Friday 28 September 2012

BERSIH 2.0 KONSERT imbau 8TUNTUTAN


Lima bulan telah berlalu sesudah 250,000 warga Malaysia bangun bergerak untuk bersama Duduk Bantah pada 28 April 2012 semasa BERSIH 3.0. Warga Malaysia telah menggunakan hak berhimpun untuk menuntut kerajaan membersihkan dan menambah baik sistem pilihanraya.
Sayangnya, telah jelas dilihat bahawa kerajaan masih lagi berdegil dan tidak mahu mendengar suara rakyat. 8 tuntutan BERSIH 2.0 dan 22 cadangan dari laporan JawatankuasaPilihan Khas Parlimen (PSC) masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya. Justeru BERSIH 2.0 akan mengadakan konsert pada 13 Oktober di Stadium Kelana Jaya.
Ini bertujuan untuk mengingatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tentang 8 tuntutan BERSIH yang masih belum ditunaikan.
Berbulan-bulan sesudah perhimpunan BERSIH 3.0 berlangsung, kerajaan telah membuat pelbagai sasaran serangan terhadap Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0. Tuntutan pilihanraya bersih dan adil tidak dipedulikan. Pihak kerajaan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyatakan hasrat untuk menyaman ahli jawatankuasa.
Walau apa pun berlaku, BERSIH 2.0 akan terus bertekad untuk menimbulkan kesedaran orang ramai tentang kemusykilan yang serius dalam senarai pengundi. Usaha kami hanya dapat diteruskan kerana BERSIH 2.0 menerima sokongan dan sumbangan derma ikhlas dari warga Malaysia. Namun, masih banyak lagi yang perlu dilaksanakan.
Antara artis-artis yang akan mengambil bahagian dalam KONSERT 8T ialah Ito, Julian Mokhtar and The Geng, Republic of Brickfields, kumpulan Dum Dum Tak, kumpulan Hui Se De Dai dan Ray Cheong. Pada hari konsert ini, aktiviti BERSIH 2.0 akan juga dijalankan untuk merayakan semua lapisan umur.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 akan juga mendendangkan satu lagu istimewa. Sasterewan Negara A.Samad Said yang juga Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 akan membaca sebuah sajak khusus untuk KONSERT 8T.
Konsert ini adalah untuk bersantai, bergembira sambil mengingatkan pemimpin kerajaan tentang tanggungjawab yang mendesak agar mereka melakukan reformasi penambahbaik sistem pilihanraya.
Warga Malaysia tidak akan menerima satu sistem pilihanraya yang masih belum dibersihkan. Warga Malaysia tidak akan teragak-agak untuk berhimpun sekali lagi jika suara mereka masih tidak diambil peduli.
Butiran seperti berikut:
TARIKH :  3 Oktober 2012
TEMPAT : Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya
MASA :     6.00 petang – 11.30 malam
*Masuk dengan derma minimum
Terima kasih.
KELUAR MENGUNDI, LAWAN PENIPUAN!
Salam BERSIH!
Jawatankuasa Pemandu:
Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0)
The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Hishamuddin Rais, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin

P'mainan MEDIA keparat:rakyat harus tolak..!!


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama organisasi anak muda di Pulau Pinang dengan ini mengecam tindakan permainan media ‘dangkal’ regim penguasa dalam usaha mengalih perhatian rakyat dalam isu sebenar.
Dari isu bendera ‘Sang Saka Malaya’ yang dikibar pada malam merdeka yang diberikan perasa propaganda melampau dengan fitnah ia menjadi agenda PR untuk menukar bendera negara. Isu ini dipatah dengan mudah dengan hujah jika benar PR mahu menukar bendera mengapa tidak bendera gantian tersebut diarak di negeri bawah pentadbiran PR dahulu, tetapi ini tidak berlaku kerana ia hanya fitnah regim Bn semata.
Terbaru ialah isu di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin PR kononnya menggunakan jet peribadi untuk hadir ke acara parti di Labuan. Isu ini menjadi gempar hampir lebih seminggu dimainkan di media perdana milik regim Bn.
Persoalanya mudah ; berapa wang negara (baca RM rakyat) hilang kerana pemimpin PR ini menaiki jet peribadi tersebut ? Telah juga diperjelaskan oleh Anwar Ibrahim sendiri jet tersebut di uruskan oleh rakan beliau yang kebetulan merupakan ahli perniagaan dari Malaysia Timur.
Sebenarnya ini yang menakutkan Bn apabila ada orang korporat yang mula cenderung menyokong PR. Maka orang korporat ini harus dicari sehingga ke lubang cacing untuk dihukum.
Persoalan berikutnya ialah Anwar hanya seorang Ketua Pembangkang dalam negara Malaysia dan seperti mana yang diketahui hampir tidak punya peranan dalam pentadbiran negara kerana dinafikan oleh regim Bn. Maka apa yang tidak kena ?
Jika melakukan penerbangan dengan jet peribadi merupakan kesalahan, maka seharusnya lebih salah apabila dilakukan oleh Menteri Kabinet dan sudah tentu tajaan itu lebih mampu mengundang perbagai persepsi.
Rekod penggunaan jet yang sama yang disediakan oleh T Jets Sdn Bhd sendiri mampu memberikan penjelasan. Kita cabar media regim mendedahkan pimpinan Umno yang pernah menggunakan jet tersebut dan siapa pembiaya mereka. Antaranya pada 23 September 2011, Dato Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga antara yang tersenarai pernah menaiki jet tersebut.
Manakala pada 15 November 2011 lepas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno sendiri telah mengakui menaiki jet peribadi yang ‘ditaja’ sahabatnya untuk ke Arab Saudi. Mengapa ini tidak menarik perhatian media regim jika benar mahukan ketelusan ? Siapa yang menaja menteri tersebut dalam penerbangan jet peribadi dan apa kepentingan mereka ?
Itu belum lagi bagaimana wang negara terbazir kerana atas program parti Bn helikopter, jet dan banyak harta negara digunakan.
Persoalanya kini jika disebut kemewahan bagaimana pula media terus diam apabila muncul satu demi satu pemborosan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor. Cincin RM 24.45 juta yang telah dibuat laporan SPRM masih belum terjawab, terbaru muncul pula gambar Rosmah dalam media internet yang dikatakan mengenakan jam berjenama Frank Muller yang dikatakan berharga RM 350,000 – RM 500,000.
Itu belum lagi berbilion wang negara yang hilang kerana kelemahan, pembaziran dan rasuah. Bersama kenyataan media ini disenarai 75 kejadian kehilangan berbilion wang rakyat yang sehingga kini tidak terjawab. (klik sini)
Kami mendesak untuk isu bodoh seperti isu jet ini dihentikan segera. Ia cuma usaha sebuah regim yang hampir lemas dengan kesedaran rakyat. Ia cuma satu usaha mengalihkan isu sebenar dari perhatian rakyat.
Isu sebenar sekarang ialah kepayahan hidup rakyat, negara hilang daya saing sehingga menanggung hutang paling tinggi dalam sejarah negara, kenaikan harga barang dan rasuah serta penyelewengan yang tidak terkawal.
Kini negara ditahap kritikal, Malaysia memerlukan peranan semua dalam usaha menyelamatkan negara ini. Kita memerlukan politik matang, seharusnya inilah masa parti politik yang bakal bertanding dalam pilihanraya bersaing dalam isu polisi dan tawaran kepada rakyat.
Inilah masanya kita melakar sejarah baru politik matang dalam negara di mana ketua kepada parti penguasa (Bn) Datuk Seri Najib Tun Razak harus tampil merani berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua gabungan pembangkang (PR).
Yakinlah bukan kepetahan yang bakal menjadi ukuran tetapi rakyat ternanti untuk menilai kejujuran dalam membuat tawaran bagaimana negara harus dipacu ke depan menjadi sandaran. Selebihnya biar rakyat membuat keputusan.
Kami anak muda tidak akan tertipu dan teralih tumpuan.
Sekian.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) P.Pinang
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMK PP)
DAPSY PP
Pemuda PAS PP
Unit Ehsan P.Pinang
Jingga 13
Malaysian Indian Voice (MIV) PP
Persatuan Kebajikan India Bayan Baru
Komuniti Pulau Pinang

Thursday 27 September 2012

Disebalik keganasan t'lampau politik (Oleh Hishamuddin Rais)


Minggu lalu, bas Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin KEADILAN telah diserang di Kota Bharu. Kemudian, pada malamnya satu serangan berlaku di Masjid Al-Hussain di Seberang Pumpong Kedah. Serangan dalam masjid datang dari gerombolan 50 ahli Perkasa.

Serangan berlaku ketika Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memberi tazkirah. Seminggu kemudian bas yang sama telah diserang di Melaka. Apa maknanya semua ini? Apa ertinya serangan ini? Apa yang tersirat dan apa yang tersurat apabila kita membaca berita-berita serangan ini?

Memang betul ini bukan serangan RPG – rocket propel granade. Memang betul ini bukan serangan Klaskinkov atau M16. Ini hanya serangan cat merah yang dilempar ke cermin bas. Ini hanya balingan batu-bata yang memecahkan cermin bas. Ada yang berpendapat cat boleh dibasuh dan cermin pecah boleh diganti. Sekali pandang, mungkin ada yang menganggap ini hanyalah kerja anak-anak muda yang diupah oleh United Malays National Organisation. Jika pembaca memiliki jalur pemikiran ini, maka anggapan ini salah. Pandangan ini silap.

Untuk memahami semua serangan ini, biar saya surahkan sejelas mungkin agar kita sedar apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita. Mengetahui apa yang sedang berlaku amat penting. Jika kita faham apa yang berlaku sekarang, kita boleh membayangkan apa yang akan berlaku kemudian.

Pada ketika ini, dunia politik Melayu pecah dua. Saya menekankan DUNIA POLITIK MELAYU atau Malay Politic kerana di Malaysia ini Politik Melayu adalah panglima kemudi kepada semua politik negara. Ini hakikat. Ini realpolitik. Politik Melayu menjadi panglima untuk mengkemudi arah negara. Politik Melayu menjadi kemudi politik Malaysia lahir dari hukum dan syarat sejarah.

Selama lebih lima dekad parti United Malaya National Organisation yang berslogan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Ketuanan Melayu’ menjadi hegemoni – memiliki kuasa mutlak. Parti politik ini bersama konconya dalam Barisan Nasional memonopoli ekonomi, politik dan budaya di Malaysia. Selama lebih 50 tahun gerombolan ini berkenduri-kendara – bercempera dan berpesta – memungut dan memunggah harta kekayan negara. Tanpa segan-silu, gerombolan ini dan kroni-kroninya telah menjadi kaya-raya.

Saya sekali lagi memberitahu pembaca bahawa politik ialah kuasa. Politik ialah ekonomi. Perebutan politik ialah perebutan kuasa untuk merebut ekonomi. Punca ekomomilah yang sedang menjadi rebutan Pakatan Rakyat denganUnited Malays National Organisation.

Membaling batu ke ceramah Pakatan Rakyat adalah manifestasi perebutan politik. Mengganggu takzirah di masjid atas alasan tanpa tauliah adalah manifestasi perebutan ekonomi. Menggempur kenduri rumah terbuka adalah kerja politik. Kerja politik gerombolan ini dilihat ganas. Membaling batu dan melastik bola besi dilihat bahaya. Tetapi hakikatnya, inilah kegansaan yang dirancang. Jangan silap faham dan jangan salah hitung, semua disusun dan diatur. Di belakang simbah cat, baling batu dan lastik bola besi, wujud perancangan jahat yang lebih besar sedang menunggu.

Betulkah apa yang saya tulis ini? Apakah ini hanya tohmahan murah untuk memburuk-burukkan United Malays National Organisation? Jawabnya, ini bukan tohamahan. Ini bukan fitnah. Semua ini memiliki asas dan fakta yang kukuh. Lebih 50 tahun United Malays National Organisation memiliki kuasa untuk mengagih-agih harta kekayaan negara kepada konco dan penyokong. Berbilion-bilion ringgit harta negara dikelepet. Berbilion ringgit diagih atas nama projek kepada kroni. Mereka berjoget dan bertandak sambil merembat harta kekayaan negara tanpa halangan.

Tetapi sesudah 8 Mac 2008, semuanya berubah. Perubahan ini dimeterai oleh Bersih 2.0. Diperkukuh oleh Bersih 3.0. Dan dibuktikan bahawa hegemoni gerombolan ini telah kempis dengan Janji Demokrasi 2012. Justeru, perancangan keganasan disiapkan. Keganasan tersusun ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai agar kembali tunduk kepada kuasa multak – hegemoni United Malays National Organisation. Keganasan ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai yang mula berani turun ke jalan raya.

Bayangkan jika orang ramai berani turun ke jalan raya dalam Bersih 2, Bersih 3 dan Janji Demokrasi – apakah mereka akan takut untuk mengundi Pakatan Rakyat? Jawabnya: Pastilah orang ramai sepuluh ribu kali lebih berani memberi undi kepada Pakatan. Inilah yang sedang berlaku. Untuk mendalami pemahaman, kita wajib melihat sejarah bagaimana taktik menakut-nakutkan orang ramai digunakan pada Bersih 2.0. Ugutan. Tekanan. Tangkapan. Semua gagal. Orang ramai masih berani turun ke jalan raya. Lihat pula sejarah Bersih 3.0 di mana secara dirancang, mata-mata yang bertugas ditanggalkan nama mereka. Ini bertujuan menyorokkan identiti mata-mata yang diarah untuk melakukan keganasan.

Keganasan Bersih 3.0 dengan episod kereta terbalik, dengan serangan tembakan gas dan pancutan air kimia masih segar dalam ingatan. Maknanya semua keganasan yang dirancang, bertujuan menakut-nakut orang ramai dari turun ke jalan raya.  Projek menakut-nakutkan orang ramai, gagal. Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu memperlihatkan puluhan ribu warga anak semua bangsa turun ke Dataran Merdeka. Tiada sesiapa lagi yang takut. Warga Malaysia terutama anak muda telah jadi berani. Takut telah ditongsampahkan.

Keberanian orang ramai ini diketahui oleh Najib Razak. Mahathir Mohamad telah mengalami ombak berani rakyat sehingga dia terpaksa berundur. Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi. Hishammuddin Hussein tahu realpolitik yang berlaku. Semua sedar bahawa kuasa hegemon di tangan mereka akan terlucut.

Justeru, pemikir, perancang yang diupah dan dilanggan United Malays National Organisation sedang bekerja keras. Pemikir dan perancang sedang melakar peta yang lebih besar untuk melawan ombak keberanian anak semua bangsa yang mula mengacungkan tangan untuk menghumbankan mereka ke tong sampah sejarah.

Serangan kecil ini bertujuan mengolah persetujuan orang ramai bahawa suasana negara mungkin kacau jika Pakatan memerintah. Kekacauan yang kita lihat hari ini adalah persediaan. Apa yang mereka harapkan ialah balasan dari anak-anak muda penyokong Pakatan. Pemikir yang diupah ini berharap ‘keganasan’ yang mereka rancang ini akan ‘menaikkan darah’ penyokong atau simpatisan Pakatan.

Ertinya – keganasan ini dijalankan bertujuan untuk menyemarakkan lagi bahang politik yang sedang berjalan. Rancangan jahat ini bertujun untuk ‘menjemput’ penyokong Pakatan Rakyat secara bodoh untuk menyerang balas. Serangan balas inilah yang sedang ditunggu oleh United Malays National Organisation.

Jika berlaku serangan balas dari Pakatan, maka media milik United Malay National Organisation akan berlabon 25 jam sehari. Berita akan diputar untuk memperlihhatkan bahawa Pakatan ini satu badan politik yang tidak boleh dipercayai untuk mentabir negara. Keganasan di Semberong, Merlimau, Kerinchi, Pulau Pinang atau Kota Baru hanyalah persediaan jangka panjang United Malays National Organisation untuk menghadapi PRU 13.

Perhatikan bagaimana projek sedang diagih kepada kroni dengan pantas sekali. Projek ini bukan ratus juta tetapi berbilion-bilion. Ini adalah persediaan untuk berhadapan dengan hakikat bahawa jika PRU 13 dijalankan dengan bersih dan adil – United Malays National Organisation dan konconya akan kalah besar.

Untuk memastikan kuasa terus dimiliki, maka PRU 13 nanti akan dijalankan dengan penuh penipuan. Tetapi apa sangkut-pautnya penipuan pilihan raya dengan dengan keganasan simbahan cat merah? Pembaca wajib berwaspada keganasan yang berlaku minggu lalu – hingga ke hari ini masih belum ada dakwa-dakwi. Jika terus menerus tanpa dakwa dakwi hingga ke hari mengundi, maka inilah bukti sahih keganasan memang dirancang dan ditaja. Tujuan utama ialah menakut-nakutkan pengundi terutama orang Cina.

Justeru keganasan ini adalah persediaan United Malays National Organisationuntuk melakukan keganasan jika keputusan PRU13 tidak memihak kepada mereka. Pembaca perlu bertanya kepda diri sendiri. Jika pembaca yang memiliki projek berbilion-bilion, memiliki kekayaan berjuta-juta ringgit, memiliki syarikat ini dan itu, tuan empunya kilang itu dan ini – akan memberi laluan percuma kepada Pakatan mengambil alih pentdabiran?

Biar saya senangkan soalan ini. Apakah Mahathir, Syed Mokhtar, Vincent Tan, Ananda Krishan, Daim Zainuddin, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan, Azman Hashim, Tony Fernandes, Mokhzani dan dan dan… akan memberi Pakatan masuk Putrajaya? Saya senangkan lagi: Mana lebih murah, belanjakan beberapa puluh juta ringgit mengupah anak muda Melayu untuk membuat ganas dari sekarang atau kehilangan berbilion-bilion ringgit dengan kemungkinan dimasukkan ke penjara? Apabila pembaca dapat menjawab soalan ini, maka pembaca memahami keganasan yang berlaku sekarang adalah sebahagian dari projek ganas yang akan berlaku kemudian.

Soalan P'cubaan SPM kaitkan BERSIH,bukti UMNO semakin terdesak..!!


27 September: Peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 merupakan usaha kerajaan meracuni pemikiran pelajar supaya berpandangan negatif terhadap penganjuran himpunan itu, kata Azan Ismail.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, kelompok Kementerian Pelajaran yang taksub terhadap Umno BN tidak faham mengenai tuntutan mereformasi sistem pilihan raya yang bebas dan adil seperti termaktub dalam lapan tuntutan gabungan NGO itu.
“Kempen Bersih adalah neutral. BN sendiri mendapat manfaat dari kempen itu. Tidak lain tujuan penulis soalan ini mahu ‘meracun’ pemikiran pelajar sekolah dan memberi gambaran negatif terhadap kempen Bersih,” katanya kepadaKeadilan Daily.
“Bukankah mahkamah mengatakan entiti Bersih bukan pertubuhan haram. Manakala hal berkaitan himpunan adalah perkara yang subjektif tafsirannya,” kata Azan lagi.
Beliau khuatir tindakan itu akan merebak dan memberi gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat jika tidak dikawal.
“Kita bimbang akan ada soalan dalam subjek lain yang menjurus kepada pandangan negatif terhadap Pakatan Rakyat dan pemimpinnya. Apa yang berlaku kini hanya permulaan.
“Tindakan ini menunjukkan Umno BN terlalu terdesak sampai terpaksa memanipulasi soalan peperiksaan percubaan SPM,” kata Azan.
Dilaporkan, sebuah sekolah di Johor Bahru mengeluarkan soalan percubaan subjek Moral SPM berhubung perhimpunan Bersih 3.0 yang mengandungi dua gambar himpunan tersebut 28 April lalu.
Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ”Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?”.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tidak ada masalah mengenai soalan tentang perhimpunan Bersih 3.0 dalam peperiksaan percubaan tersebut.
Puad beralasan, selagi soalan itu tidak melibatkan sensiviti perkauman, agama atau menghina mana-mana individu, ia boleh digunakan.
“Paling melucukan, soalan pendidikan Moral tidak pula meletakkan asas moral itu sendiri. Sepatutnya soalan subjek moral itu memupuk perpaduan dan nilai keperibadan mulia. Bukankah isu moral begitu teruk kebelakangan ini? Kenapa itu tak disentuh?” soal Azan.
“Sebelum ini Umno BN sibuk tuduh Pakatan Rakyat. Hari ini, jelas membuktikan mereka sebenarnya yang melakukan perkara itu,” tegasnya.

Wednesday 26 September 2012

PANAS !!..Perancis akan panggil 'SAKSI' malaysia tidak lama lagi..

Anggota sekretariat NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel berkata badan kehakiman Perancis akan memanggil saksi dalam siasatan kehakiman ke atas skandal kapal selam Scorpene "tidak lama lagi".
Kehakiman Perancis masih dalam proses memanggil saksi untuk testimoni dan siasatan dan kita jangka saksi akan dipanggil tidak lama lagi," kata Gabriel kepada Malaysiakini malam tadi.

Gabriel berkata, tujuh saksi daripada Malaysia dijangka akan dipanggil namun ia bergantung kepada keputusan hakim.

Saksi berkenaan termasuk individu yang berada di "tengah-tengah rundingan" untuk kapal selam tersebut seperti sekutu yang dekat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda.

Ditanya sekiranya Najib, yang merupakan bekas menteri pertahana akan disepina, Gabriel berkata Najib mendapat imuniti sebagai ketua kerajaan memandangkan Perancis tidak ingin mengeruhkan hubungan diplomatik melainkan jika terdapat syak yang kuat ke atasnya.

Bagaimanapun, Najib akan menduduki tempat paling tinggi dalam senarai saksi dengan "amat cepat" sekiranya tidak lagi menjadi perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang, katanya.

Belanjawan Pakatan 2013 tambah kebajikan untuk rakyat dan realistik


Pakatan Rakyat hari ini membentang Belanjawan 2013, dengan beberapa tawaran baru yang menguntungkan segenap lapisan rakyat dan bersifat realistik.
Ia dibentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan kira-kira jam 2 petang tadi, dua hari lebih awal daripada Barisan Nasional (BN).
Intipati Belanjawan dibuat berdasarkan polisi sebelum ini, selain selari dengan matlamat mengawal inflasi dan menurunkan hutang.
Tujuh teras utama digariskan iaitu reformasi dan ketelusan GLC, membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah dan perumahan untuk rakyat.
Belanjawan bertema ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’ itu juga mengandungi beberapa tawaran baru yang menarik, antaranya: -
- Peruntukan RM3 bilion setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional.
- Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.
- Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah
mampu milik secara besar-besaran.
- Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus, selain sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
- Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya.
- Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.
Sungguhpun Umno menuduh tawaran kebajikan yang dibuat Pakatan boleh membankrap negara, ia sebenarnya melibatkan RM33.5 bilion sahaja.
Sedangkan, sejumlah RM15 bilion diperoleh dari dasar penjimatan 10 peratus perbelanjaan negara dan RM6 bilion dari pendapatan ekonomi yang rancak pada kadar enam peratus.
Hal ini dibuktikan di negeri Pakatan, khususnya Selangor yang memberi pelbagai kebajikan kepada rakyat tetapi memiliki rezab simpanan tunai yang tinggi.
Jumlah itu akan meningkat berkali-kali ganda  jika dasar penjimatan diperluas ke negeri yang masih ditadbir BN dan mengawal perbelanjaan di peringkat Pusayt, apabila Putrajaya ditawan
Secara keseluruhan, jumlah belanjawan ialah RM233 bilion, lebih kecil daripada angka juta yang dijangka dibentang BN (melepasi paras RM250 juta) walaupun meningkat RM13 bilion Belanjawan Pakatan tahun lalu.
Ia dibuat berdasarkan pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus yang diramal penganalisis dan ahli ekonomi berbanding BN yang menggunakan unjuran lima hingga enam peratus.
Ia juga mensasarkan defisit 3.5 peratus yang lebih drastik berbanding 4.4 peratus pada 2012 walaupun BN dijangka menggunakan tahap defisit 4 peratus.
Sebanyak RM134.6 bilion pendapatan negara diperoleh dari sumber
cukai iaitu cukai langsung (RM102.3 nilion), cukai tidak langsung (RM32.4 bilion).
Pendapatan bukan cukai ialah RM56.8 bilion, lesen dan permit (RM13.9 bilion), pelaburan (RM36.7 bilion) dan lain-lain (RM6.2 bilion), menjadikan pendapatan keseluruhan RM191.5 bilion.
Sebanyak 189 bilion pendapat negara dicatat sebelum RM2 bilion berkurang disebabkan dasar kebajikan Pakatan tetapi berupaya menambah RM4 bilion hasil dasar penjimatan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan.
Ia menjadikan pendapatan bersih negara ialah RM191 bilion dengan RM42
bilion hutang baru, sedangkan Belanjawan Pakatan melibatkan RM233 bilion sahaja.
Sedang BN dijangka menggunakan jumlah  lebih besar walaupun ia tidak menjurus kepada kebajikan rakyat secara berstruktur.
BN dijangka memanipulasi belanjawan kali ini bagi meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13 dijangka melambakkan taburan wang ringgit yang mengikut Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘menyerupai rasuah’

Kerajaan PR seL m'dpt sokongan rakyat


 Satu kajian Universiti Malaya menunjukkan sokongan terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor telah meningkat kepada 50 peratus berbanding 38 peratus pada awal tahun ini.
Kajian itu juga menunjukkan 30 peratus responden yakin bahawa
Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya dalam pilihanraya akan datang. Ini merupakan peningkatan daripada angka 21 peratus yang dicatit pada tempoh Mac hingga April tahun ini.
Manakala Barisan Nasional (BN) mencatatkan penurunan sokongan di peringkat nasional dan Selangor.
Di Selangor sokongan terhadap BN merosot kepada hanya 16 peratus berbanding 28 peratus empat bulan lalu.
Di peringkat nasional pula hanya 44 peratus daripada responden yakin yang BN akan terus menguasai Putrajaya.
Manakala 36 peratus tidak pasti siapakah yang akan menang di peringkat nasional.
Tinjauan pendapat itu dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) dan bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.
Ia diadakan pada tempoh 1 hingga 16 September lepas di seluruh Semenanjung Malaysia.
Keputusan kajian ini dibandingkan dengan satu lagi kajian yang dilakukan daripada 31 Mac hingga 15 April lalu.
Bilangan responden ialah 1,536 dengan kajian dilakukan secara bersemuka yang melibatkan peserta Melayu, Cina dan India.
Antara keputusan lain yang diperoleh adalah:
* 72 peratus berharap satu debat diadakan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
* 66 peratus percaya integriti pemimpin BN akan menghakis sokongan kepada BN.
* 55 peratus bersetuju kontroversi mengenai Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) akan memberi kesan kepada sokongan BN.

Tuesday 25 September 2012

Bakal disaman jika dedah nama 'client':iklan krisis air SEL


25 SEPT: Syarikat produksi filem catuan air Selangor berhadapan tindakan saman oleh pelanggan mereka sekirannya mereka mendedahkan pihak yang membiayai projek perfileman tersebut.
Syarikat produksi tersebut semalam menjalankan penggambaran filem yang kononnya memaparkan kelemahan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu air di negeri terbabit.
Menurut jurucakap produksi terlibat, Chong Wai Leng kepada media di set penggambaran filem berdurasi 40 saat itu, larangan tersebut terdapat dalam kontrak yang dipersetujui oleh pihak syarikat dan pelanggan yang mahu menerbitkan filem tersebut.
“Kami dah tandatangan kontrak yang melarang kami berikan maklumat (nama pelanggan), jika kami langgar kontrak tersebut kami akan disaman.
“Kami menjalankan kerja kami secara profesional, saya harap anda memahami situasi kami,” kata Wai Leng.
Beliau mula menyedari kehadiran wakil media di lokasi penggambaran tersebut apabila penggambaran yang dijalankan secara rahsia itu mula didatangi beberapa wartawan dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian tengahari semalam.
Selain itu, beliau turut meminta wakil media yang berada di situ agar meninggalkan lokasi penggambaran filem itu.
TV Selangor yang berada di lokasi penggambaran sejak awal pagi semalam mendapati set penggambaran berbajet tinggi itu dilengkapi sekurang-kurangnya tiga buah jentera kren, sebuah lori tangki air, sebuah ‘caravan’, sebuah tandas bergerak tiga pintu, sebuah generator besar dan beberapa kenderaan lain berupa lori dan van.
Beberapa khemah besar turut dibina bagi keselesaan para pelakon dan krew penggambaran makan dan berehat.
Penggambaran yang dijalankan di Pangsapuri Happy Mansion itu melibatkan kira-kira 300 pelakon dengan bayaran didakwa RM50 setiap seorang.

Giliran POLIS tayangkan video:BERSIH 3.0

Sebuah video polis yang dikatakan mengenai Perhimpunan BERSIH 3.0 ditayangkan sewaktu siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) semalam tetapi seorang pegawai polis yang dipanggil sebagai saksi, tidak dapat mengesahkan ketulenannya.

Seorang anggota sekretariat panel siasatan berkata pihak polis telah menyerahkan rakaman tersebut.

NONEPengerusi panel siasatan tersebut, Khaw Lake Tee (kanan) kemudiannya meminta ACP Mohamad Zulkarnain Abd Rahman untuk mengesahkan sama ada klip tersebut daripada pihak polis.

Bagaimanapun, ACP Zulkarnian berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada ia atau tidak apabila soalan itu diajukan lagi selepas video tersebut  dimainkan.

Zulkarnain, yang merupakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan pegawai pemerintah kawasan Dataran Merdeka semasa perhimpunan pada 28 April itu, berkata beliau tidak melihat video tersebut ditunjukkan di mana-mana mesyuarat pihak polis.

NONEKlip sejam selama sejam itu telah ditandakan untuk identifikasi kemudiannya dan hanya akan dianggap sebagai bukti jika seorang saksi boleh membuktikan kesahihannya.

Logo polis dipaparkan pada permulaan dan di akhir rakaman, yang merupakan kompilasi klip pendek peristiwa penting sebelum dan semasa perhimpunan itu. Ia bermula dengan bantahan "Occupy Dataran" oleh pelajar dua minggu lebih awal.

Klip tersebut pada umumnya berkualiti tinggi dan jelas, dan disertakan dengan kapsyen mengenai masa dan lokasi setiap kejadian yang berlaku.

Monday 24 September 2012

IKLAN AIR S'GOR..?..apa motifnya

Sebahagian penduduk sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya yang digunakan sebagai lokasi penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor menyuarakan keresahan mereka berhubung langkah itu.

NONEMereka mendakwa penggambaran berskala besar itu mengganggu privasi, menyesakkan kawasan, berunsur politik dan tidak memberikan gambaran sebenar masalah berkaitan air.

"Saya amat yakin ini adalah konspirasi. Bila kami tanya penggambaran ini mengenai apa, mereka tidak beritahu.

"Tetapi mereka meminta penduduk dan mungkin pelakon tambahan, dengan bayaran RM50 mengangkat tong air. 

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk setempat Dr S Paramananthan kepada pemberita.

NONEParamananthan juga mendakwa, penggambaran itu mungkin bertujuan memburukkan kerajaan negeri memandangkan tiada sebarang maklumat terperinci diberikan kepada persatuan penduduk.

Penggambaran ituhari ini dijalankan secara 'rahsia' di kawasan itu dalam keadaan penduduknya, termasuk beberapa pelakon tambahan memberitahu tidak jelas rancangan sebenarnya.

Pihak produksi pula enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya. 

'Kami berunding dengan produksi, bukan parti'
Rakaman itu antaranya memuatkan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air. 

Empat lori kontena memuatkan barangan dan persediaan set turut kelihatan.

NONESementara itu, seorang penduduk lagi berkata, mereka hanya dimaklumkan penggambaran iklan "khidmat sosial mengenai air" tetapi tidak dimaklumkan ia berskala besar.

"Ini membuat saya risau kerana mengganggu privasi penduduk. Ini jumlah yang besar. Sebagai penduduk juga kami tidak tahu ia berkaitan dengan politik. 

"Sebab kami cuma berunding dengan pihak produksi, bukan mana-mana parti politik," kata penduduk 
yang telah menginap di pangsapuri itu selama 30 tahun dan enggan namanya disiarkan. 

Sementara itu, seorang lagi penduduk berkata, mereka telah meminta penggambaran itu dibuat di tempat lain tetapi tidak berkesan, malah tenaga produksinya sampai seawal jam 5 pagi.

NONE"Saya dah kata tempat ini tidak sesuai untuk penggambaran. Tetapi mereka kata mereka mahu lakukan kerana tempat ini sesuai," tambahnya.

Seorang warga emas pula tidak berpuas hati apabila berlaku kesesakan di kawasan tersebut sehingga mengganggu kelancaran kehidupan sehariannya.

"Saya dah tua. Sakit kaki. Saya terpaksa letak kereta saya jauh dan berjalan. 

"Mereka ini juga dah membuat bising seawal jam 5 pagi dan ganggu saya nak tidur," katanya. 

Friday 21 September 2012

14 tahun REFORMASI masih bergema..!!


20 September: Tanggal 20 September 1998 mencatatkan detik hitam dalam sejarah Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.
Bermula tarikh itu juga, kesedaran dan minat rakyat terhadap politik tanah air meningkat, demi mempertahan pemimpin yang menentang korupsi dan kronisme di saat rakyat menderita akibat krisis kewangan.
Misi Anwar jelas, untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin korup Umno yang berterusan menggunakan wang rakyat secara boros, di samping hanya mengaut keuntungan dari projek mega.
Sebelum penangkapan berlaku, Anwar telah membuat jelajah ke serata Semenanjung diselangi solat hajat di seluruh negara.
Kemuncak adalah pada 20 September, hampir 100,000 rakyat Malaysia yang tidak percaya dengan fitnah serta konspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad membanjiri Masjid Negara dan Dataran Merdeka.
Akibat takut melihat kebangkitan rakyat, malam itu juga Anwar ditangkap skuad Unit Tindakan Khas (UTK) polis, di rumahnya, lalu bermula episod penahanan di Bukit Aman seterusnya diheret ke penjara.
Di luar penjara, ratusan ribu rakyat bangkit membantah Mahathir – pendokong reformasi, seniman, pemandu teksi, peniaga kecil, pekerja kilang turun ke jalan dengan teriakan reformasi sehingga bergema sepanjang 14 tahun kemudian.
“Jelas, perjuangan Anwar itu di landasan yang benar, sekaligus menolak sangkaan Mahathir yang kononnya semangat reformasi hanya akan bertahan enam bulan. Selepas 14 tahun, laungan itu masih berkumandang, malah makin mendapat sokongan rakyat serta anak muda,” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.
Menurut Johari, Anwar sememangnya seorang pemimpin berjiwa kental, walau dilempar pelbagai fitnah, perjuangan demi rakyat tetap dipertahan sehingga hari ini.
“Rakyat tahu menilai siapa benar siapa salah. Buktinya, kita dapat menawan lima buah negeri pada pilihan raya lalu. Sebab itu tidak mustahil kita akan tawan seluruh Malaysia dalam pilihan raya akan datang,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu penuh yakin.
“Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memberkati perjuangan ini sehingga berjaya menumpaskan regim sekaligus mengembalikan hak rakyat seperti yang diperjuangkan Anwar selama ini,” kata Johari.
Enam tahun kemudian, pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan selepas pertuduhan fitnah terhadapnya digugurkan, lantas beliau bangkit semula ke persada politik tanah air.
Tahun 2008, Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar berjaya merampas lima negeri dari Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12.
Kelibat pemimpin berjiwa rakyat ini sentiasa menjadi ketakutan kepada pemimpin Umno, tidak cukup dengan Mahathir, kini Datuk Seri Najib Razak juga sering mengatur ancaman dan provokasi terhadap Anwar.
Namun pada Julai 2008, selepas beberapa bulan Pakatan Rakyat yang diterajui memenangi lima negeri dari Barisan Nasional – Anwar dituduh lagi dengan fitnah jahat.
Skrip yang sama pada 1998 diputar kembali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengulangi apa yang pernah dilakukan Mahathir.
Perbicaraan di mahkamah menjadi jenaka di peringkat antarabangsa dengan pelbagai kepincangan terbongkar satu demi satu, dan akhirnya mahkamah melepaskan Anwar dari tuduhan itu.
Semuanya kerana agenda reformasi yang dibawa Anwar sejak 14 tahun lalu, dengan dokongan dan doa jutaan rakyat Malaysia yang berada di belakangnya, teriakan reformasi, sejak 14 tahun lalu, sebenarnya tidak pernah mati.
Reformasi!

14 tahun REFORMASI masih bergema..!!


20 September: Tanggal 20 September 1998 mencatatkan detik hitam dalam sejarah Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.
Bermula tarikh itu juga, kesedaran dan minat rakyat terhadap politik tanah air meningkat, demi mempertahan pemimpin yang menentang korupsi dan kronisme di saat rakyat menderita akibat krisis kewangan.
Misi Anwar jelas, untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin korup Umno yang berterusan menggunakan wang rakyat secara boros, di samping hanya mengaut keuntungan dari projek mega.
Sebelum penangkapan berlaku, Anwar telah membuat jelajah ke serata Semenanjung diselangi solat hajat di seluruh negara.
Kemuncak adalah pada 20 September, hampir 100,000 rakyat Malaysia yang tidak percaya dengan fitnah serta konspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad membanjiri Masjid Negara dan Dataran Merdeka.
Akibat takut melihat kebangkitan rakyat, malam itu juga Anwar ditangkap skuad Unit Tindakan Khas (UTK) polis, di rumahnya, lalu bermula episod penahanan di Bukit Aman seterusnya diheret ke penjara.
Di luar penjara, ratusan ribu rakyat bangkit membantah Mahathir – pendokong reformasi, seniman, pemandu teksi, peniaga kecil, pekerja kilang turun ke jalan dengan teriakan reformasi sehingga bergema sepanjang 14 tahun kemudian.
“Jelas, perjuangan Anwar itu di landasan yang benar, sekaligus menolak sangkaan Mahathir yang kononnya semangat reformasi hanya akan bertahan enam bulan. Selepas 14 tahun, laungan itu masih berkumandang, malah makin mendapat sokongan rakyat serta anak muda,” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.
Menurut Johari, Anwar sememangnya seorang pemimpin berjiwa kental, walau dilempar pelbagai fitnah, perjuangan demi rakyat tetap dipertahan sehingga hari ini.
“Rakyat tahu menilai siapa benar siapa salah. Buktinya, kita dapat menawan lima buah negeri pada pilihan raya lalu. Sebab itu tidak mustahil kita akan tawan seluruh Malaysia dalam pilihan raya akan datang,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu penuh yakin.
“Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memberkati perjuangan ini sehingga berjaya menumpaskan regim sekaligus mengembalikan hak rakyat seperti yang diperjuangkan Anwar selama ini,” kata Johari.
Enam tahun kemudian, pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan selepas pertuduhan fitnah terhadapnya digugurkan, lantas beliau bangkit semula ke persada politik tanah air.
Tahun 2008, Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar berjaya merampas lima negeri dari Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12.
Kelibat pemimpin berjiwa rakyat ini sentiasa menjadi ketakutan kepada pemimpin Umno, tidak cukup dengan Mahathir, kini Datuk Seri Najib Razak juga sering mengatur ancaman dan provokasi terhadap Anwar.
Namun pada Julai 2008, selepas beberapa bulan Pakatan Rakyat yang diterajui memenangi lima negeri dari Barisan Nasional – Anwar dituduh lagi dengan fitnah jahat.
Skrip yang sama pada 1998 diputar kembali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengulangi apa yang pernah dilakukan Mahathir.
Perbicaraan di mahkamah menjadi jenaka di peringkat antarabangsa dengan pelbagai kepincangan terbongkar satu demi satu, dan akhirnya mahkamah melepaskan Anwar dari tuduhan itu.
Semuanya kerana agenda reformasi yang dibawa Anwar sejak 14 tahun lalu, dengan dokongan dan doa jutaan rakyat Malaysia yang berada di belakangnya, teriakan reformasi, sejak 14 tahun lalu, sebenarnya tidak pernah mati.
Reformasi!

Wednesday 19 September 2012

Seksyen 29(4) Akta SPRM Boleh Disalah Guna Lindungi Rasuah


 Seksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang digubal pada 2009 boleh disalahguna pihak berpengaruh bagi melindungi kesalahan rasuah yang mereka lakukan.
Ini berlaku apabila pihak yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan kuasa atau pengaruh mereka bagi mempengaruhi badan suruhanjaya itu atau pihak Peguam Negara agar tidak melakukan pendakwaan terhadap mereka.
Demikian dakwaan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi TV Selangor hari ini.
“Di satu peringkat, mungkin mereka melihat untuk maklumat perlu dirahsiakan untuk menyelesaikan siasatan tanpa gangguan.
“Tetapi saya juga melihat ia merupakan satu tindakan yang mungkin boleh dipergunakan sebab syaratnya semua laporan yang diberi kepada SPRM, dokumen tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga tindakan diambil terhadap individu tersebut.
“Terlalu banyak kes yang akhirnya tersangkut sebagai contohnya SPRM selesaikan siasatan, kemudian serah kepada Jabatan Peguam Negara dan kemudiannya Peguam Negara dapat panggilan telefon dari Menteri, daripada itu, daripada ini dan tidak dakwa,” kata Badrul Hisham.
Terdahulu baru-baru ini, Badrul Hisham ketika membuat satu laporan kepada SPRM, beliau dikehendaki menandatangani surat akujanji agar tidak membocorkan maklumat dan dokumen yang dilaporkan kepada suruhanjaya itu.
Menurut Badrul Hisham, beliau boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara dan denda RM10,000 sekiranya melanggar akujanji yang ditandatangani itu.

Translate's version