebut.
“Tempoh berkempen juga perlu dilanjutkan (sekurang-kurangnya) lima hari berbanding hanya tiga hari sebelum ini.
“Tempoh kempen PRK di Universiti Malaya sebelum ini hanya tiga hari, iaitu Jumaat hingga Ahad. Ia bertambah sukar kerana ramai mahasiswa tiada di kampus pada hujung minggu,” kata Edikoup.
Antara tuntutan lain adalah peraturan kempen yang lebih bebas, cara pengundian yang telus dan dwi-sistem (atas talian dan manual) dan penyediaan dana dalam bentuk wang atau material kepada calon.
Tuntutan mahasiswa sama dengan Bersih 2.0
Dalam pada itu, Ambiga memaklumkan, Bersih 2.0 akan menilai referendum itu dan menyifatkan isu yang dibawa adalah sama dengan tuntutan Bersih yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.
“Kami ambil berat dengan apa yang berlaku dan akan meneliti prosedur PRK dan bagaimana ia dilaksanakan pada masa ini.
“Selepas itu, kami akan cuba berhubung dengan pihak universiti bagi membincangkan tuntutan ini. Ia adalah sesuatu yang baik apabila mahasiswa berani dan ambil berat akan (prinsip) demokrasi,” kata Ambiga.

Monday 27 August 2012

UMNO/BN upah editor ISRAEL hentam ANWAR IBRAHIM


KUALA LUMPUR 27 Ogos: Akhbar British, The Guardian mendedahkan bahawa pihaknya baru-baru ini mengetahui Joshua Trevino, kolumnis konservatif Amerika Syarikat (AS) adalah perunding upahan bagi agensi yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia.
Ekoran itu, akhbar ini menamatkan perkhidmatan Trevino sebagai koresponden Amerika.
Beliau didakwa mempunyai hubungan dengan syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalan dan menguruskan laman web Malaysia Matters(Perihal Malaysia) yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pembangkang di negara ini.
Dalam satu kenyataan pendekThe Guardian Jumaat lalu, Trevino dikatakan telah melanggar kod etika editorial kerana tidak mendedahkan hubungan beliau dengan agensi dari Malaysia itu.
“Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya didedahkan,” kata Ketua Editor Guardian AS, Janine Gibson.
Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran George W Bush.
Beliau melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Fitnah II Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi.
Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain sepertiHuffington Pos.
Agensi yang dikatakan mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia itu,FBC Media didedahkan membesar dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib telah membayar berjuta-juta pound agar FBC menjalankan “Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa”, bagi membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94juta untuk tiga tahun bermula 2007.
Najib juga telah memberi kontrak untuk strategi perhubungan awam, temasuk kepada APCO Worldwide, syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di mata dunia.

Sunday 26 August 2012

BAJU kuning akan kembali ke DATARAN MERDEKA KL

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyeru ahli parti itu supaya hadir pada himpunan Janji Demokrasi yang akan diadakan pada malam 30 Ogos bertempat di Dataran Merdeka.

Beliau turut menyarankan agar peserta yang hadir pada himpunan itu nanti akan memakai baju warna kuning – warna yang simbolik dengan kempen tuntutan pilihan raya bersih dan adil.

"Kita galak ahli PAS hadir pada santai merdeka (Janji Demokrasi) pada 30 Ogos sehingga malam masuk 31 haribulan bersama 44 NGO lain yang akan berkumpul bagi merayakan hari kemerdekaan.

"Pada malam yang sama kita juga akan adakan sambutan kemerdekaan di Selangor (Shah Alam).

"Kita galak supaya semua yang hadir memakai warna kuning kerana tuntutan BERSIH kita masih berterusan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat biro politik di ibu pejabat PAS hari ini.
Mohamad juga berkata, Pakatan Rakyat juga akan menganjurkan satu program sama pada hari tersebut di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Selain itu, PAS juga mengumumkan bahawa siri program Himpunan Hijau anjuran parti itu akan diadakan untuk sambutan peringkat negeri Sabah dan Sarawak.
Naib presiden parti itu Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Hijau di negeri Sabah akan diadakan pada 1 September dan di negeri Sarawak pada hari berikutnya.
 "Kita adakan himpunan hijau secara besar-besaran kerana kita dapati sokongan di belah sana semakin memberangsangkan," kata Mahfuz lagi.
Himpunan Janji Demokrasi sebelum ini dipromosi sebagai nama Janji BERSIH.

Nama perhimpunan itu ditukar kepada Janji Demokrasi memandangkan pergerakan tersebut tidak dikaitkan dengan gabungan NGO BERSIH, walau sebahagiannya merupakan anggota gabungan badan tersebut.

Nama Janji Demokrasi itu juga disesuaikan dengan tema Janji Ditepati yang dijadikan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-55.

SYAiTAN itu BARISAN NASIONAL:TUN M


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.

"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.
NONEBeliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.

Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.

Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.

Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.

"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu.

Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya.

Wednesday 15 August 2012

Situasi Sebenar Air Selangor Akan Diketahui Setiap Hari


 Rakyat Selangor akan mendapat maklumat terkini tentang situasi bekalan air negeri setiap hari daripada Jawatankuasa Pemantau Kerajaan Negeri terhadap  Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Jawatankuasa tersebut akan mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari selepas selesai mengadakan mesyuarat harian dengan pengurusan Syabas.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah ini bertujuan memaklumkan perkembangan terkini tentang status pembekalan dan perkhidmatan air kepada seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Cara ini juga membuktikan Kerajaan Selangor sangat telus dalam menangani isu pembekalan air demi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan setimpal dengan kadar tarif air yang dibayar.”
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco di sini hari ini.
Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi betanggungjawab memantau operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.
Ia anggotai pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS).
Laporan pertama jawatankuasa mendapati keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari (MLD) berbanding keupayaan agihan SYABAS 4,371 MLD.
Ini bermaksud terdapat lebihan 436 MLD yang Syabas tidak mampu agihkan.
Sebelum ini, dilaporkan jawatankuasa tersebut juga mendapati angka peratusan rizab air terawat yang dikeluarkan Syabas sebanyak dua peratus tidak tepat.
Rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi air siap sepenuhnya.

JANJI BERSIH:kecewa program sengaja diprovoc..!


Gabungan Himpunan Janji BERSIH akan memastikan himpunan yang akan diadakan di ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka, 30 Ogos ini akan berjalan dengan aman.
Penggerak utama Himpunan Janji BERSIH, Datuk A Samad Said berkata beliau kecewa dengan pihak yang cuba untuk melakukan provokasi terhadap himpunan tersebut.
Katanya, himpunan itu adalah usaha menuntut pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.
“Hanya pihak tertentu sahaja yang sengaja mempersulitkan keadaan dan hal demikian bukan datang daripada kita”, katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata Janji BERSIH hanya merupakan satu himpunan yang mengkehendaki para pesertanya memakai pakaian berwarna kuning untuk menyambut Hari Merdeka.
Tokoh sasterawan yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad berkata satu mesyuarat lanjut akan diadakan malam esok bagi membincangkan provokasi kumpulan anti-BERSIH.
Baru-baru ini Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) dilaporkan mengancam untuk bertindak agresif terhadap perhimpunan itu.
Samad turut menyangkal dakwaan pihak polis kononnya program itu cuba mempolitikkan sambutan Merdeka.
Katanya, perkara itu tidak timbul kerana program itu dibuat bersama 26 kelompok NGO yang mahu lapan tuntutan BERSIH ditunaikan.
Antara tuntutan tersebut adalah membersihkan daftar pemilih, menyediakan akses media yang adil kepada parti politik, menggunakan dakwat kekal dan memberi tempoh kempen minima 21 hari.
Sementara itu, Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata mana-mana pihak tidak perlu mengadakan provokasi kerana perhimpunan itu merupakan perhimpunan aman.
“Mengapa menjadi kesalahan untuk berpakaian warna kuning semasa Janji Bersih?” katanya.
Dilaporkan sebelum ini perhimpunan Janji BERSIH itu bakal disertai 26 daripada 80 badan gabungan BERSIH.

Monday 13 August 2012

Tanda nama polis jadi isu"BERSIH 3.0

Seorang pegawai polis yang bertanggungjawab ke atas operasi pasukan itu di Dataran Merdeka semasa perhimpunan BERSIH 3.0 berkata beliau tidak mengetahui bagaimana tanda nama anggotanya tertanggal ketika perhimpunan tersebut memuncak.

ASP Ahmad Jais Usang, yang mengetuai operasi di zon Dataran Merdeka semasa perhimpunan tersebut berkata, semua 1,000 pegawai itu memakai tanda nama ketika beliau memberi taklimat pada pagi 28 April.

"Pada waktu pagi semasa taklimat semua mereka memakai tanda nama," katanya kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dalam inkuiri yang dijalankan pagi ini.

Bagaimanapun, pakaian seragam itu hanya menunjukkan nama anggota dan tidak menunjukkan nombor anggota terbabit.

Ahmad Jais menjelaskan bahawa sesetengah tanda nama itu dijahit di pakaian seragam tertentu manakala yang lain menggunakan kancing velcro yang boleh dipasang dan ditanggalkan pada bila-bila masa.

Inkuiri yang masuk hari ke-13 hari ini bertujuan untuk menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 3.0.

JANJI BERSIH:AMK turun..!!


13 Ogos: Angkatan Muda KEADILAN (AMK), akan menggerakkan anak muda seluruh negara untuk hadir ke Himpunan ‘Janji Bersih’ di Dataran Merdeka, 30 Ogos nanti.
“Sambutan malam kemerdekaan bersekali sambutan hari raya. Kita jangka kehadiran lebih atau menyamai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu,” kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Katanya, ancaman pihak tertentu untuk menyekat himpunan itu sesekali tidak akan mengubah hasrat mereka bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.
“Ugutan pihak tertentu mengancam bertindak agresif ke atas himpunan Janji Bersih tak menjejaskan semangat kami. Saya nasihat pada mereka, sila baca kembali proklamasi kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.
“Kata Tunku, Malaysia yang merdeka adalah negara yang adil, demokratik dan menjamin hak setiap warganya. Penyokong himpunan Janji Bersih faham pesanan ini. Tidak ada masalah. Ini tuntutan kita untuk sistem pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Shamsul.

Saturday 11 August 2012

Tarif air SEL naik 70% jika umno tawan selangor,sedarlah rakyat

 Jika Umno BN memenangi semula Selangor pada pilihan raya umum ke-13, tarif air di negeri itu akan meningkat sehingga 70 peratus, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya dah tengok perjanjian. Inilah syarat yang dibuat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas),” katanya dalam ceramah di Dataran Kak Yam, Kampung Sekolah Lenggong, Perak malam tadi.
Menyentuh polemik air di Selangor yang dimulakan proksi Umno BN dalam Syabas, Anwar berkata peranan kerajaan ialah mengurus dan mentadbir manakala keuntungan wajar dipulangkan kepada rakyat.
“Air, minyak (petroleum) itu adalah sumber (alam). Kita (kerajaan) hanya jaga amanah. Itu prinsip. Nak untung ratus juta buat apa? Air adalah hak kita semua. Janganlah bebankan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, rejim Umno-BN terlalu takut kehilangan kuasa, kerana menyangka Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia seperti gelagat mereka
“Mereka takut kalau kita perintah, sama perangai macam dia. Sebab minda mereka hanya ada kebendaan, materialistik.
“Orang Melayu kena tahu, monopoli ekonomi oleh kroni Umno BN punca Melayu miskin. Anehnya, orang Melayu masih kekal sokongan pada rejim lama. Bila sibuk pasal material, kebendaan, bila masa nak fikir soal rakyat?” katanya.
“Tengok Ustaz Azizan (Razak) di Kedah. Dulu balak satu ekar RM1,000. Sekarang satu ekar RM19,000. Ada orang kata – itu dulu Datuk. Habis, mana pergi lagi RM18,000? Perintah 50 tahun, berapa BN ambil?
Justeru, beliau berkata, Ramadan adalah masa untuk rakyat bermuhasabah dan membuat keputusan kerana pimpinan Umno BN jelas membelakangkan kepentingan rakyat.
“Tiap malam mereka fitnah kita. Ada bagi ruang untuk kita cakap? Tidak ada. Ada dia keluarkan bukti? Dia tak berani,” kata Anwar.

BERSIH 3.0 bukan zon perang:SU Agung NUJ

10 Ogos: Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), V Anbalagan menyangkal wakil polis, ACP Jamaluddin Abdul Rahman kerana mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 seperti zon perang.
Saksi pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan keganasan polis itu berkata, perhimpunan pada 28 April lalu tersebut bermula aman dan bertukar kecoh selepas polis melepaskan gas pemedih mata.
Beliau juga membidas dakwaan Jamaluddin bahawa keselamatan petugas media lebih terjamin jika ditempatkan di kawasan selamat, seperti di dalam bangunan.
“Petugas media, terutamanya jurukamera perlu berada dekat dengan tempat kejadian supaya dapat merakam peristiwa dengan lebih tepat.
“Walaupun keadaan sesak, tidak sukar membezakan antara wartawan dengan peserta himpunan.
“Memang peserta himpunan turut membawa kamera, tetapi ada perbezaan pergerakan dan cara mereka kendalikannya. Tambahan mereka memakai pas media,” katanya.
Anbalagan turut menyangkal dakwaan Jamaluddin bahawa polis mengalami kesukaran membezakan antara peserta himpunan dan wartawan, justeru mereka dibelasah dan ditangkap.
“Jika wartawan lakukan kesalahan sekalipun, polis hanya perlu menangkap tanpa membelasah mereka. Mereka di sana kerana tugas, bukan buat kacau,” tegas beliau.
Selain orang ramai, turut menjadi mangsa keganasan polis adalah di kalangan wartawan.
Polis juga memaksa jurukamera memadam gambar yang dirakam malah ada juga bertindak merampasnya.
NUJ sebelum ini menerima 12 laporan daripada petugas media mengatakan mereka diserang polis semasa perhimpunan Bersih 3.0.
Pendengaran itu diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu Komisioner Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Selain polis, turut menjadi pemerhati sidang adalah Majlis Peguam.

Friday 10 August 2012

Akhirnya kak jat mengakui jua...(NFC)

10 Ogos: Datuk Seri Shahrizat Jalil akhirnya mengaku hari ini bahawa beliau tahu tentang projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dipengerusikan suaminya.
Isnin lalu, bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu beriya-iya menafikan beliau tidak tahu menahu tentang projek tersebut, malah mengatakan tidak menjaga urusan kerja suaminya.
“Saya dapat tahu tentang NFC melalui suami dan media,” kata Shahrizat.
“Dalam tahun 2006 hingga 2007, suami saya minta anak-anak pulang dari luar negara untuk bantu urus projek,” katanya.
“Bila suami beritahu dia nak anak-anak bantu bina ladang, masa itu baru saya tahu tentang projek NFC,” jelas Sahrizat lagi.
Beliau juga beberapa kali mengelak menjawab soalan peguam pembela, Ranjit Singh.
“Jika keluarga menteri dapat keuntungan dari projek kerajaan, adakah menteri itu juga akan dapat untung?” soal Ranjit.
Shahrizat bagaimanapun enggan menjawab soalan tersebut.
Jawapan Shahrizat semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes itu pagi tadi mendapat reaksi pimpinan KEADILAN termasuk Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang juga saksi dalam kes ini.
“Mahkamah keluh kesah (orang Umnolah yang gelisah) bila Kak Jat (Shahrizat) bagi keterangan dia tak tahu anak dia kerja apa walaupun kerja dengan suaminya,” tulis Rafizi dalam twitternya.
Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut mengkritik sikap dolak dalik Shahrizat itu.
“Keluarga itu cukup berahsia, dia tak tahu suaminya kerja apa, anaknya kerja apa dan suaminya juga mungkin tak tahu dia Menteri,” kata Badrul yang lebih dikenali Chegu Bard ketika membalas tulisan rakan twitternya.
Sementara itu, Setiausaha Wanita, Juwairiya Zulkifli mempersoal tindakan Ketua Wanita Umno itu kerana memberikan jawapan berbelit-belit.
“Kak Ijat cakap terlalu berhati-hati sampai terjerat sendiri…Cakap saja terus terang apa yang dia tau! Tak payah nak reka-reka.
“Kak Ijat ni jawab flip flop dan tak faham-faham soalan peguam,” kata Juwairiya lagi.

Thursday 9 August 2012

M'SIA bakal diperlekeh krn isu ALTANTUYA...?!!

 Malaysia akan jadi bahan lawak antarabangsa jika keluarga mendiang wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dihalang memasuki negara ini, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.
“Jika ia dilakukan, bermakna Malaysia kena bersedia untuk dijadikan bahan lawak antarabangsa. Harap-harap perkara ini tak berlaku,” kata Gwo Burne, merujuk khabar angin mengatakan bapa Altantuya, Setev Shaaribuu dan seluruh keluarganya akan dihalang dari memasuki Malaysia.
Keluarga Altantuya dijadual tiba ke Malaysia untuk mengikuti pendengaran semula rayuan dua bekas pegawai khas Najib Razak yang dijatuhi hukuman mati akibat membunuh Altantuya, iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar pada 27 dan 28 Ogos ini.
“Itu hak keluarga mereka. Sebagai kerajaan yang terbuka, Malaysia mesti membenarkan mereka mengikuti perbicaraan,” tegas Gwo Burne ketika dihubungi.
Menurut Gwo Burne, beliau difahamkan oleh Pejabat Konsul Mongolia di Malaysia, pemakluman secara rasmi kehadiran Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri & Perdagangan dan Kementerian Keadilan Mongolia belum lagi dibuat.
“Tidak ada lagi maklumat tentang kehadiran dua Kementerian Mongolia itu ke Malaysia,” kata Gwo Burne yang sebelum ini mendesak Kementerian Luar Malaysia, menyantuni ketibaan delegasi pemerhati negara itu secara rasmi.
“Pegawai kerajaan Mongolia yang guna laluan diplomatik tidak perlu permohonan visa berbanding bapa Altantuya dan keluarganya. Mereka perlu memohon visa. Visa dikeluarkan pejabat konsul atau kedutaan mengambil masa lebih seminggu.
“Kita berharap permohonan visa Setev dan keluarga mereka selesai segera,” kata Gwo Burne.
Altantuya dibunuh secara kejam apabila mayatnya diletupkan menggunakan bom C4 di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006.
Beliau adalah penterjemah kepada Abdul Razak Baginda dalam pembelian Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dua anggota Unit Tindakan Khas dan pengiring kepada Najib, Inspektor Azilah Hadri, 34, dan Koperal Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009, setelah didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam hari berikutnya.
Hakim dalam kes perbicaraan itu tidak memutuskan motif pembunuhan.

BERSIH guling kerajaan fakta bacul dari kerajaan..!!

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 cuba menggulingkan kerajaan adalah "longgar" dan tidak berasas kepada fakta, kata bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari. 

"Daripada perkembangan yang berlaku, saya boleh katakan kenyataan itu, kenyataan yang longgar, kenyataan yang sangat longgar, tidak berasas kepada fakta yang nyata. 

NONE"Mungkin (dibuat) berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang tidak sahih," katanya.

Justeru, kata Fauzi (kiri) lagi, kenyataan yang dibuat semata-mata andaian sahaja.

Fauzi mengulas kenyataan Najib yang dilapor mendakwa perhimpunan yang berlangsung April lalu oleh gabungan itu adalah cubaan menggulingkan kerajaan seperti yang dilakukan oleh rakyat Mesir di Dataran Tahrir.

Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi berkata, alasan yang biasa digunakan sebelum penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2012, antaranya "mengganggu atau menggugat ketenteraman awam" tidak lagi sesuai digunakan.

Katanya, alasan itu walaupun berdasarkan laporan risikan, mungkin tidak kuat kerana suasana kini menunjukkan rakyat matang dan sudah terbuka.

NONE"Jadi yang itu (guling kerajaan), bagi saya kalau nak lebih adil, kalau kita dengar sedikit sebanyak (pandangan BERSIH)," katanya yang pernah bertugas sebagai ketua polis daerah Dang Wangi - antara balai paling banyak berdepan penganjuran demonstrasi.

'Kerajaan berkorbanlah'
Fauzi juga berkata, sekiranya polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan penganjur memasuki Dataran Merdeka lebih awal, kemungkinan "huru-hara" tidak akan berlaku.

"Bagi saya, asasnya kalau kita beri kebebasan bersuara, hak berkumpul kerana hendak menyuburkan demokrasi. Bagi saya tidak sepatutnya ada halangan, malah kita (anggota polis) kawal... Saya rasa kalau itu sikap keterbukaan yang diambil, saya yakin suasana itu baik.

NONE"Kalau kita ada satu kesefahaman, dengan kita menghormati satu sama lain, kenapa kita tidak boleh beri satu peluang (kepada BERSIH)? Mereka datang secara aman. Kita korbanlah. Kerajaan, Kementerian Dalam Negeri, dan polis berkorban, maknanya beri laluanlah," katanya.

Fauzi berkata semua pihak perlu mencari kata sepakat bagi mengelakkan berlakunya huru-hara dan perlu menganggap perhimpunan itu sebagai perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Ditanya sama ada polis mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal peserta perhimpunan seperti BERSIH, Fauzi menjawab:

NONE"Arahan (SOP) itu bergantung kepada pendekatan situasi. Maknanya mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Kalau kita tidak boleh betul-betul (kawal dan) keadaannya begini, (maka) buat begini, (dan) buat begini, secara umumnya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, SOP bukan persoalan dalam perhimpunan 100,000 peserta itu, tetapi soal perbezaan pandangan antara pihak berkuasa dan penganjur yang "bermati-matian" dipertahankan.

Enggan beredar dikira ingkar
Ditanya sama ada tindakan polis mengasari peserta dan wartawan dalam perhimpunan itu termasuk dalam lingkungan SOP, Fauzi menegaskan tindakan itu menyalahi aturan.

NONE"Kalau sampai (seperti) kamu kata pukul, itu salah dari segi aturan kita. Kita tidak boleh hukum (mereka). (Pukul) itu semacam satu hukuman," katanya.

Beliau juga menjelaskan, menurut SOP, tangkapan boleh dilakukan sekiranya peserta masih enggan beredar walaupun selepas disuraikan kerana ia dikira "ingkar perintah".

Ditanya sama ada suasana akan berubah sekiranya beliau dipertanggungjawabkan menangani perhimpunan itu, Fauzi bagaimanapun sukar untuk menjawabnya.

"Boleh jadi perkara yang sama (berlaku) sebab mungkin pada masa itu fikiran saya pun, kita sepakat. Kerana kita kerja sepasukan. Kita tak boleh (bertindak) bersendirian.

"Bila kita dah buat satu keputusan, walaupun (pandangan) peribadi kita berbeza-beza, tapi kita (harus) sekata," jelasnya lagi.

Camera media tak boleh dirampas..!!

Pihak polis tidak boleh merampas barangan termasuk kamera pihak media semasa menjalankan tugas pada perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu, kata pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah di ibu pejabat polis daerah (IPD) Cheras.

NONE"Kamera dari pihak wartawan tak boleh rampas. Polis memang tak boleh rampas," kata ASP Ong Seng Keong ketika ditanya panel siasatan awam berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi semasa dan selepas perhimpunan itu.

Terdahulu, Ong (atas) ditanya sama ada pihak polis boleh mengambil apa-apa barangan daripada peserta BERSIH selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menerima aduan terdapat kamera dirampas.

Bagaimanapun, Ong hanya memberikan pendapat peribadinya sahaja dengan mengatakan pihaknya tidak boleh merampas apa-apa barang kecuali senjata berbahaya.

Sementara itu, Ong yang ditugaskan untuk berkawal di sekitar bangunan Dayabumi daripada pukul 1 petang hingga 12 malam berkata, beliau tidak nampak sebarang kejadian keganasan melibatkan anggota polis dan peserta perhimpunan berlaku.

Sambil beberapa kali memberi jawapan "tidak nampak" Ong mendakwa, beliau sendiri diprovokasi semasa sedang berjalan daripada Jalan Pudu menuju ke Dayabumi.

"Saya sepatutnya berkawal di Pudu tetapi pukul 1 saya diarahkan ke Dayabumi. Semasa berjalan saya diprovok. Tapi saya buat tak tahu.

"Mengenai kecederaan (peserta), di tempat saya tak ada. Tapi ada dengar cakap-cakap. Saya tak nampak apa-apa, jadi saya tak boleh nak cakap," katanya.

Ketika ditanya tentang prosedur tangkapan semasa 28 April lalu, Ong berkata, pihaknya akan cuba menggunakan pendekatan yang perlu untuk buat tangkapan.

"Kita akan ambil pendekatan paling lembut dan ikut undang-undang yang diperuntukkan," katanya lagi.

Translate's version