Thursday 26 April 2012

Pemerhati Luar:desak pelaksanaan pilihanraya

 Pakatan Rakyat (PR) telah menjemput sepasukan pemerhati asing untuk memantau sistem pilihan raya di negara ini dan dipercayai untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perubahan terhadap sistem berkenaan sebelum pilihan raya umum ke-13.
“Kami telah dijemput oleh ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memantau beberapa isu berkenaan pilihan raya dan mengemukakan laporan cadangan dan akan diserahkan kepada parti politik, termasuk kerajaan dan juga pembangkang,” jelas ahli jawatankuasa kumpulan bebas tersebut, Senator Nicholas Xenophon.
Walaupun telah dijemput oleh pembangkang, Nicholas yang merupakan senator bebas dari Selatan Australia itu menjelaskan, kumpulan tersebut tidak dibiayai mana-mana pihak, sebaliknya datang ke Malaysia hanya sebagai “rakan demokrasi” Malaysia untuk memberikan pandangan memperbaiki sistem pilihan raya sebagai sahabat.
“Ada beberapa isu berkenaan pilihan raya yang akan diperhatikan. Kami bukan datang untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia, kami datang sebagai rakan demokrasi untuk memberikan cadangan penambah baikan sistem pilihan raya di negara ini.
“Berdasarkan maklumat awal, terdapat beberapa isu yang menjadi perhatian kami iaitu, tempoh berkempen untuk pilihan raya, integriti daftar pemilih, satu undi satu nilai, dan akses media menjelang pilihan raya,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya lagi, laporan interim tersebut akan diserahkan kepada kerajaan dan pembangkang dalam tempoh dua minggu dari sekarang, yang mana dakwanya bersifat neutral dan tidak berat sebelah.
“Kami akan menemui wakil-wakil daripada kerajaan dan pembangkang, termasuk masyarakat umum untuk melengkapkan laporan tersebut, dan laporan itu akan dibentangkan kepada umum.
“Kami tidak datang untuk mengkritik, tetapi lebih kepada rakan yang bersifat adil dan tidak berat sebelah kerana kami mengambil pandangan daripada semua pihak,” tambahnya.
Antara panel lain pasukan pemantau “pra-pilihan raya” itu adalah Naib Presiden Kanan Parti Nasional. Pakistan, Senator Mir Hasil Khan Bizenjo, Presiden Persatuan Undang-Undang Filipina, Dean Amado Valdez, dan Projek Koordinator Yayasan Kebebasan Freidrich Naumann, Juliane Schmucker, termasuk Dr Clinton Fernandes dari Australia.
Antara ahli lain kumpulan pemantau itu termasuk juga wartawan dari India, Mobashar Jawed Akbar, dan Pengerusi Ikatan Ilmuan Indonesia Internasional Mohamad Nasir Tamara Tamimi.
Kumpulan itu juga berkemungkinan akan turut memantau perhimpunan Bersih 3.0, “Duduk Bantah” yang dijangka berlaku Sabtu ini di Dataran Merdeka.

Angkuhnya DATO Bandar KL:ingat..!!..ini kuasa RAKYAT..!!

 26 April: Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail diingatkan tidak bersikap angkuh dengan cuba menghalang himpunan Bersih 3.0, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Ia berikutan kenyataan Ahmad Fuad untuk mengambil tindakan keras sekiranya Bersih meneruskan hasrat mereka  berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
“AMK menggesa agar Datuk Bandar tidak bersikap angkuh dengan siri-siri kenyataan yang hanya menunjukkan kegusaran mereka untuk berhadapan dengan ketidakpuasan hati rakyat,” katanya.
“Kenyataan Datuk Bandar ini jelas bersifat ‘mala-fide’, dalam keadaan beliau bersikap selektif dalam menentukan apa jenis program yang boleh dianjurkan di Dataran Merdeka.
Malah katanya, kenyataan Ahmad Fuad untuk menawarkan lokasi lain juga menimbulkan persoalan.
“Apa bezanya jika Dataran Merdeka menjadi lokasi? Mengapa perlu perubahan lokasi dicadangkan di saat-saat terakhir? Apakah mereka khuatir jika Dataran Merdeka menjadi saksi gelombang kuning kebangkitan rakyat menolak penyelewengan sistem pilihanraya Malaysia?,” Soal Shamsul.
Terdahulu sebelum ini, Ahmad Fuad menolak permohonan Bersih menggunakan Dataran Merdeka atas alasan ia bukan program bersifat nasional dan berteraskan politik.
Namun, Shamsul berkata, pada 27 Jun 2009, Dataran Merdeka menjadi medan pelancaran logo 1Malaysia, yang jelas merupakan kempen politik oleh Umno-Barisan.
Jika dibandingkan dengan Bersih, katanya, motif  himpunan itu adalah lebih jelas untuk memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan telus di negara ini.
“Solidariti telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia di luar negara, malahan masyarakat antarabangsa seantero dunia turut bersama-sama menyatakan sokongan mereka ke atas Bersih 3.0,” katanya

Tuesday 24 April 2012

Himpunan aman rakyat MALAYSIA:hitamnya DEMOkRASI ku..

Sebagai rakyat yang MALAYSIA yg bernaung dibawah perlembagaan negara tercinta ini,kami punyai ruang untuk berhimpun dan menyuarakan sesuatu isu berbangkit,..himpunan rakyat yang menuntut sebuah reform didlm sistem pilihanraya adakah sesuatu yang keji dan buruk..!!..kami bukan ingin menyerang peniaga tepi jalan,senagaj membuat onar disana-sini apatah lagi untuk menjatuhkan kuasa yang dipertuan AGONG seperti dicanang pihak BACUL sesetangah melayu haprak ..!!

Rakyat yang hadir rata-ratanya dari segenap peringkat tanpa mengira kaum/agama cuma berhimpun dan menghantar isyarat kpd pihak kerajaan yg ada kini itu shj,adakah kami mahu dicap PENDERHAKA..?..sudah tentu tidak..!!,OBjektif 8tuntutan itu jelas tiada satu pun yg boleh membuatkan kuasa AGONG diinjak-injak,kami bukan mahu merampas kepimpinan kerajaan yg ada kini dgn cara rakyat MESIR..!!..

Satu contoh yg jelas selalu saya bangkitkan,MEnuntut MEDIA perdana yg bebas..apakah keterlaluan permintaan itu..?...sedangkan negara-negara lain seperti indonesia media mereka lebih tepat laporannya berbanding negara kita yg kononnya " DEMOKRASI hebat" ini..mengapa harus setiap hari mengambarkan pihak pembangkang itu umpama PERTUALANG BANGSA dan lebih teruk AGEN PIHAK Asing walhal sehingga kini bukti dan faktanya sangat lemah jika dibanding dengan isu kapal ZIM SHIPPING memasuki perairan negara kita.

Apepun 28 april ini tujuannya cukup jelas,bahkan PM 1MALAYSIA kita juga faham tentang himpunan ini,lantas mengapa sengaja menutup ruang untuk rakyat berhimpun secara aman..?..alasan bahwa DATARAN MERDEKA tidak boleh krn perkara keselamatan itu satu alasan yg sgt lemah untuk diterima akal fikiran manusia,ini bukan kali pertama mengadakan satu2 himpunan.

DIharap 28 april kelak rakyat baik dari UTARA,SELATAN,PANATAI TIMUR mahupun lembah klang kita bersama meramaikan lagi himpunan DUDUK dan bantah ini,terutama ANAK MUDA,tunjukkan semngat kita yg ikhlas mahu melihat sistem negara ini subur...HIDUP RAKYAT..HIDUP RAKYAT..!!

Monday 23 April 2012

UMNO tiada kredibiliti pertikai Unisel

Kebelakangan ini kita melihat ramai dikalangan tokoh-tokoh UMNO mempersoalkan tindakan Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim apabila beliau memberi jaminan jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya PTPTN akan dimansuh dan diganti dengan pembiayaan pendidikan yang lebih mesra kepada golongan mahasiswa.
Bagi mengalihkan isu kelemahan pengurusan mereka pimpinan utama UMNO termasuk Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Khaled Nordin mempersoalkan mengapa tidak pendidikan percuma diberikan kepada UNISEL dan KUIS yang merupakan universiti dibawah kelolaan Kerajaan Negeri.
Biro Mahasiswa melihat kenyataan Menteri Pengajian Tinggi itu menggambarkan kelemahan Menteri Pengajian Tinggi memahami kedudukan UNISEL dan KUIS yang beroperasi sebagai sebuah universiti swasta (IPTS) dan kedudukan keewangan kerajaan negeri yang terhad.
Biro Mahasiswa juga ingin menarik perhatian umum mengenai isu penubuhan UNISEL yang menjadi punca kepada bebanan yang besar ditanggung hingga kini. Kontrak pembinaan universiti yang diberikan atas dasar ‘Build Operate Transfer’ (BOT) selama 20 tahun menyebabkan setiap bulan pihak universiti terpaksa membayar hampir Rm 300 000 untuk kos sewa bangunan. Untuk rekod syarikat yang menerima projek ini Jana Niaga Sdn Bhd merupakan milik keluarga dan kroni bekas Menteri Besar Selangor Dato Seri Dr Khir Toyo.
Tambahan dengan keaadaan bangunan yang tidak sempurna pihak universiti terpaksa menanggung kos baik pulih yang menelan ratusan ribu ringgit. Menurut rekod bangunan asrama yang didiami pelajar kini baru menerima CF selapas pentadbiran kerajaan PR mengambil alih kerajaan Negeri Selangor.
Biro Mahasiswa juga mempersoalkan pinjaman Rm 150 juta yang dibuat oleh UNISEL sebelum PRU 12 pada tahun 2008. Pinjaman yang dibuat kononya untuk fasiliti dan penambahbaikan universiti lesap selepas PRU 12 yang lalu. Perjanjian pinjaman dengan bayaran balik bulanan Rm2 juta sebulan ini akhirnya ditanggung oleh pihak universiti dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.
Bagi Biro Mahasiswa tindakan-tindakan di zaman pemerintahan UMNO-Barisan Nasional terhadap UNISEL seolah-olah ‘melacurkan’ institusi pengajian tinggi di negeri ini dan membunuh masa depan anak-anak muda dengan menjadikan pendidikan sebagai perniagaan untuk mengaut keuntungan.
Fakta ini jelas membuktikan sikap pemimpin UMNO yang hipokrit sedangkan ketika mereka berkuasa di Selangor institusi pendidikan tinggi dilacurkan demi kepentingan peribadi mereka.
Muhamad Affandi Abdul Malik
Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa AMK
(Bekas Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL
Sesi 2008-2009)

UMNO tiada kredibiliti pertikai Unisel

Kebelakangan ini kita melihat ramai dikalangan tokoh-tokoh UMNO mempersoalkan tindakan Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim apabila beliau memberi jaminan jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya PTPTN akan dimansuh dan diganti dengan pembiayaan pendidikan yang lebih mesra kepada golongan mahasiswa.
Bagi mengalihkan isu kelemahan pengurusan mereka pimpinan utama UMNO termasuk Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Khaled Nordin mempersoalkan mengapa tidak pendidikan percuma diberikan kepada UNISEL dan KUIS yang merupakan universiti dibawah kelolaan Kerajaan Negeri.
Biro Mahasiswa melihat kenyataan Menteri Pengajian Tinggi itu menggambarkan kelemahan Menteri Pengajian Tinggi memahami kedudukan UNISEL dan KUIS yang beroperasi sebagai sebuah universiti swasta (IPTS) dan kedudukan keewangan kerajaan negeri yang terhad.
Biro Mahasiswa juga ingin menarik perhatian umum mengenai isu penubuhan UNISEL yang menjadi punca kepada bebanan yang besar ditanggung hingga kini. Kontrak pembinaan universiti yang diberikan atas dasar ‘Build Operate Transfer’ (BOT) selama 20 tahun menyebabkan setiap bulan pihak universiti terpaksa membayar hampir Rm 300 000 untuk kos sewa bangunan. Untuk rekod syarikat yang menerima projek ini Jana Niaga Sdn Bhd merupakan milik keluarga dan kroni bekas Menteri Besar Selangor Dato Seri Dr Khir Toyo.
Tambahan dengan keaadaan bangunan yang tidak sempurna pihak universiti terpaksa menanggung kos baik pulih yang menelan ratusan ribu ringgit. Menurut rekod bangunan asrama yang didiami pelajar kini baru menerima CF selapas pentadbiran kerajaan PR mengambil alih kerajaan Negeri Selangor.
Biro Mahasiswa juga mempersoalkan pinjaman Rm 150 juta yang dibuat oleh UNISEL sebelum PRU 12 pada tahun 2008. Pinjaman yang dibuat kononya untuk fasiliti dan penambahbaikan universiti lesap selepas PRU 12 yang lalu. Perjanjian pinjaman dengan bayaran balik bulanan Rm2 juta sebulan ini akhirnya ditanggung oleh pihak universiti dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.
Bagi Biro Mahasiswa tindakan-tindakan di zaman pemerintahan UMNO-Barisan Nasional terhadap UNISEL seolah-olah ‘melacurkan’ institusi pengajian tinggi di negeri ini dan membunuh masa depan anak-anak muda dengan menjadikan pendidikan sebagai perniagaan untuk mengaut keuntungan.
Fakta ini jelas membuktikan sikap pemimpin UMNO yang hipokrit sedangkan ketika mereka berkuasa di Selangor institusi pendidikan tinggi dilacurkan demi kepentingan peribadi mereka.
Muhamad Affandi Abdul Malik
Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa AMK
(Bekas Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL
Sesi 2008-2009)

Friday 20 April 2012

PRU13 paling kotor:malapnya api demoksrasi

Berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 diluluskan pada petang semalam di Dewan Rakyat, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, rakyat Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah Malaysia apabila RUU tersebut  dikuatkuasakan sebagai satu akta nanti dan pelaksanaannya terpakai semasa Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13).

Memandangkan PRU-13 kian menghampiri, Dewan Rakyat semalam pada hari terakhirnya pula tergesa-gesa meluluskan sebanyak 8 rang undang-undang sampai ke saat terakhir majlis dewan ditutup tirainya. 

Antaranya termasuklah RUU Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang menggandungi pindaan tertentu yang penuh dengan pertikaian dan mampu mengubah wajah proses PRU-13.

Pindaan yang paling signifikan dan harus diberi perhatian sepenuhnya adalah berkenaan dengan subseksyen 26A(2) dan (3) di bawah Barung hendaklah diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, di mana kehadiran pemerhati di barung adalah tidak lagi dibenarkan. 

Pindaan yang membatalkan kehadiran pemerhati dalam barung bercanggah dengan prinsip demokrasi yang bersifat partisipasi dan bakal mencorakkan proses pilihan raya yang memihak kepada rejim pemerintah.

Seperti yang turut dinyatakan dalam pindaan subseksyen yang dinyatakan di atas, alasannya bagi meniadakan peruntukan bagi membenarkan kehadiran pemerhati adalah bagi menangani kesesakan dan kesukaran yang timbul semasa petugas pilihan raya melaksanakan tugas mereka. 

Alasan ini adalah amat tidak munasabah. Sekiranya kesulitan sedemikian timbul dalam proses mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya mengkaji semula mekanismenya kerana kesulitan sedemikian sesungguhnya merupakan masalah teknikal yang boleh diatasi melalui penambahbaikan prosedur dan bukannya dengan menolak kehadiran pemerhati yang jelas bercanggah dengan aspirasi rakyat terbanyak apabila konteks tuntutan dan gerakan Bersih diambil kira.

Di samping itu, pindaan Seksyen 14(1A) yang bertujuan membenarkan mana-mana ejen tempat mengundi (ETM) atau ejen mengira undi (EMU) bagi seseorang calon untuk bertugas di tempat mengundi hanya pada waktu yang ditetapkan SPR atas alasan bagi mengelakkan kesesakan kelihatan tidak adil kepada mana-mana calon, terutamanya calon bebas dan calon parti oposisi. 

Kehadiran ejen-ejen bertugas tersebut adalah penting dalam menyemak dan mengimbang segala proses mengundi pada hari pengundian bagi memastikan keadilan proses pilihan raya. 

Tanpa kehadiran ejen-ejen tersebut, SPR yang terletak di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri dibiarkan menguasai proses pengundian.

Seperti yang umum sedia maklum, sistem pilihan raya sedia ada dalam Malaysia sememangnya terbelenggu dengan pelbagai ketidaktelusan dan ketidakadilan. 

Isu seperti senarai pendaftaran pemilih yang tidak bersih, undi pos, pengundi hantu dan sebagainya telah pun menghalang kelancaran dan keadilan pilihan raya sekian lama ini. 

Hal ini juga merupakan daya pendorong utama yang menggerakkan perhimpunan BERSIH 3.0 terus mara. 

Kini, tambahan pula dengan pindaan-pindaan yang diluluskan, ia bakal menjadi pemangkin kepada pilihan raya yang paling bergelumang.

Selain pindaan yang dipertikaikan, pindaan-pindaan yang lain adalah berhubung dengan jarak, di mana kehendak jarak lima puluh meter yang sedia ada dari sempadan mana-mana tempat penamaan, mana-mana pejabat yang dibuka, ditubuhkan atau disenggarakan semasa tempoh berkempen.

Juga mana-mana orang menunggu atau berdiri-diri dari sempadan pusat mengundi semasa hari pengundian dipanjangkan kepada jarak tidak kurang daripada satu ratus meter. SPR turut diberi kuasa untuk menentukan apa-apa jarak lain yang sesuai di bawah subseksyen baru.

Selain itu, subseksyen 11(1)(c) di bawah Hukuman dan ketidakupayaan kerana perbuatan rasuah yang pada asalnya menyatakan mana-mana orang yang  “mencetak, menerbitkan, mengedarkan atau menampalkan atau menyebabkan supaya dicetak, diterbitkan, diedarkan atau ditampalkan apa-apa iklan, surat sebaran, pelekat atau poster yang berkenaan dengan mana-mana pilihan raya dan yang tidak mengandungi pada mukanya nama dan alamat pencetak dan penerbitnya;” yang akan diambil tindakan sekiranya disabit kesalahannya telah disingkirkan dalam pindaan yang baru atas alasan sukar dikuat kuasa.

Memandangkan proses pilihan raya masih dipenuhi dengan taktik kotor dan pembohongan yang jelas mencaburi hak rakyat dalam menyertai dan mengundi dalam pilihan raya – khususnya masalah senarai daftar pemilih yang tidak bersih dan penggunaan senarai daftar pemilih berlainan pada hari pengundian, sekiranya pindaan-pindaan yang menafikan kehadiran ETM, EMU atau wakil politik dan juga pemerhati dalam barung mengundi pada hari mengundi dikuatkuasakan, jelas dakwaan bahawa PRU-13 akan menjadi pilihan raya yang terkotor itu bakal menjadi kenyataan yang cukup menyedihkan.

IMEJ TERCALAR:Budaya Samseng sengaja dibiar..?!!


 Negara ini akan mendapat imej yang buruk di kaca mata dunia apabila pemimpin negara dilihat membenarkan wujudnya kumpulan militia menyerang rakyat sendiri seperti yang dilihat pernah berlaku di Libya dan kini di Syria.



Justeru, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengutuk kejadian biadap oleh sekumpulan orang yang dibiar mengganasi pelajar yang berkhemah  di Dataran Merdeka dua malam yang lalu.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kejadian yang berlaku secara terang-terangan di hadapan pihak polis menyebabkan negara ini tidak boleh dianggap negara yang selamat.

Katanya, sudah pasti insiden tersebut kini dapat dilihat sendiri oleh pelancong dari luar dan dengan itu gambaran negara ini sebagai negara yang aman adalah indah khabar dari rupa.


Beliau menambah, Teras percaya pelajar yang kini lebih berani menyatakan sikap dan bertindak berkhemah di Dataran Merdeka secara aman seharusnya dilihat sebagai kesungguhan dan keazaman mereka memperjuangkan isu yang dekat dengan masa depan mereka dan generasi akan datang.


“Tuntutan mereka adalah jelas. Mereka percaya pendidikan percuma boleh dilaksanakan di negara ini dengan uruskelola kewangan negara yang telus dan bertanggungjawab,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Teras kesal dengan respons Menteri Pendidikan Tinggi berhubung insiden tersebut.

Katanya, sikap bebal dan sangat tidak matang menunjukkan menteri berkenaan tidak layak memegang mandat sebagai menteri apabila berhadapan dengan tuntutan pelajar.

“Dengan mengeluarkan kenyataan pedas terhadap pelajar yang diserang oleh sekumpulan gangster di hadapan orang ramai dan disaksi oleh pihak polis sendiri adalah suatu kenyataan yang  menunjukkan mentaliti yang sama dengan penyerang itu sendiri,” ujarnya.

Justeru, ujarnya Teras menuntut pihak polis menyiasat dan bertindak ke atas kumpulan  ganas yang menyerang  pelajar yang berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, adalah munasabah jika pihak kerajaan mengadakan dialog dengan pelajar dan mendengar dengan jujur bahawa suatu alternatif boleh dicapai dalam isu pembiayaan pendidikan tinggi di negara ini.

Sehubungan itu, kata Mohd Azmi pihaknya mendesak agar pihak kerajaan mengadakan dialog dengan pelajar untuk mendengar tuntutan mereka mengenai isu pendidikan tinggi percuma.

BERSIH 3.0 tiada 'kuasa' keatas orang awam:Hisyamudin

 19 April — Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini tidak menimbulkan ancaman keselamatan terhadap negara, dan menambah tuntutan gerakan rakyat itu tidak mempunyai kuasa tarikan yang kuat ke atas orang awam.
“28 April bukan isu,” kata Menteri Dalam Negeri kepada pemberita.
Beliau mencadangkan bahawa kerajaan pusat telah mengkaji tuntutan-tuntuan yang dikemukakan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) penambahbaikan pilihan raya yang ditubuhkan tahun lalu, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah turut mengambil berat kebimbangan orang ramai berhubung bahaya loji nadir bumi Lynas di Pahang.
“Ia macam satu periuk besar. Motifnya adalah politik,” katanya.
Hishammuddin juga mengingatkan orang awam agar berhati-hati mengenai tuduhan-tuduhan serangan ke atas kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi tadi, mengatakan ia mungkin dimanipulasikan untuk membangkitkan kemarahan rakyat.
“Sudah ada kes di mana tuduhan bersifat demikian telah digunakan, membangkitkan emosi sama ada dalam isu perkauman, keagamaan dan sekarang mahasiswa,” katanya.
Bersih 2.0 merancang mengadakan perhimpunan susulan pada Sabtu depan sebagai susulan kepada himpunan 9 Julai tahun lalu untuk menuntut reformasi sistem pilihan raya negara.
Tahun lalu ribuan orang awam menyertai himpunan Bersih 2.0 di ibu negara bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil walaupun pihak berkuasa tidak mengeluarkan permit.
Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menghuraikan peserta himpunan.
Kawalan dan tindakan keras polis ke atas peserta himpunan menarik kritikan negatif daripada media asing terhadap pentadbiran Najib.

Thursday 19 April 2012

SPR bersama kerja jijik:pru13 paling kotor

 Pakatan Rakyat menyifatkan apa yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk penambahbaikan pilihan raya tidak akan ditunaikan dalam PRU ke-13 ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, soal utama yang disebut oleh jawatakuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya dan laporan minoriti tidak ditangani termasuk soal daftar pemilih.

"Walapun ada beberapa pindaan kecil berkaitan istilah diluluskan tetapi ternyata PRU akan diadakan kotor dan SPR bersekongkol dalam kerja jijik, kengganan mereka membersihkan daftar pengundi," katanya dalam sidang media petang tadi.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menegaskan sidang mesyuarat dewan rakyat hari ini sepatutnya membuat pindaan berhubung perkara pokok seperti laporan minoriti ataupun sekurang-kurangnya 22 syor PSC berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

Bagaimanapun, persidangan dewan rakyat masih membincangkan pindaan yang bersifat remeh temeh seperti soal barung (pondok panas), poster, istilah buang undi, istilah jarak dari pusat pengundi dan agen pengiraan undi bagi Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012.

Ahli Parlimen (PAS-Kota Bharu) Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika berbahas turut mempersoalkan bilakah kerajaan akan memasukkan laporan PSC itu di dalam pindaan rang undang-undang itu.

"Apakah syor itu akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum nanti? Nampaknya PSC seperti sandiwara, walaupun hari terakhir kita tidak nampak ada pindaan itu," soalnya.

Ahli Parlimen (DAP-Rasah) Anthony Loke mempertikaikan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru semalam mengadakan mesyuarat selepas dua minggu laporan PSC diluluskan dalam parlimen.

"SPR hanya mesyuarat semalam, tetapi nampaknya sidang ini tidak sempat. Kalau dewan bubar Jun ini bermakna 22 perkara itu tidak dapat dilaksanakan dalam PRU nanti," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen (PAS-Shah Alam) Abdul Khalid Samad pula mencadangkan agar pindaan hari ini turut mengenakan hukuman kepada pihak seperti memasukkan senarai pengundi hantu, merosakkan dan memasukkan warga asing dalam daftar pemilih.

"Bukanlah orang seperti ini patut dihukum kerana ia bukan sahaja merosakkan sistem pilihan raya dan mengkhianati negara," katanya ketika mencelah perbahasan Wan Rahim.

Ahli Parlimen (PKR-Gombak) Azmin Ali turut mempertikaikan pindaan kepada rang undang-undang kesalahan pilihan raya yang disifatkan membuang masa hanya membahaskan perkara kecil bukannya perkara pokok seperti laporan minoriti PSC.

Manakala Ahli Parlimen (PAS-Kuala Krai) Dr Hatta Ramli menyifatkan pindaan hari ini sia-sia kerana perkara pokok yang harus dibahaskan itulah yang akan menjanjikan pilihan raya yang bersih.

22 syor yang PSC yang diluluskan parlimen antaranya, kerajaan sementara, undi pos kepada petugas media, tarikh pembubaran parlimen, membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun, tempoh berkempen dan akses kepada media yang adil.

Wednesday 18 April 2012

Selangor tiada p'raya selagi daftar tak bersih

 18 April: Pakatan Rakyat mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor tidak mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membersihkan daftar pemilih.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar bawah) berkata, kerajaan Selangor dicadang berbincang dengan SPR untuk menyelesaikan isu daftar pemilih ini.

"Sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat kemungkinan besar negeri Pakatan tidak akan turut serta terutamanya Selangor.

"Negeri-negeri lain masih membincangkannya tapi Selangor kami mahu menunggu daftar pemilih benar-benar bersih dan SPR perlu berbincang dengan semua parti dalam Pakatan dan BN di Selangor untuk memastikan tidak ada penipuan dalam pilihan raya.

"Tapi untuk persekutuan kita tidak ada upaya dan percaya pilihan raya akan diadakan dalam masa singkat," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Anwar juga berkata, Pakatan amat kesal dengan kegagalan SPR membersihkan daftar pemilih meskipun perkara itu telah dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya (PSC).

"Kita amat kesal kerana janji SPR membersihkan daftar pengundi belum ditunaikan.

35 peratus pengundi baru di Selangor


"Sehingga Disember 2011, di Selangor sahaja ada pertambahan hampir setengah juta pengundi baru.

"Sebanyak 398,300, yang pindah masuk 91,000 jumlahnya 489705.

"Ini merupakan 35 peratus undi Selangor.  Bukan isu pertambahan tapi perpindahan kawasan tanpa pengetahuan dan nama belum dikenal pasti," katanya.

Perkara tersebut turut disokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menambah pilihan raya tidak wajar diadakan sebelum kerajaan melaksanakan kebebasan media.

"Indonesia, Filipina termasuk Myanmar sudah membuat perubahan mengikut desakan antrabangsa.

"Selagi hal-hal ini belum berlaku dengan cara yang sebaiknya adalah tidak wajar BN mengumumkan tarikh pilihan raya dengan segera semata-mata kerana dijamin boleh menang," katanya.


Seru sertai Bersih 3.0


Sementara itu, penasihat DAP, Lim Kit Siang menyeru rakyat menyertai Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

"Kita menyeru semua rakyat Malaysia keluar  menjayakan Bersih 3.0 untuk menunjukkan rakyat mahu pilihan raya yang bersih," katanya.

Monday 16 April 2012

WIFI PERCUMA DI DENGKEL:k'rjaan SELANGOR mulakan langkah

 16 APRIL : Dalam usaha menarik pelbagai golongan menjadi celik IT, Dewan Kampung Ampar Tenang kini menyediakan sebuah Pusat Teknologi Maklumat kepada semua lapisan masyarakat di kampung terbabit selain membantu meringankan beban penduduk.
Pusat Teknologi Maklumat itu akan dibuka Mei depan dan beroperasi Isnin hingga Jumaat pada sebelah malam bermula 7.30 malam hingga 9.30 malam dan pada Sabtu dan ahad bermula 1 tengah hari hingga 7 petang.
Penduduk boleh menggunakan kemudahan internet secara percuma di dewan itu.
Penyelaras Dun Dengkil, Borhan Aman Shah berkata penubuhan pusat itu hasil perbincangan bersama penduduk akhir tahun lalu bagi mengatasi masalah masyarakat.

Katanya, pihaknya memberi peruntukkan sebanyak RM15,000 bagi menyediakan peralatan untuk disediakan di pusat terbabit manakala selebihnya daripada Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kerajaan Prihatin, Xavier Jayakumar.
“Kami sentiasa berbincang dengan penduduk, kami mahu jadikan dewan ini sebagai pusat untuk pelbagai golongan berkumpul dan berbincang dalam masa yang sama dapat menambahkan ilmu pengetahuan,” katanya ketika ditemui.
Beliau berkata penduduk boleh menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi dan setakat ini, pihaknya akan menyediakan 11 buah komputer serta dijangka akan bertambah pada masa akan datang.
Tambah Borhan, sebelah pusat itu juga terdapat sebuah mini perpustakaan yang juga akan dibuka bulan depan.
Sementara itu, Ketua Komuniti Kaum India Kampung terbabit, M.Sunmugam, 44, berkata dengan adanya pusat itu, penduduk khususnya pelajar sudah tidak perlu menghabiskan duit di cyber cafe.
“Selain meringankan beban, pelajar dapat meningkatkan minda dan kemahiran pelajar serta kebolehan menguasai IT dengan baik danberkesan akan dapat membantu mereka mengakses maklumat berkaitan dengan pelajaran secara cepat.
“Pembukaan pusat itu secara percuma, ia perlu dimanfaatkan bagi melahirkan lebih ramai pelajar daerah ini yang celik IT dan berjaya dalam pelajaran,” katanya.
Borhan berkata, pembukaan pusat IT dan mini perpustakaan itu secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar berpeleseran dan menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
“Kami berharap penduduk di Kampung ini terutamanya pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang sudah disediakan ini,” katanya.

Bersih tetap akan berhimpun di Dataran Merdeka jika tiada kebenaran

15 April — Bersih 2.0 hari ini berkata mereka akan “memberitahu” Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan perhimpunan di Dataran Merdeka 28 April ini dan menambah akan tetap menggunakan dataran berkenaan dengan atau tanpa kebenaran.
“Sekiranya mereka tidak membenarkan kami menggunakan Dataran Merdeka, kami akan tetap berkumpul di sana, atau berada berhampiran dengan kawasan tersebut,” jelas ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat kepada The Malaysian Insider hari ini.
Namun Wong tetap optimis mereka akan tetap mendapat kebenaran, dan menambah kegagalan DBKL mengeluarkan permit akan menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak ikhlas and telah “hilang kawalan terhadap DBKL”.
“Kita letakkan ia begini — DBKL sebahagian daripada kerajaan, dan kami bergantung kepada Najib untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan memahami kehendak rakyat,” katanya.
Tambahnya, beliau yakin DBKL sudah mengetahui tentang rancangan Bersih 2.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka dalam perhimpunan 28 April ini, dan permohonan tersebut hanyalah satu bentuk formaliti.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Bersih 2.0 telah menerima nasihat Putrajaya untuk berbincang dengan DBKL berkenaan rancangan perhimpunan tersebut.
Namun pengerusi bersama pemerhati pilihan raya itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, menegaskan kepada The Malaysian Insider yang permohonan permit itu hanyalah satu formaliti kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah pun memberikan kebenaran.
Bersih 2.0 telah memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi untuk Bersih 3.0 atas faktor sejarah dan perjuangan menuntut kemerdekaan.
Dataran Merdeka adalah di mana pertama kali bendera Malaysia dikibarkan milik Kelab Diraja Selangor sebelum diambil alih DBKL pada tahun 1987.
Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu menyaksikan ribuan rakyat berhimpun di jalanan bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.
Polis telah bertindak menembak gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan peserta ekoran perhimpunan itu tidak mendapat permit.
Insiden itu mendapat maklum balas negatif daripada publik dan media antarabangsa, dan dilihat menjadi pemangkin kepada pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan kebelakangan ini.

Saturday 14 April 2012

SISWA gegar K.L mansuh PTPN...

14 April: Ribuan mahasiswa berhimpun di hadapan kompleks membelibelah Sogo bagi menuntut dimansuhkan PTPTN dan percumakan pendidikan.

Mereka menyifatkan PTPTN melahirkan  'graduan hutang'.

Perhimpunan yang pada awalnya  dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan disertai hanya disertai 400 siswa semakin ramai dan telah dipindahkan ke Sogo kerana laluan ke kawasan itu ditutup.

Sebelum itu kumpulan mahasiswa itu berarak dari Masjid Jamek ke Sogo.

Beberapa wakil mahasiswa berucap. Mereka kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka sekali lagi.

Dengan memakai baju hitam tanda kegelapan masa depan akibat diselubungi hutang, mereka berarak di atas jalan raya sambil melaungkan slogan membantah PTPTN dan menuntuk pendidikan percuma.


Di Dataran Merdeka, mereka berucap, berkhemah dan ada yang mendirikan solat.

Utusan berusaha gambarkan Bersih ‘jahat':PEMERHATI KEPADA SUHAKAM

Utusan Malaysia antara empat akhbar yang konsisten menggambarkan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu secara negatif, kata pemerhati media hari ini.
Ding Jo-Ann, wakil daripada Centre for Independent Journalism (CIJ) memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa kajian semasa liputan media di himpunan Bersih 2.0 mendapati kumpulan reformasi pilihan raya tidak diberikan liputan secukupnya.
“Laporan-laporan Utusan, misalnya terlalu negatif, menakutkan. Terdapat serangan peribadi terhadap (Datuk) Ambiga (Sreenevasan), satu usaha bersepadu untuk menggambarkan Bersih adalah jahat.
“Liputan Utusan akan menguatkan penggunaan kekerasaan ke atas peserta Bersih 2.0,” katanya kepada Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dan Detta Seman.
Kajian dijalankan CIJ bermula dari 25 Jun hingga 11 Julai, kata Ding, hanya tiga peratus laporan Utusan menyiarkan kata-kata dari penganjur Bersih sementara bakinya memaparkan pihak-pihak yang menentang himpunan Bersih 2.0.
“Walaupun Utusan melaporkan laporan daripada sumber-sumber tanpa nama yang menuduh Bersih dibiayai oleh organisasi asing, kumpulan Kristian,” tambah Ding.
Secara perbandingan. katanya, akhbar lain seperti New Straits Times, The Star, dan The Sun memberi liputan yang agak baik tetapi masih berkurangan.
“Pembaca biasa akan mendapati sukar untuk mengerti tujuan (himpunan 9 Julai) dari akhbar-akhabr ini,” tambahnya.
Himpunan Bersih kali ketiga untuk pilihan raya bersih dan adil akan diadakan pada pukul 2 petang hingga 4 petang di Dataran Merdeka pada 28 April ini.
Kali ini, perhimpunan akan diadakan serentak di seluruh negara yang mungkin akan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk bersetuju dengan permintaan agar melakukan reformasi sistem pilihan raya secara keseluruhannya.
Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, menjadi huru-hara apabila pihak berkuasa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menghuraikan peserta perhimpunan.
Jalan-jalan utama di ibu negara telah dibanjiri peserta Bersih 2.0 sejak awal pagi walaupun amaran tangkapan telah dikeluarkan.
Lebih daripada 1,600 orang telah ditahan termasuk pemimpin Bersih 2.0 dan wakil rakyat parti pembangkang tetapi perhimpunan itu dikatakan berjaya berdasarkan jumlah peserta dan publisiti yang diperoleh dari dalam dan luar negara.
Kerajaan dengan segera menggubal undang-undang baru iaitu Akta Perhimpunan Aman selepas himpunan Bersih 2.0 dan membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya, namun Bersih 2.0 percaya langkah itu kurang berkesan.
Ambiga mengatakan 22 cadangan PSC gagal untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara.

Translate's version