Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip mendakwa blogger Umno dilindungi pihak berkuasa semata-mata kerana peranan mereka berkonspirasi menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kebal dari sebarang tindakan undang-undang, blogger upahan Umno,Papagomo tidak pernah dipanggil memberi keterangan sama ada oleh polis atau Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
Terbaru, tindakannya menyebar video fitnah di internet yang didakwa sebagai Anwar tidak pernah diambil tindakan.
“Apakah kerana Papagomo menyerang Anwar, maka dia terlepas dari tindakan undang-undang? Sepatutnya polis telah lama menyiasat Papagomo.
Tindakannya sebelum ini menyiarkan video fitnah di internet sehingga menyebabkan beberapa orang didakwa di mahkamah.
“Kalau sebelum ini trio Datuk T membuat tayangan lucah di Hotel Carcosa dan menjadi kesalahan. Mungkin menggunakan blogger dan menyiarkannya di internet adalah cara untuk mengelak sebarang tindakan.”
“Papagomo juga mengugut untuk mengeluarkan lagi video-video dalam siara blognya akan datang. Persoalannya, bagaimana dia memperolehi
video ini. Kenapa seperti ada kekebalan. Siasat dia segera,” katanya kepada Keadilandaily.
Rozan turut mencabar sama ada Datuk Eskay yang dikatakan wajahnya turut tersiar dalam rakaman itu untuk menafikan
penglibatannya dalam pengedaran video tersebut.
“Dia kena declare (umum) yang dia tak terlibat dengan pengedaran video. Begitu juga dengan Presiden Umno dan Datuk T”
Terdahulu, Rozan membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur mendesak Ketua Polis Negara menyiasat penyebaran video fitnah terhadap Datuk Seri Anwar.
Katanya, tindakan TV3 memetik siaran blog tersebut dan melaporkannya pada program Buletin Utama malam tadi menimbulkan prasangka dan pandangan negatif orang ramai terhadap Anwar, sedangkan siasatan tidak pernah dibuat.

No comments:
Post a Comment