Friday 30 March 2012

“Projek Wahyu”, Jual Tanah Rizab Melayu Gegar Dewan Negeri Selangor

ULASAN Sidang DUN kali ini melihatkan bukan sahaja lagi dedahan tentang salahlaku Umno-BN tetapi usaha pentadbiran Pakatan Rakyat yang baru untuk memperbaiki kelemahan dan ketirisan era sebelumnya.
Dua amalan yang menimbul banyak persoalan adalah amalan kerajaan Umno-BN yang menganugerahkan projek kerajaan secara rundingan terus dan penjualan tanah rizab Melayu.
Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pentadbiran Umno-BN telah membelanjakan RM759 juta dalam tempoh tiga tahun (2005-2007) dalam kontrak-kontrak yang dianugerahkan terus kepada syarikat tertentu.
Manakala kerajaan di bawah Pakatan Rakyat (PR) hari ini, hanya membelanjakan RM116.2 juta sahaja dalam empat tahun (2008-2011), suatu perbezaan yang amat ketara.
Tetapi ramai yang menyoal tentang kepentingan fakta tersebut dan apa makna dan kaitannya dengan kehidupan seharian orang ramai?
Ramai juga yang kurang faham dengan takrifan kontrak yang diberi secara rundingan terus berbanding yang diberi mengikut tender terbuka.
Menurut Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, rundingan terus mengundang pelbagai risiko yang mampu menyebabkan pihak pemberi projek mengalami kerugian.
“Rundingan terus akan menimbulkan risiko antaranya, ketirisan, pembaziran, terlebih pembayaran dan terbagi kontrak kepada syarikat yang tak layak atau tak berkemampuan.
“Semua risiko yang saya sebutkan tadi boleh berlaku berbanding tender terbuka.”
Di dalam proses tender terbuka, kerajaan akan menjemput syarikat untuk mengemukan cadangan bagi melaksana projek.
Setiap syarikat yang layak akan mengemukan permohonan yang lengkap tentang bagaimana ia akan menyiapkan projek termasuk kos yang akan ditanggung.
“Dalam cadangan itu juga kita dapat tahu jenis bahan dan berapa banyak bahan mentah yang terlibat, kita tahu berapa banyak yang kita kena belanja,” kata beliau ketika dihubungi TVSelangor pagi tadi.
Kata Azrul lagi, tender terbuka mengelakkan pembaziran dan amalan kroninisme.
“Kaedah terbaik yang boleh jamin ketelusan, akauntabiliti dan integriti hanyalah melalui tender terbuka.
“Kalau rundingan terus biasanya tentulah kroni atau pihak yang rapat dengan orang yang membuat keputusan biasanya akan dapat projek.
Pokoknya, tender terbuka dapat memastikan yang duit rakyat dimanfaatkan dengan berkesan dalam perlaksanaan projek.
Isu hak milik tanah rizab Melayu muncul di dalam perbahasan apabila ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali memberitahu sebanyak 76 ekar tanah dikawasan Parlimen Gombak dirampas oleh Umno-BN.
Tanah tersebut diserahkan serta dipindah milik ke salah satu syarikat, Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian di kawasan lain.
Selain Azmin, ADUN Sri Muda Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dan ADUN Sri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad turut mendedahkan salah laku berkaitan rizab Melayu yang dilakukan pentadbiran Umno-BN.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang lama bergelumang dengan  isu tanah rizab Melayu berkata Umno tidak pernah menjaga tanah milik komuniti itu.
“Semenjak bila Umno dah tak gadai tanah Melayu? Dari sebelum merdeka lagi sampai sekarang tanah milik orang Melayu semakin terhakis tetapi apa yang Umno buat. Jawabnya, tiada, sebabnya merekalah yang menggadainya.
“Umno gunakan isu Melayu untuk perangkap pihak lain tetapi mereka tak pernah pertahankan hak Melayu seperti tanah Melayu, tanah rizab Melayu dan saham-saham Melayu,” beliau berkata ketika dihubungi.
Belia mendakwa selama 54 tahun parti nasionalis Melayu itu memerintah Malaysia keluasan tanah rizab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar berbanding 300 juta hektar pada awal kemerdekaan.
Bagaimanapun setelah Pakatan mengambil alih pentadbiran Negeri Abdul Khalid mengambil keputusan merampas kembali kesemua tanah rizab di parlimen Gombak yang diberi ke syarikat Triumph City Development Sdn Bhd.
Abdul Khalid juga menolak permohonan yang dibuat oleh Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada Lagi Gemilang Sdn. Bhd yang 75 peratus ahlinya  terdiri dari bukan bumiputera.

Thursday 29 March 2012

Alahai G.S.T...BR1M hanya wayang..?!!

Gelaran 'Barang Naik' untuk BN nampaknya akan diteruskan oleh Umno-BN. Yang terbaru ialah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST - Goods & Service Tax) berkemungkinan akan dilaksanakan selepas PRU13.

Hakikatnya, pelaksanaan cukai tersebut sudahpun dilaksanakan sejak tahun lepas, namun pernyataan terbaru ini menyerlahkan belang sebenar Umno-BN. Seperti biasa, alasan-alasan tertentu akan dicipta untuk menghalalkan tindakan mereka. Alasan seperti “lebih rendah berbanding negara jiran”, “kenaikan tidak membebankan rakyat”, sudah biasa didengar dan diulang-ulang.

Apalah gunanya rakyat digula-gulakan dengan pemberian wang Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setahun, sedangkan pada masa yang sama mereka dibebankan dengan pelbagai cukai dan kenaikan kos sara hidup.

Jika boleh diibaratkan wang BR1M itu sebagai umpan, undi itu sebagai mata pancing. Maka, rakyat yang cerdik hanya memakan umpan tetapi tidak memakan mata pancing sekali. Jika tersilap memakan umpan dan mata pancing bermakna rakyat akan menanggung akibat buruknya.

Pernyataan itu mendedahkan sikap sebenar kerajaan Umno-BN bahawa niat pemberian mereka hanyalah untuk tujuan umpan politik. Jika negara menghadapi defisit, datang dari mana pula duit BR1M tersebut. Makin bertambah susutlah duit negara. Adalah lebih baik, semua elaun para menteri dipotong untuk mengurangkan kadar defisit tersebut.

Kini, antara alasan bagi pelaksanaan sepenuhnya GST selepas PRU13 ialah mengurangkan defisit negara, apabila ada GST, cukai korporat dan individu dapat dikurangkan, serta sudah 143 negara telah melaksanakan GST termasuk Kanada, Australia, Singapura, Hong Kong dan New Zealand.

Ya, memang benar, negara yang disebutkan diatas telah melaksanakan GST dan berjaya meningkatkan pendapatan negara. Tetapi, sebagai kerajaan yang prihatin dengan kemaslahatan rakyat dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab, sebelum melaksanakan GST perkara pertama yang wajar diberi perhatian ialah ketirisan dalam membelanjakan dana awam.

Yang terbaru dan terhangat tentulah kes NFC yang membabitkan Datuk Seri Shahrizat Jalil. Tidak perlu diulas panjang lebar kerana semua rakyat Malaysia yang celik minda dan terbuka kepada maklumat telah maklum. Itu baru seorang menteri, bagaimana dengan yang lain-lain? Jika benarlah seperti yang didakwa oleh Shahrizat bahawa bukan dia seorang sahaja terlibat.

Bagaimana pula dengan laporan audit negara yang menunjukkan pembelian barangan oleh sektor awam terlalu tinggi daripada harga sebenar. Bagaimana boleh berlaku pembelian seunit binokular 29 kali lebih mahal daripada harga semasa. Tidakkah ini suatu penyelewangan wang rakyat? Melalui laporan ketua audit negara ini, kita sudah tahu betapa duit rakyat dirompak sewenang-wenangnya, tidakkah perkara ini perlu diperbetulkan dahulu?

Bagaimana pula dengan penganugerahan konsesi dan projek yang tidak mengikut saluran yang betul dan harga yang lebih tinggi daripada nilaian semasa?

Jika perbelanjaan dana awam ini dilakukan dengan berhemat, sudah tentu negara tidak mengalami perbelanjaan defisit – dalam bahasa mudahnya perbelanjaan melebih pendapatan. Jika ketirisan ini dapat dibendung maka negara akan ada wang yang cukup dan tidak perlulah GST dilaksanakan.

Ya, rakyat mungkin boleh menerima kenaikan GST jika masalah seperti Isu NFC tidak berlaku, ribuan hektar tanah rizab Melayu tidak tergadai, pinjaman pendidikan tidak menindas pelajar dan pelbagai lagi isu yang menaniaya rakyat.

Walaupun pelaksanaan GST didakwa akan mewujudkan ruang untuk negara menurunkan cukai korporat dan individu, namun hakikatnya tidak menguntungkan rakyat keseluruhannya kerana kos sara hidup telah meningkat.

Tidak perlu tunggu isu ini dipolitikkan pun, rakyat yang celik mata hatinya akan sedar kebobrokan Umno BN menindas rakyat. Rakyat perlu sedar bahawa jika Umno-BN berjaya mempertahankan kuasa mereka selepas PRU13 ini, maka GST adalah hadiah yang terbaik untuk rakyat. Tunggulah!

RM25 :nilai martabat ISLAM malaysia

Cuma rm25 sebagai denda..?!!..gadis melayu ISLAM didakwa penari tiang hanya dikenakan hukuman selepas mengaku bersalah atas dakwaan tersebut,YA ALLAH..kecilnya nilai ISLAM melayu negara ini,adakah ini martabat melayu islam sebenar..?..maknanya selepas ini mereka atau perempuan yang ingin menari tiang tak kesah jika tertangkap,hanya bayar rm 25 shaja.
Mana pembela melayu yang asyik buat demo tu..?..xbantah ke sla isu ni..?..mana ibrahim ali/perkasa..?..kan ni melayu yang korang bela..?..kerana itulah kita harus berbalik kpd hukum islam (al quran) itu sendiri..melalak konon negara ISLAM hebat,..memang la hebat..hebat dengan masalah sosial melampau..MELAYU KU TERLAYU DENGAN HUKUM DUNIAWI

Api P'KAUMAN:Guan ENG ambil tindakan mahkamah

Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda Umno Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah Umno, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang.


Saya telah cuba untuk sabar apabila Umno menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.


Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama Umno membuat dakwaan fitnah terhadap saya.

Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin Umno lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. Beliau terus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju sudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka.
Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid.

Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.


Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan.

Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana Umno boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? Umno mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan.


Umno hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.

Dengan mengulangi fitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, Umno ingin menimbulkan kebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri PR.

Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Wednesday 28 March 2012

Pakatan akan ambil alih konsesi tol yang bebankan rakyat

28 Mac: Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
“Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka,” menurut kenyataan bersama Pakatan, seperti dilaporkan Malaysiakini.
Berhubung Lebuh Raya MEX, gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambil alihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan.
“Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion,” kata kenyataan itu.
Cadangan itu dibuat KEADILAN, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus.
Menurut mereka, terdapat cadangan untuk menjual konsesi itu kepada EPMB dengan harga RM1.7 juta yang akan akan memberikan untung bersih RM1.09 bilion, selepas ditolak hutang RM550 juta dan pelaburan sendiri RM60 juta.
“Keuntungan ini terlampau tinggi kerana kerajaan  menggunakan wang rakyat untuk membiayai RM967 juta untuk menanggung kos pembinaan MEX,” kata kenyataan itu.

Bersih 2.0 lancar Jom 100% keluar mengundi

 28 Mac: Bersih 2.0 akan melancarkan kempen ‘Jom 100 Untuk 100% Keluar Mengundi Pada Pilihan raya ke-13’ di utara Semenanjung pada 6 April di Kompleks Hijau Kuning, Alor Star.

Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Toh Kin Woon berkata, sebelum itu beberapa roadshow akan diadakan iaitu di Sungai Petani dan Alor Setar pada 30 Mac, Kulim, Bukit Mertajam dan Pulau Pinang (31 Mac) dan Seberang Selatan dan Daerah Kerian, Perak (1 April).

“Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk membuat roadshow di negeri Perlis dan di tempat lain di bahagian zon utara Semenanjung Malaysia.

“Kami menyeru semua parti politik, organisasi, serta individu agar turut menyokong aktiviti-aktiviti Bersih2.0 ini dengan mengambil bahagian dalam roadshow kami,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pakaian kuning digalakkan.

Bagi mereka yang berminat, sila hubungi ahli sekretariat Suaram cawangan Negeri Pulau Pinang, Ong Jing Cheng 012-7583779 demi bersama-sama menjayakan kempen JOM 100 di peringkat bahagian zon utara Semenanjung Malaysia.

Suaram cawangan Pulau Pinang merupakan sekretariat bagi kempen JOM 100 di zon utara Semenanjung Malaysia.

Munafiknya UMNO/BN dalam isu ISRAEL..

27 MAC : Parlimen digesa meluluskan usul tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan menggubal undang-undang melarang  hubungan dagang secara dengan Israel termasuk larangan penggunaan pelabuhan atau sebarang kemudahan negara untuk sebarang kepentingan dengan Israel.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Badrul Hisham Shaharin berkata, Parlimen seharusnya meluluskan usul mengiktiraf parti politik Hamas atau mana – mana parti politik yang dipilih oleh majoriti rakyat Palestin untuk mentadbir negara mereka.
“SAMM mencabar ahli parlimen BN khususnya Umno untuk sepakat menyokong usul tersebut. Jika tidak, sahlah regim penguasa yang mempunyai jumlah majoriti dalam parlimen Malaysia cuma bersikap ‘munafik’ dalam isu menentang Israel ini,” kata Badrul Hisham atau Chegu Bard dalam kenyataan medianya.
Tambah Chegu Bard lagi, pimpinan Umno-BN selama ini hanya mendabik dada kononnya mereka adalah pejuang Palestin dengan menjadi penentang Israel dan menjadikan isu hubungan Israel ini sebagai modal politik menyerang musuh politik mereka.
“Selama ini Umno-BN cuba menipu rakyat dalam hubungan Malaysia Israel namun apabila Ahli Parlimen Bakri ,Er Teck Hwa, dengan sokongan beberapa ahli parlimen lain membawa beberapa dokumen yang dibekalkan oleh SAMM kepadanya untuk dibuktikan dalam parlimen Malaysia mengenai kewujudan hubungan dagang Malaysia Israel maka Menteri berkenaan terperangkap untuk mengakuinya. Cuma penjelasan dangkal Menteri dalam persidangan lepas menyebabkan Teck Hwa bangun beberapa kali sehinggalah di perintah keluar dewan,” kata Chegu Bard.
Chegu Bard menjelaskan hubungan dagang Malaysia membantu ekonomi Israel terbukti apabila menurut laporan Kesatuan Eropah menyatakan dengan jelas Malaysia merupakan negara yang ke-15 menjadi rakan dagang bagi membantu ekonomi Israel.
Syarikat berpengkalan di Malaysia dan produk komoditi tempatan digunakan bagi membantu ekonomi Israel. Antaranya ialah IOI loaders Crocklaan Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat IOI Group yang merupakan syarikat yang punya kaitan rapat dengan Umno-BN.
Mewaholeo Industri Sdn Bhd pula mempunyai alamat perniagaan berdaftar di dalam negara. Walaupun mempunyai pegangan asing tetapi ia masih beroperasi sebagai sebuah syarikat tempatan. Ini hanya sebahagian dari banyak syarikat lain yang turut terlibat dalam penghantaran produk sawit tempatan bagi membantu ekonomi Israel.
Menurut laporan dalam laman web RSPO dalam perniagaan sawit IOI disebut dengan jelas punya rantaian perniagaan dengan Felda – Johor Builkers Sdn Bhd. Dengan jelas penghantaran syarikat IOI ini menurut dokumen rasmi kerajaan menyatakan penghantaran terus ke Israel dan untuk syarikat Israel.
Tambah Chegu Bard, menurut beberapa carian lain pula penghantaran produk sawit Malaysia ke Israel bukan semata untuk pasaran tempatan Israel tetapi sebaliknya telah menjadikan Israel juga menjadi negara pengeluar produk hasil sawit yang diambil dari Malaysia dan diperniagakan semula.
“Ternyata dengan pendedahan ini regim penguasa sudah tidak boleh mengelak lagi. Regim cuba menggambarkan kononnya merekalah pejuang sejati isu Israel dan Palestin namun dalam sisi lain regim penguasa inilah menjadi penerus dan pelindung hayat Israel.
“Satu lagi pendedahan ialah mengenai beberapa syarikat tempatan mempunyai sijil halal Israel (Kosher) seperti Jakim. Untuk mendapat sijil halal ini kakitangan (Rabbai) agensi Israel wajib datang dan membuat pemeriksaan kebersihan dan seumpamanya. Ini bermaksud negara secara sedar membenarkan kakitangan Kerajaan Israel beroperasi di Malaysia,” katanya.
Chegu Bard berkata lagi,beliau mempunyai bukti bergambar bagaimana hampir setiap kali barangan khususnya makanan untuk dibuat penghantaran pegawai kerajaan Israel pasti berada dalam negara bagi memastikan ‘keselamatan’ dan taraf ‘halal’ barangan tersebut.
“Dalam negara terlalu banyak sangat isu seperti kenaikan harga, keselamatan (kes jenayah meningkat), beban pendidikan (pembiayaan pembelajaran) dan banyak lagi, namun kita sudah terlalu banyak menghabiskan masa membincangkan isu Israel – palestin dan Malaysia ini yang sebenarnya masing masing cuba menunjuk hero dengan memutar belit perbagai perkara.
“Ayuh kita letakkan noktah dalam isu ini. Israel negara haram, regim penguasa dicabar mengambil sikap berani,” ujarnya.

Gesa Kerajaan Pusat Hapus Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau

 27 MAC : Dewan Negeri Selangor(DNS) hari ini menggesa Kerajaan Pusat menghapuskan kutipan tol di Lebuhraya Persekutuan II, iaitu di Sungai Rasau dan Batu Tiga.
Usul itu dikemukakan oleh Adun Kampung Tunku, Lau Weng San di bawah Peraturan Tetap 26 (1) dan dipersetujui oleh Speaker, Datuk Teng Chang Khim.
Weng San berkata, hal itu perlu dibuat selaras dengan pemansuhan tol Cheras-Kajang oleh Kerajaan Pusat.
Katanya, sejak tahun 1995, tol itu merupakan jalan utama bagi penduduk Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang.
“Sejarah pembangunan jalan itu selepas pemisahan Singapura dari Malaysia dan menjadikan Klang sebagai pelabuhan utama, jadi pada tahun 1974 lebuh raya itu dibina yang asalnya empat lorong kecuali Petaling Jaya enam lorong.
“Selepas tahun 1995, Projek Lebuhraya Utara Selatan(Plus) dipilih oleh Kerajaan Pusat untuk menaiktaraf dan mengenakan kutipan tol sebanyak RM1.10 bagi kereta di tol Batu tiga dan RM1.00 bagi tol Sungai Rasau.
“Jadi jumlah pergi dan balik sebanyak RM4.20 setiap hari bagi penduduk yang melalui jalan itu setiap hari, lebih-lebih lagi kawasan Lembah Jaya, Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam akan dikenakan tol yang mahal setiap hari,” katanya.
Beliau berkata selain tol yang mahal setiap hari, penduduk juga terpaksa mengalami masalah kesesakkan lalu lintas yang amat teruk.
“Setiap hari, lebuh raya itu menampung lebih 30,000 kenderaan dan kapasiti ini meningkat setiap waktu puncak. Ini akan memeritkan lagi pengguna,”katanya.
Usul itu turut dipersetujui oleh Adun Kota Alam Shah, M.Manoharan.
M.Manoharan berkata. dengan terhapusnya tol berkenaan ia dapat membantu golongan miskin di negeri ini.

Monday 26 March 2012

Tangkapan petugas tanda wujud komplot Umno, PDRM dan SPR

26 Mac: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar percaya tangkapan petugas culaan pengundi kawasan beliau adalah tanda wujudnya komplot antara PDRM, Umno dan SPR dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Saya yakin ini adalah komplot antara peringkat tertinggi PDRM, Umno dan SPR dalam usaha menjamin kemenangan Umno dalam pilihan raya umum ke 13 yang akan diadakan dalam waktu terdekat,” jelas Nurul Izzah.
Beliau menjelaskan lagi, tangkapan yang dilakukan adalah atas arahan langsung Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selaku Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai untuk menyembunyikan penipuan besar tentang kesahihan pengundi di dalam daftar pemilih.
20 Mac lalu, polis bertindak menahan 2 orang petugas Pejabat Parlimen Lembah Pantai, Muhd Hanan Asyraf Rozani dan Mohd Ridhwan Jahari semasa membuat culaan pilihanraya di PPR Kg Limau Pantai Dalam kerana dituduh menyamar sebagai petugas SPR.
24 Mac pula, sekumpulan dipercayai ahli Umno mengepung, dan merampas kad pengenalan 4 petugas lain, iaitu P Nanthakumar, M Gopal Dass, Shamsudin Yusof dan Gurmit Singh di Flat Sri Pahang, Lembah Pantai kononnya atas tuduhan cubaan menculik kanak-kanak.
Semasa ditangkap, semua petugas membawa bersama surat perakuan sah dari Penjabat Ahli parlimen Lembah Pantai.
Nurul Izzah turut berkata, laporan polis dibuat untuk menggesa PDRM agar berhenti menjadi alat Umno Lembah Pantai dalam usaha mereka menghalang kerja-kerja beliau selaku ahli parlimen di sini.
“Malah, tangkapan ini langsung tidak menakutkan kami. Usaha mendedahkan penipuan kotor dan jahat Umno dan SPR ini wajib diteruskan,” ujar Naib Presiden KEADILAN itu lagi.

CheguBard cabar MP BN sokong henti dagang dengan Israel

, 26 Mac: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, mencabar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong usul tidak mengiktiraf Israel dan menggubal undang-undang melarang sebarang bentuk dagangan dengan negara Zionis itu.
Badrul yang juga merupakan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, sekiranya BN enggan menyokong usul yang akan dibawa Ahli Parlimen Pakatan itu, ia menunjukkan  BN hanya menggunakan isu tersebut sebagai alat politik semata-mata.
“Kita noktahkan isu ini. Oleh itu kita cabar semua ahli Parlimen BN bersetuju dengan usul yang akan dibawa. Kita gubal undang-undang untuk hentikan semua bentuk dagangan dengan Israel.
“Haramkan penggunaan  pelabuhan atau sebarang kemudahan negara untuk kepentingan Israel. Iktiraf kerajaan Hamas atau mana-mana parti politik yang dipilih rakyat Palestin,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Badrul yang lebih dikenali sebagai CheguBard hadir ke Parlimen pagi tadi untuk mendesak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membawa usul untuk menggubal undang-undang berkenaan larangan dagangan antara Malaysia dengan Israel.
Selain itu, beliau turut mendesak Parlimen melulus undang-undang larangan penggunaan  pelabuhan untuk kepentingan Israel selain mengiktiraf kerajaan Hamas dan mana-mana parti politik yang dipilih rakyat Palestin.
Hadir pada sidang media itu, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.
Sementara itu, Teck Hwa berkata beliau akan membangkitkan usul tersebut dibawah peraturan 18 (1) kerana isu itu melibatkan kepentingan umum dan perlu disegerakan.
“Ia perlu dibahas dan ditamatkan segera dengan penjelasan segera menteri yang terbabit,” katanya.

Thursday 22 March 2012

Pelahap dari UMNO selangor dibongkar..!!

22 MAC : ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei hari ini mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan negeri Umno-BN dulu dalam pemberian tanah yang melibatkan beberapa bahagian Umno Selangor.
Shuaimi berkata pendedahan tersebut merupakan reaksi daripada desakan ADUN Umno-BN di dalam sesi Dewan Negeri Selangor pada 20 MAc agar beliau membuktikan dakwaan tentang penyelewangan Umno-BN.
Shuhaimi mendedahkan tiga kes, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada tahun 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.
Satim juga didakwa telah menggunakan pengaruhnya di dalam pentadbiran Umno-BN yang lama bagi menjual tanah anak syarikat Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta di mana beliau mempunyai kepentingan.
“Sewaktu sesi perbahasan berkaitan isu tanah dan pasir semalam, ADUN-ADUN Barisan Nasional mendesak saya supaya mengeluarkan bukti dan fakta berkaitan penyelewengan yang dilakukan sewaktu pemerintahan BN dahulu.”
Dalam kes pertama, sebidang tanah seluas 2.86 hektar di Sek 25, Jalan Bukit Kemuning, Klang yang dimohon oleh 11 syarikat swasta dan satu permohonan dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Akhirnya, jawatankuasa exco pentadbiran Umno-BN menganugerahkan empat ekar kepada Umno bahagian Kota Raja dan sebanyak tiga ekar kepada MBSA.
Shuhaimi mendakwa dalam permohonan asal, MBSA telah meminta empat ekar manakala Umno Kota Raja tidak mengemukakan permohonan.
“Bagaimana tanah yang sepatutnya MBSA mohon empat ekar akhirnya dapat tiga ekar dan Umno mendapat empat? Umno juga mendapat tanah itu dengan harga yang murah iaitu RM1 kaki persegi.”
Dalam kes kedua, Shuhaimi membongkar cubaan Satim untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan bumiputera.
“Tanah rizab melayu adalah milik bumiputera dan dilarang menjualnya kepada syarikat bukan milik bumiputera.”
“Umno Bahagian Puchong telah memohon untuk memindah milik tanah rizab melayu kepada Lagi Gemilang Sdn. Bhd yang 75 peratus ahlinya bukan terdiri dari bumiputera,” ujar Shuhaimi.
Walaubagaimanapun usaha tersebut dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam kes ketiga, Shuhaimi berkata Satim telah mempengaruhi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk menjual sebidang tanah mereka kepada syarikat Nikmat Inai pada tahun .
Pada masa itu, Satim memegang saham di dalam syarikat tersebut.
Tanah itu kemudiannya dijual kepada Perbadanan Kemajuan Selangor (PKNS) dengan harga yang lebih tinggi untuk mengaut untung, Shuhaimi berkata.

SABAK BERNAM paling luas tanah rizab melayu:tidak akan disentuh

Kerajaan Negeri Selangor tidak menjalankan sebarang projek pembangunan yang melibatkan tanah rizab melayu melibatkan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor sejak tiga tahun lalu.
Menjawab pertanyaan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim turut menjelaskan Kerajaan Negeri juga tidak mempunyai perancangan yang khusus untuk membangunkan tanah-tanah rizab melayu.
Katanya lagi, kebanyakkan tanah-tanah rizab melayu yang terletak di kawasan strategik seperti di Klang, Hulu Langat dan Sepang ada dibangunkan untuk projek perumahan tetapi perlaksanaan itu demi meningkatkan tahap ekonomi orang melayu.
“Ianya dilakukan mengikut perancangan Kerajaan Negeri khususnya untuk membangunkan tanah rizab melayu yang strategik bagi meningkatkan tahap ekonomi orang melayu seperti juga di tanah-tanah yang bukan rizab melayu,” jelasnya.
Beliau berkata jumlah keluasan tanah rizab melayu di seluruh Selangor adalah sebanyak 456,754.247 ekar.
Bagi pecahan mengikut daerah, Sabak Bernam mempunyai tanah rizab melayu yang paling luas iaitu 172,823.647 ekar, diikuti daerah Kuala Langat berkeluasan 37,530.84 ekar.
Manakala daerah Hulu Langat sebanyak 33,093.86 ekar, Hulu Selangor sebanyak 31,530.84 ekar, Sepang sebanyak 22,865.06 ekar, Klang sebanyak 22,807.5 ekar, Kuala Selangor sebanyak 18,686.23 ekar, Gombak sebanyak 11,441.97 ekar dan Petaling sebanyak 2,733.09 ekar.
Dalam perasmian pembukaan Sidang Dewan Undangan negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-12 Isnin lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar tidak ada mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri bertindak memindahkan pemilikan tanah rizab Melayu di negeri ini kepada individu atau syarikat bukan Melayu.
Titah baginda, sebarang perkara atau keputusan melibatkan tanah rizab Melayu harus mematuhi peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Baginda bertitah, tanah rizab Melayu perlu dipertahankan kerana ia merupakan khazanah dan amanah untuk kepentingan generasi akan datang.

Wednesday 21 March 2012

Hutang sebenar negara lebih 53 peratus KDNK..!!

21 Mac: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan, kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin berkenaan hutang negara di paras 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tidak tepat.
“Peratusan itu diambil dari tahun lepas. Sekiranya kita mengambil kira hutang perbelanjaan terbaru, termasuk anggaran Belanjawan 2012, hutang negara pasti melebihi had ditetapkan.
“Malah, ia belum mengambil kira peruntukan luar jangka dan projek-projek yang didanai melalui pinjaman yang dijamin kerajaan, yang tidak dimasukkan dalam belanjawan,” ujar Azan.
Beliau turut menjelaskan, paras 55 peratus sebenarnya terlalu tinggi untuk dijadikan had siling hutang negara.
Beliau merujuk jawapan Awang Adek kepada soalan dari Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat hari ini, berkenaan tindakan kerajaan untuk mengawal hutang negara yang semakin meningkat.
Merujuk laman Malaysiakini, Awang Adek melalui jawapannya mengatakan, hutang negara belum mencapai tahap kritikal kerana kurang 2 peratus dari had pinjaman yang dibenarkan perlembagaan, iaitu 55 peratus daripada KDNK.
17 Februari lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengatakan kerajaan memanipulasi belanjawan dengan tidak memasukkan beberapa projek mega dalam belanjawan, sebaliknya menjadi penjamin kepada syarikat yang membuat pinjaman.
Tony Pua juga mengatakan kerajaan juga secara sewenang-wenangnya meminda undang-undang untuk menaikkan had hutang negara, dari 40 peratus pada tahun 2003 hingga 55 peratus pada masa kini.
Bercakap lanjut Azan berkata, kerajaan turut mengheret rakyat untuk sama-sama menanggung hutang, sehingga hutang isi rumah negara mencecah RM600 bilion, antara tertinggi di dunia.
“Sebenarnya ini isu yang perlu dititikberatkan. Kerajaan Umno BN melalui polisi seperti kadar bunga dan caj bank, melahirkan rakyat yang terbeban dengan hutang yang cukup besar,” ujar Azan.

Tuesday 20 March 2012

SABAK BERNAM,BESTARI JAYA antara kawasan yang mendapat WIFI percuma :KERAJAAN SELANGOR PR

20 MAC : Kerajaan Selangor terus memperhebatkan Projek Penyediaan Perkhidmatan WiFi Percuma ke kawasan luar bandar sebagai lanjutan untuk memberi perkhidmatan tersebut di 4,000 lokasi seluruh Selangor.
Sekurang-kurangnya 18 lokasi luar bandar telah dikenal pasti bagi menyalurkan kemudahan ini. Antaranya Sekinchan, Bestari Jaya, Kajang, Meru, Sabak Bernam, Sungai Burong dan Permatang.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains dan Teknologi, Rodziah Ismail berkata kesemua lokasi luar bandar yang terpilih bagi lanjutan projek ini adalah berdasarkan kepada kriteria utamanya sebagai tempat tumpuan umum.
“Kesemua Projek WiFi ini dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2015.
“Kerajaan Negeri menganggarkan kos pemasangan WiFi adalah sebanyak RM10,000 hingga RM18,000 bagi satu lokasi kawasan
perkhidmatan WiFi dengan kapasiti talian utama (backhaul) sebanyak 4Mbps,” jelas Rodziah bagi menjawab soalan dari ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh.
Sebelum ini, sebagai permulaan, Projek Penyediaan Perkhidmatan WiFi Percuma dimulakan pada April 2010 di sekitar Hulu Selangor dan Shah Alam.

UTUSAN MALAYSIA bakal dijual..?!!

Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd penerbit akhbar Utusan Malayisa, Kosmo dan beberapa buah majalah bakal kehilangan aset terpenting apabila percetakan akhbar berkenaan akan menjadi entiti berasingan apabila ianya dimiliki oleh seorang orang korporat.

Urusan penjualan mesen cetak berkenaan yang terletak di Bangi, Selangor dan beberapa tempat lain itu sedang dalam proses perundingan. Penjualan itu dipercayai kerana syarikat penerbitan akhbar yang sahamnya dimiliki Umno sedang mengalami kerugian teruk yang tidak tertanggung lagi ekoran kemerosotan jualan akhbar itu.

Jualan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini sekitar 120,000 naskah sehari lebih rendah dari akhbar harian bersaiz tabloid lain. Angka itu jauh rendah berbanding dengan akhbar bersaiz sama yang menjangkau 180,000 edaran sehari.

Kemerosotan itu dipercayai kerana akhbar itu tidak adil dalam penyiarannya dan terlalu mempamirkan dia sebagai akhbar Umno. Laporan cerita-cerita sex juga menyebabkan ia makin dipulau oleh pembaca.

Ekoran penjulan itu Utusan Malaysia selepas ini akan mencetak akhbar itu dengan percetakan berkenaan atas sifat upah.

Dalam pada itu ahli korport berkenaan yang juga pernah menjadi menteri kabinet sedang merunding untuk memiliki Dawama - percetakan milik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang swastakan dan kini bermasalah.

Dikatakan juga, ahli korporat yang dulu berniaga garam di Langkawi akan cuba memiliki Percetakan Nasional miliki kerajaan yang kini merupakan percetakan yang mengerjakan bahan cetakan negara.

Ahli korporat itu berangan-angan untuk menjadi gergasi percetakan di negara ini dengan memonopolikan beberapa percetakan terkemuka.

Ada kemungkin beliau juga akan berusaha untuk mendapat beberapa percetakan syarikat pengeluar akhbar lain untuk diletak di bawah satu bumbung.

Sekiranya usaha ini berlaku bermakna Utusan Melayu yang menjadi kebanggan orang Melayu Umno khasnya akan kehilangan identiti dan penjualan mesin cetak itu sesuatu yang memalukan terutamanya pemegang sahamnya terdiri kalangan ahli Umno.

Ada juga sumber lain memberi tahu usaha pembelian mesin cetak milik Utusan Melayu itu sebagai persiapan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangka selepas pilihan raya umum ini. Sekiranya UBN tumbang sudah pasti kedudukan Utusan Melayu tidak menentu dan kemungkinan akan ditutup terus.

Agenda pembelian itu sebagai menyelamatkan aset Utusan itulah alasan yang diberikan. Dari sini memberi gambaran bahawa dalam kepala pembeli mesin cetak itu UBN sudah pasti kalah dan tumbang. -http://msomelayu.blogspot.com/

Scorpene: Razak Baginda, keluarga Altantuya akan dipanggil..!!

20 Mac: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu ke Mahkamah Perancis berkenaan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
“Sebagai Menteri Pertahanan ketika pembelian dilakukan, kemungkinan besar nama beliau akan disebut, dan beliau harus akur sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan.
“Seperti di Malaysia, mengingkari arahan mahkamah akan dianggap menghina mahkamah, dan ia adalah satu kesalahan jenayah dan waran tangkap boleh dikeluarkan,” kata Sivarasa yang merupakan seorang peguam.
Sivarasa turut berkata, sebagai pegawai tertinggi negara, Najib harus menghormati undang-undang Perancis dan menjaga imej Malaysia.
Menurutnya lagi, apabila inkuiri terbuka bermula, maklumat-maklumat terperinci dan cuba disembunyikan sebelum ini, seperti individu yang terlibat, akan didedahkan kepada rakyat.
“Begitu juga dengan pembunuhan Altantuya. Walaupun kes bunuh itu tiada kaitan secara langsung, namun penglibatan beliau dalam proses transaksi menjadikannya sangat relevan untuk dibangkitkan,” jelas beliau.
Mengulas isu sama, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada dibuat berkenaan kes ini sebelum ini.
Namun katanya, kerajaan tidak memiliki iltizam politik untuk membongkar kes ini sehingga ke akar umbinya.
“Apatah lagi dengan keadaan SPRM yang berada di bawah telunjuk pemerintah. Kita tahu SPRM tidak boleh mendakwa sekiranya tidak mendapat kelulusan Peguam Negara.
“Walhal, ini adalah kes serius, sehinggakan Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu membangkitkan perkara ini di Parlimen dahulu”, kata Shamsul lagi.
Pembelian kapal selam Scorpene mencuri perhatian ramai apabila Syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib dan terlibat dalam pembunuhan model Altantuya Sharibuu, menerima komisyen RM570 juta daripada kerajaan Malaysia untuk urusniaga itu.
Pelbagai desakan dibuat untuk meyiasat urusniaga yang meragukan itu namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil baik ke atas Razak Baginda atau Syarikat Perimekar sendiri.
Susulan itu, NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melantik peguam Joseph Breham pada tahun 2009 untuk memfailkan kes terhadap firma pembuat kapal selam Perancis, DCN, yang terlibat dalam urusniaga itu..
Baru-baru ini, Mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka berkenaan kes ini, untuk menyiasat pegawai-pegawai Perancis yang disyaki terlibat, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.
 Rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Razak Baginda adalah saksi penting untuk membantu perbicaraan terbuka skandal rasuah Scorpene di mahkamah Perancis.
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata beliau percaya Razak Baginda akan dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah Perancis memulakan siasatan ke atas skandal Scorpene kelak.
“Razak adalah saksi yang sangat penting kerana terlibat langsung dalam urusan pembelian,” kata  Cynthia ketika dihubungi KeadilanDaily, 19 Mac lalu.
Nama Razak Baginda dibangkitkan di Parlimen pada 2002 berhubung rundingan pembelian Scorpene dalam satu perjanjian bernilai USD 800 juta.
Urus niaga dibuat melalui Perimekar untuk membeli dua Scorpene dan satu kapal selam terpakai, Agosta hasil usahasama kerajaan Perancis-Sepanyol.
Perimekar memiliki subsidiari iaitu Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda.
Bercakap lanjut, Cynthia juga percaya keluarga Altantuya dipanggil ke mahkamah Perancis untuk memberi keterangan.
“Keluarga Altantuya akan dipanggil kerana mendiang adalah penterjemah urus niaga itu,” katanya.
Sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmaa pernah tampil di Mahkamah Shah Alam dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya bermula 4 Jun 2007 dan berakhir 9 April 2009.

Translate's version