Thursday 28 February 2013

GEMPAR,500RIBU I.C diberi pada PENDATANG INDON dan FILIPINA awal 90an


Bekas ahli Umno mendakwa kira-kira 500,000 kad pengenalan biru (IC) diberikan kepada pendatang dari Filipina dan Indonesia di Sabah sekitar awal 1990an atas arahan Ketua Umno Sabah ketika itu,Tun Datu Mustapha Harun.
Siti Aminah Mahmud, yang bekerja secara sukarela di Pejabat Umno di Kota Kinabalu hari ini berkata, Mustapha, yang menjawat jawatan ketua menteri pada 1967 hingga 1975, berkata kepadanya, IC berkenaan diberikan untuk menyingkirkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).
“Datu Mustapha kata ini projek (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Jangan takut kena tangkap,” kata Siti Aminah ketika sidang mesia di Ibu Pejabat PKR di sini, merujuk kepada perbincangan Mustapha kepadanya dan juga ahli Umno di Kota Kinabalu pada 1990.
“Datu Mustapha kata ia untuk meningkatkan pengundi Melayu untuk menjatuhkan PBS,” kata wanita berusia 62 tahun itu lagi.
Jelas Siti Aminah, dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994 di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, dan Semporna.
Tambahnya, dia ditahan di bawah Akta Dalam Negeri (ISA) pada 1995 hingga 1997 kerana didakwa mengeluarkan IC palsu dan memalsukan dokumen JPN.
Pilihan Raya Negeri Sabah pada 1994 menyaksikan PBS hanya memenangi 25 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Namun beberapa wakil rakyat PBS kemudiannya menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan itu tumbang.
Mustapha, yang merupakan pengasas parti  United Sabah National Organisation (USNO), dianggap sebagai parti bapa kemerdekaan Sabah kerana rundingan berkenaan kebebasan negeri tersebut pada 1963, sebelum meninggal dunia pada 1995 ketika berumur 76 tahun.
USNO menyertai Berjaya, diketuai bekas Ketua Menteri Sabah  Tan Sri Harris Salleh untuk membentuk Umno Sabah selepas PBS menewaskan Berjaya pada 1990.
MENYUSUL LAGI

BALA:NAJIB,ADIK serta ROSMAH ANTARA NAMA YANG 'NAIK''


28 FEB: Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) mendedahkan, ‘VVIP’ yang terlibat menjadi dalang di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bala lagiBala yang membuat pendedahan umum kali pertama malam tadi, sekembalinya ke tanah air Ahad lalu menceritakan kronologi pembunuhan Altantuya bermula beliau dipanggil bekerja oleh Abdul Razak Baginda.
Menurut Bala, Razak, sekutu rapat dan orang kepercayaan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengarahkan supaya beliau melindungi rumah dan anaknya 24 jam selama 10 hari.
Beliau mendedahkan perbualan Razak bersama seorang individu ketika pertemuan mereka.
“Semasa (saya) bertemu Razak, dia menerima panggilan dari seseorang bernama ‘Tan’ yang mengugut akan mencederakan anak Razak jika beliau tidak membayar wang ‘wanita’ itu,” kata Bala, merujuk Altantuya.
Bala“Kemudian saya tanya kenapa tak buat laporan polis? Razak jawab tak boleh, sebab ada VVIP yang terlibat. Saya tanya lagi kenapa tak halang saja dia (Altantuya) dari masuk negara ini? Razak kata tak boleh, Altantuya ada banyak pasport,” kata Bala di hadapan 3,000 hadirin pada forum ‘Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).
Menurut Bala lagi, Razak memberitahunya, Altantuya menuntut bayaran sebagai perantara dalam urusan pembelian kapal selam di Perancis sebanyak USD500 juta dan tiga tiket kapal terbang pulang ke Mongolia.
Kata Bala, kali terakhir dia melihat Altantuya pada 18 Oktober 2006 iaitu di hadapan rumah Razak.
“Sebelum itu Razak cakap, kalau Altantuya ada depan rumahnya, (saya perlu) mesej beliau (dahulu). Saya hantar SMS kepada Razak memberitahunya (tentang kehadiran Altantuya). Kemudian Razak kata ‘lengahkan dia, tunggu sampai orang saya sampai’,” kata Bala.
altantuya“20 minit kemudian, sebuah kereta Proton Aeroback warna merah tiba dengan seorang wanita dan dua lelaki. Wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, dan dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azhar (Umar). Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu dalam kereta,” jelas Bala.
“Azilah tanya saya dalam Bahasa Melayu: ‘inikah perempuan itu’, menyebabkan Altantuya tak faham apa yang kami cakap. Saya kata ‘ya’. Azilah pula berkata, mereka (tiga individu berkenaan) akan bawa Altantuya pergi. Saya beritahu Altantuya bahawa dia ditahan dan perlu mengikut mereka naik kereta tersebut. Altantuya masuk dan duduk di belakang bersama Korporal Rohaniza, manakala Azilah dan Sirul berada di depan,” kata Bala.
Azilah dan Sirul – kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Najib. Mereka bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan di Shah Alam, hampir tujuh tahun lalu.
Sah Najib terlibat
Menurut Bala lagi, beliau hanya mengetahui kematian Altantuya selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) pada November 2006.
Bala 2“Sewaktu (saya) bertemu Razak dan peguam Puvanendran, Razak menerima SMS dan menunjukkan kepada kami kandungan SMS itu – “Meeting IGP at 11am, be cool”. (Pada SMS itu) tertera nombor Datuk Seri Najib Razak. Maka terjawablah VVIP yang terlibat,” kata Bala disambut sorakan hadirin.
Mengesahkan lagi keterlibatan Najib, Bala memberitahu, adik Najib, Datuk Nazim Razak pernah berjumpanya, mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama.
“Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua,” jelas Bala yang meninggalkan Malaysia sejak 2009 disebabkan ugutan itu.
Forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tersebut dipengerusikan Presiden Kumpulan Anak Muda Independan (Kami), Khalid Ismath.
penyokongPanelis melibatkan kartunis politik, Zunar; Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel, manakala Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin selaku moderator.
Hadir sama di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu.
Kehadiran Bala disambut meriah penyokong pelbagai kaum yang melimpah hingga ke luar dewan.
Ekoran sambutan itu, penganjur memasang skrin di perkarangan dewan, supaya hadirin dapat sama mengikuti pendedahan yang dinanti-nantikan itu.
Turut sama mengambil peluang, para peniaga yang membuka gerai jualan seperti baju dan makanan.

Wednesday 27 February 2013

Semasa:20% utk negeri pengeluar minyak tetap ditunaikan..!!


Pakatan Rakyat mengulangi jaminan akan melaksanakan kenaikan royalti kepada semua negeri pengeluar utama minyak meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Pembayaran royalti itu ditingkatkan dari 5 peratus kepada 20 peratus.
Penekanan ini dinyatakan dalam dokumen Manifesto Pakatan Rakyat pada muka surat 12 yang diumum Isnin lalu.
“Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5 peratus ke 20 peratus,” tulis dokumen itu.
menifesto pakatan rakyat 2013Ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak mengatakan manifesto itu tertinggal memasukkan tuntutan untuk mendapatkan 20 peratus royalti minyak kepada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Dalam manifesto itu, ditegaskan juga bahawa bayaran royalti tersebut akan diterima Sabah dan Sarawak.
“Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus,” jelas dokumen itu pada muka 10.
Kenyataan ini terkandung di bawah teras Rakyat Bersaudara dengan pecahan tajuk ‘Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan’.
Jelas di sini tidak timbul keciciran bayaran royalti kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang, hanya kerana negeri-negeri ini tidak disebut dalam dokumen manifesto itu.

Tuesday 26 February 2013

Tembok P'KAUMAN musnah,PR terus bersama AURA RAKYAT

Tepuk tangan gemuruh dan gema laungan takbir menyambut ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang yang menekankan pentingnya perpaduan Pakatan Rakyat di Konvensyen Pakatan di Shah Alam kelmarin. Konvensyen  tersebut menghantar isyarat bahawa perwakilan 1,500 orang yang hadir telah menunjukkan perpaduan paling erat.

Dewan SACC Shah Alam telah penuh sesak dalam dan luar dewan, termasuk perwakilan dari Sabah dan Sarawak yang menerima samabutan meriah dari yang hadir. 

Kehadiran perwakilan PR dari Sabah dan Sarawak itu memberikan gambaran bahawa dua negeri di bawah bayu itu akan turut serta, bersama rakyat di Semenanjung, menghantar tsunami politik hingga ke Puterajaya dalam PRU akan datang.

Tentunya tidak ragu-ragu lagi bahawa PAS yang menjadi komponen penting Pakatan Rakyat itu memberikan dokongan sangat kuat akan perpaduan dalam Pakatan.

Dengan itu musuh Pakatan Rakyat tewas dalam usaha mereka untuk memecahbelahkan Pakatan dan menghasut supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Di atas pentas, pimpinan Pakatan – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Lim Kit Siang serta pemimpin lain Pakatan duduk beriringan dengan penuh ceria, menunjukkan keazaman yang sama untuk memelihara perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat telah membuktikan perpaduan dan muafakat yang erat walaupun kadang-kadang berbeza pendapat.
Beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan.
Presiden PAS itu juga turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat iaitu Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya.

Iaitu perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan perlembagaan dan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.

"Inilah harapan rakyat, kita perlu sedar dan faham lima perkara ini yang menjadi harapan rakyat," katanya ketika meneruskan ucapan dalam Konvensyen Pakatan itu.

Ucapan beliau yang penting itu menekankan bahawa semua kaum yang ada di Malaysia telah menerima hakikat masyarakat majmuk melalui Pakatan Rakyat yang telah diterjemahkan melalui PRU 2008 yang lalu.

Presiden PAS itu berkata, apabila orang Melayu/Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam, apabila orang kuat DAP dan pelbagai kaum dan agama boleh mengundi calon PAS dan PKR dari kalangan Melayu/Islam. Mereka sedia mengalahkan calon dari bangsa mereka sendiri, katanya.

Dengan senario ini, tegas beliau, Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan fanatik perkauman yang dihidupkan oleh BN selama ini dan sudah dianggap tidak relevan lagi. 

"Kita terima pelbagai kaum dalam satu adunan yang baik, pelbagai budaya dan pengalaman yang disatukan. Kita boleh bina kekuatan Pakatan Rakyat dengan menyatukan pelbagai bagai kaum atas konsep dalam perlembagaan yang tdak mampu dilakukan oleh BN," katanya

Sementara itu, intipati utama dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam konvensyen tersebut ialah memfokaskan perhatian kepedulian Pakatan Rakyat kepada rakyat pelbagai kaum yang terbahagi kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat. 

Konvensyen tersebut berakhir dengan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.

Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR). Ikrar tersebut berbunyi:

1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat.
2. Akan memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan anggota parti komponen Pakatan Rakyat.
3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala rasuah yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Ikrar bertulis itu kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP).

Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan doa, mengakhiri konvensyen dengan memohon keredhaan dan keberkatan Ilahi menjayakan cita-cita murni Pakatan Rakyat.

Dua kejayaan yang sangat bermakna yang diserlahkan Konvensyen Pakatan Rakyat itu ialah pertama, memperkukuh perpaduan dalam komponan Pakatan Rakyat, kedua meruntuhkan tembuk perkauman yang selama ini menjadi hambatan besar kepada perpaduan nasional, malah bertentangan sama sekali dengan Islam.

Untuk selama lebih setengah abad, negara dicengkam oleh fahaman perkauman yang menjadi senjata ampuh parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa. Namun, tanda-tanda sangat jelas bahawa era gelap ini akan berakhir pada PRU akan datang. Iaitu hampir sama seperti zaman gelap Eropah yang dimonopoli kaum pemodal, golongan tertentu dan Yahudi, membiarkan rakyat miskin dan tertekan, kepada zaman kebangkitan, keluar dari zaman gelap.

Jika Pakatan memenangi PRU nanti, dengan izin Allah, Malaysia akan bertukar wajah. Ia akan menjunjung tinggi ilmu, memartabat insan, menentang ketidakadilkan, segala bentuk penyelewengan, rasuah dan segala kemungkaran.

Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam itu memperlihatkan tekad dan mendokong kebangkitan rakyat untuk membina sebuah masyarakat baru Malaysia yang penuh adil.

Monday 25 February 2013

Kereta nasional serendah RM25RIBU antara tawaran dari PR


25 FEB :  Pakatan Rakyat (PR) akan mengurangkan kos sara hidup dengan menurunkan harga minyak, caj elektrik, caj air, tol dan kereta sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.
Ini akan dicapai melalui penghapusan monopoli di dalam sektor-sektor seperti penjanaan tenaga, air, telekomunikasi dan barangan makan.
Inisiatif itu terkandung dalam manifesto rakyat bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ yang dibentangkan di Konvensyen PR kali ke empat di Shah Alam Convention Center, di sini.
Antaranya PR akan menyalurkan laba dari pendapatan minyak untuk menurunkan harga petrol dan diesel.
PR juga akan menyalurkan subsidi gas berjumlah RM 25 bilion yang biasanya diberikan kepada penjana bebas, secara terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat.
Selain itu, konsesi air kendalian syarikat swasta yang mengakibatkan caj air tinggi akan dihentikan.
“Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan.”
PR juga akan mengambil alih lebuhraya secara beperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.
Pembiayaan operasi lebuhraya itu mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi lebuhraya.
Manakala harga barang akan turun apabila monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan pemerintah Umno-BN dihapuskan.
“Sebagai contoh, monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula,” katanya.
Manakala bagi kereta, cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
“Ketika ini, cukai eksais dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70 peratus seterusnya melonjakkan harga kereta.
“Justeru, PR percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah,” katanya.

JUANDA,ASRI menjadi rebutan PARTI POLITIK menjelang PRU13

 PAS dan PKR berlumba untuk merekrut Mufti Perlis Dr Juanda Jaya untuk bertanding di atas tiket mereka dalam Pilihan Raya 2013 akan datang, akan tetapi ulama tersebut turut memikirkan untuk menyertai Barisan Nasional (BN), mencerminkan kepentingan undi golongan agama konservatif.
The Malaysian Insider difahamkan, mufti yang lantang tersebut telah berjumpa dengan beberapa personaliti di negeri kelahirannya Sarawak baru-baru ini, termasuk pemimpin politik dan agama, mendapatkan nasihat untuk membuat pilihan.
“Beliau baru sahaja pulang dari Sarawak. Ia bagi membincangkan dengan sahabat rapat dan pandangan orang-orang senior dengan beliau,” kata sumber kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi semalam.
Di laman sosial Twitter Sabtu lalu, Juanda memuat naik gambar pertemuannya dengan Tun Abdul Rahman Ya’kub, pakcik kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau juga mendedahkan pertemuannya dengan Taib dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu untuk mendengar pandangan kedua-dua pemimpin itu mengenai “arah tuju negara”.
Akan tetapi sumber memberitahu Juanda masih memikirkan mengenai perkara ini dan tidak akan membuat keputusan terburu-buru.
“Tapi buat masa ini, beliau masih dalam analisis dan pemerhatian yang berterusan. Kena nilai tempat terbaik untuk buat sumbangan secara berkesan,” tambah sumber tersebut.
Sumber tersebut turut mengesahkan PAS dan PKR bersaing hebat untuk mendapatkan keahlian Juanda, satu petanda agama memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya 2013.
“PAS dan PKR memang push beliau (Juanda) sekarang ini untuk bagi persetujuan,” kata sumber sebelum  menambah Juanda kini berada dalam “peringkat akhir” sebelum mendedahkan pilihannya.
Jika Juanda menyertai politik, tambah sumber tersebut, beliau akan mencipta sejarah sebagai Mufti pertama yang bertanding pilihan raya.
“Tetapi lanskap politik negara telah berubah. Parti yang menawarkan senarai calon terbaik akan mempengaruhi mood pengundian,” kata sumber lagi.
Cakap-cakap tentang kemungkinan penyertaan Juanda dalam politik termasuk juga dengan rakannya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikatakan akan menyertai pilihan raya akan datang.
Sebagai tokoh agama yang popular dan mempunyai pengaruh besar, kedua-duanya dilihat sebagai aset kepada BN dan PR, dalam perlumbaan untuk mendapatkan undi Melayu, kelompok terbesar dalam Malaysia yang berbilang kaum.
Menurut The Straits Times (ST) Singapura semalam, Juanda mengesahkan minatnya untuk menyertai politik, mengatakan perubahan lanskap memerlukan pemimpin seperti dirinya untuk membuat polisi.
Keputusan yang akan dibuat dalam masa dua minggu lagi.” — Dr Juanda, sebagai dipetik The Straits Times
“Keputusan yang akan dibuat dalam masa dua minggu lagi,” beliau dipetik sebagai berkata.
Akhbar tersebut turut melaporkan, Juanda lebih cenderung untuk menyertai parti PR dan akan bertanding di kerusi sama ada Perlis atau Sarawak, di mana kedua-duanya merupakan kubu kuat BN.
Awal bulan ini, dilaporkan Asri mengakui beliau memikirkan kemungkinan untuk menyertai Pilihan Raya 2013, selepas berjumpa dengan beberapa parti politik.
“Perbincangan memang ada... dalam tempoh satu dua minggu ini, saya akan beritahu,” kata beliau seperti dilapor Sinar Harian pada 15 Febuari.
Spekulasi tentang bekas mufti itu mungkin bertanding dalam pilihan raya akan datang pada mulanya timbul apabila media melaporkan kedua-dua BN dan PR mensasarkan tokoh agama yang popular itu sebagai kelebihan untuk mendapatkan undi Melayu-Islam dalam pilihan raya akan datang.
Dipercayai Asri yang ketika ini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang, kubu kuat kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Terdapat juga khabar angin Asri bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 sekiranya PR masih mengekalkan Pulau Pinang.


Pada masa lalu, bekas mufti Perlis itu dikaitkan dengan parti Islam PAS, akan tetapi dinafikan olehnya dan mengatakan beliau tidak akan menyertai parti politik.

RM1,100 antara TAWARAN manifesto PR pd PRU13

Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni.

Berikut antara yang diumumkan:

1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.

2-Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.

3-Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.

4- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional

5- Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.

6- Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.

7- Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.

8- Memberi permit terus kepada pemandu teksi

9- Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.

10- Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.

Sunday 24 February 2013

PAS selangkah kehadapan dari UMNO:RAJA NAZRiN


Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini  berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil,  penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.


PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung  perjuangan, era jatuh dan bangun.
"Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri," titahnya.

PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh.

"Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.

Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat  lima cadangan.

Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.

Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.

Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.

Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.

Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda.

Translate's version