Monday 31 October 2011

Sayed Hassan Nasrallah Speech 2011 08 28

Trailer Film Kentut

Najib VS Muhyidin umpama catdog

JIKA hendak diberikan gambaran permasalahan dalam Umno hari ini, ianya tidak ubah macam rancangan animasi televisyen kartun CatDog. Ia hanya ada satu badan, tetapi ada dua kepala. Satu kepala cat (kucing) satu lagi kepala dog (anjing).

Dua-dua kepala ini punyai perangai, citarasa, pendekatan dan minat yang berbeza, sehingga sering bercanggah antara satu sama lain. Tetapi tiada pilihan kerana terpaksa berkongsi badan yang sama.

Badan yang dikongsi dan hendak dibawa adalah Umno, yang hayatnya sudah hampir sampai ke penghujung. cara mana hendak bawa Umno, pendekatan mana yang paling sesuai untuk menyelamatkan Umno daripada kepupusan.

Perbezaan ini semakin ketara dari hari ke sehari. Ianya umpama 'api dalam sekam' cuba dikambus media talibarut Umno-Barisan Nasional, namun ia tetap membara.

Pertelagahan senyap di antara Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semakin ketara dirasai dalam Umno, dirasai oleh pemimpin-pemimpin Umno di peringkat negeri dan sudah menjalar sehingga ke akar umbi

Masalah dan percanggahan wujud dalam banyak aspek. Terutama sekali dasar 1Malaysia dan pelbagai tindakan Najib mengetepikan hak Melayu dan kuota bumiputera, tidak disenangi Muhyiddin dan juak-juaknya kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Malah media berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, yang khabarnya dikuasai kumpulan Muhyiddin, juga enggan memberi ruang kepada Najib, jika kenyataan PM itu dilihat merugikan orang-orang Melayu.

Antara masalah yang besar dihadapi Muhyiddin dan Umno adalah datangnya dari isteri PM sendiri. Dominasi Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara, yang libatkan parti, kerajaan, projek dan media, amat-amat tidak disenangi mereka.

Ketidaksenangan ini disampaikan seorang kenalan lama bergelar Dato', dalam satu temu janji dengan saya di Bangsar Village baru-baru ini.

Tujuan pertemuan diadakan untuk beliau nyatakan pendapatnya tentang masa depan Melayu, yang katanya hanya akan dapat diselamatkan hanya jika PAS dan Umno boleh bekerjasama dalam hal-hal tertentu.

Saya hanya mendengar sahaja, kerana memang bukan bidang kuasa saya untuk bersetuju atau menolak pandangannya. Saya sekadar mahu meneropong dari sudut hati orang Umno, apa yang sebenarnya berlaku dewasa ini.

Sambil-sambil beliau berusaha meninjau peluang untuk melunakkan hubungan PAS-Umno, saya bertanya kepadanya tentang perubahan kepimpinan dan kepincangan yang terus berlaku dalam Umno.

Kata saya,"Dato' apa agaknya obstacle yang menghalang Umno untuk kelihatan solid dalam menghadapi PRU akan datang?"

"Rosmah," jawabnya ringkas, sambil menghirup cappucino.

"Mengapa Rosmah?" tanya saya sebelum sempat beliau meletakkan cawan kembali ke atas meja.

"Kita pun tak tahu mengapa Najib begitu menurut kata Rosmah. Semua urusan 'stuck' kalau ada campur tangan Rosmah. Sehingga pelantikan politik, termasuk GLC pun Rosmah campur tangan," dakwanya.

"Ooo lebih kurang Rosmah ni macam Khairy (Khairy Jamaluddin) masa zaman Abdullah lah ya," ujar saya kepadanya.

Dato' hanya mengangguk, mengiyakan telahan saya. Banyak ceritanya yang tidak boleh ditulis di sini. Off record katanya.

Pada saya, dakwaan terhadap Rosmah barangkali betul, barangkali tidak. Masalah Najib dan Rosmah adalah masalah Umno. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menghadap apa yang ada.

Masalah sebenarnya adalah masalah perebutan kuasa dan power broker serta juak-juak yang berpihak kepada Najib dengan puak penyokong Muhyiddin.

Keadaan menjadi semakin panas apabila masalah ini meleret-leret, sehingga kepada perihal pemilihan dan penentuan calon Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Habis semua hendak jadi calon.

Daripada Ketua Bahagian yang sudah lapuk, sehinggalah budak-budak hingusan dalam Umno, berebut-rebut hendak jadi calon. Mereka melobi Najib dan Muhyiddin. Semuanya kata mereka adalah winning candidate. Habis hiruk pikuk Umno di peringkat bahagian.

Masalah ini diakui oleh Muhyiddin. Kenyataan beliau baru-baru ini merujuk kepada masalah dalaman Umno yang tidak boleh selesai sehingga kini.

Oleh sebab itu MT Umno terpaksa menangguhkan pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno, untuk tempoh 18 bulan bermula Mac 2011.

Penangguhan terpaksa dibuat kerana, pemilihan parti menyebabkan Umno dalam keadaan berisiko tinggi. Umno terpaksa gamble kerana pemilihan akan berlaku di segenap peringkat, meliputi cawangan, bahagian dan kebangsaaan akan memberi natijah yang negatif kepada masa depan mereka. Oleh itu maka pemilihan Umno ditangguhkan, untuk memberi laluan terlebih kepada PRU terlebih dahulu.

Oleh itu, jika diteliti dan dibandingkan tempoh kerajaan BN akan berakhir pada Mac 2013 dengan tempoh penangguhan pemilihan Umno akan tamat pada September 2012, maka tidak dapat tidak PRU mesti diadakan enam bulan lebih awal dari pemilihan Umno.

Maka dijangkakan, tarikh terbaik untuk Najib mengadakan PRU ke-13 adalah di antara Disember 2011 hingga Mac 2012. Itu andaian Najib.

Namun Najib tidak akan selamat jika Umno-BN tewas atau hanya menang dengan majoriti yang lebih kecil daripada PRU 2008. Jika BN tewas, habis cerita. Sama ada Najib atau Muhyiddin, sama-sama akan dimasukkan dalam muzium bersekali dengan Umno-BN

Jika BN menang tipis bagaimana? Sekarang pun dalam Umno, terdapat golongan yang mendesak Najib berundur dan memberi laluan kepada Muhyiddin. Alasan mereka mudah. Najib terlalu lemah dan tidak mampu mengemudi BN berhadapan dengan Pakatan Rakyat. Ada kelompok veteran Umno yang berpendapat, jika Najib terus menjadi PM, masa depan Umno akan terus kelam.

Malah ada antara kalangan Umno yang melabel Najib sebagai PM flip-flop, sama atau lebih teruk daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Oleh kerana itu, jika BN menang tipis, Najib bakal mengalami nasib yang sama dengan Abdullah. Justeru bagaimana Najib hendak mengelakkan daripada Muhyiddin naik menggantikan beliau.

"Saya yakin Hisham (Dato' Seri Hishammuddin Hussein) tidak akan benarkan Muhyiddin menggantikan Najib," kata seorang penganalisis Umno.

"Bagaimana nak sekat Muhyiddin? Jika hendak halang, kena ada orang lawan dia jawatan Timbalan Presiden," kata saya.

"Tak perlu. Itu lambat lagi. Kalau saudara hendak tahu, sekarang ini budak-budak Hisham sudah buat kerja di Pagoh (kawasan Parlimen Muhyiddin), nak jatuhkan dia," dakwanya.

Cara mana hendak jatuhkan Muhyiddin tidak dihuraikan lanjut. Barangkali itu hanyalah andaian beliau. Tetapi beliau mengatakan wujud banyak kemasukan pengundi baru di Pagoh, yang akan memberi kesan kepada masa depan Muhyiddin.

Pada saya itu hanya fikiran simplistik. Bukan mudah hendak mengalahkan Muhyiddin. Pagoh ini kawasan hulu. Pedalaman dan masih mundur. Orang-orang yang miskin dan mundur, sentiasa menjadi aset Umno. Tambahan lagi orang Johor. Biarlah PRU nanti menentukan.

Tetapi mesej yang hendak disampaikan di sini, bau wujudnya, unsur pertelagahan dan sabotaj di antara puak Najib dengan Muhyiddin semakin kuat. Mereka boleh cuba menafikan kewujudan masalah ini.

Kita tunggu dan lihat sahaja. Bagi kita sama ada Najib atau Muhyiddin tidak menjadi soal. Asalkan mereka mewakili Umno-BN, mereka harus ditewaskan pada PRU ke-13!

BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0:yang mana PERKASA sokong ??

BERSIH 2007 dulu diketuai oleh seorang melayu islam dan BERSIH 2.0 pula seorang wanita berbangsa iNDIA..BERSIH 2007 dulu lebih kurang sama sahaja sitiuasinya yaitu banyak pihak menentang dan memboikot perhimpunan rakyat secara aman ini..tapi tidak berapa kedengaran isu kaum dimainkan.namun berbeza dengan BERSIH 2.0 yang lalu bilamana banyak pihak membantah termasuk PERKASA dan beberapa persatuan silat dengan alasan BERSIH 2.0 propaganda kaum bukan melayu untuk merampas kuasa raja serta hak melayu ??..
Paling 'glamour' ditv3,utusan adalah PRESIDEN PERKASA sendiri yaitu PAK BERAHIM ALi  .antara persoalan yang timbul apa yang sebenarnya IBRAHIM ALI tentang ini?..adakah beliau menentang himpunan tersebut secara totak ataupun menentang pengerusi BERSIH 2.0 DATO AMBIGA??.
Jika menentang pengerusi BERSIH 2.0 atas sebab dia bukan melayu/islam,dahulu 2007  BERSIH 1 beliau sokong atau tidak ??!!..kesimpulannya tidak kira siapa yang mengetuai BERSIH2.0 lalu,ia tetap akan dibantah oleh PERKASA dan berahim ali sendiri.alasan mengugat kuasa raja dan pertikai hak melayu hanyalah perisai untuk menentang gerakan BERSIH2.0 yang lalu.isu kaum digunakan supaya melayu amnya menolak BERSIH2.0 dan menafikan 8tuntutan rakyat.
Walaupun himpunan rakyat BERSIH 2.0 sudah berlalu tetapi banyak isu berkaitan yang perlu kita bangkitkan sentiasa.PERKASA boleh mereka-reka isu kaum demi kepentingan mereka,namun mereka tidak mampu mengatasi satu perkara yaitu tembok perkauman sudah dipecahkan oleh rakyat yang mahukan perubahan dalam negara ini.

Ikhwan muslimin/Hasan al banna

Mungkin pendekatan yang paling canggih untuk ideologi Pan-Islam, dalam keadaan yang baru terikat Nasionalisme Mesir 920-an dan 1930-an, telah dibangunkan oleh Hassan al-Banna, pengasas, pada tahun 1929 dan panduan umum Persaudaraan Islam (Jami'ah Ikhwan Muslimin).Al-Banna adalah sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk menggubal dasar persatuan ini. Walaupun sebahagian besarnya berkenaan dengan hal ehwal dalam negeri Mesir, dan kemudiannya negara-negara lain, di mana cawangan telah ditubuhkan, idea negara Islam sejagat sentiasa tersirat disebabkan oleh fokus persatuan terhadap Islam. Walaupun kuat tidak meluluskan jenama tempatan Nasionalisme, terutamanya jika mereka berinspirasikan Barat dan berfikiran secularly-Banna mengembangkan wawasan Nasionalisme Pan-Islam, menegaskan bahawa Islam dan Nasionalisme adalah pelengkap, terutama apabila kedua yang dikendalikan dalam parameter Islam Sebenarnya, sejak itu, bagi Persaudaraan Islam, Islam sudah tentu kedua-dua agama dan negara.


Di sini, kita perlu menganalisis apa yang konsep asas dari mana Hassan al-Banna telah memulakan untuk menubuhkan organisasi Islam itu. Kemudian kita juga akan meneroka pemikirannya sebab-sebab turun masyarakat Islam khususnya di Mesir. Walau bagaimanapun, usaha dan kerja-kerja berhak pertimbangan besar masyarakat Islam dalam revolusi kepada kebangkitan negara Islam (Khalifah).
HASAN AL-Banna KEHIDUPAN AWAL

Seperti ramai pemimpin-pemimpin Islam yang mengikuti jejak langkah beliau, Al-Banna menikmati faedah pendidikan moden, tetapi telah dibesarkan dalam persekitaran Islam tradisional. [1] Banna dilahirkan pada tahun 1906 di Mahmudiyya, Mesir (barat laut Kaherah). Bapanya, Sheikh Ahmad al-Banna, adalah satu dihormati tempatan imam (pemimpin solat) dan guru masjid, pendidikan di Universiti Al-Azhar, yang menulis dan bekerjasama atas buku-buku pada tradisi Islam, dan juga mempunyai sebuah kedai di mana dia dibaiki jam tangan dan dijual gramophones. Walaupun Sheykh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki beberapa harta, mereka tidak kaya. Apabila Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi terlibat dalam suatu perintah Sufi, dan menjadi ahli sepenuhnya dimulakan pada tahun 1922. Apabila dia telah tiga belas, Banna mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. Pada tahun 1923, dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah.
Sejak itu, hidup di ibu kota yang ditawarkan kepadanya yang lebih luas aktiviti-aktiviti daripada kampung dan peluang untuk memenuhi ulama Islam yang terkenal, tetapi dia amat terganggu dengan kesan Barat yang dia melihat di sana, terutamanya kenaikan sekularisme dan butiran moral tradisional . Beliau telah sama-sama kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam Universiti al-Azhar untuk menyuarakan penentangan mereka terhadap kenaikan ateisme dan pengaruh pendakwah Kristian. [2] Pada tahun lepas di Dar al-Ulum , dia berdedikasi dirinya untuk menjadi seorang kaunselor dan seorang guru "orang dewasa dan kanak-kanak, untuk mengajar mereka" matlamat agama dan sumber-sumber mereka kesejahteraan dan kebahagiaan hidup ". Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1927 dan telah diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah negeri utama dalam Isma "iliyya, sebuah bandar wilayah yang terletak di Zon Terusan Suez.
Dalam Isma "iliyya, sebagai tambahan kepada kelas hari itu, beliau yang dijalankan niatnya memberi kelas malam untuk murid-murid" ibu bapa. Beliau juga mengajar di masjid, dan walaupun di rumah kopi, maka sesuatu yang baru dan secara amnya dilihat sebagai dari segi moral mengesyaki. Pada mulanya, sebahagian daripada pandangan beliau pada mata yang agak kecil amalan Islam yang membawa kepada perbezaan pendapat yang kukuh dengan elit keagamaan tempatan, dan dia menerima pakai polisi mengelakkan kontroversi agama. Antara 1948 dan 1949, tidak lama selepas masyarakat menghantar sukarelawan untuk berjuang dalam peperangan di Palestin, konflik di antara pemerintahan beraja dan masyarakat mencapai kemuncaknya. Prihatin dengan peningkatan populariti ketegasan dan persaudaraan, serta dengan desas-desus bahawa ia memplotkan satu rampasan kuasa, Perdana Menteri Nuqrashi Pasha dibubarkan pada bulan Disember 1948. Organisasi "aset s telah ditahan dan ramai ahli-ahlinya dihantar ke penjara. Kurang daripada tiga minggu kemudian, Perdana Menteri telah dibunuh oleh seorang anggota persaudaraan. Ini seterusnya mendorong pembunuhan Al-Banna, dianggap oleh ejen kerajaan , dalam Februari 1949, apabila Al-Banna masih hanya 43 dan di kemuncak kerjayanya.
 
DIA concern menurun ISLAM
Empat tahun bahawa Al-Banna yang dibelanjakan di Kaherah mendedahkan orang itu kepada menapai politik modal Mesir pada awal tahun 1920-an, dan meningkatkan kesedaran tahap yang cara yang sekular dan Barat telah menembusi fabrik masyarakat. Ia kemudiannya bahawa Al-Banna menjadi sibuk terutamanya dengan apa yang dilihatnya sebagai generasi muda "terpisah dari Islam. Beliau percaya bahawa perjuangan untuk hati dan minda belia akan membuktikan kritikal untuk survival agama diserang oleh serangan hebat Barat. Semasa belajar di Kaherah, dia memotivasikan dirinya sendiri dalam tulisan-tulisan pengasas reformasi Islam (pergerakan Salafiyya), termasuk Mesir Muhammad 'Abduh (1849-1905), di bawah mana bapanya telah mengkaji semasa di Al-Azhar. Tetapi ia adalah "Abduh" s pengikut, Syria Rashid Rida (1865-1935), yang paling mempengaruhi Al-Banna.
Al-Banna merupakan pembaca berdedikasi Al-Manar, majalah yang diterbitkan Rida di Kaherah dari tahun 1898 sehingga kematiannya pada tahun 1935. Beliau berkongsi Rida "s kebimbangan pusat dengan kemerosotan tamadun Islam berbanding dengan Barat. Beliau juga percaya bahawa trend ini boleh diterbalikkan hanya dengan kembali kepada bentuk yang dicemari Islam, bebas daripada semua accretions yang telah dicairkan kekuatan asalnya mesej Seperti Rida di akhir hidupnya tetapi tidak seperti "Abduh dan lain-lain modenis Islam - Al-Banna berpendapat bahawa bahaya utama kepada Islam" survival dalam zaman moden berpunca kurang dari konservatif Al-Azhar dan ulama ( yang dia namun dikritik) berbanding daripada kebangkitan idea-idea sekular Barat. [3]
ISLAM persaudaraan
Banna menyatakan: "Islam tidak mengiktiraf sempadan geografi, tidak jika mengakui perbezaan kaum dan darah, mengingati semua umat Islam sebagai salah satu Umma Persaudaraan Islam menganggap perpaduan ini sebagai suci dan percaya dalam kesatuan ini, berusaha untuk tindakan bersama semua umat Islam dan. yang pengukuhan persaudaraan yang Islam, mengisytiharkan bahawa setiap inci tanah yang didiami oleh orang Islam adalah tanahair mereka ... The Persaudaraan Islam buat tidak menentang setiap yang salah satu bekerja untuk tanahair sendiri seseorang. Mereka percaya bahawa kedudukan khalifa adalah satu simbol Kesatuan Islam dan satu petunjuk ikatan di antara negara-negara Islam Mereka melihat khalifa dan penubuhan semula sebagai keutamaan, seterusnya; persatuan umat Islam rakyat harus ditubuhkan, yang akan melantik imam "[4]

Translate's version