Wednesday 31 October 2012

Permit Teksi:memo diserah pada KETUA PEMBANGKANG

31 Oktober: Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi TEKSI, Mohammad Ridzwan Mohamad Daud bersama kira-kira 15 anggota NGO itu yang diiringi Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Ia turut diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad.

Sebelum ini , Anwar pernah menyatakan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk menamatkan pemberian permit teksi secara besar-besaran kepada syarikat teksi yang kebanyakannya dimiliki kroni Umno.

Sebaliknya, permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi secara individu dan menegaskan masalah pemandu teksi akan segera diselesai sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Mohammad Ridzwan menjelaskan, pihaknya mewakili semua pemandu teksi di Malaysia meminta kerajaan memandang serius permasalahan mereka.

“Kita menuntut agar permit individu diberikan kepada semua pemandu teksi tanpa syarat, juga kadar cukai kenderaan untuk pembelian kenderaan teksi bagi kenderaan nasional dimansuhkan.

“Kami juga menuntut kebenaran diberikan bagi penggunaan teksi selain dari Proton untuk teksi bandar kerana kos pembaikan dan ketahanan kurang memuaskan,” jelasnya mengenai kandungan memorandum itu kepada Mohamed Nazri.

Selain itu, TEKSI meminta kadar harga teksi dikaji semula termasuk juga kemudahan bas GO KL harus diteliti terutama memberi perkhidmatan percuma kepada pelancong atau pun bukan warganegara.

Tuntutan juga ditekankan kepada tidak menghadkan keluasan membawa atau mengambil penumpang seperti di lapangan terbang atau lain-lain tempat.

“Kita juga turut meminta kaunter teksi berkupon yang diletakkan di semua tempat yang telah membebankan penumpang dengan bayaran tambahan.

“Penubuhan satu badan di bawah kerajaan juga perlu bagi menjaga hak dan kebajikan pemandu teksi serta bertindak tegas terhadap ulat-ulat dan bukan warganegara yang memandu teksi secara bebas,” katanya dipetik Harakah Daily.

Antara tuntutan lain adalah menyeragamkan semula penggunaan pakaian kemeja untuk semua pemandu teksi dan juga perlu memberi
penerangan kepada pengguna dan hak-hak pengguna mengenai pengangkutan terutama teksi melalui media cetak dan elektronik.

Dalam pada itu, Zuraida menekankan agar kerajaan mengambil perhatian serius terhadap tuntutan ini bagi memastikan hak dan kebajikan pemandu teksi terus terbela.

Sunday 28 October 2012

TV3 suku siar filem mengelirukan rakyat:'my name is Khan"

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya penayangan filem ‘My Name Is Khan’ di TV3 pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua.




Naib Presiden Abim, Ahmad Saparudin Yusup berkata, filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia.



Berikut ialah kenyataan penuh beliau mengenai perkara itu.



Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya penayangan filem ‘My Name Is Khan’ di TV3 pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua. Filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia.

Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan (Datuk) jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan.

Sebagai contoh, adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan mencampur aduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam.

Selain dari itu memberi zakat kepada mereka yang tidak beragama Islam juga adalah mengelirukan. Zakat hanya dibenarkan untuk asnaf yang tertentu dan tidak boleh diberikan sesuka hati.

Penerbit filem ini jelas cuba menjawab persoalan ‘Islamophobia’ yang melanda Barat, tanpa memahami ajaran Islam dengan mendalam serta menghayati pokok pangkal permasalahan ini mengheret wajah Islam ke dalam kancah yang memalukan. Ia secara jelas membawa mesej ‘Islam Liberal’.

Faham Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar. Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri.

Selain dari faham Islam Liberal itu, menyamakan kebaikan di sisi Islam dan agama lain adalah satu daripada teras aliran ‘pluralisme agama’. Mesej ini juga terkandung dalam filem ini.

Segala faham ini perlu diperhatikan secara dekat kerana ia boleh memesongkan fikiran umat Islam dan juga bukan islam dalam memahami ajaran Islam yang sewajarnya.

Faktor penayangan yang dibuat tatkala umat Islam menyambut hari Idil Adha juga menimbulkan persoalan ke mana hilangnya keprihatinan dan tanggungjawab pihak media dalam bahan siaran mereka.

Oleh itu Abim mendesak agar penayangan filem ini dihentikan pada masa akan datang. Abim juga mengingatkan kepada stesyen penyiaran di negara ini agar lebih peka dan sensetif terhadap bahan kandungan dan masa penyiaran bagi mengelakkan kontroversi di dalam masyarakat. Abim juga menggesa agar pengedaran CD filem ini dihalang serta merta.

Tuesday 23 October 2012

Sucinya HATImu KHIR TOYO,banggangnya rakyat yang undi beliau

Bekas Selangor Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyomemohon maaf kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah bahawa Liu menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.

Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.

Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.

Khir berkata beliau meminta maaf kepada ADUN Pandamaran dan exco kerajaan negeri Selangor itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan lapuran polis Liu Tian Khiew pernah bercampur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran.

Artikel itu disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, artikel itu merujuk kepada Liu, sebagai orang yang menghalang pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya dan polis dalam operasi menutup sebuah hotel di Puchong, yang digambarkan sebagai sebuah pusat pelacuran.

Dr Mohamad Khir berkata beliau turut memohon maaf kepada Liu kerana mendakwanya terlibat dalam kegiatan seumpama itu, yang mana ia adalah tidak benar sama sekali.

"Saya benar-benar menyesal kerana menyebabkan Liu mengalami kesusahan akibat penyiaran artikel itu dan saya dengan ini menarik balik kesemua kenyataan yang dibuat terhadapnya seperti mana terkandung dalam artikel serta memohon maaf tanpa syarat terhadap beliau," kata Dr Mohamad Khir.

Kedua-duanya dilihat berjabat tangan selepas selesai prosiding.

Terdahulu, peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Liu
memaklumkan kepada mahkamah terdapat satu penyelesaian dalam kes yang dihadapi anak guamnya di mana Dr Mohamad Khir, selaku defendan akan memohon maaf kepada Liu dengan membaca kenyataan permohonan maaf secara terbuka di mahkamah.

Gobind Singh berkata kenyataan permohonan maaf itu akan diedarkan kepada pihak media dan memohon supaya tiada kos ditetapkan oleh mahkamah.

Semalam, kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008 itu setelah terma penyelesaian dipersetujui oleh mereka.

Pada 6 Oktober 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran.

Liu mendakwa Dr Mohamad Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina pada 9 Mei 2008.

Sementara itu Dr Mohamad Khir, yang diwakili peguam M. Athimulan, ketika ditemui pemberita enggan mengulas lanjut mengenai permohonan maaf yang dibuat terhadap Liu kerana semuanya telah dinyatakan di dalam mahkamah.

Liu, bagaimanapun berkata beliau menerima permohonan maaf yang dibuat oleh Dr Mohamad Khir walaupun kenyataan Dr Mohamad Khir dalam artikel sebelum ini telah menyebabkan reputasinya terjejas.

"Kalau kita boleh maafkan orang, kita maaf sahajalah," katanya.

Monday 22 October 2012

G.E tetap kotor selagi TUNTUTAN BERSIH tidak ditunaikan

22 Oktober: Usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil masih meragukan banyak pihak ekoran senarai daftar pemilih yang belum dibersihkan, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

“Bagaimana dengan isu satu rumah teres ada 46 pengundi berdaftar? Jika SPR boleh beri penjelasan tentang isu itu, kita boleh pertimbangkan ketelusan mereka,” katanya.

Beliau merujuk laporan Suara Keadilan 16 Oktober lalu muka surat 22 berhubung laporan Malaysian Elektronik Roll Analysis Project (Merap) membuktikan bagaimana satu alamat di nombor 994 Jalan Papan Klang didiami 46 pengundi.

“Di Selangor, kita cukup jelek dengan peningkatan jumlah pengundi entah dari mana setiap hari,” katanya ketika dihubungi.

Pengerusi KEADILAN Perak itu mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kononnya pelbagai usaha dibuat bagi membersihkan daftar pemilih dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau yakin pasti ada ‘tangan’ yang masuk campur dalam urusan daftar pemilih.

“Itu yang dikhuatiri dan meragukan banyak badan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

September lalu, Keadilan Daily melaporkan SPR gagal dedah senarai daftar pemilih terkini menyebabkan kesukaran terhadap proses semakan bagi mengenalpasti nama pengundi baru yang diragui.

Sebelum itu, kerajaan Selangor mendedahkan, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008.

Pakatan tuntut penglibatan penyediaan garis panduan

Pakatan Rakyat menuntut penglibatan mereka dalam penyediaan garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara.

Menurut Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh, SPR belum menetapkan tarikh untuk bertemu pimpinan Pakatan walaupun permohonan telah dibuat.

“Kami mahu dilibatkan sama untuk berbincang mengenai kandungan draf itu bagi memastikan pandangan semua parti politik termasuk Pakatan Rakyat diambil kira bukan hanya kepentingan Umno BN.

“Ia penting bagi memastikan hasil kandungan itu kelak benar-benar telus sebelum dilaksanakan,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu kepada Keadilan Daily.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyatakan, SPR sudah menyiapkan draf garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara seperti disyorkan Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Pilihanraya (PSC).

Garis panduan setebal empat muka surat itu sebagai panduan kepada kerajaan sementara termasuk di negeri Pakatan Rakyat agar tidak menyalahguna kemudahan awam dan harta termasuk pihak berkuasa tempatan semasa berlangsungnya pilihan raya.

Daripada 22 syor PSC, jawantankuasa itu mengesyorkan SPR dalam tempoh tiga bulan dari tarikh laporan itu dibentangkan menyediakan garis panduan dan kod etika tata laku berhubung kerajaan sementara.

“Kita juga mendesak SPR membenarkan pemantau pilihan raya memantau perjalanan PRU kali ini demi memastikan perjalanan pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.

“Kita bukan tak percaya pada SPR tetapi badan itu sejak sekian lama seringkali berpihak kepada Umno BN terutama kegagalan mereka hingga kini membersihkan daftar pemilih di Selangor,” tegas Fuziah.

Tiada jaminan PRU 13 bebas dan adil

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyifatkan garis panduan tersebut bukan jaminan PRU ke 13 akan berlangsung bersih.

Beliau berkata, garis panduan itu hanya bertujuan menghalang Pakatan, sedangkan banyak lagi isu yang perlu diutama SPR khususnya lapan tuntutan Bersih.

“Selagi lapan tuntutan Bersih tidak diterima SPR dan dilaksana sebelum Parlimen dibubar, selagi itu tiada jaminan PRU akan datang diadakan secara bebas dan adil,” kata Maria.

Katanya, jika SPR telus, agensi itu patut memberi ruang yang adil kepada setiap parti politik termasuk Pakatan Rakyat untuk muncul di stesen RTM bagi mengumum manifesto masing-masing pada PRU akan datang.

“RTM dan TV3 bukan sahaja berterusan menyerang Pakatan Rakyat, malah enggan memberi ruang kepada pembangkang menjawab serangan itu dan ini tidak adil,” tegas beliau.

“Sebab itu, antara tuntutan Bersih juga ialah akses media bebas dan adil serta kempen minima 21 hari semasa berlangsungnya PRU kerana RTM ialah milik rakyat selaku pembayar cukai,” jelasnya.

Maria turut membidas kenyataan Wan Ahmad kononnya agensi itu juga mengadakan rundingan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti pembangkang sebelum menyediakan draf tersebut.

“Masalah utama SPR ialah mereka menjawab isu yang kita bangkitkan satu persatu dalam media, patutnya sebagai badan yang sudah lama dan berpengalaman mengurus pilihan raya, mereka menyediakan masa khas untuk menyelesaikan tuntutan kami.

“Lebih malang, Bersih pula berterusan difitnah ‘sebagai kotor’ dalam media kerajaan, sedangkan kami tidak diberi peluang menjawabnya di stesen TV itu,” kesalnya.

Sunday 21 October 2012

Nik AZIZ dan HUDUD diserang PIMPInan MCA..apa kata MELAYU/ISLAM ?

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.

Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.

Dalam isu berkaitan;-
Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari ini, Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng, di hadapan 1,032 perwakilan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga dalam sidang media sebentar tadi mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

http://www.malaysiakini.tv/video/24584/chua-defends-hengs-rape-warning.htmlP

Tuesday 16 October 2012

Akan beri penjelasan pada rakyat:ketirisan wang rakyat

Pakatan Rakyat(PR) akan mengadakan penjelasan menyeluruh kepada rakyat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2011 berkenaan ketirisan yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan audit yang dikemukakan itu menunjukkan berlakunya ketirisan yang jumlahnya melebihi berbilion ringgit.

“Ketirisan itu berlaku yang dipadam begitu sahaja adalah berkenaan hutang-hutang dan projek-projek kepada rakyat seperti rumah-rumah guru dan tentera yang tergendala,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau kesal kerana laporan audit itu lambat dibentangkan di Parlimen.

“Walaupun ia sudah diterima oleh pihak Parlimen tetapi ia merupakan pelanggaran kepada Parlimen oleh pihak Eksekutif.

“Setiap tahun kita melihat laporan audit lebih tebal dan berat yang menunjukkan semakin banyak kes yang menunjukkan bahawa perubahan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah penyelewengan,” kata Kit Siang.

Sebelum ini, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010.

Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.

Akan beri penjelasan pada rakyat:ketirisan wang rakyat

Pakatan Rakyat(PR) akan mengadakan penjelasan menyeluruh kepada rakyat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2011 berkenaan ketirisan yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan audit yang dikemukakan itu menunjukkan berlakunya ketirisan yang jumlahnya melebihi berbilion ringgit.

“Ketirisan itu berlaku yang dipadam begitu sahaja adalah berkenaan hutang-hutang dan projek-projek kepada rakyat seperti rumah-rumah guru dan tentera yang tergendala,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau kesal kerana laporan audit itu lambat dibentangkan di Parlimen.

“Walaupun ia sudah diterima oleh pihak Parlimen tetapi ia merupakan pelanggaran kepada Parlimen oleh pihak Eksekutif.

“Setiap tahun kita melihat laporan audit lebih tebal dan berat yang menunjukkan semakin banyak kes yang menunjukkan bahawa perubahan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah penyelewengan,” kata Kit Siang.

Sebelum ini, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010.

Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.

Akan beri penjelasan pada rakyat:ketirisan wang rakyat

Pakatan Rakyat(PR) akan mengadakan penjelasan menyeluruh kepada rakyat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2011 berkenaan ketirisan yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan audit yang dikemukakan itu menunjukkan berlakunya ketirisan yang jumlahnya melebihi berbilion ringgit.

“Ketirisan itu berlaku yang dipadam begitu sahaja adalah berkenaan hutang-hutang dan projek-projek kepada rakyat seperti rumah-rumah guru dan tentera yang tergendala,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau kesal kerana laporan audit itu lambat dibentangkan di Parlimen.

“Walaupun ia sudah diterima oleh pihak Parlimen tetapi ia merupakan pelanggaran kepada Parlimen oleh pihak Eksekutif.

“Setiap tahun kita melihat laporan audit lebih tebal dan berat yang menunjukkan semakin banyak kes yang menunjukkan bahawa perubahan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah penyelewengan,” kata Kit Siang.

Sebelum ini, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010.

Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.

Saturday 13 October 2012

Rm40juta untuk umno sabah:rasuah yang dihalalkan..?

Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.

Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Tian Chua (PKR-Batu) di Parlimen, Setiausaha Agung TI-M Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.

"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.

"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.

Nazri semalam dilaporkan berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam dakwaan melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, selepas mengambil kira keterangan SPRM.

Katanya, dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Umno Sabah dan bukan untuk tujuan persendirian ketua menteri.

Tuesday 9 October 2012

BERSIH 2.0 KONSERT kesinambungan 8 tuntutan sabtu ini

KEADILAN menggesa seluruh rakyat termasuk anggota parti hadir beramai-ramai ke Konsert Bersih 8 Tuntutan (8T), Sabtu ini.

Naib Presidennya, Tian Chua berkata, pelbagai alasan dan dolak-dalik diberi untuk tidak melaksanakan lapan tuntutan tersebut, sekaligus memberi persepsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seakan-akan tiada kemahuan untuk melaksanakan reformasi sistem pilihan raya.

“Oleh itu, KEADILAN menyokong penuh usaha kumpulan NGO yang mengadakan konsert tersebut, demi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia betapa pentingnya pilihan raya yang bebas dan bersih,” katanya dalam kenyataan.

Konsert itu dijadual bermula 4.00 petang hingga 11.30 malam di Stadium Kelana Jaya dan masuk dengan derma minimum.

Antara artis-artis yang akan mengambil bahagian dalam Konsert 8T itu ialah Ito Mohd atau lebih dikenali dengan nama besarnya – Ito Blues Geng, Julian Mokhtar and The Geng, Republic of Brickfields, kumpulan Dum Dum Tak, kumpulan Hui Se De Dai dan Ray Cheong.

“Marilah kita bersama-sama menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menuntut pilihan raya yang bebas dan bersih,” kata Ahli Parlimen Batu itu lagi.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 juga akan mendendangkan satu lagu istimewa. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 turut membaca sebuah sajak khusus untuk konsert ini.

Konsert ini adalah untuk bersantai, bergembira sambil mengingatkan pemimpin kerajaan tentang tanggungjawab yang mendesak agar mereka melakukan reformasi penambahbaik sistem pilihan raya.

Monday 8 October 2012

TUN takut senasib MUBARAK,GADDaFI:Isu UNDI

8 Oktober: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad panik nasibnya akan serupa seperti Muammar Gaddafi dan Hosni Mubarak jika kerajaan Umno BN digulingkan pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, PRU kali ini paling ditakuti Mahathir kerana bimbang kekayaan yang dikaut bersama anak-anaknya dalam Umno BN terhapus jika rakyat memilih Pakatan.

“Pilihan raya nanti bukan saja menentukan hidup mati kerajaan Umno BN tetapi menentukan apakah nasib Dr Mahathir.

“Sebab itu beliau terdesak mempertahankan diri dan anak-anaknya bagi memastikan empayar politik dan ekonomi
keluarga bersama kekayaan mereka terjamin,” katanya kepada Keadilan Daily.

Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, tuduhan Mahathir bahawa mengundi Pakatan Rakyat umpama menyokong George Soros sebagai reaksi panik kerana takut penyelewengan dan pemusatan harta kekayaan dipersoal rakyat.

“Tuduhan (undi Pakatan bermakna undi Soros) adalah percubaan untuk melepaskan diri dan bersiap sedia untuk ‘menyerang’ seperti dulu,” katanya.

“Sekarang apa yang lebih utama, kita ingin mendesak satu (tribunal) siasatan ditubuhkan untuk menyiasat semua anugerah projek kepada anak-anaknya. Tidakkah dia sedar, tindakan itu boleh menyebabkan Malaysia bankrap?” soal Izzah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, Mahathir hipokrit kerana berdiam apabila menerima dana dari Open Society Institute (OSI) yang dimiliki Soros.

“Dr Mahathir hipokrit. Kalau Soros bantu, dia akan diam. Bila Soros tak respon (permohonan biaya dana), dia melenting. Dalam sekelip mata dia menuduh Soros menjadi dalang (kerosakan ekonomi),” kata Yusmadi ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Yusmadi, Soros lebih objektif dalam gerakan keamanan antarabangsa, berbanding Mahathir yang pura-pura menjadi jaguh menentang jenayah perang, hakikatnya takut dihumban ke penjara atas jenayah yang dilakukan terhadap rakyat.

“Dr Mahathir pentingkan diri sendiri. Dia hanya bercakap atas kepentingan dan agendanya sahaja. Dia tidak memikirkan hal negara dan rakyat.

“Ini hanya percubaan serangan seperti mana dahulu. Dia tidak sedar bahawa NGO (diterajui) anaknya sendiri (Marina Mahathir) menerima dana OSI,” kata Yusmadi merujuk pertemuan dua kapitalis itu di Kuala Lumpur pada 2006.

Biro Antarabangsa KEADILAN itu berkata, jika Mahathir berprinsip, pasti dia akan menyelar tindakan anaknya kerana pernah menerajui Majlis AIDS Malaysia yang mendapat dana OSI.

“Saya sendiri hadir ke program penerangan tentang polisi menangani isu dadah Malaysia di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2011. Mengapa (Mahathir) tak persoal?” kata Yusmadi.

BAS jelajah ANWAR IBRAHIM di'serang' lagi,kali ini oleh rakyat lumut

8 Oktober: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan jelajah Merdeka Rakyat diserbu penduduk sebaik tiba di tapak Pasar Malam Titi Gantung Bota, Lumut semalam.

Rata-rata pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur teruja untuk mengenali lebih dekat bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7 itu.

Mereka tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Ketua Pembangkang itu dan menyatakan harapan supaya Pakatan Rakyat menukar kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum ke-13.

Bas Merdeka Rakyat juga turut mencuri tumpuan apabila masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar sambil melihat kesan cat merah yang dilemparkan samseng Umno pada siri jelajah yang lalu.

Anwar meluangkan kira-kira 30 minit melawat pasar tersebut, sebelum berceramah di pentas bergerak yang terdapat pada bas.

Penduduk setempat mula berpusu-pusu ke tapak ceramah sebaik Anwar menyampaikan syarahan menyebabkan sebahagian jalan utama sesak dan terpaksa dikawal unit keselamatan.

Pada ceramah itu, Anwar banyak mengupas isu-isu semasa termasuk kepincangan Bajet 2013 BN, kerakusan pemimpin Umno membolot harta rakyat dan komitmen Pakatan untuk menurunkan bebanan hidup rakyat apabila membentuk kerajaan.

Sunday 7 October 2012

Jelajah benam UMNO SELangor 14 oct

5 Oktober: Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan siri Jelajah Selangor membabitkan semua 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penerangan KEADILAN Negeri, Shuhaimi Shafiei berkata, jelajah yang dimulakan di Parlimen Selayang pada 14 Oktober ini akan berakhir di Parlimen Klang pada 8 Disember depan.

Menurutnya, program ini melibatkan semua anggota parti komponen di setiap peringkat dan dipantau oleh Sekretariat Penerangan Pakatan Rakyat Selangor.

Ia bagi memantapkan organisasi dan sistem jentera pilihan raya agar selari dengan misi dan visi Pakatan Rakyat.

“Kita akan jelajah semua 22 Parlimen dan 56 DUN untuk terangkan prestasi program yang dilaksana di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya dalam sidang media di Pejabat KEADILAN Selangor, di sini hari ini.

“Kita ingin pastikan setiap maklumat dan fakta penting kejayaan kerajaan negeri sampai kepada rakyat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda itu lagi.

Tambah beliau, risalah dan maklumat akan diedar untuk menangkis propaganda Umno BN, seperti isu air dan hutang Talam Corporation.

Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Penerangan PAS Negeri, Saari Sungib dan Setiausaha Publisiti DAP Negeri, Janice Lee.

Saari berkata, program ini pertama kali dirangka bersama oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.

“Sebelum ini memang kita bekerjasama…Biasanya kalau PAS anjur program, kita akan jemput penceramah dari KEADILAN dan DAP.

“(Tetapi) kali ini, kita rangka secara bersama untuk tewaskan Umno BN sehabis-habisnya pada PRU akan datang dan bawa perubahan yang lebih besar,” kata Adun Hulu Kelang itu.

Jelajah benam UMNO SELangor 14 oct

5 Oktober: Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan siri Jelajah Selangor membabitkan semua 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penerangan KEADILAN Negeri, Shuhaimi Shafiei berkata, jelajah yang dimulakan di Parlimen Selayang pada 14 Oktober ini akan berakhir di Parlimen Klang pada 8 Disember depan.

Menurutnya, program ini melibatkan semua anggota parti komponen di setiap peringkat dan dipantau oleh Sekretariat Penerangan Pakatan Rakyat Selangor.

Ia bagi memantapkan organisasi dan sistem jentera pilihan raya agar selari dengan misi dan visi Pakatan Rakyat.

“Kita akan jelajah semua 22 Parlimen dan 56 DUN untuk terangkan prestasi program yang dilaksana di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya dalam sidang media di Pejabat KEADILAN Selangor, di sini hari ini.

“Kita ingin pastikan setiap maklumat dan fakta penting kejayaan kerajaan negeri sampai kepada rakyat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda itu lagi.

Tambah beliau, risalah dan maklumat akan diedar untuk menangkis propaganda Umno BN, seperti isu air dan hutang Talam Corporation.

Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Penerangan PAS Negeri, Saari Sungib dan Setiausaha Publisiti DAP Negeri, Janice Lee.

Saari berkata, program ini pertama kali dirangka bersama oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.

“Sebelum ini memang kita bekerjasama…Biasanya kalau PAS anjur program, kita akan jemput penceramah dari KEADILAN dan DAP.

“(Tetapi) kali ini, kita rangka secara bersama untuk tewaskan Umno BN sehabis-habisnya pada PRU akan datang dan bawa perubahan yang lebih besar,” kata Adun Hulu Kelang itu.

Thursday 4 October 2012

Apa DOSA rakyat SELANGOR..?..k'jaan pusat bacul..!!

5 Oktober: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali menempelak Kerajaan Pusat kerana menyembunyikan maklumat terperinci berkenaan projek dari pengetahuan kerajaan negeri.

Ia berikutan Selangor hanya menerima RM364 juta untuk tempoh dari Januari 2012 hingga September 2012 sedangkan negeri itu merupakan penyumbang terbesar daripada Keluaran Dalma Negara Kasar (KDNK) iaitu sebanyak 23 peratus.

“Menteri Kewangan menyentuh isu KDNK dengan menyatakan pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus dan buat julung kalinya melepasi paras RM1 trilion, dan Selangor merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 23 peratus daripada KDNK negara hasil daripada amalan pentadbiran yang baik dan telus,” kata Ahli Parlimen Gombak itu dalam laporan perbahasan Bajet 2013.

“Bajet Selangor hanya berjumlah RM1.5 bilion, jika benar Kerajaan Pusat menyerahkan sejumlah RM67 bilion, di mana selebihnya wang tersebut kerana audit negara yang dijalankan ke atas bajet negeri hanya bernilai RM1.5 bilion,” soal Azmin lagi.

Timbalan Presiden KEADILAN itu turut mempersoal badan yang menjalankan audit ke atas RM67 bilion tersebut.

“Hanya Laporan Ketua Audit Negara mampu menjawab persoalan ini, malangnya, pada tahun ini sekali lagi Laporan Ketua Audit Negara disorokkan,” katanya.

Azmin berkata, jika betul jumlah yang sebegitu besar disalurkan demi kepentingan rakyat Selangor, kerajaan negeri patut dibenar menguruskan dana itu.

“Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dipilih rakyatnya patut membuat keputusan bagaimana dana tersebut dapat dimanfaatkan,” tegas Azmin.

“Mengapa Kerajaan Pusat mengkhianati semangat federalisme dengan menyembunyikan maklumat terperinci projek-projek dari pengetahuan kerajaan negeri?

“Apa dosa kerajaan negeri dan rakyat Selangor?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu lagi.

DISLIKE for PM 1MALAYSIA:anak muda tolak NAJIB..

4 Oktober: Jumlah ‘dislike’ yang jauh melebihi ‘like’ pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout malam tadi jelas menunjukkan warga maya, kebanyakannya orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri itu, terutama mengenai Bajet BN 2013.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, sangat pelik apabila percubaan Najib mendekati orang muda ditolak melalui jumlah ‘dislike’ yang direkodkan.

Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani.

Pada rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah ‘dislike’ penonton adalah 1,409 dan ‘like’ pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah ‘dislike’ adalah 1,774 berbanding ‘like’ sebanyak 90.

Bagi menutup malu, video itu turut diprivatekan sebelum itu. Ini jauh berbeza dengan sambutan terhadap #BorakAnwar yang mendapat sambutan hangat dalam acara sama baru-baru ini.

“Orang muda tak mahu lihat Najib cakap banyak sangat, sebaliknya sahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Najib juga hanya beri jawapan selamat dan retorik…soalan kritikal dan penting tidak dilayan,” kata Khai Loon ketika dihubungi.

Malah Najib juga tidak menjawab soalan oleh Khai Loon seperti ketidakhadiran beliau ketika Anwar membahaskan Bajet 2013 dan pertembungan peranannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Walaupun Najib tidak jawab (soalan kritikal), orang muda bijak dan akan menilai kelayakan beliau sebagai Perdana Menteri, khasnya ketika pilihan raya umum akan datang,” kata Khai Loon lagi.

Anwar merupakan pemimpin pertama di Malaysia dan Asia Tenggara memanfaatkan Google Hangout pada 17 Oktober lalu.

Setakat ini, jumlah ‘like’ pada rakaman sesi yang dimuat naik di saluran ‘Anwar Ibrahim’ adalah sebanyak 1,352 manakala ‘dislike’ hanya 163.

RM1 trilion KDNK cuma 'helah matematik':bajet 2013

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, jangkaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melepasi RM1 trilion pada 2013 semata-mata "helah matematik".

Rafizi berkata, perbezaan jumlah nominal KDNK pada 2013 berbanding sebelumnya disebabkan penggunaan tahun asas yang berbeza, sekali gus menyebabkan angkanya jauh berbeza.

Bekas akauntan itu berkata, KDNK nominal bagi 2013 merupakan nilai nominal yang diukur pada harga malar pada 2005, sementara KDNK bagi tahun 2012 diukur pada harga malar pada 2012.

"Apabila kita semak semula asas tahun kita daripada 2000 kepada 2005, KDNK nominal 2013 akan meningkat sebanyak RM60 bilion.

"Jika kita masih gunakan tahun 2000 sebagai asas tahun, angka KDNK 2013 kira-kira RM980 bilion.

Beliau berkata demikian dalam forum belanjawan Pakatan Rakyat di Petaling Jaya malam tadi.

RM1 trilion KDNK cuma 'helah matematik':bajet 2013

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, jangkaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melepasi RM1 trilion pada 2013 semata-mata "helah matematik".

Rafizi berkata, perbezaan jumlah nominal KDNK pada 2013 berbanding sebelumnya disebabkan penggunaan tahun asas yang berbeza, sekali gus menyebabkan angkanya jauh berbeza.

Bekas akauntan itu berkata, KDNK nominal bagi 2013 merupakan nilai nominal yang diukur pada harga malar pada 2005, sementara KDNK bagi tahun 2012 diukur pada harga malar pada 2012.

"Apabila kita semak semula asas tahun kita daripada 2000 kepada 2005, KDNK nominal 2013 akan meningkat sebanyak RM60 bilion.

"Jika kita masih gunakan tahun 2000 sebagai asas tahun, angka KDNK 2013 kira-kira RM980 bilion.

Beliau berkata demikian dalam forum belanjawan Pakatan Rakyat di Petaling Jaya malam tadi.

Wednesday 3 October 2012

Lagi himpunan rakyat bakal berlaku november ini


3 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menganjurkan himpunan mega di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November depan.
Dengan tema ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’, Pakatan mensasarkan kehadiran sejuta rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau berkata, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah.
Mat Sabu berkata, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menunjukkan bagaimana anggota keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan himpunan pada 28 April lalu.
“Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan, maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 November nanti iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat,” katanya dipetik Harakah Daily.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya bebas dan telus.
“Apa terus meragukan misalnya ditemui 60,000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR.
“Bagaimana hendak adakan pilihan raya, sedangkan daftar pemilih dan juga penglibatan pengeluaran Mykad palsu yang ditemui begitu ketara sekali,” kata Mat Sabu lagi.
Justeru, Pakatan bimbang SPR boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk pilihan raya umum kali ini.
Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Fuziah Salleh (Kuantan), Anthony Loke (Rasah), Tian Chua (Batu) dan Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.

Tuesday 2 October 2012

kes baling kasut dalam masjid,serang bas akan kemahkamah !!


 2 Oktober: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyelar kelewatan polis menyiasat kes serangan ahli Perkasa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Seberang Pumpong, Alor Setar, awal September lalu.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal kegagalan polis menyiasat kes sekecil itu walaupun mengetahui suspek yang terlibat.
“Kita sudah melalui siasatan, tetapi malangnya tiada maklum balas mengenai hasil siasatan. Kes ini bukan kes besar hingga memerlukan masa terlalu lama untuk diselesaikan,” katanya ketika dihubungi.
Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas menyerang Ketua Umum KEADILAN itu ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Hussain.
Ahli Perkasa (dalam bulatan) menghambur kata-kata kesat ketika tazkirah berlangsung.
Samseng tersebut bertindak memadam lampu masjid dan alat pembesar suara selain kata-kata kesat serta membaling kasut ke arah Anwar ketika beliau menyampaikan kuliah maghrib.
Shamsul berkata, sikap dwi standard polis semakin terserlah apabila samseng yang menyerang pemimpin Umno BN diburu polis, tetapi serangan ke atas pemimpin Pakatan dibiar bebas.
Katanya, polis perlu lebih profesional, bukan seperti lembu dicucuk hidung dan menjadi alat kepada rejim pemerintah.
Justeru, beliau mendesak polis segerakan siasatan dan mengumumkan hasilnya kepada rakyat.
Jika polis gagal menyelesaikan siasatan itu, Shamsul berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.
“Kita sedang merangka draf untuk menyaman atau membuat semakan kehakiman. Kita sudah mengumpul peguam untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan Persekutuan berikutan gangguan terhadap program Merdeka Rakyat.
“Kita beri polis sedikit masa sahaja lagi…kalau mereka gagal, kita terpaksa teruskan untuk membawa kes ini ke mahkamah,” katanya.

Translate's version