Wednesday 30 November 2011

Perhimpunan agong VS perhimpunan melayu retorik !!

Pemimpin-pemimpin Pemuda Umno hari ini ‘sebulat suara’ mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil berkata ucapan timbalan presiden mereka itu malam tadi bukan bersifat rasis, sebaliknya pendekatan lumrah melawan pembangkang...<--jatuh bangun kaum melayu amnya bukan terletak pada kemenangan UMNO sama sekali.tetapi persefahaman dan kekuatan dalam islam sebagai panduan dunia akhirat..sebenarnya bukan jatuh bangun melayu ,tetapi "jatuh bangun UMNO"....puluhan tahun merdeka adakah melayu sudah selesa dan boleh bersaing dgn kaum lain terutama soal ekonomi ..?

Pemimpin yang ketandusan modal untuk terus berjuang dalam politik negara ini cukup senang jika tersepit,guna isu kaum/agama..itu yang kita akan lihat,sebagai contoh lain cuba perhatikan NGO PERKASA ibrahim ali ni..konon pembela melayu sejati,tapi cuba kita nilai kembali,melayu mana yang dibela itu?..

Perhimpunan agong UMNO 2011 ni tidak lebih dari "ceramah tepi jalan" umno sahaja..yang bertempik diatas pentas semuanya ingin memnunjukkan kehebatan masing-masing kepada sang 'PRESIDEN'.mana tahu boleh jadi calon pru13 kelak,yang wanita control cun mana tahu dapat 'tackle' dato-dato..manakala lelaki pula bergaya habis dengan songkok tingginya.


Itu sajalah yang kita boleh lihat melalui media ampu mereka TV3suku,RTMelalut.berdegar-degar meluahkan kata-kata semangat,walhal retorik semata-mata.mungkin UMNO hebat dimata penonton buliten utama tv3suku,tetapi dihati rakyat belum tentu..Jika benar UMNO sebuah parti melayu yang bermaruah dan gagah,melalui kerajaan pusat sila laksanakan 8 tuntutan BERSIH 2.0,kemudian kita bertarung pada pru13 kelak diatas padang yang sama rata.kalah menang terletak ditangan rakyat yang mengundi...tamated

AZIZ BARi:Rakyat harus tolak UMNO/BN,dalam isu perhimpunan aman

Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, tidak ada jalan lain untuk menyekat Umno-BN daripada terus menggubal undang-undang yang bertentangan prinsip perlembagaan, selain rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman yang kini dikenali Akta Perhimpunan Aman 2011 di dewan rakyat, semalam.
“Nak buat apa lagi? Sekadar memprotes dan yakinkan rakyat bahawa dalam PRU ini mereka perlu tolak Umno-BN yang jelas tidak komited dengan janji mereka sendiri(untuk melakukan perubahan),” kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.
Mengulangi Akta berkenaan jelas bercanggah dengan semangat perlembagaan, Aziz menyifatkan ia lebih dasyat dari peruntukan Seksyen 27 Akta Polis yang mengehadkan kebebasan berhimpun- suatu perkara yang dijamin perlembagaan.
“Ia lebih teruk dari Seksyen 27 Akta Polis tentang (pemberian) permit itu. Jadi kalau seksyen itu pun disyor supaya dimansuh, kita boleh bayangkan betapa dahsyatnya RUU ini,” kata beliau.
Dalam pada itu katanya, terpulang kepada Pakatan Rakyat atau majlis peguam sekiranya mereka mahu membawa perkara itu ke mahkamah.
“Kalau depa (mereka) nak ke mahkamah tiada masalah,  kita tengoklah macam mana mahkamah bersilat,”  katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya diimbas kes-kes yang lalu, mahkamah berkemungkinan memutuskan ia terletak di bawah kuasa parlimen dan tidak boleh berbuat apa-apa.
“Dan mahkamah akan kata kalau tak suka undang-undang itu, medan penyelesaiannya ialah politik, bukan mahkamah atau undang-undang,” kata Aziz.

Rendahnya mentaliti TPM 1malaysia...

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri.

"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.

"Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau mengulas ucapan Muhyiddin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Muhyiddin tanpa segan silu membidas DAP, PKR dan PAS dengan kata-kata penuh penghinaan.

DAP dilabel parti cauvinis Cina yang jahat dan mahu menubuhkan negara republik.

PKR pula dituduh sebagai parti ultraliberal yang hanya berjuang untuk Datuk Seri Anwar manakala PAS pula bukan lagi memperjuangkan Negara Islam kerana mengangkat Negara Berkebajikan.

Mengulas lanjut Salahudin bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas ucapannya itu yang secara tidak langsung mengakui PAS berada di persada politik tanah air.

"Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau.

"Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya.

Monday 28 November 2011

Anwar : Teruskan Berjuang Walaupun Saya di Penjara

 Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat. 
 "Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampai ucapan di sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 di sini hari ini.
Mengulas lanjut Anwar berkata usaha kerajaan pemerintah memburukkan politik negara dengan fitnah dan serangan pribadi ketas dirinya tidak mematahkan semangat beliau malah ia menyedarkan rakyat dari terus dizalimi. 
"Saya dipenjarakan enam tahun, adakah harga minyak turun? Adakah politik antara kaum bertambah baik? Adakah negara semakin sejahtera? Jadi apa yang berlaku selama ini adakah  kerana Anwar?" tegas Anwar .
Anwar berkata pertemuan dengan rakyat bawahan untuk mendengar keluh kesah mereka adalah ubat mujarab yang menjadi formula kepada karier politiknya yang sering dihimpit pelbagai dugaan dan cabaran pihak lawan.
"Saya belajar semua ini dengan siapa? Dengan pak lebai dan semangat saya datangnya dari mana? Dari mak cik tua. Golongan ini yang memberi api kepada obor perjuangan kita.
"Setiap kali saya bersua muka dengan rakyat bawahan, saya renung mata mereka, saya nampak derita dan harapan mereka," katanya.
Menyedari kekuatan perjuangan Pakatan Rakyat berpunca dari gerakan rakyat bawahan, Anwar menjelaskan Umno-BN menjadikan golongan ini sebagai sasaran untuk menyebarkan fitnah bagi memburukan dan menyemai benih kebencian kepada Pakatan.
"Strategi penting mereka (Umno-BN) ialah menyebarkan fitnah dan khabar angin supaya membenci kita."

ISMAIL KAMUS antara penerima MAAL HIJRAH SELANGOR

: Datuk Ismail Kamus merupakan salah seorang penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor Tahun 2011 di dalam satu majlis di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disini Sabtu lalu.
Anugerah itu disampaikan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah bagi mewakili Sultan Selangor. Majlis itu turut disertai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sebelum majlis penyampaian anugerah, satu aturcara meraikan kedatangan tahun baru Islam dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun, diikuti oleh azan Maghrib. Sejurus selesai azan, doa awal tahun pula dibacakan.
Dalam ucapannya, Pengarah Jabatan Agama Islam, Marzuki Husin menyeru umat Islam agar menjalinkan persefahaman yang kukuh antara satu sama lain.
"Sehubungan itu, melalui semangat hijrah pada tahun ini, diharapkan umat Islam dapat membentuk persefahaman yang kuat agar Islam dapat dimartabatkan di tempat yang selayaknya.
"Diharapkan tema pada tahun ini, 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah', mampu memberi anjakan kepada umat Islam dalam memperkuatkan perpaduan yang dapat memakmurkan bumi Allah ini," jelas Marzuki.
Selain Ismail, empat individu lain turut menerima anugerah tersebut. Mereka adalah Muhammad Chan Abdullah, Said Husin dan Jamaluddin Elias.
Mereka menerima sumbangan wang RM5,000 seorang, sijil penghargaan serta pakej mengerjakan umrah.
Turut menerima anugerah sama adalah Persatuan Institusi Tahfiz AlQuran Selangor.
Anugerah Kecermelangan Pendidikan Tengku Idris Shah peringkat Selangor turut diberi kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka menerima saguhati wang tunai, sijil serta sepersalinan pakaian.

BERSIH 3.0 semakin dekat,wajar dilakukan segera !!

Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN) mewakili lebih daripada 20 Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) kaum India merasa terpanggil untuk meneruskan momentum perubahan yang semakin terasa rentetan daripada kejayaan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Menurut sekretariat itu, Barathidasan Saminathan, beberapa tindakan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri dilihat begitu terdesak untuk melaksanakan perubahan demi menjaga survival pemerintahan Barisan Nasional.
“Perkembangan positif ini perlu digunakan sebaik mungkin bagi membolehkan lebih banyak perubahan dilakukan oleh pihak kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, WargaAMAN percaya sekiranya gerakan menuntut pilihanraya bersih dan adil diteruskan dengan pembawaan yang konsisten, peluang untuk 8 tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan adalah sangat besar.
“Oleh itu, WargaAMAN menuntut supaya satu lagi perhimpunan Bersih 3.0 diadakan segera untuk menjamin peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya,” katanya.
Tambahnya, objektif sebenar cadangan Bersih 3.0 ialah untuk meneruskan momentum Bersih 2.0 yang telah berlangsung pada 9 Julai dalam menuntut pembaikpulihan sistem pilihan raya bagi mewujudkan sebuah sistem yang lebih bersih dan adil.
Beliau juga memberi respons terhadap Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Oktober lalu.
Katanya, PSC tersebut dilihat sebagai alat untuk meredakan tuntutan Bersih dan mengalihkan rakyat daripada memberi fokus terhadap tuntuntan pilihan raya bersih dan adil.

Friday 25 November 2011

PAS akan sertai Bersih 3.0

BERSIH 3.0:PAS sudah beri kata "sakti"

PAS akan menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam perhimpunan Bersih 3.0 bagi meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang belum dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, bagi menuju ke arah itu, PAS akan  dan memulakan siri penerangan dan menggerakkan ahli di seluruh negara.

"PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad bagaimanapun berkata, selain PAS, dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP membuat kenyataan umum menyokong Bersih 3.0.

"Daripada kenyataan umum, Pakatan bersetuju untuk bersama-sama Bersih 3.0," katanya yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat.

Bagaimanapun, PAS katanya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Bersih yang disertai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dari segi tarikh dan perjalanan perhimpunan.

"Tarikh yang sesuai, tempat perhimpunan semuanya kami serah kepada NGO Bersih sepenuhnya untuk menentukannya," katanya sambil menambah, pengerusi 3.0 adalah daripada NGO sendiri.

Sementara itu, mengulas mengenai Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata PAS menolak keras RUU tersebut.

Malaysia katanya seolah-olah sedang menggantikan tempat Myanmar dari segi halangan untuk rakyat bersuara.

"Perdana Menteri berbohong untuk bawa Malaysia ke arah demokrasi.

"Myanmar yang kebebasan bersuaranya teruk mengenakan lima hari sahaja untuk mengeluarkan notis berhimpun tapi Malaysia kena bagitahu 30 hari awal.

"Rang Undang-Undang ini menghina rakyat Malaysia," katanya.

Thursday 24 November 2011

P/raya Serentak, SPR Perlu Tunaikan Dahulu Tuntutan BERSIH

 Pakatan Rakyat mengambil pendirian bersedia bertemu dan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung penetapan tarikh pilihanraya secara serentak antara negeri dan pusat.
Namun menegaskan SPR tidak perlu hanya tertumpu kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat disamping Suruhanjaya tersebut perlu melunaskan tuntutan BERSIHN 2.0 terlebih dahulu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Satu keputusan dibuat oleh Pakatan Rakyat,setelah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan hasrat beliau untuk menemui pimpinan Pakatan Rakyat merujuk kepada kes pilihanraya persekutuan dan negeri, pada saya ia agak aneh, kalau dia hendak berunding , dia perlu berunding kepada semua kerajaan negeri," kata Anwar pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen
Sebelum ini, SPR berharap pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen semua negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak diadakan serentak.
Abdul Aziz berkata, beliau akan menemui para pemimpin politik parti Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berhubung pilihan raya umum ke-13.
Dakwa SPR,pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.
" Kalau nak berunding ialah antara kerajaan Malaysia ( pusat ) dengan kerajaan-kerajaan negeri ataupun Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), ini seolah-olah Tan Sri Aziz berucap untuk menjadi jurucakap dan pandangan bagi Umno dan Barisan Nasional.
" Saya nak nasihatkan dia ( Tan Sri Aziz) supaya perhati betul-betul, kalau hendak runding jangan dia runding khusus dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat, jadi ada peraturan yang berbeza, jadi kita ingin menyebut, kita sedia berunding dengan SPR, tetapi yang kita hendak SPR ini melaksanakan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 ini, dan jangan melengah-melengahkan dengan menggunakan jawatankuasa pilihanraya," kata Anwar.

Tuesday 22 November 2011

Sekat Himpunan:Polis diberi kuasa mutlak

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dicadangkan akan memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun.

Seksyen 15 rang undang-undang itu menyatakan polis boleh mengenakan sekatan ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

Seksyen 15 (2) (h) pula membenarkan Ketua Polis Daerah membuat keputusan mengenai:
  • tarikh, masa dan tempoh perhimpunan;
  • tempat perhimpunan;
  • cara perhimpunan;
  • kelakuan peserta semasa perhimpunan;
  • pembayaran kos pembersihan akibat daripada mengadakan perhimpunan;
  • apa-apa faktor alam sekitar, sensitiviti budaya atau agama dan kepentingan sejarah yang ada pada tempat perhimpunan;
  • kebimbangan dan bantahan orang yang mempunyai kepentingan; atau apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh pegawai yang menjaga daerah polis berhubung dengan perhimpunan itu.
Mereka yang melanggar sekatan dan syarat boleh didenda tidak melebihi RM10, 000.

Sebelum ini, perkara-perkara berkaitan perhimpunan awam diselia mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1964, yang menyatakan bahawa permit mesti diperolehi bagi mana-mana perhimpunan awam tetapi tidak syarat-syaratnya tidak dinyatakan secara terperinci.

Sekiranya penganjur tidak bersetuju dengan larangan itu, rayuan boleh dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri yang perlu memberikan jawapannya dalam masa enam hari.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini tidak menetapkan sama ada keputusan menteri adalah muktamad atau sama ada ia boleh dicabar di mahkamah.

Ia juga menyatakan bahawa perhimpunan perlu mengambil kira sensitiviti budaya dan agama,  tetapi butiran tidak ditakrifkan.

Tempat larangan
Seksyen 25, rang undang-undang itu pula menyatakan bahawa menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana tempat sebagai suatu tempat perhimpunan
yang ditetapkan.

Ia juga menetapkan, bagi mengelakkan keraguan, mana-mana orang yang menganjurkan atau menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai tanggungjawab yang sama sebagaimana seorang penganjur dan peserta.

Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.
  • Empangan, takungan dan kawasan tadahan air
  • Loji rawatan air
  • Stesen penjana elektrik
  • Stesen minyak
  • Hospital
  • Balai bomba
  • Lapangan terbang
  • Landasan keretapi
  • Terminal pengangkutan awam darat
  • Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina
  • Tempat ibadat
  • Tadika dan sekolah

Petani Sekinchan desak NOH OMAR letak jawatan !!

Hampir 100 petani dan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang menuntut Menteri Pertanian, Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk segera meletak jawatan sebagai menteri. 
Tuntutan itu ekoran kegagalan beliau membela nasib kaum petani dan pesawah di daerah tersebut serta tidak mengendahkan nasib para pesawah untuk menambah subsidi padi.
Hari ini bertempat di Site B Sekinchan hampir 100 petani berkumpul sambil memegang kain rentang melaungkan slogan "hidup petani" , " naik subsidi RM50 seratus Kilo" dan " Noh Omar letak jawatan".
ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang turut sama menyertai perhimpunan aman itu berkata kerjaan pusat tidak mengamalkan unsur monopoli dalam urusan penjualan padi yang mengakibatkan kerugiaan kepada pendapatan pesawah.
" Kita minta supaya harga padi diapungkan untuk penjualan secara bebas,kita tidak mahu Beras Nasional (BERNAS) memonopoli pasaran,kita mahu harga padi dibeli kepada sesiapa yang menawarkan pada harga yang tinggi,harga itu perlu diapungkan supaya pasaran dijual pada harga bebas.
Menurut Ng, nasib para pesawah perlukan perhatian dan pembelaan kerana golongan ini hanya menuai dua kali setahun sebagai sumber pendapatan tahunan mereka.
Katanya tekanan ini semakin mendesak disebabkan kebanyakan para petani hidup dalam keadaan tersepit dan kesusahan angkara kos saraan hidup yang semakin tinggi.
Sehubungan itu beliau meminta agar kerajaan pusat menyemak harga subsidi padi yang tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lepas.
"Harga di paras RM24.81 untuk seratus kilogram sejak 20 tahun yang lalu,kita minta yang berhormat semak harga supaya dinaikkan kepada RM50.00.
Katanya dengan kenaikan harga subsidi ini akan membolehkan petani menikmati secara terus subsidi tersebut serta mengelak dari penglibatan 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan sebagimana berlaku sekarang.
Dalam pada itu Ng juga menggesa agar Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh.
Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi.
"Dibawah skim ini, insentif akan diberikan kepada mereka berjaya peningkatan hasil, contohnya pada musim yang pertama 5 tan,musim kedua 7 tan , dan musim ketiga 7 tan, maknanya sudah ada peningkatan sebanyak 2 tan, dan 2 tan itu akan dibayar dengan insentif ini iaitu 1 tan sebanyak RM650 dan 2 tan sebanyak RM1,300.
"Maknanya bantuan kepada golongan petani hilang,oleh yang demikian petani hari ini berdiri di sini, menyatakan rasa tidak puas hati, ke mana duit ini pergi dan Noh Omar perlu menjawab ke mana lesapnya wang RM110 juta.Dan jika Noh Omar tidak boleh menjawab kita mendesak agar beliau meletak jawatan kerana gagal membela hak petani," tegas beliau.

Anwar Ibrahim: Anak Muda Ada Jiwa Merdeka, Inilah Anak Muda Boleh Membaw...

Friday 18 November 2011

Parlimen Jerman: Fitnah II cubaan Najib singkir lawan politik

 Jawatankuasa Parlimen Jerman menyifatkan perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sebagai satu cubaan BN untuk menyingkirkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkannya sebagai “proses menyingkirkan seteru politik”, kumpulan  itu yang datang daripada Asean Parliamentary Group untuk Parlimen Jerman berkata perbicaraan Fitnah II bertujuan merencatkan momentum reformasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.
“Kami memerhati dengan teliti perbicaraan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang akan selesai dalam bulan Disember.
“Sewaktu lawatan kami ke Malaysia pada awal 2011, keraguan kami terbukti benar yang perbicaraan itu mungkin merupakan proses menyingkirkan seteru politik,” kata Dr Thomas Gambke, ketua Asean Parliamnetary Group itu dalam kenyataannya.
Justeru, mereka menuntut Najib dan pentadbirannya berlaku adil kepada Anwar di samping tidak memanipulasi proses pilihan raya untuk terus berpaut pada tampuk kuasa.
“Kami merayu kepada kerajaan Malaysia untuk menghormati matlamat reformasi demokratik sistem pilihan raya, yang diketuai Anwar Ibrahim.
“Langkah untuk mencegah penipuan pilihan raya perlu diperkenalkan bersama akses lebih meluas untuk media buat parti pembangkang yang kini mentadbir lima negeri di Malaysia.
“Perbicaraan bersifat politik terhadap Anwar akan hanya merosakkan imej antarabangsa Malaysia,” kata mereka dalam kenyataan media.
Kenyataan itu dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru sahaja selesai menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Bali semalam.
Asean Parliamentary Group (Brunei, Indonesia, Cambodia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) itu diketuai Dr Thomas Gambke (Alliance 90/The Greens), dan Timbalan Pengerusinya adalah Dr Michael Fuchs (CDU / CSU), Holger Ortel (SPD), Dr. hc Jürgen Koppelin (FDP) dan Caren Lay (the Left.)

ADUN BN selangor minta SATIM jawab !!:isu jual tanah selangor

 Isu penyelewengan berhubung penjualan tanah kerajaan di Science Park 2 membabit Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Satin Diman turut mendapat kecaman dari pemimpin Barisan nasional. 
Adun Sungai Burung dari Barisan Nasional(BN), Shamsudin Lias mengesa Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman tampil kehadapan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah atas dakwaan penyelewengan tanah ketika era pemerintahan BN dahulu.
"Sekiranya terbukti beliau (Satim) lakukannya, beliau perlu bertanggungjawab, prinsip kita jelas, saya sendiri jelas sekiranya kita langgar undang-undang, kita perlu bertanggungjawab.
"Kalau benar wujud salahguna kuasa, perkara ini boleh dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, itu sahaja,"katanya.
Di dalam sesi DUN 15 November lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa Satim menjual tanah milik kerajaan Selangor pada tahun 2006 dengan harga yang murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd.
Menurut Khalid transaksi penjualan yang dilakukan oleh Satin amat licik sehingga tidak dapat dikesan berlaku sebarang penyelewengan.
"Ada juga beberapa isu mengenai Bekas Menteri Besar, saya sedang kumpulkan dan jika perlu saya akan dedahkan.
"Apa yang ingin saya pamerkan ialah beza antara pentadbiran Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, yang mana kita melaksanakannya pentadbiran untuk kepentingan semua rakyat tetapi sebaliknya bagi mereka (BN) yang hanya memberi kepada kroni,"jelas khalid
Pendedahan tersebut menyaksikan seorang lagi pemimpin tertinggi BN Selangor terpalit dengan pelbagai penyelewengan.
Satim ketika itu adalah ahli lembaga pengarah dan pemegang saham utama di dalam Nikmat Inai.
Tanah dilokasi Science Park-2 seluas 80 ekar di Cyberjaya itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Satim bagaimana pun menjual tanah tersebut kepada syarikatnya sendiri pada harga RM1.80 sekaki persegi atau RM 6.5 juta.
Susulan itu, syarikatnya menjual semula kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada harga RM5.30 sekaki persegi atau RM19.2 juta.
 Ditanya mengenai urus niaga untung atas angin ini, Shamsudin (gambar) menjelaskan ia bukan isu kerana tanah tersebut diberikan kepada Satim dan terpulang kepada beliau untuk menguruskannya.
"Itu terpulang kepada tuan empunya tanah, asalkan urusan itu tidak menyeleweng dan melanggar undang-undang," jelas Shamsudin.
Turut disebut dalam pendedahan Khalid itu ialah pemberian tanah melibatkan seorang bekas Menteri Besar Selangor dan isteri kepada seorang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Sementara itu, Adun Sungai Pelek, Yap Ee Wah dari BN ketika ditemui TVSelangor di Lobi DUN semalam enggan memberi apa-apa reaksi berhubung perkara ini dengan memberi alasan bahawa beliau tidak hadir pada sesi DUN 15 November lalu.
"Saya tidak boleh memberi apa-apa reaksi kerana saya tidak hadir pada hari itu, Saya keluar kawasan untuk memberi sumbangan, ia tidak adil bagi saya untuk mengulas benda ini.
"Minta penjelasan dari mana-mana adun pembangkang yang lain," katanya.

Wednesday 16 November 2011

ADUN UMNO GADAI TANAH SELANGOR !!

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan penyelewengan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman berhubung penjualan tanah milik kerajaan negeri.
Tanah tersebut diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi pembangunan pendidikan sains, sebelum dijual kepada sebuah syarikat di mana Satim sendiri merupakan ahli lembaga pengarah.
Pendedahan tergempar itu dinyatakan Khalid semasa sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, semalam.
“Datuk Satim Diman jual tanah yang awalnya dimiliki PKPS, lepas itu  dijual kepada Nikmat Inai Sdn Bhd di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.
“Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin ‘atas dasar’ Bumiputera,” Kata Khalid.
Menurutnya, tindakan keji Satim itu turut dilakukan bekas Menteri Besar sebelum ini yang bersekongkol dengan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.
“Tanah itu dijual kepada satu kumpulan barisan elit yang dinamakan taman industri sedangkan tanah itu berstatus pertanian.
“Syarikat yang beli tanah ini tak patut buat taman industri sebab tidak dapat kelulusan. Sebab ada sifat kroni dan sifat tidak amanah, taman industri alam ini kena bayar RM390 juta,” katanya yang juga Adun Ijok.
Selain itu, katanya, ladang 12,000 ekar di Sabah yang didakwa dijual oleh PKPS pada 2006 turut berlaku penyelewengan.
“Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera Rimbunan Hijau iaitu syarikat ada kaitan dengan BN,” kata beliau.
Menurut Khalid, Umno sanggup menggadai hak Melayu dengan berselindung di sebalik perjuangan membela hak Melayu dan bumiputera.
“Tiga contoh ini menunjukkan Umno BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,” kata beliau.

Tuesday 15 November 2011

CD lucah dalam masjid,kelakuan pelampau !!!

15 Nov: Umat Islam di Seberang Perai, Pulau Pinang berang dengan tindakan pihak tertentu yang mengedarkan salinan VCD lucah berunsur fitnah yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, di beberapa buah masjid.
Pengerusi masjid Guar Perahu, Abu Bakar Dakilani Abu Hassan berkata, kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya di lapan masjid di kawasan itu.
Beliau berkata, ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan ‘Wasiat Tok Guru dan Saksikan’ yang tertera pada VCD kerana menyangkakan ia merujuk kepada amanat Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Tetapi mereka terkejut besar apabila memainkan pita itu di rumah dan mendapati bahawa ia adalah video seks yang didakwa melibatkan Anwar (sedang mengadakan hubung seksual)  dengan seorang wanita,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Sehubungan itu, kira-kira 100 orang mengadakan perhimpunan membantah tindakan berkenaan di luar masjid Guar Perahu, petang semalam.
Abu Bakar berkata tunjuk perasaan itu adalah untuk menunjukkan bagaimana umat Islam berang dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan video lucah itu di kawasan masjid.
“Kami mahu beri mesej jelas bahawa mereka yang edarkan VCD ini melakukan tindakan yang memalukan serta tidak bermoral,” katanya.
Menurut Abu Bakar, dua lagi pengerusi masjid dari Sugai Lembu dan Kubang Semang juga membuat laporan polis di balai Kubang Semang selepas bantahan itu.
“Kami mahu polis siasat dengan serius dan tangkap mereka yang bertanggungjawab mencemarkan nama baik masjid kita,” katanya lagi.
Pada Mac lalu, video seks fitnah itu disebarkan oleh tiga individu yang dikenali sebagai trio Datuk T yang terdiri daripada  bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri  Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Pimpinan KEADILAN bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya individu dalam video berkenaan adalah Anwar berdasarkan kepada susuk tubuh pelaku terbabit.
Anwar, yang turut berulang-kali menafikan pembabitannya dalam video itu juga telah membuat laporan polis, namun kini disiasat atas dakwaan memberi “maklumat palsu”, satu lagi usaha yang dilihat untuk memenjarakannya

Monday 14 November 2011

Seleweng wang zakat:menteri harus beri penjelasan !!

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kesal kerana sehingga kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menjawab isu penyelewengan wang zakat.
Awal bulan ini, Mahfuz mendakwa Jamil mengarahkan Yayasan Taqwa, membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’.
Justeru itu, Mahfuz meminta penjelasan Jamil kenapa Yayasan Taqwa yang diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memperoleh sumber dari hasil wang zakat,  diperalat bagi tujuan politik.
“Kita minta dia (Jamil) buat penjelasan kenapa membuat pengarahan melalui setiausaha sulit kanan, mengarahkan Yayasan Taqwa (membayar syarikat berkenaan),”
“Dia (Jamil) dah balik (menunaikan haji) dari Mekah, harap dapat menampilkan imej sebagai seorang yang baru balik dari Mekah dan bagi penjelasan,” kata Mahfuz.
Mahfuz sebelum ini mendakwa maklumat itu diperoleh berdasarkan satu surat oleh JPM kepada Yayasan Taqwa bagi membayar syarikat penerbitan buku yang didakwa memburukkan Pas itu.
Buku berkenaan diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.
Mahfuz memberitahu, kursus anjuran Jakim yang sudah tiga kali diadakan itu, turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri dianjurkannya.
Program itu juga memanggil bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyampaikan ucapan.
Jamil sebelum ini turut didakwa menggunakan wang zakat sebanyak RM32 ribu bagi membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dalam isu qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

video fitnah:nama Ghani patail 'naik lagi'..

KEADILAN menganggap wujud campurtangan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dalam kes video fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presidennya, N Surendran berkata demikian mengulas pegumuman Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada peguam negara.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dijadualkan memberi keterangan kepada polis dalam kes ini pada Rabu, 16 November 2011, namun kelihatan kertas siasatan telah diserahkan kepada peguam negara.
“Perkembangan ini mengesahkan penglibatan Tan Sri Gani Patail dalam siasatan terbaru polis terhadap Ketua Pembangkang,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Minggu lalu, KEADILAN dimaklumkan bahawa polis akan menyiasat berhubung dakwaan membuat laporan palsu dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengan beliau.
Surendran berkata, siasatan terbaru itu bermotifkan politik dan dilakukan sejak 1998 oleh pimpinan Umno, peguam negara dan pimpinan teratas polis.
Katanya, terdapat tuduhan serius pembabitan Gani kerana mereka bukti dan keterangan dalam kes mata lebam Anwar pada 1998/99. Malah katanya, sikap Gani yang memusuhi pembangkang dan menyebelahi kerajaan BN juga merupakan  perara yang diketahui umum.
Ia katanya menyebabkan perdana menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi arahan pada Julai 2008 supaya Gani tidak mempunyai pembabitan dengan perbicaraan kes fitnah II.
“Apa yang jelas Anwar tidak mempunyai harapan mendapat keadilan dalam tindakan terbaru polis terhadap beliau.
“Tindakan tanpa belas dan memalukan, gangguan dan ugutan terhadap Anwar Ibrahim mesti dihentikan. Kerajaan BN harus sedar bahawa rakyat negara ini dan masyarakat dunia memerhatikan dan menghakimi tindakan mereka,” kata Surendran.

Hutang kepada kerajaan pusat dapat dikurangkan diselangor

: Keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor membayar hutang tertunggak yang ditinggalkan pentadbiran Barisan Nasional yang lepas membuktikan Pakatan mampu mentadbir dan mengurus ekonomi dengan lebih baik dan efektif.
Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali semasa berkata pentadbiran dulu melonggokkan sejumlah hutang yang besar kepada kerajaan pusat dan ini membebankan rakyat untuk membuat pembayaran balik di masa hadapan.
"Umno dan Barisan Nasional meninggalkan lebih 40 jenis hutang yang diambil daripada kerajaan persekutuan, jumlah tunggakan pembayaran balik adalah sebanyak RM829.9 juta pada 31 Disember 2009. Jumlah hutang yang sebegini besar menyebabkan pada tahun 2010 ini sahaja, Selangor terpaksa menanggung annuiti sebanyak RM79.7 juta," katanya semasa membahas ucapan bajet 2012.
Menurut Azmin lagi, pengurusan dan pentadbiran kewangan secara berhemah yang diamalkan kerajaan negeri merupakan pembaharuan yang perlu diteladani dalam memastikan tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.
"Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat berjaya membayar hutang tertunggak sebanyak RM253.16 juta termasuk anuiti semasa RM79.7 juta, ini bermakna kerajaan negeri membayar hutang pokok sebanyak RM173 juta dan menjadikan baki hutang ialah RM656.4 juta pada akhir tahun 2010.
Azmin berkata lagi, pengurangan hutang secara mendadak RM173.46 juta sudah tentu akan menghasilkan penjimatan kepada rakyat dan mengurangkan beban hutang rakyat kepada kerajaan persekutuan.
"Ini membuktikan Pakatan Rakyat berupaya untuk mentadbir negeri dan mengurus ekonomi dengan berkesan yang berteraskan prinsip membawa perubahan," katanya.

pengurusan kewangan SELANGOR lebih baik dari negeri dibawah BN

Laporan Ketua Audit Negara 2010 merumuskan bahawa pengurusan kewangan dan perbelanjaan Negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah lebih memuaskan berbanding negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.
Malahan Ketua Audit Negara menegur pentadbiran di negeri-negeri seperti Terengganu dan Pahang supaya memperbaiki pengurusan kewangan mereka, kata Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali.
Di dalam perbahasan beliau di sidang DUN, Azmin berkata keupayaan Pakatan menguruskan sumber kewangan dan berbelanjaan dengan baik serta perbezaan gagasan itu dengan pendekatan BN perlu dilihat oleh rakyat.
"Saya pada hari ini membawa laporan audit ketua negara bagi negeri Terengganu sebuah negeri yang mempunyai hasil mahsul yang melimpah ruah ditadbir oleh Umno Barisan Nasional. Rumusan untuk audit bagi negeri itu ialah pada tahun 2010 ialah kerajaan negeri Terengganu perlu merancang perbelanjaan dan kewangan dengan cekap dan berhemah tanpa perlu menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
"Saya juga ingin merujuk kepada laporan audit negara bagi negeri Pahang, sekali lagi sebuah negeri yang mempunyai hasil mahsul yang lebih besar ditadbir oleh Umno , rumusan ketua audit negara ialah agar disyorkan kerajaan negeri Pahang agar mengamalkan perbelanjaan yang berhemah serta mengutip hutang agensi kerajaan negeri berjumlah RM228.8 juta dan menjelaskan bayaran balik hutang kerajaan Persekutuan," katanya.
Azmin berkata lagi, teguran terhadap pengurusan kewangan yang diberikan oleh Ketua Audit Negara terhadap negeri pimpinan Umno-BN itu tidak terdapat dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri Selangor.
Justeru, ini jelas membuktikan bahawa mekanisme pengurusan kewangan negeri Selangor adalah pada tahap terbaik katanya.

Friday 11 November 2011

Bantah BAS percuma:PERKASA meroyanlagi diPENANG

Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan liar membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma kepada rakyat dari Jeti Georgetown ke Komtar.
Naib Ketua Wira Perkasa - sayap pemuda Perkasa - Mohd Rizuad Mohd Azudin (atas) mendakwa langkah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng itu menindas rezeki kaum penarik beca.
Guan Eng terlalu banyak berpolitik, bukan buat kerja. Dia penipu. Dia menindas orang-orang Melayu. Dia mengabaikan kebajikan penarik beca," ujarnya dalam nada yang liar di perkarangan Komtar, di sini.
Selain konvoi kira-kira 10 beca, kumpulan berkenaan memakai baju serba kuning yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE anti Melayu".
Berita Terbaru  Perkasa bantah P.Pinang sediakan bas percuma
RM500 juta dana pusingan bina 15,000 rumah mampu milik
Minum Air Kosong sebaik bangun tidor waktu pagi...
Hudud di China: Peniaga dipotong tangan ?
TOK PA BAKAL MB KELANTAN
Keluarga Shahrizat beli kondo RM9.8 juta hasil lembu
Kurban Perdana Dun Trong bersistematik
Harimau Muda baham Thai 2-1
Respons Cikgu Azmi mengenai Bajet 2012 P.Pinang
Siren kecemasan berdering, Komtar hampir kosong
Pelajar cemerlang USM diitiraf Istana Kangar
Rambut Lim Guan Eng...
Seberang Perai takut ancaman banjir kilat
Dadah bawa pelancong ke tali gantung
Dendam Indon sukarkan Malaysia...
Artikel Popular  Bersih 2.0: Mahaguru Gayong nasihat Omardin ingat Allah
Makcik nak tumbuk Anwar Ibrahim..
Hishamudin mudah lupa gambar sendiri?
PANAS: KJ tak gentar amaran Hishamudin
Pemuda selesai bentuk 'kabinet', Nasruddin gugur tiga nama
 Perkasa bantah P.Pinang sediakan bas percuma Jumaat, 11 November 2011 15:59 Ditulis oleh Zainulfaqar Yaacob    
click to see full-size image
Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan liar membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma kepada rakyat dari Jeti Georgetown ke Komtar.
Naib Ketua Wira Perkasa - sayap pemuda Perkasa - Mohd Rizuad Mohd Azudin (atas) mendakwa langkah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng itu menindas rezeki kaum penarik beca.

"Guan Eng terlalu banyak berpolitik, bukan buat kerja. Dia penipu. Dia menindas orang-orang Melayu. Dia mengabaikan kebajikan penarik beca," ujarnya dalam nada yang liar di perkarangan Komtar, di sini.
Selain konvoi kira-kira 10 beca, kumpulan berkenaan memakai baju serba kuning yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE anti Melayu".
Mereka turut membawa beberapa kain rentang menuduh Guan Eng anti Melayu.
Mereka melaungkan "Lim Guan Eng pondan", "Lim Guan Eng anti Melayu", "Lim Guan Eng penipu" menggunakan pembesar suara mini secara liar walaupun Komtar dikawal sederhana oleh polis serta pihak keselamatan berwajib.
Dalam sidang media lain kemudiannya, Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak berkata kumpulan liar tersebut sepatutnya lebih profesional membawa proposal penyelesaian masalah Melayu kepada kerajaan negeri.
"Kalau mereka benar-benar menunjangi sosial Melayu, mereka tidak sekadar berdemontrasi secara liar pada hari Jumaat sahaja.
"Kerajaan negeri bukan tidak membantu Melayu seperti yang didakwa mereka. Malah ada juga perkara yang yang menjadi kesalahan pemimpin Melayu dulu, ditegur oleh kerajaan negeri sekarang," ujarnya pada satu sidang media di perkarangan Komtar.
Beliau turut mempersoal kejujuran Perkasa kerana tidak lantang menegur pemimpin Melayu di peringkat negara sendiri di sebalik kehilangan RM52 bilion ekuiti Bumiputera yang dibangkitkan sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri, khususnya sektor perlancongan seharusnya peka dengan masalah kebajikan penarik beca di negeri ini.
Sistem Bas Ekpress Transit Jambatan Pulau Pinang atau BEST diperkenalkan pada 1 Mac lepas demi mengurangkan kos hidup pekerja sektor awam dan swasta selain menangani masalah kesesakan trafik pada hari bekerja.

Takut debat,serlah kebaculan PM 1MALAYSIA

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan ketua pembangkang mengewakan rakyat terutamanya  anak muda, kata Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman.
Ini kerana katanya, debat Belanjawan itu sangat penting supaya rakyat boleh menilai prestasi antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum nanti.
“Jika dia (Najib) seorang PM yang mempunyai integriti dia sepatutnya respon dan tidak perlu takut. Rakyat (terutamanya) anak muda berhak untuk tahu tentang  isu belanjawan ini. Ini adalah isu rakyat,” kata Syed Badli.
Tegasnya, Najib sepatutnya menyahut cabaran debat berkenaan agar maklumat sebenar mengenai belanjawan dapat disalurkan terus kepada rakyat, memandangkan liputan media alternatif yang terhad.
“Rakyat, lebih-lebih lagi anak muda mempunyai media sangat terhad, saya kira kalau media terbuka dan perbahasan itu dianjurkan, ini amat penting supaya rakyat dapat menilai maklumat,” katanya.
Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum KEADILAN berkata keenganan Najib itu disebabkan beliau tidak mampu menjawab isu yang ditimbulkan.
Sebelum ini, Anwar mempelawa Najib yang juga Menteri Kewangan, agar berdebat  berhubung kenyataannya yang memperlekehkan belanjawan Pakatan Rakyat.
Anwar berkata, debat itu perlu disiarkan secara langsung  supaya rakyat dapat menilai antara Belanjawan Pakatan dan Belanjawan 2012 yang dibentang kerajaan.
Sementara itu Pengarah Skuad AMK, Zafril Mohd Eusoff mengatakan tindakan PM yang tidak berani menyahut cabaran itu sudah dijangka lebih awal.
“Beliau (Najib) akan bagi alasan untuk tidak melayani cabaran ini kononnya Anwar bersifat retorik dan kalau dia terima sekalipun pastinya beliau akan menghantar orang lain sebagai wakil,”
“AMK sebagai pelapis golongan anak muda kecewa kerana PM sebagai pemimpin tidak berani berdebat soal isu rakyat dengan ketua pembangkang,” kata Zafril.
Anwar pertama kalinya mencabar Najib pada 2008 untuk berdebat berkenaan isu minyak namun perdana menteri sebaliknya menghantar Datuk Shabery Cheek sebagai wakil yang  ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Penerangan.

Che det canang melayu berpecah lagi...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyanyi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu.
“Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang dilaporkan Bernama semalam bahawa orang Melayu akan menjadi kumpulan minoriti yang tidak mampu memperjuangkan hak mereka jika mereka terus berpecah belah.
Sambil menyatakan orang Melayu kini berpecah kepada tiga kumpulan, katanya hanya dengan bersatu, orang Melayu boleh menjadi kumpulan majoriti yang berkesan untuk bertindak memelihara kepentingan mereka.
"Dulunya orang Melayu bersatu dalam satu parti hingga berjaya menentang (rancangan penubuhan) Malayan Union,” katanya semasa menjawab soalan peserta yang hadir pada syarahan perdana oleh beliau bertajuk “Pembinaan Tamadun dan Budaya Masyarakat Malaysia Ke Arah Pembentukan Sebuah Negara Maju”, di sini.
Mengulas lanjut, Idris berkata zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat.
Menurutnya, mereka sudah mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat.
Katanya, Melayu berpecah kerana dasar Umno Putera yang sudah menjadi darah daging pemimpin Umno akhirnya Melayu yang tidak berdosa menjadi mangsa.
“Dasar inilah menyebabkan Kelantan dipinggirkan oleh kerajaan pusat, pada hal Kelantan sebuah negeri majoriti penduduknya Melayu.
“Sebanyak 118 projek Persekutuan disekat sejak Rancangan Malaysia Keenam (1991),” katanya kepada Harakahdaily.
Beliau menambah, pengkhianatan royalti kepada Kelantan yang jelas termaktub di dalam undang-undang telah dicabul.
Menurutnya, Pusat menafikan pendaratan minyak ke Kelantan yang hanya jarak 150 km berbanding dengan ke Songkla Thailand yang jaraknya 270 km.
Ini, ujarnya tidak termasuk diskriminasi oleh pimpinan Umno di peringkat akar umbi seperti menahan projek jalan kampung, bantuan kemiskinan dan lain-lain lagi.
“Kesemua ini dilakukan kerana dasar Umno Putera. Sikap yang ditunjuk oleh dasar Umno Putera menyebabkan Melayu lemah,” katanya.
Tambahnya, terbukti bukan bangsa lain yang menindas, sebaliknya Melayu ditindas dan dilemahkan oleh orang yang sebangsa, semata-mata kerana kerakusan kuasa dan tidak boleh menerima selain daripada parti Umno sahaja.

Thursday 10 November 2011

Wafatnya BAGINDA RASUL kita MUHAMMAD s.a.w

 
WAFATNYA BAGINDA RASUL KITA


riwayatkan bahwa surah AI-Maidah ayat 3 diturunkan pada waktu sesudah ashar yaitu pada hari Jumat di padang Arafah pada musim haji terakhir [Wada].

... Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas menangkap isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.*
Setelah itu
turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Karena itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu denganmu.”

Setelah itu Malaikat Jibril a.s. pergi, maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s. Ketika para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuna.”

Namun ketika Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis dengan kuat. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: “Wahai para sahabatku, kalian semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kalian tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna menunjukkan bahwa perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w telah dekat. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.”

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: “Ya Rasulullah s.a.w., kami baru kembali dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau.” Ketika Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..

Sesampainya Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat para sahabatnya sedang menangis dan bertanya: “Wahai para sahabatku, mengapa kamu semua menangis?.” Kemudian Ali r.a. berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Benarkah ini ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”

Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan, sementara Ali r.a. pula gemetar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuatnya yang mereka mampu..

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka’at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: “Allhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kalian, yang kasih sayang pada kalian semua seperti seorang ayah. Oleh karena itu kalau ada yang mempunyai hak untuk menuntutku, maka hendaklah ia bangun dan balaslah saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah bin Muhshan dan berkata: “Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w, kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mau melakukan hal ini.” Lalu ‘Ukasyah berkata lagi: “Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya ingin tahu sama anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut.”

Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu.” [Rasulullah SAW melakukan pemukulan tersebut karena beliau tidak ingin dikultuskan oleh manusia termasuk sahabatnya itu. pen] Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata: “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal r.a. berkata: ]“Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau.” Kemudian Fatimah r.a. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal r.a.: “Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fatimah. r.a. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?.” Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., segeralah Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah S.A.W.

Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah. Bilal masuk sambil membawa cambuk dan memberikannya kepada Rasulullah saw. Setelah itu, Bilal kembali ke tempat duduknya sambil menatap tajam Ukasyah bin Muhsin. Namun, yang ditatap tetap tampak tenang dan tetap bergeming oleh kegelisahan di sekelilingnya. Orang seperti apakah Ukasyah ini? Bagaimana ia bisa sampai hati menuntut Rasul saw. untuk menerima cambukannya? Bukankah Ukasyah juga tahu bahwa beliau saw. tidak sengaja? Bukankah Ukasyah juga tahu bahwa memaafkan itu jauh lebih mulia? Bukankah Ukasyah juga melihat bahwa Rasulullah saw. saat itu sudah berusia enam puluh tiga tahun? Bukankah keimanan Ukasyah kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai pejuang Badar sudah tidak diragukan lagi? Kenapa bisa begini ya, Ukasyah? Kenapa? dipenuhi pikiran seperti itu, para sahabat Anshar dan Muhajirin menatap bolak-balik antara Rasulullah saw. dan Ukasyah dengan perasaan tegang. Ketegangan itu berubah menjadi keheningan yang mencekam ketika Rasulullah saw. memberikan cambuknya kepada Ukasyah. Begitu tangan Ukasyah bin Muhsin meraih cambuk dan menguraikannya dengan tenang dan perlahan, Abu Bakar Ash-Shiddiq dan Umar bin Khattab berdiri serempak. Sorot mata keduanya yang biasa tenang kini menyala seperti sedang berhadapan dengan musuh di medan tempur. Mereka berdua berkata, “Hai Ukasyah! Kami sekarang berada di hadapanmu! Pukul dan qisaslah kami berdua sepuasmu dan jangan sekali-kali engkau pukul Rasulullah saw.!” Suasana jadi mencekam sejenak karena Ukasyah tampak tidak mempedulikan mereka. Sementara Abu Bakar dan Umar tetap berdiri menantang. Namun, dengan lembut, Rasulullah saw. berkata kepada kedua sahabat terkasihnya itu, “Duduklah kalian berdua. Allah telah mengetahui kedudukan kalian.” Hanya karena Rasulullah saw yang berkatalah, maka Abu Bakar dan Umar duduk. Namun, mata mereka tetap menatap Ukasyah. Tiba-tiba, seseorang kemudian berdiri pula dan kembali menatap Ukasyah dengan pandangan menantang. Orang ini juga sangat dikasihi Rasulullah saw, lelaki gagah itu adalah Ali bin Abi Thalib yang langsung berkata, “Hai Ukasyah! Aku ini sekarang masih hidup di hadapan Nabi saw. Aku tidak sampai hati melihat kalau engkau akan mengambil kesempatan qisas memukul Rasulullah. Inilah punggungku, maka qisaslah aku dengan tanganmu dan deralah aku semaumu dengan tangan engkau sendiri!” Namun, Ukasyah seolah tidak mendengar apa yang dikatakan Ali r.a. Tangannya terlihat semakin erat menggenggam cambuk. Setelah Ali berkata begitu, Rasulullah saw. cepat-cepat menukasnya dan meminta Ali kembali duduk, “Allah Swt. telah tahu kedudukanmu dan niatmu, wahai Ali!”
Setelah itu cucu Rasulullah Hasan dan Husin bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kalian berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.” Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, terlihatlah kulit baginda yang putih dan halus maka menangislah semua yang hadir.

seketika ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; “Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini karena saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi derajat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga.”

Ketika ajal Rasulullah s.a.w hampir dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t [bahasa kiasan. pen], kemudian yang akan menshalati aku ialah Jibril a.s, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang terakhir malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya.Setelah itu baru kamu semua masuk bersama-sama mensholati aku.”

Manakala para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: “Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam memimpin kami dan sebagai Rasul yang meluruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasehat yang satu pandai bicara dan yang satu diam. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan apabila hati kamu keras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. berawal. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering dikunjungi oleh para sahabat. Menurut riwayat bahwa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: “Assalaarnualaika ya rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: “Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Ketika waktu subuh datang, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; “Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar menjadi imam shalat subuh berjamaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.” Sesampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihat peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; “Wahai Fatimah apakah yang telah terjadi?.” Maka Fatimah r.a. pun berkata: “Kekacauan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.” Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada keduanya untuk pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jamaah.

Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, karena itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.”

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Bunda Aisyah memandang Rasulullah saw. dengan penuh sayang. Biasanya, hati Bunda Aisyah dipenuhi kekaguman akan kegagahan suaminya tercinta itu. Sekarang, hati Bunda Aisyah dipenuhi rasa iba melihat suaminya itu dalam keadaan lemah dan sakit. Ingin rasanya Bunda Aisyah mencurahkan segala apa yang ada dalam dirinya untuk mengembalikan tenaga dan hidup suaminya. Namun, setelah kembali dari masjid, Rasulullah merasa bahwa setiap saat, badan beliau menjadi bertambah lemah. Hari itu tanggal 8 Juni tahun 632 M. Beliau meminta sebuah bejana berisi air dingin. Kemudian, meletakkan tangan beliau ke dalam air itu dan mengusapkan air ke wajahnya. Ada seorang laki-laki anggota keluarga Abu Bakar yang berkunjung dan membawa siwak. Beliau saw. memandang siwak itu demikian rupa yang menunjukkan bahwa beliau ingin bersiwak. Maka, Bunda Aisyah melunakkan ujung siwak itu dengan giginya, dan Rasulullah saw. pun menggosok dan membersihkan gigi beliau [Ini yang di maksud dalam Hadits bahwa ludah Bunda Aisyah bertemu dengan ludah Rasulullah SAW]. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”

sesudah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badui. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam,Tiba-tiba dari luar pintu terdengar suara orang berseru mengucapkan salam,"Bolehkah aku masuk?"Tanya si tetamu itu, ketika puteri Rasulullah,Fatimah az-zahra membuka pintu.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya."maafkanlah,ayahku sedang deman" kata Fatimah.Pintu di tutup dan beliau kembali menemani ayahnya yang sedang berbaring di pembaringan. Kemudian malaikat lzrail mengulangi lagi salamnya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w

Rasululullah memandang puterinya itu dan bertanya,"siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayah,baru sekali ini saya melihatnya." tutur Fatimah lembut.Lalu,Rasulullah menatap wajah puterinya itu dengan padangan yang menggetarkan.Renungannya cukup sayu seolah-olah bahagian demi bahagian wajah putrinya itu hendak dikenang. Bertanda bahwa beliau akan segera berpisah dengan putri kesayanganya itu.

"Ketahuilah anakku bahwa dialah yang mehapuskan kenikmatan sementara dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikat maut." Kata-kata Rasulullah menyebabkan Fatimah ditimpa kesedihan yang amat sangat.

Ketika Rasullullah s.a.w. mendengar tangisan Fatimah r.a. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai anakku, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu denganku.” Fatimah-pun tersenyum. Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang mengunjungiku atau untuk mencabut rohku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan saya adalah untuk mengunjungimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau anda izinkan, kalau anda tidak izinkan maka aku akan kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: “Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia.” [Malaikat Jibril adalah salah satu malaikat yang memiliki kedudukan paling utama].”Bolehkah aku minta Jibril untuk turun?” Kata Rasulullah SAW pada Izrail.

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, tahukah engkau bahwa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril a.s.: “Ya aku memang tahu.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t.” Berkata Jibril a.s.: “Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Semua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan Semua bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”

Berkata Rasulullah s.a.w.: “Alhamdulillah, Namun sesungguhnya, bukan itu yang kutanyakan. wahai Jibril, gembirakanlah aku dengan keadaan umatku pada hari Kiamat nanti.” [Inilah orang yang begitu mulia. Pada saat ajalnya telah menjelang dan diberi kabar gembira tentang kehormatan yang akan diterimanya di langit, justru ia baru akan bisa gembira jika telah mendengar kabar tentang nasib umatnya nanti,betapa besarnya kasih sayang Rasulullah saw. kepada kita] Kemudian Jibril berkata lembut menghibur dan menenangkan, “Aku beri engkau kabar gembira bahwa Allah Swt. telah berfirman, 'Sesungguhnya, Aku telah mengharamkan surga bagi semua Nabi sebelum engkau memasukinya terlebih dahulu. Allah mengharamkan pula surga itu kepada sekalian umat manusia sebelum umatmu terlebih dahulu memasukinya.” [Betapa ruginya manusia yang dilahirkan sebagai umat Rasulullah SAW namun tidak taat pada risalahnya]. Maka, menarik napas legalah Rasulullah saw. Beliau bersabda, “Sekarang, barulah senang hatiku dan hilang susahku.” Kemudian, Rasulullah saw. menoleh kepada Malaikat Maut dan bersabda: “Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku.”

Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, ketika roh nya sampai di dada, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati” Jibril a.s. memalingkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. ketika mendengar kata-kata beliau itu. Melihat tingkah laku Jibril a.s tersebut .maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?”

Anas bin Malik r.a. berkata: “Ketika roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.” Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.”

Hikmah dari kisah :
- Rasulullah adalah pemimpin yang bertanggung jawab dan tidak dzolim sehingga beliau merelakan tubuhnya untuk di qisash (di hukum balas),karena beliau takut pernah mendzolimi orang lain.
- Rasulullah adalah pemimpin yang sangat di cintai umat dan para sahabatnya sehingga ketika mengetahui ajal Rasul sudah dekat menangislah semua sahabat.
- Rasulullah sangat mencintai kita sebagai umatnya sehingga detik-detik terakhir menjelang wafat beliau berkata ummati,ummati sampai tiga kali,bukan keluarga beliau ataupun Istri-istri beliau.
- Kematian adalah peristiwa yang dahsyat,sampai-sampai malaikat maut dengan lembut mencabut Roh baginda Rasulullah pun masih terasa sakit.

Translate's version