Thursday 9 February 2012

Malaysia Negara Ke-15 Bantu Ekonomi Israel,apa hujah ahli UMNO..?

9 FEB: Kerajaan pimpinan Umno-BN bersikap hipokrit dan telah menipu rakyat Malaysia kononya negara ini tidak langsung mempunyai hubungan dengan Israel.
Sedangkan mengikut laporan Kesatuan Eropah, Malaysia merupakan negara ke 15 yang aktif membantu ekonomi Israel.
Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan wujud hubungan dagang secara terus dengan Israel melibatkan syarikat Malaysia serta salah satu syarikat yang menghantar minyak kelapa sawit ke Israel, ada kaitan dengan Felda.
"Jumlah penghantaran yang banyak ini bukan sahaja cukup untuk kegunaan domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan semula minyak sawit.
"Malah sudah ada usaha Israel menyimpan stok minyak sawit dan jika ini tidak dikawal maka Israel pasti mampu menjadi antara pemain utama pasaran hadapan sawit maka ekonomi negara pasti terancam apabila Israel boleh mengawal harga.
"Banyak kali rakyat negara didera kerana kehabisan minyak sawit dipasaran tetapi dalam pada masa yang sama Malaysia dengan 'selamba' membekalkan minyak sawit ke Israel," tegas Badrul atau Chegu Bard dalam satu kenyataan yang disiarkan di blog beliau.
Dua dokumen itu, katanya, melibatkan dua syarikat berpengkalan di Johor yang didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas terus ke Ashdod, iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 kilometer dari Tel Aviv.
"Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalannya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar ke Israel?," kata Chegu Bard.
Menurut beliau, hasil dokumen yang berjaya diakses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan minyak sawit yang dibekalkan ke Israel.
"SAMM yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran, tetapi sehingga kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.
"Rakyat sering didera dengan putus bekalan minyak sawit di pasaran tempatan tetapi dalam masa sama negara terus membekalkan minyak sawit lebih dari cukup untuk Israel," ujarnya.
Chegu Bard turut mengecam media milik Umno dan pimpinannya yang memutar belitkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan Wall Street Journal pada 26 Januari lalu.
Bagaimanapun, kata Chegu Bard, hipokrasi kerajaan terdedah pada November tahun lalu melalui sidang dewan rakyat apabila Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel.
Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir kemudian mengakui hubungan dagang memang wujud tetapi hanya dagangan ‘terkawal' melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini.
Menurut Chegu Bard, tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Er Teck Hwa bangun mencelah beberapa kali dengan menyebut hubungan dagang itu bukan transaksi biasa.
Teck Hwa mendedahkan kewujudan borang JK 69 yang mempunyai pengesahan kastam dan Miti yang menunjukkan syarikat yang beroperasi di Malaysia mengambil barang tidak siap dari Israel dan kemudian memasangnya di kilang di Malaysia.
Chegu bard berkata, panik dan tidak mampu menjawab pendedahan itu, maka akhirnya Er Teck Hwa diarahkan keluar dari dewan.
"Satu surat rasmi akan dihantar ke MiTi untuk meminta penjelasan mengenai perkara ini. SAMM menuntut regim tampil memberikan penjelasan dan menghentikan segera semua bentuk hubungan dagang dengan Israel serta meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Palestin kerana sikap hipokrit Malaysia.
Mengikut laporan Kesatuan Eropah Malaysia merupakan negara ke 15 yang aktif membantu ekonomi Israel," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

Translate's version