Wednesday 26 December 2012

KANTOI:latih utk undi BN,SPR harus jawab !!

 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mesti letak jawatan kerana membenarkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan ‘latihan mengundi BN’ kepada masyarakat Orang Asal di Tapah, Perak.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin berkata, membiarkan perkara itu bermaksud memberi izin kepada parti politik untuk salah guna dan seleweng jentera kerajaan.
“Pengerusi SPR mesti letak jawatan. Apa yang berlaku bersalahan dengan undang-undang. Membiarkan JAKOA mengadakan ‘latihan mengundi BN’ sangat menjijikkan,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Membenarkan latihan tersebut diteruskan bermakna memperlekeh hak Orang Asal. Ini tindakan intimidasi kepada kelompok yang terpinggir,” tegas Maria.
“Pihak yang terlibat seperti sengaja memilih kumpulan masyarakat ini. Tidak mustahil perkara sebegini boleh terjadi di Sabah dan Sarawak,” bimbangnya.
Dalam pada itu, kata Maria, Bersih dan 82 NGO yang bernaung di bawahnya akan membincangkan mengenai tindakan ke atas laporan tersebut.
Sementara itu, berhubung kenyataan Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa proses pilihan raya di negara ini masih lagi belum lengkap seperti sesetengah negara yang lebih maju demokrasinya, Maria berkata, ia adalah kesalahan bekas Pengerusi SPR itu sendiri.
“Sebelum ini dia yang sibuk canang untuk adakan perubahan perlembagaan dan struktur SPR, tapi tiada apa yang berlaku.
“Semasa jadi Pengerusi SPR mengapa tak buat? Mengapa sekarang baru bercakap? Kita telah hantar 15 tuntutan melalui memorandum pada 2010. Sampai sekarang tak disentuh.
“Dari lapan tuntutan, hanya satu yang hanya baru untuk ditunaikan (penggunaan dakwat kekal),” kata Maria menempelak dolak-dalik Abdul Rashid.
“Apa yang paling penting adalah SPR itu bebas, bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri. SPR patut melapor terus kepada Parlimen dan anggota Dewan Rakyat.
“SPR juga sepatutnya mempunyai kuasa dan badan penguatkuasaannya sendiri,” jelas Maria sambil menambah, ‘latihan mengundi BN’ di Perak tidak berlaku sekiranya SPR mengambil tindakan.

Wednesday 19 December 2012

RUSUHAN KAUM:BLOGGER UMNO sah putar belit.!!!

: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.
Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.
“Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain,” katanya kepadaKeadilan Daily.
“Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita yang tak betul ini,” katanya.
Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani terkawal dan tiada kematian. Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli kumpulan yang bergaduh.
“Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman,” tegas beliau.
“Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai,” serunya.

Friday 7 December 2012

Rakyat siap siaga provokasi paling dashyat bakal tiba

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta semua jentera Pakatan Rakyat (PR) di segenap peringkat agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan tindakan provokasi dan keganasan pihak musuh dalam menghadapi Pilihan raya Umum ke-13.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata ternyata apa yang berlaku di Dataran Sharuddin, Batu 8 Gombak beberapa hari lepas di mana ada penonton yang cedera ditikam dan dibaling objek menunjukkan ada pihak tertentu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka.

Katanya, DPPM menganggap ada pihak cuba untuk menggagalkan program penerangan seperti ceramah yang dianjurkan oleh PR kerana sifat dengki dan hasad ekoran ceramah anjuran PR kerap mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat.

“Ia juga dibuat dengan harapan supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat mengenai isu-isu semasa.

“Bagi mereka semakin rakyat tidak mengetahui isu semasa dengan betul, semakin menguntungkan mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, DPPM juga merasakan pihak tertentu juga mahu mencetuskan suasana tidak sihat dengan menimbulkan api permusuhan melalui provokasi dan pergaduhan dengan harapan rakyat akan takut untuk hadir dalam program Pakatan Rakyat.

Menurutnya, PR pula akan dituding sebagai pesalah kerana cuba menimbulkan pergaduhan dan suasana tegang.

Justeru, ujarnya DPPM meminta jentera semua pihak, khususnya Jabatan Amal untuk bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.

“Sebarang tindakan provokasi dan melampau tidak perlu dilayan, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya,” ujarnya.

Beliau menegaskan, petugas hanya perlu memberi reaksi untuk mempertahankan diri sekiranya mereka diserang sahaja.

Bagi DPPM, kata beliau lagi sebagai pendakwah, petugas PAS di seluruh negara sudah ditarbiyah menghadapi suasana genting seperti ini.

Katanya, DPPM menganggap semua mehnah tersebut adalah suatu jihad bagi menyampaikan dakwah kepada rakyat tentang Islam.

Riduan berkata, DPPM yakin, usaha dakwah yang murni ini akan menghadapi tentangan yang hebat dari musuh Islam kerana sunnah Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan jalan yang sama.

“Akhirnya, DPPM mendoakan kepada pihak terbabit agar mereka diberikan hidayah untuk bertaubat dan kembali ke landasan Islam yang sebenar.

“Mudah-mudahan mereka insaf dan sedar bahawa tindakan mereka merupakan suatu dosa terhadap rakyat yang tidak bersalah, dan tindakan mereka sebenarnya menandakan kemenangan Islam sudah semakin hampir, Insya Allah,” ujarnya.

Thursday 6 December 2012

SAMSENG UMNO jelas SALAH,ceroboh program PR:MUSA HASAN

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan serangan samseng Umno yang diketuai Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai suatu bentuk pencerobohan.
“Apabila ada satu pihak menceroboh masuk, tugas polis ialah jangan sampai ada pertumbahan darah.  Kalau nampak dia (Pemuda Umno masuk, jangan benarkan,” katanya pada forum ‘Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita’  hari ini.
Beliau merujuk keganasan samseng Umno pada ceramah di Gombak Utara, 4 Disember lalu yang menyebabkan seorang lelaki cedera tikam manakala Ketua Pas Cawangan Gombak Utara, Haider Samsudin luka di kepala akibat dibaling pasu.
Musa berkata, mana-mana pihak termasuk parti pembangkang berhak mengadakan ceramah di tempat terbuka, apatah lagi dalam premis persendirian.
“Hanya bagi notis. Kalau di tempat awam, ada permit. Tempat sendiri tak perlu. (Kalau) saya, tak letak berdekatan. Sebelum berlaku, cegah dulu,” katanya.
“Polis kena adil jalankan tugas. Adakah timbulkan keadaan tak tenteram. Kita tak mahu orang berceramah bersebelahan.
“Tugas polis untuk tentukan keselamatan orang awam. Bukan bertembung dan bergaduh. Keselamatan penting. Malu bila tengok politik bertikam,” katanya.
Pada sidang media pula, Musa sempat berpesan supaya polis tidak perlu menghantar pegawai Cawangan Khas (SB) bagi mengekori pergerakannya.
“Tak payahlah ikut-ikut saya. Banyak kerja lain yang boleh dibuat pihak berkuasa. Saya hanya minta betulkan,” katanya merujuk teguran dibuatnya kepada Menteri Dalam Negeri.
Minggu lalu, Musa mendedahkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga sepupu Perdana Menteri, campur tangan dalam institusi polis ketika pasukan itu diketuai beliau.

Wednesday 5 December 2012

Cedera ditikam SAMSENG politik,apa sudah jadi MELAYU..?

Samseng POLITIK UMNO mengganas diJELAJAH MERDEKA RAKYAT
GOMBAK ,provokasi seawal program bermula hingga ketibaan DATO SRI ANWAR IBRAHIM..
apa sudah jadi,..dimana PIHAK BERKUASA..?..apa tujuan politik melayu kini
hingga bertikam kerana politik..sedarlah melayu
FRU hanya lihat sahaja kelakuan bangsat melayu samseng..tahniah

Sunday 2 December 2012

RM89 bilion era ANWAR RM456 bilion era NAJIB

 Hutang negara semasa pentadbiran Najib Razak kini cecah RM456 bilion dan ia melonjak lima kali ganda berbanding RM89 bilion di era Anwar Ibrahim, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
“Sepanjang tempoh Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehingga tahun 1997.
“Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Anwar.
“Hutang negara yang diterajui Datuk Seri Najib kini mencecah RM456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar),” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Beliau membidas ucapan Perdana Menteri yang mendakwa kononnya Ketua Pembangkang bukan ‘pengurus ekonomi yang cekap’ sewaktu menjadi Menteri Kewangan dari 1992 hingga 1998.
Azmin berkata, sepanjang pentadbiran Anwar, defisit belanjawan negara hanya sekitar 0.8 peratus sehingga 2.4 peratus.
“Manakala pada era Najib, ia meningkat sekitar 4.1 peratus sehingga 6.7 peratus. Ini sumber dari Kementerian Kewangan
sendiri,” jelas Ahli Parlimen Gombak itu.
Tambahnya, tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana Petronas, kecuali Najib.
Menurut Azmin, kegilaan berhutang dan berbelanja boros Najib memaksa Petronas menyumbang dividen pada kadar paling tinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM30 bilion.
“Sewaktu Anwar jadi Menteri Kewangan, kadar dividen yang perlu dibayar Petronas hanya RM3.1 bilion setiap tahun, manakala apabila Najib memegang jawatan itu, kadar dividen melonjak sehingga RM30 bilion setahun,” katanya.
Beliau berkata, rakyat tidak buta angka dan arif membezakan pertumbuhan ekonomi sekitar 9 hingga 10 peratus semasa Anwar mentadbir ekonomi negara, berbanding 4 hingga 5 peratus di bawah Najib, di samping kos sara hidup semakin tinggi.
“Pencapaian Najib tidak pernah pun mengatasi Anwar. Jadi usah gunakan taktik yang sama menjelang pilihan raya hanya untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya negara akan muflis jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan,” kata Pengarah Pilihan Raya KEADILAN itu.

Saturday 1 December 2012

Fakta yang harus TV3 laporkan bagi rakyat..!!

Serangan Dato’ Sri Najib Tun Razak terhadap kredibiliti dan kemampuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengemudi teraju ekonomi negara bukanlah perkara baru. Retorik yang sama turut digunakan menjelang Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) dalam tahun 2008 bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat; kononnya negara akan muflis jika UMNO tidak diberikan kuasa untuk memerintah.
Pun begitu, dalam PRU12 rakyat tetap memilih KEADILAN dan rakan – rakan PAS dan DAP untuk mentadbir negeri-negeri terkaya di Malaysia seperti Selangor dan Pulau Pinang, selain Kelantan, Kedah dan Perak. Maknanya, rakyat yang matang tidak akan terpengaruh dengan propaganda politik UMNO – BN yang meremehkan keupayaan rakyat untuk menilai pencapaian ekonomi negara di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan. Sekali lagi saya yakin rakyat pastinya menolak politics of fear yang dibawa oleh Presiden UMNO.
Cara terbaik menilai keupayaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut:
Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan[1]
Tahun
1992
1993
1994
1995
1996
1997
% pertumbuhan[2]
8.8
9.9
9.2
9.8
10.0
7.3

Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan[3]
Tahun
2009
2010
2011
% pertumbuhan[4]
(1.5)
7.2
5.1
Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tatkala Dato’ Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9% – 10% dalam tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib (2009) telah membawa ekonomi negara dari tahun pertama pentadbirannya ke arah sebaliknya dan menjurus ke arah ekonomi yang semakin gawat, sedangkan negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat.
Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak buta angka dan arif membezakan pertumbuhan ekonomi sekitar 9% – 10% semasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi negara, berbanding pertumbuhan yang lembap sekitar 4% – 5% sekarang, disamping pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi harian seperti kos sara hidup yang semakin tinggi.
Rekod ekonomi Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menunjukkan beliaulah Menteri Kewangan yang berjaya mencapai belanjawan lebihan. Selepas beliau, menteri-menteri kewangan UMNO mengambil pendekatan berhutang untuk menampung perbelanjaan negara yang boros dan tidak berhemah sedangkan hasil tidak bertambah. Justeru itu, Malaysia masih bergelut dengan masalah hutang/defisit yang meruncing sehingga kini.
Perbandingan angka berikut membuktikan kegagalan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan untuk mengatasi masalah hutang/defisit, walaupun ditinggalkan dalam keadaan yang cukup baik oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim:
Perbandingan defisit belanjawan dan jumlah hutang negara[5]
Tahun
1992
1993
1994
1995
1996
1997
Lebihan/Defisit (%)
(0.8)
0.2
2.3
0.8
0.7
2.4
Jumlah hutang negara (RM b)
97
96
93
91
90
89

Tahun
1998
1999
2000
2001
2002
2003
Lebihan/Defisit (%)
(1.8)
(3.2)
(5.5)
(5.2)
(5.3)
(5.0)
Jumlah hutang negara (RM b)
103
112
126
146
165
189

Tahun
2004
2005
2006
2007
2008
2009
Lebihan/Defisit (%)
(4.1)
(3.4)
(3.2)
(3.1)
(4.6)
(6.7)
Jumlah hutang negara (RM b)
217
229
242
267
306
362

Tahun
2010
2011
Lebihan/Defisit (%)
(5.4)
(4.8)
Jumlah hutang negara (RM b)
407
456

Sepanjang tempoh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997. Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Hutang negara yang diterajui oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak kini mencecah RM 456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 % daripada KDNK.
Kegilaan berhutang dan belanja secara boros ini berlaku tatkala Dato’ Seri Najib Tun Razak memaksa PETRONAS menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana PETRONAS, kecuali Dato’ Seri Najib Tun Razak seperti yang dibuktikan oleh angka berikut:

Tahun
1992
1993
1994
1995
1996
1997
Dividen PETRONAS (RM b)

3.1

3.1

3.1

3.1

3.1

3.1
Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato’ Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan[6]

Tahun
2004
2005
2006
2007
Dividen PETRONAS (RM b)

9.1

11.0

18.0

24.0
Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Kewangan

Tahun
2009
2010
2011
Dividen PETRONAS (RM b)

30.0

30.0

30.0
Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan
Tatkala Dato’ Seri Anwar Ibrahim berusaha mengurangkan hutang negara, berbelanja secara berhemah sehingga pendapatan mengatasi perbelanjaan, tidak membebankan PETRONAS dan memacu pertumbuhan ekonomi sehingga 10%, Dato’ Sri Najib Tun Razak mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang PETRONAS, hutang negara meningkat 5 kali ganda, bajet defisit berlarutan selama 14 tahun dan pertumbuhan ekonomi tetap lembap pada kadar sekitar 4% – 5% sahaja.
Saya yakin rakyat Malaysia lebih arif membezakan angka-angka ini. Pimpinan negara perlu fokus kepada usaha memulihkan ekonomi negara dengan berpandukan angka-angka yang objektif ini, bukannya cuba memutarbelitkan prestasi ekonomi negara kerana takut dengan wibawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang teruji dan berupaya memacu pertumbuhan yang tinggi dan menjamin prinsip distributive justice untuk semua rakyat.
AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
30 NOVEMBER 2012

[1] Tahun penuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan
[2] Sumber: Kementerian Kewangan & Jabatan Perangkaan Negara
[3] Tahun penuh Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan
[4] Sumber: Kementerian Kewangan & Jabatan Perangkaan Negara
[5] Sumber: Kementerian Kewangan, Jabatan Perangkaan Negara dan Bank Negara Malaysia
[6] Sumber: Kementerian Kewangan dan Jabatan Statistik

Translate's version