Friday 22 March 2013

LIWAT II tiada tindakan kpd yg didakwa terlibat,bukti UMNO LEMAH!!


22 MAC: Setelah dua minggu pengakuan bapa Saiful Bukhari mendedahkan pegawai khas Perdana Menteri, Kharil Annas Jusoh dalang di belakang konspirasi politik yang dirancang dalam kes fitnah liwat II, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atasnya.
Azlan Mohd Lazim yang mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah pada pendedahan itu berkata, anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Kharil Annas untuk menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sikap tidak serius kerajaan berhubung pendedahan tersebut membuktikan kelemahan kerajaan Umno BN.
“Polis tak pernah ambil pusing untuk siasat pendedahan tersebut termasuk laporan penyelewengan khususnya melibatkan pemimpin Umno.
“Terlalu banyak pendedahan besar kepada awam contohnya isu melibatkan Deepak (Jaikishan), Bala (P Balasubramaniam), Raja Ropiah (Abdullah), sampai sekarang tiada satupun tindakan diambil,” kata Ahli Parlimen Ampang itu.
Pada pendedahan 8 Mac lalu, Azlan juga mengakui semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau sendiri dirancang dan diskripkan Khairil Annas bersama peguam Zamri Idrus.
Khairil Annas ialah Pegawai Khas Najib yang ditemui Saiful Bukhari di Jabatan Perdana Menteri pada 12 Februari 2008 untuk memohon biasisawa sedangkan Saiful dibuang dari Universiti Tenaga Nasional.
Khairil Annas yang juga Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri beberapa kali bertemu Saiful bersama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Mengulas lanjut, Zuraida menyifatkan kebisuan Najib membersihkan namanya jika benar tidak terlibat dalam kes itu gambarkan ketakutan beliau.
“Najib langsung tak respon. Maknanya beliau takut dan tak yakin untuk berdepan rakyat bagi menjelaskan kedudukan sebenar siapa Khairil Annas,” kata Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor itu.
Kata Zuraida, tiada alasan lagi untuk Umno BN mentadbir negara dan tampuk pemimpin perlu ditukar ekoran salah guna kuasa dan penyelewengan.
“Dari kes kecil hingga besar, Umno BN begitu lemah untuk ambil tindakan. Begitu juga isu Lahad Datu yang tak mampu ditangani,” katanya. – NS

Saturday 9 March 2013

Haron Din:LIWAT II terbongkar jua,insaflah semua



Forum bersama MB dan Dato' Haron din di Masjid Negeri 01
SHAH ALAM, 9 MAC : Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.
Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.
Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.
“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.
“Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan,” kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.
Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.
“Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.
“Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah,” ujar Dr Haron.
Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya.

Friday 8 March 2013

Serang BAS yang dinaiki ANWAR IBRAHIM,politik BANGSAT MELAYU UMNO Dimelaka


Penyokong Umno sekali lagi dikaitkan dengan serangan terhadap pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR), kali ini dalam satu program ceramah di Bukit Katil, Melaka malam tadi apabila pergaduhan berlaku dan bas yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling dengan batu.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) memberitahu pemberita di sini, insiden malam tadi adalah yang keenam, kedua di Melaka semenjak Pakatan Rakyat (PR) melancarkan kempen “Jelajah Merdeka Rakyat” tahun lalu.
Anggota Perlimen Marang itu memberitahu, Anwar adalah antara yang terkena kaca apabila penyokong Umno membaling batu semasa bas meninggalkan ceramah. Beberapa penyokong PR termasuk dua orang polis turut tercedera dalam insiden tersebut.
Video kejadian itu berjaya dirakamkan dan telah dimuatnaik di laman sosial YouTube. Lidah rasmi PAS, Harakahdaily turut menyiarkan video berkenaan pagi ini.
“Keadilan melihat insiden ini dengan serius dan mendesak agar polis mengambil tindakan tegas terhadap tindakan ganas pihak yang menjadi semakin berani dan agresif,” kata Saifuddin.
Insiden berlaku dikala terdapat kebimbangan dalam satu program ceramah di Pulau Pinang selepas penyokong Umno mengugut untuk menyerang majlis tersebut jika Naib Presiden PKR Chua Tian Chang hadir.
Chua telah menyebabkan kemarahan daripada kedua-dua BN dan PR kerana kenyataannya menuduh ketegangan di Lahad Datu telah menyebabkan kehilangan nyawa lapan orang anggota polis adalah konspirasi Umno manakala beberapa blog pro-Umno menuduh naib presiden PKR itu mengatakan pasukan keselamatan yang gugur sebagai “mati katak”, merujuk kepada kematian sia-sia.
Pemimpin PKR itu mendakwa beliau menerima ancaman bunuh selepas itu. Beliau menafikan pertuduhan itu dan mengugut untuk menyaman pihak-pihak terbabit.
Saifuddin menyalahkan tindakan “lembut” polis dalam insiden lepas menyebabkan lebih banyak keganasan berlaku oleh penyokong Umno termasuk tindakan senyap dari Pejabar Peguam Negara.
“Walaupun terdapat insiden yang berulang, tiada tindakan undang-undang yang diambil terhadap samseng,” katanya.
Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang senyap mengenai perkara ini mungkin menyebabkan ianya dilihat sebagai “menyokong” tindakan ganas oleh ahli partinya, kata pemimpin PKR itu.
Saifuddin mengingatkan Najib, beliau dan pemimpin Barisan Nasional (BN) lain telah berikrar untuk mengikuti ikrar integriti pilihan raya Transparency International-Malaysia diantaranya, untuk bersaing secara adil dalam pilihan raya akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Jun.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang juga sepupu kepada Najib, sebelum ini pernah berkata kerajaan tidak seharusnya bertanggungjawab kepada tindakan penyokong Umno.
Saifuddin menggesa polis, terutamanya polis Melaka, untuk bertindak lebih proaktif dalam menghadapi situasi dan memastikan keselamatan pemimpin dan penyokong PR semasa kempen oleh kerana Pilihan Raya 2013 semakin hampir.
“Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye sepatutnya mengikut rakan-rakannya dari negeri lain yang lebih berani mengambil tindakan kepada pelaku dari Umno dan Barisan Nasional dan tidak tunduk kepada tekanan dan pengaruh Umno-Barisan Nasional.

BREAKING NEWS:'LIWAT II utk jatuhkan POLITIK ANWAR' BAPA SAIFUL


Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setapak-20130308-01007“Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.
“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.
Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.
“Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh,” katanya.
Konspirasi untuk penjarakan Anwar
Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.
Saiful Bukhari (baju biru)
Saiful Bukhari (baju biru)
“Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.
“Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti perbicaraan bersama peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena. Ada dalang dalam kes ini,” kata Azlan.
Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.
“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.
Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari ini.
Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini.
“Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anak yang tidak beribu,” katanya.
“Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah,” kata Azlan.
Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu.
“Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu.
“Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan,” kata Johari.
Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. – NS

Wednesday 6 March 2013

Musa HASAN dedah projek komunikasi b'sama APCO


JINGGA 13 MALAYSIA mencabar Tan Sri Musa Hassan,  Bekas Ketua Polis Negara membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah terhadap bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Isreal.
Tan Sri Musa Hassan telah turut mendedahkan bahawa Tan Sri Robert Phang telah bertindak mengugut Pegawai Polis iaitu sekiranya projek tersebut tidak diluluskan , Pegawai Polis tersebut akan ditukarkan 24 jam .
Tindakan Tan Sri Robert Phang adalah merupakan satu tindakan jenayah yang tidak boleh dipandang ringan apabila seorang awam telah bertindak mengugut penjawat awam .
Turut sama terlibat dalam kes tersebut ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah melakukan rasuah salahguna kuasa mengarahkan Pegawai Polis tersebut  untuk menandatangani komisyen bagi memenuhi arahan Tan Sri Robert Phang.
Kerana Pegawai Polis tersebut terus gagal mengikut arahan Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Robert Phang , akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut sedangkan sepertimana pendedahan Tan Sri Musa Hassan projek komunikasi tersebut masih gagal siap sepenuhnya.
Tindakan Tan Sri Robert Phang dan Tan Sri Ismail Omar adalah merupakan satu tindakan jenayah yang amat serius dan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan lebih memahami dan menguasai undang-undang negara .
Tan Sri Musa Hassan wajar dipersalahkan sekiranya beliau gagal bertindak melaporkan kepada pihak Polis dan SPRM terhadap perlakuan jenayah yang dilakukan oleh Tan Sri Robert Phang dan Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara.
Beliau yang mempunyai maklumat yang cukup lengkap untuk melakukan tindakan yang sewajarnya lebih-lebih lagi ianya melibatkan dana awam bernilai ratusan juta ringgit iaitu projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.
Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.
JINGGA 13 menyatakan sokongan terhadap keberanian dan pendedahan yang di buat oleh Tan Sri Musa Hassan tetapi adalah menghairankan sekiranya pendedahan tersebut tidak disertakan dengan tindakan membuat laporan kepada pihak berwajib kerana kes ini berprofil tinggi dan sangat serius .

Sedikit info Siapa Dan Apa itu APCO WORLDWIDE,.??

APCO Worldwide ialah sebuah firma perunding perhubungan yang berpangkalan di Washington, D.C.,Amerika Syarikat. APCO mempunyai 29 pejabat cawangan di seluruh dunia.

Pada 18 Mac 2010, nama syarikat perunding ini disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parlimen berhubung gagasan 1Malaysia meniru One Israel.
Pada 30 Mac, syarikat itu menafikan peranan APCO mengilhamkan 1Malaysia. APCO dilantik oleh kerajaan Malaysia sebelum 1Malaysia muncul. Peranan APCO ialah memberi khidmat perunding untuk meningkatkan nama negara Malaysia. Firma perunding ini juga menafikan bahawa ia mewakili kerajaanIsrael atau Perdana Menteri Israel Ehud Barak dan tidak terlibat dengan kempen 1Israel..
Pada 13 April 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Azizmengesah dan menjelaskan bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan Malaysia dengan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta. Penjelasan bertulis itu diberikan kepada Tian Chua 


Dalam pada itu PKR akan terus membongkar isu penggunaan wang rakyat bagi meningkatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjelang pembentangan belanjawan 2012 Oktober depan.
Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution(gambar) berkata demikian ketika ditanya mengenai bayaran RM57 juta oleh kerajaan Malaysia kepada firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media, lapor Keadilan Daily.
“Kita menjangka akan ada perkembangan terbaru mengenai perkara ini menjelang Bajet 2012. Kita akan terus memantau isu ini secara dekat dan akan membuat pendedahan-pendedahan baru yang lebih sensasi,” kata Saifuddin.
Menurut Saifuddin,  pendedahan tersebut berkisar mengenai kontrak antara FBC Media dan APCO Worldwide, syarikat perunding Israel yang turut terlibat dalam mempromosi imej Najib sebelum ini.
“Ini merupakan sumber yang diperolehi dari Parlimen. FBC Media lebih awal menggunakan khidmat Apco, berbanding kerajaan Malaysia dengan jumlah USD70,000.
“Kerajaan Malaysia kemudiannya membayar Apco sebanyak RM77 juta. Perkara ini didedahkan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Parlimen,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.
FBC Media, yang berpangkalan di United Kingdom dilantik kerajaan Malaysia untuk menerbitkan program TV berkaitan Malaysia, ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Program- program berkenaan kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC (Consumer News and Business Channel), CNN (Cable News Network) dan BBC (British Broadcasting Corporation).
Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.
“Perkara ini memalukan Malaysia dan menjatuhkan imej kerajaan. Mereka tuduh (ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar bayar CNN untuk diwawancara dalam rancangan ‘Connect The World’ dan CNN nafikan.
“Sebaliknya yang terdedah ialah kerajaan Malaysia bayar kepada FBC Media untuk melobi agar Najib muncul di CNBC, CNN dan BBC. Ini menyalahi etika kewartawanan,” kata Saifuddin.
Sebelum ini, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor membelanjakan RM1.5 juta membeli dua muka penuh iklan dalam akhbar New York bagi mengalu-alukan lawatannya sendiri ke New York sebagai ‘Wanita Pertama Malaysia,”.
http://nmjnh.wordpress.com/2010/03/19/kenali-siapa-dan-apakah-apco/


UPAH APCO SERANG ANWAR IBRAHIM,NAJIB HARUS JAWAB!!


6 MAC: Datuk Seri Najib Razak perlu jawab pendedahan media antarabangsa bahawa beliau membayar AS$389,724.70 (RM1.2 juta) kepada penulis upahan, Joshua Trevino untuk memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bayaran itu dilaporkan dibuat Perdana Menteri kepada bekas penulis ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), menerusi syarikat Israel, Apco Worldwide.
najib-bbc-fbc-mediaIa bagi menyerang Ketua Umum KEADILAN dan kempen mempromosi pentadbiran Najib di mata dunia.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib perlu jelaskan pendedahan itu menjelang pilihan raya, apatah lagi dalam keadaan beliau berterusan membelanjakan jutaan ringgit bagi tujuan propaganda dan fitnah.
“Najib juga perlu jawab berapa banyak wang rakyat dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti Pakatan Rakyat dan Anwar?” katanya pada kenyataan hari ini.
Beliau merujuk pendedahan portal berita berpangkalan di Amerika, BuzzFedd 1 Mac lalu berkenaan perbuatan Najib mengupah media Amerika itu.
Pada Ogos lalu, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar United Kingdom (UK) – The Guardian.
Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, yang menulis dan memuji ciri-ciri ‘kesederhanaan’ Najib.
“Selain daripada Apco di AS dan FBC di UK (United Kongdom), di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?” soal Nik Nazmi.
Pada 2011, Najib mengakui kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Mediaantara 2007 hingga 2010.
FBC turut membayar AS$70,000 kepada Apco Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib.
“Ironisnya, ketika Umno BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel sebagai propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara.
“Malah apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan,” kata Nik Nazmi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mempersoal individu atau agensi lain yang terlibat dalam perlantikan dan koordinasi konsultan tersebut.
“Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan, memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata” katanya.
“Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrim dan anti-Islam. Mereka menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika? Mereka juga adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?” tegas Nik Nazmi.
“Najib terus berbelanja jutaan ringgit untuk tujuan fitnah tetapi berterusan menolak gesaan Anwar untuk berbahas politik bagi kepentingan rakyat,” sinisnya.

Monday 4 March 2013

PIMPINAN T'TINGGI PENCEROBOH ADALAH AHLI PEKIDA dan UMNO..!!


 4 MAC: Ketika Umno BN menyalak kencang mengheret Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, rupa-rupanya ‘Sultan Sulu’ yang didakwa mengetuai pasukan penceroboh itu adalah ahli Umno.
umno suluIni dibuktikan dalam laporanBerita Harian pada 19 Februari 2011 bertajuk ‘Umno Sabah minta keahlian ‘Sultan Sulu’ dipecat’.
Dilaporkan, Sultan Sulu itu adalah Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dan merupakan ahli Umno sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu.
Mengikut laporan itu, arahan pemecatan Mohd Akjan kerana beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.
Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Cawangan Sabah adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu awal Februari 2011 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat Kota Kinabalu.
Ekoran pengisytiharannya itu, Badan Perhubungan Umno Sabah mahu Majlis Tertinggi (MT) parti memecat beliau.
Dilaporkan, keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Umno Sabah, 17 Februari 2011.
Umno menyifatkan tindakan Mohd Akjan itu mencemar imej dan memecahbelahkan perpaduan parti.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman dilapor berkata, Umno memandang serius tindakan ahli perniagaan terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.
Sehubungan itu, Musa mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti.
Musa yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan Mohd Akjan itu dan meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

KRISIS LAHAD DATU bangkit isu projek I.C kepada rakyat


4 Mac - Pemerhati melihat pencerobohan Sabah oleh kumpulan bersenjata Sulu bahawa “Projek IC” kembali menghantui Malaysia, sementara seorang ahli akademik berkata tuntutan seorang yang mendakwa dirinya Sultan Sulu adalah tidak adil untuk rakyat Sabah.
Pemerhati diminta memberi komen terhadap “Projek IC”, iaitu pendatang asing didakwa menerima kewarganegaraan tanpa mengikut undang-undang, yang kini sedang disiasat dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI).
Apabila ditanya tentang hubungan “Projek IC” dengan ketegangan di Sabah, penulis Karim Raslan berkata, “aspek hitam” kini sudah mula didedahkan.
“Krisis yang berlaku ini menunjukkan terdapat aspek hitam dalam operasi rahsia (Projek IC) dalam memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing.”
“Kita perlu bertanya pada diri sendiri siapa dibelakang Projek IC ini?” kata Karim lagi.
Apabila ditanya apa yang perlu dilakukan, Karim berkata: “Kita perlu menyiasat butiran tentang bagaimana (Projek IC) dijalankan, dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
”Dr Andrew Aeria, seorang profesor dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), berkata proses haram Projek IC ini menghantui Malaysia, dan berkata apa yang berlaku di Sabah  menunjukkan “kegagalan polisi” sebelum ini.
“Kes ini menunjukkan kegagalan polisi. Projek IC yang haram serta kegagalan dalam memantau sempadan (bersama tidak ada penyelesaian mengenai isu padjak dalam status Sabah dari Kesultanan Sulu lama) menghantui kita.
Pakar akademik itu merujuk kepada pertindihan tuntutan terhadap status Sabah, apabila Sultan Sulu mengatakan ‘padjak’ merujuk kepada sewa, manakala Malaysia membayar setiap tahun kepada Sultan tersebut untuk mendapatkan hak ke atas Sabah, yang menjadi sebahagian dari Malaysia berdekad lamanya.
Andrew berkata cara terbaik ialah Parlimen perlu membuat sidang khas mengenai isu ini: “Ini untuk memastikan Parlimen menyusun tindakan dan merancang apa kerajaan boleh lakukan.”
Tetapi Dr Arnold Puyok, seorang penganalisis politik di Sabah, berkata pencerobohan Sabah dan inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) adalah isu yang berbeza, dan berkata pencarian kebenaran mesti diteruskan.
“Penduduk Sabah mahu kerajaan menunjukkan kesungguhan politiknya. Saya tidak melihat ada kaitan antara pencerobohan dengan inkuiri RCI. Kerajaan mesti terus mencari kebenaran melalui RCI.”
Pensyarah UiTM Sabah itu mencadangkan dialog diadakan bagi menyelesaikan masalah ini.
“Dialog antara Filipina dan Malaysia mesti diadakan. Wakil sah dari Sultan Sulu perlu dijemput sekali. Dialog tersebut mesti mencari penyelesaian jangka panjang untuk hubungan Sabah-Sulu,” katanya.
Apabila dihubungi, Farish A Noor, ahli akademik yang berpengkalan di Singapura mengatakan tuntutan ke atas Sabah dari seseorang yang mendakwa dirinya Sultan Sulu “tidak adil” untuk rakyat Sabah.
“Apa perasaan rakyat Sabah apabila seorang dari Filipina datang entah dari mana mengaku dirinya raja? Saya meragui rakyat Sabah akan menerima dakwaan tersebut,” kata profesor dari S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) melalui email.
Beliau juga ditanya mengenai laporan dari kerajaan Filipina akan membawa isu tuntutan Sultan Sulu kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
“Filipina boleh bawa isu tersebut ke mahkamah tetapi ia tidak akan membawa erti, dan mana-mana mahkamah tidak akan memihak kepada Sultan Sulu kerana dua sebab: Ada ramai mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu, jadi siapa Sultan yang sebenar? Kedua, kesemua negara di ASEAN mengakui sempadan masing-masing, dan tidak ada negara boleh membuat tuntutan berdasarkan sejarah hari ini,” katanya lagi.
Beliau berkata maklumat perlu disebarkan mengenai krisis di Sabah bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
“Sepertimana dikawal selia oleh kerajaan Malaysia, tidak timbul keraguan bahawa terdapat keperluan untuk meningkatkan penjagaan keselamatan dan operasi, tetapi kekurangan maklumat menyebabkan tercetus pelbagai spekulasi.
“Banyak yang kita baca di Internet bersifat spekulasi, bagaimanapun saya merasakan maklumat perlu disampaikan dalam keadaan terbuka dan tidak beremosi.”
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan kerajaan melindungi maklumat, dan berkata pengesahan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan puak bersenjata Filipina Jumaat lalu, selepas kumpulan bersenjata dari Sulu itu mendarat di Kampung Tanduo selama dua minggu, menyebabkan kematian seramai 15 orang, dimana kampung tersebut kira-kira 130 km dari bandar Lahad Datu.
Semalam, lima anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap di Semporna, kira-kira 150 km dari Lahad Datu.
Semalam seorang militan Filipina dipukul sampai mati oleh penduduk kampung di Sabah, sementara pemberontak Sulu mendakwa mereka menahan beberapa rakyat Malaysia dan menahan mereka sebagai tahanan.
RCI mengenai isu pendatang asing ini akan diketuai bekas hakim Tan Sri Steve Shim bermula esok.

Utusan, TV3: Minta maaf atau disaman RM100 juta


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Utusan Malaysia dan TV3 sama ada membuat permohonan maaf atau berdepan saman masing-masimg RM100 juta ekoran mengaitkannya dengan pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah. 

Ianya ekoran kedua-dua media pro Umno itu melaporkan kononnya Anwar adalah dalang dalam insiden terbabit.

Utusan bertarikh 2 Mac lepas di muka hadapan bertajuk “Ketua Pembangkang dikaitkan dengan Pencerobohan” dan di muka surat 10 bertajuk “Tiga Kumpulan jadi dalang,” itu secara jelas dilihat cuba mengaitkan Anwar.

TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum PKR itu dalam insiden tersebut.

Peguam mewakili Anwar, N Surendran berkata, surat tuntutan kepada kedua-dua pihak itu telah dihantar.

Dalam tuntutan itu katanya, kedua-dua pihak itu diminta menarik balik dakwaan itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam bermula hari ini.

“Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan jahat. Kita telah menghantar surat kepada pihak Utusan untuk menuntut menarik balik dakwaan itu dan membuat kenyataan maaf secara terbuka.

“Kita meminta tuduhan tidak berasas itu ditarik balik dengan segera dan TV3 juga perlu meminta maaf dan membayar ganti rugi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu seorang lagi peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya.

Guess who's the Sulu sultan's royal advisor?

Following several political blogs' publication of his business card, UMNO Youth exco member Lokman Noor Adam (pic) today admitted his links to the Sulu sultanate, which has been at the centre of the ongoing violence in the east coast of Sabah.

But Lokman defended his designation as "Advisor to The Crown", saying he was elected to the role by "the real Sulu Sultan".

"I admit I was elected by the real Sulu sultan, Sultan Roodinod, son of Sultan Julaspi Kiram, as his advisor around the year 2005 to deal with the Malaysian government regarding their welfare,” he told news portal The Malaysian Insider.

Earlier, several blogs questioned Lokman's links to the now defunct sultanate, amid allegations by UMNO-controlled traditional media that opposition leader Anwar Ibrahim had a hand in the armed incursion in Lahad Datu.

The blogs published an image of the business card issued by the Shah Alam office of the 'Sultanate of Sulu and North Borneo', bearing Lokman's name above the title "Advisor to The Crown".

Lokman, once active in the 'reformasi' movement and who went on to become a Supreme Council member of the now-renamed Parti Keadilan Nasional, is a virulent critic of Pakatan Rakyat and appears frequently on UMNO's ceramah series to condemn Anwar.

Popular blogger 'Tulang Besi' meanwhile pointed out that representatives of the so-called Sulu sultanate had attended the UMNO general assembly and their pictures are already disseminated on social media.

KRISIS SULU: JANJI DITEPATI NAJIB utk MISUARI ?


MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.
Misuari   juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

(Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis...dari facebook Esmail D. Kiram 11)

"Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari (gambar).

Laporan penuh artikel yang ditulis oleh Edd K.Usman boleh dibaca di sini.

http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTN41nySDDE

Penafian Misuari


Sementara itu media yang sama melaporkan, Sabtu lepas ketika bercakap di Davao City, Nur Misuari menafikan penglibatan beliau dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang.

Misuari menafikan penglibatan ini ketika pertemuan lewat malam dengan Timbalan Datuk Bandar Davao City, Rodrigo Duterte di Hotel Royal Mandaya Sabtu, 2 Mac lepas.

"Mereka mendakwa saya memberikan semangat," kata Misuari disamping mendakwa beliau memberikan bantuan kewangan kepada kumpulan Kiram ini.

“Saya bersama isteri hampir sebulan di Afrika, Malayo kami," kata Misuari semasa pertemuan tersebut.

Lagipun, katanya, dia tidak mempunyai wang untuk membantu mereka. "Di mana saya nak dapatkan wang itu membantu mereka," tambahnya.

Friday 1 March 2013

BERSIHKAH PRU13 nanti..?..

Pelik bin ajaib! Mungkin itu persepsi yang timbul apabila lima lelaki berketurunan Pakistan memiliki kad pengenalan warganegara Malaysia.

Penemuan memeranjatkan itu diperoleh menerusi semakan daftar pemilih yang dibuat PKR Cabang Bagan Datoh, baru-baru ini ketika meneliti daftar pemilih Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) untuk tujuan semakan jumlah dan lokaliti pengundi.

Hasil semakan juga mendapati, empat daripada mereka tersenarai dalam daftar pemilih dan kesemua mereka tinggal serumah.

Pengarah Pilihan Raya Umum, PKR Dun Hutan Melintang, A Ganeson ketika mendedahkan perkara itu berkata, penemuan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dan keraguan kerana kesemua mereka memperoleh kad pengenalan warganegara berwarna biru dengan mudah.

“Semakan yang kita buat melalui Sistem Menang Pilihan raya (Sismep 3.0) yang dibekalkan parti pada mula bertujuan untuk menyemak jumlah dan lokaliti pengundi.

“Apabila teliti senarai itu, kami ragui lima penama disenaraikan kerana mereka tinggal di rumah sama dan berketurunan Pakistan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pasukannya kemudian membuat penyiasatan dengan pergi ke rumah mereka di Taman Hutan Melintang dan mendapati kesemua mereka mempunyai kad pengenalan biru (MyKad) yang baru, manakala seorang lagi memegang kad pengenalan lama.

“Lima lelaki berusia 30 hingga 40-an itu mendakwa mereka mendapat kad pengenalan itu ketika masuk ke negara ini buat pertama kali.

“Mereka mendakwa kesemua mereka memperolehnya di Sabah melalui ejen sebelum menetap terus di Semenanjung,” katanya.

Ganeson menambah, lelaki berketurunan Pakistan itu juga mendakwa beberapa kali mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) dan ada di antara mereka sudah lima kali mengundi di kawasan Hutan Melintang.

“Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Ramai rakyat kita masih belum ada pengenalan diri. Malah, ada dalam kalangan rakyat kita yang mendapat kad pengenalan merah walaupun memang dilahirkan di negara ini.

“Pihak berkenaan perlu tampil beri penjelasan mengenai kekeliruan ini kerana kesemua mereka tidak layak mendapat kerakyatan negara ini,” katanya.

Untuk pengesahan lanjut, Sinar Harian bersama-sama pasukan Pilihan Raya Dun Hutan Melintang ke rumah lima lelaki terbabit untuk mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar mengenai penemuan terbabit.

Ketika kami tiba, dua daripada penghuninya keluar manakala dua lagi berada di dalam rumah dan seorang lagi belum pulang kerja.

Apabila diminta supaya menunjukkan MyKad, kedua-dua mereka pada mulanya enggan berbuat demikian, selepas diberitahu untuk tujuan semakan PRU, mereka beri kerjasama dengan baik.

Ketika semakan dibuat, salah seorang daripada mereka, Ali Hamsir, 54, yang memiliki kad pengenalan lama memohon supaya kad pengenalannya ditukar baru seperti rakan-rakan yang lain.

Ketika ditanya bagaimana kad pengenalan itu diperoleh, dia mendakwa kesemua mereka dibawa ke Sabah ketika mula-mula memasuki negara ini sebelum bekerja di Semenanjung.

“Saya sudah berkahwin. Keluarga saya ada di Pakistan dan setiap tahun saya balik jenguk mereka. Untuk balik ke sana kami kena buat pasport kerana kami kini orang Malaysia,” katanya.

BERSIHKAH PRU13 nanti..?..

Pelik bin ajaib! Mungkin itu persepsi yang timbul apabila lima lelaki berketurunan Pakistan memiliki kad pengenalan warganegara Malaysia.

Penemuan memeranjatkan itu diperoleh menerusi semakan daftar pemilih yang dibuat PKR Cabang Bagan Datoh, baru-baru ini ketika meneliti daftar pemilih Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) untuk tujuan semakan jumlah dan lokaliti pengundi.

Hasil semakan juga mendapati, empat daripada mereka tersenarai dalam daftar pemilih dan kesemua mereka tinggal serumah.

Pengarah Pilihan Raya Umum, PKR Dun Hutan Melintang, A Ganeson ketika mendedahkan perkara itu berkata, penemuan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dan keraguan kerana kesemua mereka memperoleh kad pengenalan warganegara berwarna biru dengan mudah.

“Semakan yang kita buat melalui Sistem Menang Pilihan raya (Sismep 3.0) yang dibekalkan parti pada mula bertujuan untuk menyemak jumlah dan lokaliti pengundi.

“Apabila teliti senarai itu, kami ragui lima penama disenaraikan kerana mereka tinggal di rumah sama dan berketurunan Pakistan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pasukannya kemudian membuat penyiasatan dengan pergi ke rumah mereka di Taman Hutan Melintang dan mendapati kesemua mereka mempunyai kad pengenalan biru (MyKad) yang baru, manakala seorang lagi memegang kad pengenalan lama.

“Lima lelaki berusia 30 hingga 40-an itu mendakwa mereka mendapat kad pengenalan itu ketika masuk ke negara ini buat pertama kali.

“Mereka mendakwa kesemua mereka memperolehnya di Sabah melalui ejen sebelum menetap terus di Semenanjung,” katanya.

Ganeson menambah, lelaki berketurunan Pakistan itu juga mendakwa beberapa kali mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) dan ada di antara mereka sudah lima kali mengundi di kawasan Hutan Melintang.

“Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Ramai rakyat kita masih belum ada pengenalan diri. Malah, ada dalam kalangan rakyat kita yang mendapat kad pengenalan merah walaupun memang dilahirkan di negara ini.

“Pihak berkenaan perlu tampil beri penjelasan mengenai kekeliruan ini kerana kesemua mereka tidak layak mendapat kerakyatan negara ini,” katanya.

Untuk pengesahan lanjut, Sinar Harian bersama-sama pasukan Pilihan Raya Dun Hutan Melintang ke rumah lima lelaki terbabit untuk mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar mengenai penemuan terbabit.

Ketika kami tiba, dua daripada penghuninya keluar manakala dua lagi berada di dalam rumah dan seorang lagi belum pulang kerja.

Apabila diminta supaya menunjukkan MyKad, kedua-dua mereka pada mulanya enggan berbuat demikian, selepas diberitahu untuk tujuan semakan PRU, mereka beri kerjasama dengan baik.

Ketika semakan dibuat, salah seorang daripada mereka, Ali Hamsir, 54, yang memiliki kad pengenalan lama memohon supaya kad pengenalannya ditukar baru seperti rakan-rakan yang lain.

Ketika ditanya bagaimana kad pengenalan itu diperoleh, dia mendakwa kesemua mereka dibawa ke Sabah ketika mula-mula memasuki negara ini sebelum bekerja di Semenanjung.

“Saya sudah berkahwin. Keluarga saya ada di Pakistan dan setiap tahun saya balik jenguk mereka. Untuk balik ke sana kami kena buat pasport kerana kami kini orang Malaysia,” katanya.

Translate's version