Wednesday 29 February 2012

Politik Samseng:UMNO nak bawa kemana rakyat MALAYSIA..?!!

29 FEB : Umno disifatkan sebagai semakin terdesak apabila terpaksa membawa budaya politik tidak matang dengan menggunakan keganasan dan gangsterism bagi menggangu program Pakatan Rakyat bersama masyarakat. 
Senario yang mengecewakan ini digambarkan oleh Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Redwan berhubung siri serangan ganas dibeberapa lokasi program Pakatan Rakyat bersama masyarakat yang turut mengancam keselamatan pemimpin tertinggi gagasan itu.
"Umno yang semakin lemah sedar mereka telah gagal untuk menggunakan otak bagi berhujah, lebih memalukan apabila (Perdana Menteri) Najib yang tidak berani berdebat, maka Umno menggunakan keganasan dan gangsterism mengganggu program pendidikan politik rakyat.
"Ditegaskan Umno lah yang bertanggungjawab atas keganasan yang berlaku. Ia merupakan keganasan terancang dan sememangnya menjadi strategi Umno mutaakhir ini,"jelas Edy Noor dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.
Pada 20 Februari lalu, Ketua Umum PKR, Datu Seri Anwar Ibrahim menerima serangan fizikal ketika siri ceramahnya di Sembrong.
Dalam kejadian itu, kenderaan milik Anwar mengalami kerosakan akibat diserang 
Terbaru, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menerima nasib yang sama apabila dirinya diserang oleh seorang lelaki ketika sedang menyampaikan ceramah di Gambang, Pahang.
Kisah yang sama turut dihadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut diserang ala-samseng yang melibatkan pimpinan Umno dan Perkasa sehingga mencederakan wartawan di Padang Kota Lama.
Begitu juga dengan serangan bersifat perkauman dibeberapa tempat sejak kebelakangan ini seperti di Jalan Kebun, Klang dan Rantau, Negeri Sembilan.
Penglibatan pemimpin Umno dalam siri serangan ini dikuatkan lagi dengan pendedahan gambar.
Antaranya, Senator Md Nor Ezam dilihat bersama dengan ketua penyerang di Jalan kebun yang konon sedang diburu polis.
Begitu juga gambar Datuk Helmi Yahya bersama dengan antara kumpulan penyerang yang menyerang Lim Guan Eng baru minggu lepas juga disertai pimpinan utama Umno Pulau Pinang.
Mengulas lanjut siri serangan ganas yang disifatkan sebagai suatu yang dirancang, SAMM menzahirkan rasa kesal dengan sikap polis yang dilihat seperti diperkuda oleh pemerintah.

"Yakinlah polis punya rakaman, bukti yang cukup bagi mendakwa gangster ini tetapi mereka tidak mampu kerana umno melindungi gangster ini.
"Walaubagaimanapun rakyat perlu tenang kerana perkembangan ini merupakan perkembangan biasa bagi regim hujung usia seperti mana di mesir ketika di hujung usia pemerintahan, regim Husni Mubarak menggunakan pendekatan keganasan dan kekasaran untuk menghalang kebangkitan rakyat Mesir,"
Tambahnya lagi, rakyat Malaysia seharusnya bangkit menolak regim Umno seterusnya mengekang politik ganas, samseng dan ugut-mengugut yang menjadi amalan Umno selama ini.

Friday 24 February 2012

Pemuda UMNO bagi memo bantah sokongan ANWAR kepada ISRAEL,..cukup2lah main wayang melayu haprak!!

Pemuda Barisan Nasional BN hari ini mengadakan protes bantahan dan penyerahan memorandum kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuntut supaya menarik balik kenyataan yang dibuatnya dalam akhbar The Wall Street Journal WSJ Anwar sebelum ini menyatakan “Menyokong sepenuhnya keselamatan Israel” seperti laporan temuramah yang disiarkan syarikat akhbar berkenaan Protes yang bermula sekitar jam 3 30 petang itu diketuai oleh Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid dan turut disertai oleh exco kanan sayap pemuda Umno MCA dan MIC “Memorandum ini diserahkan sebagai tanda protes terhadap sokongan Anwar terhadap Israel “Kami kecewa beliau menyokong pembunuhan masyarakat Muslim di Palestin ” kata Megat Dianggarkan 50 peserta berhimpun di hadapan pejabat PKR dengan membawa sepanduk bertulis “Anwar PKR Keldai Israel” dan melaungkan “Hidup Hidup Hidup Palestin dan “Hancur Hancur Hancur Anwar serta “Hancur PKR ” Memorandum tersebut diserahkan pada jam 4 30 petang namun menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin memorandum tersebut tidak diterima Bagaimanapun memorandum itu kemudiannya ditemui sudah dibakar oleh individu yang tidak dikenali apabila polis dan semua peserta bersurai Menurut pengawal keselamatan pejabat PKR ketika kejadian dia pergi ke tandas dan apabila kembali ke mejanya dia melihat memorandum itu sudah terbakar Ketika demonstrasi tersebut 65 anggota polis daripada cawangan IPD Petaling Jaya mengawal keadaan bagi memastikan keadaan terkawal Sementara itu Timbalan OCPD Petaling Jaya Tuah Masron berkata protes berkenaan bukanlah satu perhimpunan sebaliknya hanya protes penyerahan memorandum.

DEB:bila mana MAHATHIR bersuara...

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan pentadbirannya memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan menegaskan setiap kaum mempunyai wakil mereka dalam dasar ekonomi kerajaan itu.

Jelas beliau (kanan), sepanjang menjadi perdana menteri sejak 1981 sehingga 2003," turut terdapat bangsa lain bukan Melayu Bumiputera yang menjadi jutawan.

"Tan Sri Vincent Tan, Robert Kuok, Ananda Krishnan, mereka semua menjadi jutawan ketika zaman saya, kenapa fokus kepada jutawan Melayu?" soalnya.

"DEB dilaksanakan untuk semua kaum, semua lapisan masyarakat," katanya ketika sidang media selepas berucap di majlis Bicara Minda bersama bekas perdana menteri itu anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dr Mahathir berkata, individu tersebut yang menjadi jutawan disebabkan mereka berkeupayaan.

"Mereka bukan dipilih, tetapi sesiapa yang menjadi jutawan adalah atas dasar mereka sendiri, mereka mempunyai kapasiti untuk menjadi jutawan," katanya.

Tengku Razaleigh Hamzah awal hari ini membuat kenyataan bahawa polisi ekonomi terbabit bukan bermaksud untuk melahirkan kumpulan Melayu kapitalis tapi bagi membasmi kemiskinan dan melibatkan masyarakat Melayu dalam aktiviti perniagaan.

"DEB matlamat utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan keupayaan penglibatan masyarakat Melayu dalam aktiviti ekonomi. Ia di wujudkan untuk semua rakyat Malaysia. Bukan hanya kepada Melayu dan Bumiputera," kata bekas menteri kewangan ini.

Namun demikian, Dr Mahathir turut menjelaskan melalui DEB, 500,000 masyarakat Melayu diberikan peluang melanjutkan pengajian, dan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), lebih sembilan juta Bumiputera mampu memiliki saham dalam syarikat.

"Ku Li seharusnya tahu perkara ini, beliau menteri kewangan masa itu," katanya merujuk kepada Tengku Razaleigh.

Sejak beberapa minggu lalu, polisi Dr Mahathir telah menjadi topik bualan hangat selepas pentadbiran Najib memutuskan untuk menyelesaikan kes hutang bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli di luar mahkamah.

Jumlah berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan, menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat dan turut menerima kecaman daripada pembangkang yang menuntut pendedahan kerana mereka mahukan jumlah berapa banyak wang awam yang telah digunakan.

Malah, Dr Mahathir turut mempertahankan pembelian saham syarikat penerbangan negara itu pada kadar RM8 sesaham pada 2001, melebihi dua kali ganda nilai pasaran.

Belia disaran rebut peluang Geran Selangorku

 Golongan belia di Selangor disaran merebut peluang yang diperuntukkan kepada golongan itu menerusi Geran Selangorku yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Mac ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pelbagai program telah dirancang untuk membantu belia berdikari dan berdaya maju.
“Salah satu rancangan kita ialah mengadakan gelanggang pelbagai guna di setiap kawasan dewan undangan negeri (DUN) untuk tujuan rekreasi dan sukan.
“Bukan sahaja untuk berekreasi malah mereka juga boleh berniaga di gerai yang kita sediakan di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Beliau berkata demikian mengulas peruntukkan kepada program keusahawanan muda dan pembinaan infrastruktur sukan yang setiap satunya berjumlah RM30 juta dalam Geran Selangorku.
Sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan Geran Selangorku, yang merupakan sebahagian dari Belanjawan Selangor 2012.
Program lain yang akan dilaksanakan melalui Geran itu termasuklah  pengenalan gaji minima, program memperkasakan wanita,  program sokongan pendidikan, program dari kebajikan kepada pekerjaan dan program jangkaan kehidupan bandar.
Menurut Dr Ahmad Yunus kerajaan negeri juga merancang beberapa program keusahawanan untuk membolehkan golongan belia menceburi perniagaan.
“Untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang perniagaan kita juga akan memperbanyakkan kursus keusahawanan dan kemahiran seperti menggunting rambut dan sebagainya.
“Dalam masa yang sama juga kita akan terus membantu usahawan kecil agar mereka dapat mengembangkan perniagaan sedia ada,” ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang merancang beberapa program lain yang dapat dimanfaatkan oleh golongan belia di Selangor.

Thursday 23 February 2012

Bendera ISRAEL diPWTC:apa hujah IBRAHIM ALi dan yang lain..??

: Para pemimpin Umno tidak perlu melaga-lagakan pemimpin PAS dan PKR dalam isu Israel kerana Umno juga menerima penyelesaian dua negeri  Israel dan Palestin sebagaimana yang diterima PKR.

Bahkan, Umno lebih akomodatif terhadap Israel berbanding dengan sikap Datuk Sri Anwar Ibrahim sendiri yang memberikan syarat untuk Israel jika mahu diterima iaitu menyokong dan mengiktiraf Palestin.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, tujuan sebenar Umno menekankan isu Israel dan Palestin ini adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

"Inilah yang ditakuti sebenarnya oleh Umno iaitu kekuatan ikatan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily.

Sejak dari zaman Tun Dr Mahathir lagi, kata Mustafa, menjadi dasar negara Malaysia yang ditunjangi Umno mengiktiraf Israel walaupun tidak secara terbuka.

Bahkan bendera Israel juga pernah berkibar di bangunan Umno, PWTC. (gambar atas)

"Sebab itu sejak dahulu lagi Malaysia membenarkan pasukan hoki Israel bermain di Malaysia, membenarkan hubungan dagang antara Israel dan Malaysia.

"Bahkan, menteri Umno juga pernah berjumpa dan berbincang dengan menteri Israel," kata  Mustafa (gambar kiri).

Oleh itu, apabila para pemimpin Umno menekan Datuk Seri Anwar dalam isu Israel ia sepatutnya tidak berbangkit langsung.

Ini kerana, Umno melalui kerajaan Malaysia sejak dahulu mengiktiraf Israel.

"Yang berbezanya, PAS tidak mengiktiraf Israel.

"Umno pula hanya berminat dalam isu ini ekoran kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal adalah untuk memecahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Jadi jangan haraplah. Lebih baik menteri-menteri Umno itu diam kerana Umno juga sama sahaja mengiktiraf Israel," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Para pemimpin Umno termasuk Datuk Puad Zarkashi meminta Majlis Syura Ulamak PAS memanggil Anwar agar menjelaskan pendiriannya tentang Israel.

Dalam masa yang sama, Perlabuhan Klang dilaporkan membenarkan kapal-kapal Israel berlabuh di situ.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin pula mengesahkan Umno tidak bekerjasama dengan Israel dalam hubungan politik tetapi menerima hubungan dagang antara syarikat Malaysia dan Israel.

Sikap yang sama juga dinyatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ini bermakna, Umno mengiktiraf kewujudan Israel yang sejak dari dahulu lagi ditolak oleh PAS.

M’sia sekongkol syarikat urus niaga dengan Israel

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) kesal dan membantah keras dasar kerajaan mengizinkan syarikat Malaysia berurusniaga dengan syarikat atau kerajaan Israel.

“Kerajaan Malaysia tidak boleh berlepas tangan dengan mengatakan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi merestui syarikat Malaysia mengadakan hubungan perniagaan dengan Israel,” kata Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin (kanan) dan Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (kiri) dalam kenyataan bersama kepada Harakahdaily.

Ini, kata mereka sama dengan mengatakan sebuah ketua rumah tidak mahu mengiktiraf perompak tetapi membenarkan anggota keluarganya berurusan dengan perompak untuk mendapat keuntungan bersama.

“Apakah kerajaan boleh menganggap dirinya bersih dari menyokong ekonomi Israel dengan hanya mengatakan dia tidak mengiktiraf Israel tetapi masih mahu mengadakan hubungan ekonomi dengan sebuah negara haram iaitu Israel?

“Bukankah ini merupakan polisi hipokrit?”  soal mereka.

Ini, menurut mereka dalam satu ketika Malaysia tidak mahu mengiktiraf Israel namun dalam ketika yang lain turut menyumbang kepada aktiviti ekonomi Israel.

“Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia mendedahkan semua syarikat semada milik swasta yang bertapak di Malaysia atau mana-mana syarikat GLC yang mengadakan urusniaga dengan mana-mana syarikat Israel,” tegas mereka.

Kerajaan juga, kata mereka hendaklah mendedahkan apakah barangan dan perkhidmatan Israel yang masuk ke Malaysia melalui pihak ketiga seperti Singapura dan Thailand.

Bagi mereka, kerajaan perlu telus mengenai urusniaga yang dijalankan antara syarikat-syarikat Malaysia dan Israel serta hendaklah mendedahkan  berapakah nilai perniagaan yang dilakukan antara  pihak-pihak berkenaan dengan Israel.

“Kami tidak dapat menerima alasan kerajaan  bahawa urusniaga syarikat swasta dengan Israel tidak boleh dikawal,” kata mereka lagi.

Mereka menambah, dengan segala kelulusan yang berkaitan dengan import dan eskport yang pasti melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, perdagangan dengan Israel sememangnya boleh dipantau dan dihalang.

“Kami mendesak supaya suatu dasar yang jelas mengenai larangan berusniaga dengan mana-mana syarikat Israel hendaklah ditetapkan dengan jelas dan tegas.

“Kami mengutuk keputusan pihak berkuasa yang membenarkan kapal syarikat Israel berlabuh di pelabuhan Klang,” ujar mereka lagi.

Mereka mempersoalkan jika Gaza dikenakan dasar kepungan (blockade) sepenuhnya oleh tentera Israel sehingga tidak memungkin mana-mana kapal luar mendekati pantai Gaza, kenapa Malaysia dengan mudah membenarkan kapal Israel berlabuh di perairan Malaysia.

“Bukankah ini menunjukkan Malaysia tidak konsisten dengan penentangannya terhadap Israel?” soalnya.

Justeru, tegas mereka Mapim dan Shura mendesak supaya kerajaan tidak membenarkan mana-mana kapal perdagangan Israel masuk ke dalam perairan Malaysia.

“Mengizinkan kapal Israel berlabuh walaupun tidak membenarkan krewnya mendarat tidak membawa erti apa-apa kerana yang jelas ialah kebenaran memasuki perairan Malaysia itu sendiri sudah memberi mesej bahawa Malaysia merestui dan mengiktiraf Israel,” ujarnya.

Tuesday 21 February 2012

Qazaf: Anwar fail semakan keputusan mahkamah syariah

 21 Feb: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Syariah yang memutuskan kebenaran tidak diperlukan untuk mendengar permohonan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bagi mengetepikan rayuan ketua pembangkang dalam kes qazaf.
Anwar, 63, memfailkan permohonan terhadap Jamil Khir dan dua lagi di pejabat pendaftar mahkamah itu pagi ini.
“Saya mengatakan bahawa penghakiman mahkamah rayuan tersebut adalah salah, silap dan bertentangan dengan prosedur dan aturan mahkamah dan adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
“Justeru itu keputusan mahkamah tersebut perlu disemak,” kata Anwar dalam permohonan semakan tersebut.
Selain itu, Anwar turut memohon Ketua Hakim Syarie melantik panel hakim yang baru di bawah seksyen 42 (1) dan seksyen 54 (1) bagi menyemak keputusan itu.
Beliau juga memohon mahkamah menggantung semua prosiding dalam kes itu sementara menunggu perintah selanjutnya dari mahkamah, selain memohon agar segala kos ditanggung Jamil dan dua yang lain.
Sementara itu, peguam beliau, Kamar Ainiah Kamarulzaman berkata, panel hakim yang kini mengadili kes itu telah menyalahgunakan proses mahkamah dan bersikap tidak adil terhadap anak guamnya.
Turut hadir ketika semakan itu difailkan ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, barisan peguam Anwar dan penyokong beliau.
Pada 30 Januari lalu Hakim Datuk Zohdi Toha bersama dua lagi hakim rayuan memberi kebenaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan dua yang lain untuk mendengar permohonan mengetepikan kes qazaf.
Bagaimanapun peguam berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan membuat keputusan sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri bagi mengetepi rayuan tersebut.
Ekoran itu peguam Anwar bertindak keluar mahkamah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Anwar bertemu Nik Aziz perjelas isu Palestin-Israel

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan tentang Isu Palestin-Israel.
Anwar berkata, dalam pertemuan tersebut, beliau menjelaskan pandangannya sebelum ini adalah selari dengan pendirian Hamas dan Fatah.
“Saya rasa baik kerana telah beri penjelasan terhadap sedikit sebanyak keraguan dalam hal ini.
“Akhirnya saya bagi tahu (Nik Aziz), saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu,” katanya selepas pertemuan kira-kira 45 minit itu.
Menurut Anwar, dengan penjelasan itu, beliau menganggap salah faham yang timbul mengenai isu itu sebelum ini selesai.
“Tok Guru Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya, dan saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dan keras dalam soal Israel.
Bagi saya, kita dah jelaskan dan perkara ini tidak berbangkit dan kita akan terus dengan program bersama seperti biasa,” katanya yang juga ketua pembangkang kepada pemberita selepas pertemuan di sebuah hotel di ibu negara pagi ini.
Anwar dalam pertemuan itu berkata, beliau  turut menjelaskan kepada Nik Aziz bahawa salah faham isu itu timbul ekoran media Umno yang hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal bulan lalu.
Ia sekaligus memberi salah tafsiran terhadap pengiktirafan Israel sedangkan beliau tidak bermaksud sedemikian.
“Masalahnya saya sebut, media Umno hanya guna bahagian pertama sahaja, bahawa ada kesediaan mengiktiraf dan mengawal keselamatan tetapi tidak ditekankan ‘tertakluk kepada syarat-syarat, contingent’,” katanya dipetik harakah daily.
Antara syarat tersebut katanya, termasuk pengunduran tentera Israel dari Palestin dan negara arab lain, menghentikan kepungan terhadap Gaza dan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin.
Dalam pada itu, Anwar juga mendakwa pendiriannya dengan PAS bukan perbezaan ketara namun yang berbeza sebenarnya adalah dengan Umno.
Menurutnya, Umno bersikap hipokrit apabila mendabik dada kononnya mereka tidak mengiktiraf Israel sedangkan pada masa sama mengadakan hubungan perdagangan dengan negara itu.
Malah perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan sendiri masing masing mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari negara itu, kata Anwar.

Monday 20 February 2012

Inilah cara BerMARUAH politik UMNO..saksikan wahai rakyat malaysia..!!

 Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Menteri Dalam Negeri merangkap MP Semberong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein memberi penjelasan berhubung tindakan samseng Umno di kawasan parlimen beliau yang mengganggu ceramah PR di Mersing semalam.

Selain bertindak memecah cermin kenderaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak polis yang bertugas juga tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang tindakan biadap samseng-samseng tersebut.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media hari ini mendedahkan tindakan para samseng Umno bertindak ganas cuba memecahkan cermin kenderaan Datuk Seri Anwar.
"Malam tadi 50 - 80 orang bermotosikal mereka gunakan yang melibatkan kumpulan samseng upahan dalam lingkungan umur 15-18 tahun yang melalui penduduk-penduduk tempatan mengenali kumpulan samseng ini sebagai orang-orang UMNO,orang kampung kenal mereka."
"Melontar batu ,kayu, botol air telur busuk dan mercun bola di hadapan mata pasukan Polis Diraja Malaysia yang tidak bertindak apapun sehingga kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pecah,kereta yang diketuk dan dilontar batu dan Datuk Sri semalam terpaksa balik dengan menaiki kenderaan pengawal peribadinya,"katanya.                                                                                                                                                                    
Jelasnya lagi Pakatan Rakyat merasa amat kesal dengan tindakan samseng Umno tersebut dan tindakan mendiam diri pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan apabila membabitkan pihak Umno
"Hakikatnya pasukan Polis Diraja Malaysia tidak bertindak menyekat dan menghalang samseng-samseng UMNO Johor ini bertindak menggangu program Parti Politik yang kita bergerak secara sah adalah satu perbuatan yang amat kita kesali dan kita ingin bertanya apakah kerana kawasan yang kita buat ceramah malam tadi ialah kawasan dalam parlimen menteri dalam negeri,maka pasukan polis membenarkan tindakan ganas ini dilakukan semata-mata untuk melindungi kedudukan politik menteri dalam negeri dan parlimen Semberong,jika tidak kenapakah tidak ada sebarang tangkapan dan halangan oleh pasukan polis.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kluang pada jam tiga pagi tadi.
"Saya ingin bertanya kepada Umno Johor apakah ketakutan mereka untuk hilang sokongan rakyat sehingga memaksa mereka bertindak dengan cara ganas untuk menyekat sambutan rakyat terhadap Keadilan dan Pakatan Rakyat."
"Bayangkan kalau esok bila saya suruh AMK,mana Najib datang mana Muhyiddin datang kita beli mercun dekat Rantau Panjang kita baling bola mercun,bayangkan kiamat dunia serang kita tapi ini dibuat ke atas kita."
"Apakah jaminan oleh PDRM bagi memastikan bahawa program-program politik yang dibuat oleh Keadilan yang melibatkan Datuk Seri Anwar dan pimpinan lain boleh dijamin selamat kalau sekiranya pihak PDRM mengambil pendirian berpihak seperti ini."katanya dalam nada kesal.
 

Friday 17 February 2012

ZAHID HAMIDI pernah bertemu pemimpin tinggi ISRAEL tahun 2009,..dimana laporan TV3..?

Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tohmahan dari pemimpin Umno/BN berhubung isu Israel merupakan putar belit yang sengaja dilakukan sedangkan dalam masa yang sama kerajaan menjalin hubungan baik dengan negara zionis tersebut.

Menurut Anwar, Menteri Pertahanan, Datuk Zaid Hamidi juga pernah bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan.
Begitu juga dengan pentadbiran Perdana Menteri juga telah melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.
Ketua Pembangkang itu juga berkata walaupun terdapat perbezaan pandangan dengan PAS berhubung isu tersebut namun kedua-dua parti tersebut mempunyai matlamat yang sama untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.
Ikuti kenyataan penuh beliau

16hb Februari 2012

KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.
Media, pimpinan UMNO dan Dato' Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin
Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin .

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal bahawa:
"This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can't keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security".
Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:
"The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues-including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel."
Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.
Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.
Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin :
"If Israel withdraws to the '67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people - what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them".
Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia.
Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.
Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka.
Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu .
Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan.
Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.
Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994.
Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.
Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.
Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.
Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel.
Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.
Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai.
Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut.
Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini.
Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin.
Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).
ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT

Thursday 16 February 2012

UMNO/BN pernah menafikan kehadiran menteri luar sah palestine

16 Feb: Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa undang-undang di Malaysia akan ditukar sewenang-wenangnya jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, sebagai tidak berasas.
Pakar perlembagaan itu  turut mengulas kenyataan Mahathir baru-baru ini  kononnya Amerika Syarikat dan Israel mahu melihat kerajaan Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.
“Saya fikir dia ini (Mahathir) mengarut dan tak tahu apa yang dikatakannya. Bukan mudah nak buat undang-undang; ia memerlukan draf dan akan dibincangkan di parlimen.
“Mungkin dia ingat pentadbiran Pakatan Rakyat sama dengan Umno-BN di mana rang undang-undang dibentang dan diluluskan secara tergesa-gesa, manakala ahli-ahli parlimen tak diberi peluang untuk membahas dengan terperinci.
“Dia juga lupa bahawa ruang kebebasan untuk rakyat akan lebih luas jika Pakatan mentadbir negara kerana ia akan memansuhkan undang-undang yang mengekang yang dia buat dulu,” ujar pakar perlembagaan itu.
Katanya lagi, kenyataan Mahathir itu menunjukkan sikapnya yang hipokrit terhadap dasar luar kerajaan  semasa beliau menjadi perdana menteri sehingga sekarang.
“Dia berlagak anti-Barat, anti-Yahudi dan lain-lain tapi kita tahu siapa Mahathir yang sebenar,” ujarnya yang juga bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa.
Mahathir dan Pimpinanan Umno yang diketuai Datuk Seri Najib Razak kebelakangan ini menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya pro Israel, dengan memutar belitkan kenyataannya di Asian Wall Street Journal.
Sebaliknya, pimpinan KEADILAN membawa bukti yang menunjukkan sikap sebenar kerajaan pimpinan Umno-BN terhadap Israel dan Amerika Syarikat, antaranya, perjanjian dengan APCO yang menerima bayaran RM77 juta setahun dari kerajaan.
Kelmarin, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa kerajaan tidak konsisten terhadap perjuangan Palestin dan tidak mengiktiraf kerajaannya yang sah akibat tunduk kepada tekanan Amerika dan Israel.
Kerajaan BN katanya, membelakangkan kehadiran menteri luar Palestin yang sah, Dr Mahmoud Al Zahar yang dilantik perdana menteri ketika itu, Ismail Haniyeh semasa Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada 2006.

Ulasan Penuh ANWAR berhubung ISRAEL:mana laporan media arus perdana negara..??

16 Feb: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan beliau yang disiarkan Asian Wall Street journal secara jelas menyatakan sokongan terhadap perjuangan dan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan dan keamanan, serta maruahnya dihormati.
Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar menegaskan pendirian itu selari dengan pandangan pimpinan dunia Islam seperti kerajaan Arab Saudi yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal dan pemimpin Jordan, Raja Abdullah.
Makanya, katanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.
Menurutnya, beliau juga menghargai pandangan dari Pas, seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.
Anwar berkata, beliau juga memahami pendirian Pas mengenai isu itu namun menegaskan KEADILAN turut berkongsi hasrat yang sama untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.
Berikut kenyataan penuh Anwar:
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).
Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.
Media, pimpinan Umno dan Datuk Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Kenyataan saya kepada ASWJ secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin.
Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal bahawa:
“This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.
Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:
“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause. In Jordan, the “final-status” issues-including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”
Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.
Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.
Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri palestin:
“If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.
Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.
Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. PAS berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.
Walaupun begitu KEADILAN berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.
Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral.
Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu perdana menteri israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke015 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.
Sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.
Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.
Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80 peratus dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90 peratus hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60 peratus kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.
Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.
Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan
keselamatan rakyat Palestin.
Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf.
Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”
(Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

Translate's version