Wednesday, 21 September 2011

Sekarang siapa yang "demam"..? NAJIB atau ANWAR

21 Sept: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isternya, Datin Seri Rosmah Mansor mengenepikan sepina yang meminta mereka hadir sebagai saksi adalah sebagai takut serta tidak menepati apa yang beliau katakan sebelum ini.
"Saya melihat tindakan Najib untuk mengenepikan sepina yang dikenakan ke atas beliau dan isterinya adalah sebagai takut malah tidak menepati apa yang beliau katakan sebelum ini.
"Sebelum ini kita melihat Najib sanggup hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
"Najib pilih berundur sebelum bertarung, tindakan ini adalah kurang menyenangkan kerana beliau adalah salah seorang saksi yang terlibat dalam konpirasi tersebut," jelasnya.
Anwar yang berkata pada satu sidang media selepas menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS itu menjelaskan kedatangan Najib dan isterinya amat penting kerana tanpa mereka merupakan saksi penting.
"Kenapa beliau tidak mahu hadir saya tidak pasti kenapa, malah beliau mengatakan dia tidak terlibat sedangkan semua orang tahu bahawa beliau pernah bertemu dengan Saiful sebelum Saiful mendakwa dia diliwat.
"Ini amat penting bagi kita untuk mendapat maklumat mengenai sejauh mana penglibatannya dan apakah tujuan utama pertemuan beliau dengan Saiful," sambungnya lagi.
Anwar menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Sebelum itu pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah.
Najib dan Rosmah yang dikaitkan mempunyai hubungan terhadap perancangan konspirasi menyatakan kesanggupan mereka hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina.

No comments:

Post a Comment

Translate's version