Friday 26 August 2011

BURHANUDIN AL HELMY:PEJUANG YANG DITUTUP SEJARAHNYA!!

Kembalikan Fakta Sejarah Yang Sebenar
Kerja paling mustahak yang harus dijalankan sekarang oleh semua rakyat, sejarahwan Pakatan Rakyat, penganalisa sejarah dan fragmen sejarah,guru-guru sejarah, pencinta sejarah dan mahasiswa yang berfikiran kritikal dan waras

Dr. Burhanuddin Al-Helmy—BAPA MENUNTUT KEMERDEKAAN MALAYSIA


Kira-kira pada bulan Julai 1945, apabila timbulnya tanda-tanda tentera Jepun akan surrender(menyerah diri0, Ir. Soekarno, pemimpin besar Indonesia bergegas ke Saigon menemui Terauchi, ketua Turus angkatan tentera Jepun bagi South East Asia. Jepun menolak tuntutan soekarno supaya Jepun menyerahkan Indonesia kepada rakyat Indonesia.

Soekarno singgah di taiping, Perak dalam perjalanan balik ke Jakarta, menemui Dr. Burhanuddin Al-Helmy, seorang pemimpin politik Melayu yang ulung pada waktu itu.

Soekarno berunding dengan pemimpin Melayu itu untuk menubuhkan sebuah Negara baru yang bebas; Dr Burhanuddin Al-Helmy kemudian menjadi presiden Malay Nasionalis Party(MNP) yang ditubuhkan dalam tahun 1945 selepas perang dunia.
(Petikan pada mukasurat 47 , dari buku “Penitianku-sebuah catatan peribadi Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba”)

Dr. Burhanuddin Al-Helmy merupakan orang dan pemimpin yang menuntut kemerdekaan dari British. Beliau dan semua penduduk yang ada pada masa itu iaitu semasa pemerintahan BMA(Pentadbiran Tentera British, selepas tamat Perang Dunia Ke-2 pada 1945 hingga pertengahan 1946).

Pada masa itu beliau terlibat dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan kemerdekaan Malaya.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah pencinta nusa dan adalah BAPA MENUNTUT KEMERDEKAAN MALAYSIA.

Jasa-jasanya tetap dikenang dan ditulis dalam sejarah Malaysia, tanpa beliau dan sumbangan ramai yang menuntut kemerdekaan, Pemerintahan British tidak akan membebaskan negara ini.

Yang juga pernah menjadi Yang Dipertua PAS, Dr. Burhanuddin yang pada masa Darurat 1948, telah secara terbuka menyeru orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam hutan. Beliau inginkan jajahan British dihancur dan kuasa rakyat dan kebebasan rakyat dikembalikan!

BELIAU ADALAH WIRA NEGARA KERANA BELIAU PALING AWAL MELAWAN BRITISH SEHINGGA DARURAT DAN TERUS BERJUANG UNTUK PEMBEBASAN BELENGGU KOLONIAL !!! ITULAH SEBAB BELIAU DIGELAR BAPA MENUNTUT KEMERDEKAAN MALAYSIA

(BELIAU BUKAN AHLI KOMUNIS, BELIAU BERJIWA MERDEKA JITU DAN HANYA MAHU MENENTANG BRITISH DAN MENUNTUT KEMERDEKAAN UNTUK SEMUA RAKYAT)!!!


Peranan dan pengaruh yang dimainkan beliau amatlah penting dan bermakna, dan justeru semangat tak patah dan tak putus asa terus membantu nusa ini dibebaskan dari kongkongan jajahan British!

Semoga hari jadinya menjadi hari peringatan untuk kita semua mengenang budi dan jasa BAPA MENUNTUT KEMERDEKAAN MALAYSIA!

Hari Peringatan BAPA MENUNTUT KEMERDEKAAN MALAYSIA haruslah dirai oleh semua, sebagai tanda penghormatan kepada pemimpin yang jitu dan berjiwa merdeka!!

Kita semua hormati jasa dan budinya! Keluarga dan generasi Dr. Burhanuddin Al-Helmy haruslah diberi penghormatan yang tinggi dan diharap memoirnya boleh diterbitkan dalam pelbagai bahasa pada masa yang akan datang.

Tabik kepada Dr. Burhanuddin Al-Helmy!

No comments:

Post a Comment

Translate's version