Friday 30 September 2011

Peguam Perancis bongkar Scorpene malam ini

Peguam mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Joseph Breham akan bercakap mengenai kes rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene di London malam ini.
Beliau akan menerangkan mengenai perkembangan kes itu kepada masyarakat antarabangsa, berhubung siasatan terhadap komisen yang dibayar oleh pembuat kapal selam berkenaan, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia.
Breham merupakan anggota kepada Kumpulan Peguam Hak Asasi Antarabangsa (SIHRG) yang dilantik Suaram bagi mewakili aduan yang difailkan terhadap DCN di Paris pada awal 2010.
Beliau dijangka menyentuh mengenai pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta bernilai RM7 bilion ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.
Komisen 114 juta Euro atau RM570 juta dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak.
Transaksi berkenaan mengheret pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibu- perempuan simpanan Razak dan sebelum itu dikatakan turut mempunyai skandal dengan Najib.
Altantuya dibunuh dengan kejam pada Oktober 2006 apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring kepada Najib yang juga anggota Unit Tindakan Khas.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Julai tahun lalu berkata, tidak ada keperluan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat transaksi itu kerana ia telah diluluskan kementerian kewangan dan pembelian itu dibuat melalui prosedur pemerolehan.
Jawapan itu memaksa Suaram untuk membuat aduan di peringkat antarabangsa.
Sebelum ini, kabel diplomatik Amerika Syarikat mendedahkan kepada WikiLeaks senarai kenalan Najib yang memainkan peranan dalam pembelian Scorpene.
Salah seorangnya ialah proksi kepada Najib iaitu Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Lodin Wok Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd. Selain LTAT, Bousted Holdings memegang 20 peratus kepentingan dalam Perimekar, melalui KS Ombak Laut Sdn Bhd.
Menurut penyata kewangan Perimekar, Lodin adalah salah seorang dari lima pengarah Perimekar, disamping isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, Rohanan Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby, lapor Malaysia-Chronicle.

PANAS!!.."CUCi otak bencikan PAKATAN RAKYAT" kepada GURU..

Umno Barisan Nasional (BN) terbukti memperkudakan Kementerian Pendidikan apabila mengadakan program sesi ‘mencuci otak’ guru dengan memfitnah dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, menggunakan wang rakyat.
Hal ini terbongkar apabila seorang guru mendedahkan hal itu kepada Keadilan Daily beserta bukti bergambar.Mengikut guru berkenaan, mereka diarah guru besar ke sebuah hotel di Kuantan, Pahang walaupun mereka sedang sibuk dengan kursus KSSR Tahun 2 dan penandaan kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Mengikut gambar yang diemel, sesi ‘cuci otak’ dilakukan atas nama Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia: Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang.
Mengikut buku program, sesi yang berlangsung opada 28 September lalu, dijalankan Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi.
Kata guru berkenaan, guru besar datang awal sebab ada sesi cuci otak yang dijalankan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor pada malam sebelumnya.
“Memang Kementerian Pendidikan ditunggang sepenuhnya oleh balaci (Datuk Seri) Najib (Razak). Sampai hati pergunakan duit rakyat panggil untuk sesi mengukuhkan kuasa,”

kos selenggara rumah RM49 juta :Rumah PM 1MALAYSIA ku..

Ketika Datuk Seri Najib Razak cuba menonjolkan imejnya berjiwa rakyat termasuk ‘menaiki bas’ dan berbasikal, Perdana Menteri itu masih gagal menjawab kos selenggara kediaman beliau dan timbalannya yang menelan belanja RM50 juta setahun.
Kediaman rasmi Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria, dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.
Keadilan Daily melaporkan, menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, beliau mempersoalkan mengapa kos selenggara kediaman PM dan TPM menelan belanja jutaan ringgit.
“RM200 juta diguna untuk membina kediaman PM dan kenapa akhirnya terpaksa menyewa daripada Putrajaya Holdings. Maintainence (elektrik dan air) sebenarnya tak boleh dari 10 peratus dari kos pembinaan. (Tetapi) Ini RM10 juta setahun, satu angka yang tidak masuk akal,” katanya.
Katanya, ia menyerlahkan sikap boros pentadbiran Najib yang gemar berbelanja mewah, tetapi pada masa yang sama cuba menonjolkan imejnya yang berjiwa rakyat.
“Najib dilahirkan dari keluarga yang mewah dan sesungguhnya tidak tahu menahu kesusahan rakyat. Oleh sebab itu pembaziran menjadi sebahagian hidup beliau,” katanya yang turut mengaitkan isu pembelian cincin bernilai RM24 juta oleh oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Justeru itu katanya, Ketua Audit Negara perlu memberikan penjelasan.
Menurut Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang membangkitkan soalan itu di parlimen sebelum ini, Najib sehingga kini masih belum menjawab isu berkenaan.
“Selepas kita membuat sidang media, tidak ada pihak bagi jawapan balas menjelaskan kepada kita kenapa kos begitu tinggi, macam isu tu disenyapkan begitu sajaha. Itu lah realiti pengurusan di peringkat tertinggi sedangkan Najib mengarahkan rakyat supaya berjimat cermat,” ujarnya.
Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menyewa dari Putrajaya Holding yang memerlukan kerajaan membayar secara komited kepada pemaju itu setiap bulan.
“Yang kita tahu, keseluruhan Putrajaya Holding ini disewa bermakna kerajaan mempunyai komitmen bulanan kerana ia bukan aset kerajaan. Jika dibuat kos analiss jangka panjang, saya rasa kerajaan rugi,” katanya.
Dalam jawapan bertulis menteri di Jabatan perdana Menteri pada Jun lalu, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.
Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.
Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya sahaja berjumlah RM10 juta dan bil air pula mencecah RM1.9 juta untuk tempoh yang sama.
Pada Disember 2008, iaitu pada masa pentadbiran perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan menjelaskan sewa bagi kediaman PM di Seri perdana hanya pada sekitar RM4.15 juta. Manakala RM2.74 juta lagi dibayar bagi sewa kediaman TPM di Seri Satria.

Thursday 29 September 2011

Desak pihak POLIS siasat PERKASA

 PAS mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan pendesak Melayu, Perkasa ekoran ancaman terbuka mereka untuk 'menyerang' Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sambil menyifatkan ancaman itu boleh mencetus ketegangan, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihak polis sepatutnya sudah boleh memanggil Perkasa.

"Sepatutnya pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap Perkasa yang membuat ancaman secara terbuka.

"Mereka boleh cakap apa yang mereka nak cakap, tetapi jangan pulak sampai bertindak menghalang hak orang lain berceramah," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas amaran Perkasa Negeri Sembilan bahawa mereka akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.

Amaran itu dilontarkan ketuanya Mohd Noor Nordin Abdullah yang dengan angkuh berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad, jika timbalan presiden PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Sabtu lalu satu pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban.

Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas bergelut dengan ahli Perkasa yang menyerbu pentas ceramah ketika timbalan presiden PAS sedang berucap

The Arrivals Reloaded (English) Part 3 ( 2 of 3)

The Arrivals Reloaded (English) Part 3 ( 1 of 3)

Kata persefahaman sudah dicapai,apa kata UMNO?

Pakatan Rakyat berjaya mencapai kata sepakat semalam untuk membenarkan PAS membuat penjelasan dan penerangan tentang undang-undang jenayah syariah termasuk hudud.

Bagaimanapun pelaksanaannya akan bergantung kepada kejayaan untuk mendapat kata sepakat bagi meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ianya dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat juga menerima prinsip bahawa DAP tidak bersetuju dengan undang-undang ini ketika PAS dan PKR menghormatinya, namun ia tidak menghalang PAS untuk terus menerangkannya kepada masyarakat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perkara ini dalam sidang media bersama yang diadakan kira-kira jam 1 pagi tadi selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pejabat Agung PAS.

"Pakatan Rakyat menghormati inisiatif PAS untuk laksanakannya. Untuk melaksanakannya, ia perlu capai kata sepakat dan seterusnya pinda perlembagaan," kata Anwar.

Anwar juga berkata, "Kenapa kita mesti nafikan hak PAS untuk articulate isu ini, ini proses demokrasi...bukan Umno yang kontrol Pakatan Rakyat...kita hormati hak rakyat untuk membentangkan cadangan mereka. Nafikan PAS untuk articulate kes ini, ia tidak ada."

Keputusan yang dicapai semalam menolak sama sekali harapan musuh Pakatan Rakyat untuk melihat mereka berpecah sebagaimana isu negara Islam yang memecahkan PAS dan DAP pada tahun 2003 dalam Barisan Alternatif.

Ia juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

PKR dan PAS juga menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

"Kita hormati hak PAS untuk hendak melaksanakan hudud di samping menghormati hak DAP untuk tidak bersetuju dengannya," kata Anwar.

Mesyuarat yang disertai oleh hampir semua pemimpim utama PAS, PKR dan DAP itu bermula jam 10 malam.

Hanya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sahaja yang tidak menyertainya dan beliau diwakili oleh Exco kerajaan negeri Kelantan yang juga seorang peguam, Datuk Takiyudin Hassan.

Dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ini bermakna semua pihak dalam Pakatan Rakyat boleh menyatakan pendirian mereka mengenainya secara terbuka.

PAS dibenarkan secara rasmi untuk terus menerangkan undang-undang Allah ini di samping berusaha untuk melaksanakannya dengan syarat usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berjaya.

Anwar menegaskan, "Kita tidak boleh halang PAS untuk memberikan pandangan atau cadangan dalam atau di luar mesyuarat."

Kini persoalan yang perlu dijawab adalah, bagaimanakah caranya untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang ini dilaksanakan?

Anggota Parlimen PAS akan menyokong. Begitu juga anggota Parlimen PKR, mereka juga akan menyokong berdasarkan keputusan semalam. Jelas juga, DAP menyatakan mereka tidak menyokong hukum ini.

Ini bermakna, berjaya atau tidak pelaksanaan undang-undang ini bergantung juga kepada kerjasama dari anggota Parlimen dari Barisan Nasional (BN) khasnya Umno.

Pendek kata, undang-undang ini akan berjaya dilaksanakan kalau ia turut disokong oleh Umno kerana parti inilah yang mempunyai ahli paling ramai sekarang dalam Dewan Rakyat.

Jadi bola sekarang sebenarnya terletak di kaki Umno. Kalau parti yang mendakwa memperjuangkan hak orang Melayu itu menyokong undang-undang Islam ini, ia akan berjaya dilaksanakan.

Jika Umno tidak menyokongnya kerana takut MCA dan Gerakan yang memberikan amaran akan keluar BN jika ianya dilaksanakan, maka ketika itu Umnolah sebenarnya yang salah.

Pendek kata, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam telah berjaya menolak isu ini kepada Umno dari menjadi isu panas dalam Pakatan Rakyat.

KENYATAAN PENUH PAKATAN RAKYAT

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk  pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai  Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Lim Kit Siang

Wednesday 28 September 2011

ISU JAIS-Gereja : Kerajaan Negeri tunggu nasihat Sultan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz berkaitan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke Gereja Damansara Utama (DUMC).

Menurut beliau, DYMM Tuanku Sultan berkenan untuk memberi nasihat berkaitan isu terbabit dan kerajaan negeri akur dengan nasihat yang diberikan memandangkan baginda selaku Ketua Agama Islam di Selangor.

“Saya telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor dan antara ini telah membincangkan laporan yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan keatas majlis yang diadakan di Dewan 3, Dream Centre, Petaling Jaya.

“Baginda  selaku Ketua Agama Islam di Selangor telah berkenan untuk memberikan pandangan dan nasihat untuk menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik.

“Kerajaan Negeri Selangor akan akur dengan segala nasihat dan jalan penyelesaian yang akan dikemukakan oleh baginda. Kami yakin bahawa keputusan yang akan dibuat oleh DYMM Sultan Selangor adalah yang terbaik untuk masyarakat pelbagai kaum dan agama di Selangor di samping memelihara kesucian agama Islam itu sendiri,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, kira-kira 30 anggota polis dan penguatkuasa Jais memeriksa Gereja Damansara Utama (DUMC) setelah mendapat maklumat adanya cubaan memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

Dalam serbuan itu, Jais dilaporkan telah memeriksa 12 individu beragama Islam yang turut hadir dalam program anjuran Harapan Komuniti.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh DUMC dan Komuniti Harapan.

Menurut mereka, majlis tersebut adalah acara mengutip derma bagi pesakit AIDS.

Ujar beliau lagi, dalam tempoh terdekat baginda Sultan akan mengeluarkan titah dan semua barisan Exco Kerajaan Negeri juga tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan DYMM Sultan Selangor.

"najib dan rosmah harus jelaskan..":DS ANWAR IBRAHIM


 Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merupakan saksi yang relevan dalam kes liwat dihadapi Ketua Pembangkang itu.
Dalam afidavit balas ke atas permohonan Najib yang difailkan hari ini, Anwar berkata beliau memerlukan Presiden Umno itu datang ke mahkamah bukan untuk menunjukkan beliau terlibat dalam "konspirasi tetapi bagi mendapatkan penjelasan" tentang pertemuannya dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008 iaitu dua hari sebelum dia mendakwa diliwat.
Anwar (gambar) juga membangkitkan poin yang sama dalam afidavit balas ke atas permohonan Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata Rosmah ada memberi kenyataan saksi kepada pegawai polis yang bertanggungjawab dalam siasatan kes liwat iaitu DSP Jude Pereira.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Najib dan Rosmah esok agar dikecualikan daripada menghadiri sebagai saksi perbicaraan peringkat pembelaan sekarang.
Perbicaraan disambung pada 3 Oktober ini.
"Datuk Seri Najib ada mengatakan bahawa 'keluarkan sepina, saya akan datang," kata Anwar kepada pemberita di luar mahkamah petang ini.
Anwar mengulangi bahawa beliau kecewa dengan sikap Najib tidak menunaikan kata-katanya.
"Mereka mengatakan bahawa mereka bukan saksi yang relevan dan keterangan mereka bukan penting dalam kes," kata peguam Anwar, Sankara Nair dengan merujuk kepada kandungan afidavit Najib dan Rosmah.
"Kami kata ia penting," kata Sankara.
Kedua-dua Najib dan Rosmah telah disepina bulan lalu selepas enggan ditemu bual secara tertutup oleh peguam Anwar.

Perbezaan pentabiran PR dan UMNO/BN dikedah

28 Sept: Setelah tiga tahun mengurus dan mentadbir negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ternyata terus utuh dengan pentadbiran sifar rasuah.

Sehingga kini tiada kes rasuah yang disabitkan kepada pemimpin kerajaan mahupun pegawai kerajaan, malah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ternyata berjaya mentadbir negeri dengan baik dengan mengutamakan keadilan, pertanggungjawaban dan intergiti.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, penentangan terhadap rasuah merupakan dasar utama Kerajaan Pakatan Rakyat dan sesiapa sahaja yang terbabit dengan rasuah hendaklah dihukum dan tidak dilindungi, manakala semua urusan kerajaan mestilah dilaksanakan secara telus tanpa sebarang penyelewengan.

Menurut beliau, sejak mengambilalih tampuk pemerintahan negeri, beberapa langkah berhubung hasrat kerajaan untuk menegakkan pentadbiran yang berintegritikan telah dilaksanakan.

Katanya, antaranya termasuklah Menteri Besar dan Exco telah membuat pemotongan gaji dan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud serta pengurangan elaun mesyuarat bagi Menteri Besar dan Exco yang menjadi anggota Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC).

"Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak lagi dibayar elaun tetap bulanan seperti yang diamalkan semasa Kedah berada di bawah pemerintahan BN sebelum ini yang mencecah sehingga RM7 juta setahun tetapi sekarang hanya menerima eluan hadir mesyuarat yang tidak pun mencapai RM2 juta setahun," katanya.

Setelah Pakatan Rakyat memerintah Kedah, menurut beliau seperti yang dicatatkan di dalam buku Kedah Sejahtera 2008, Menteri Besar tidak lagi menggunakan jet khas, tidak lagi tinggal di hotel mewah ketika ada urusan kerja di Kuala Lumpur, sebaliknya hanya tinggal di apartmen biasa yang disewa oleh Kerajaan Negeri.

Katanya, Menteri Besar turut meminimumkan perjalanan ke luar negara dengan hanya 3 kali dalam tempoh 3 tahun, manakala Exco pula dinasihati menaiki penerbangan kelas ekonomi jika melakukan perjalanan dengan pesawat walaupun layak menggunakan "business class".

"Sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah terus bertindak dengan merangka dan melaksanakan aktiviti strategik dalam bidang pembangunan, pendidikan, pembangunan insan, ekonomi, pertanian, industri, kebajikan dan pelancongan demi merealisasikan gagasan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua," katanya.

Di dalam buku yang diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah itu, Azizan menegaskan, walaupun baru tiga tahun mengurus dan mentadbir negeri, pencapaian Kerajaan Negeri dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat.

Katanya, dalam masa yang sama, rakyat juga dapat melihat usaha ke arah kemajuan negeri dan kebaikan rakyat akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri melalui Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang telah dilancarkan sebelum ini.  

Dari sudut pentadbiran, setelah mengambil alih pemerintahan negeri, pemberian kontrak sesuatu projek di bawah Kerajaan Negeri telah dilaksanakan secara telus dan adil.

Hasilnya, menurut beliau, Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2009 menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205 peratus dari hasil balak berbanding tahun 2007, hasil pemberian konsesi secara tender terbuka," jelasnya.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah Kedah, perakuan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 jelas menunjukkan Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan hasil negeri.

"Buat pertama kalinya, GLC telah berjaya menyumbang sebanyak RM30 juta kepada Kerajaan Negeri. Sumbangan seperti ini tidak pernah dilakukan semasa Kedah berada di bawah BN sebelum ini.

"Lebih jauh dari itu, ekoran dari perancangan strategik yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, Defisit Belanjawan 2010 sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi," jelasnya.

Luangkan sedikit masa untuk membaca apa itu ILLUMINATI/FREEMASON


Freemason
Freemason merupakan organisasirahsia dunia yg terkenal dgn lambang jangka lukis dan sesiku L (pembaris berbentuk L). Dua alat yg jika ketiadaannya agak mustahil bagi kita utk mendirikan bangunan-bangunan seluruh dunia. Setinggi-tinggi bangunan tidak akan terdiri tanpa asas yg kukuh. Dalam proses pembinaan One World Order, mereka telah memasukkan pelbagai unsur-unsur pemujaan syaitan kedalam kehidupan harian kita sbg asas yg kukuh dalam pembinaan One World Order. Antara unsur pemujaan yg terkenal adalah the checkered floor yg melambangkan penyatuan alam manusia dan alam syaitan.posters_03__99352
checkered floor dalam agama hindu
Pembinaan One World Government (One World Order) adalah amat mustahil tanpa rancangan yg halus dan rapi. Banyak lagi unsur-unsur pemujaan syaitan yg telah diterapkan melalui lady in red. Lady in red adalah perkara-perkara yg melalaikan seperti hiburan, sukan dan bermacam lagi. Penggunaan kata lady adalah kerana wanita memunyai daya tarikan yg lebih tinggi berbanding lelaki dan warna merah pula adalah warna yg paling terang jika dibandingkan dgn semua warna. Jadi, lady in red adalah sesuatu yg mempunyai daya tarikan yg tinggi utk melalaikan kita.
Rasulullah telah berpesan dalam khutbah terakhirnya yg bermaksud “berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”. Inilah antara perkara kecil yg telah rasulullah ingatkan kepada kita. Betapa halusnya perancangan mereka memasukkan pelbagai unsur-unsur pemujaan syaitan dalam kehidupan harian kita.
Selain itu, mereka juga telah membuktikan kebolehan mereka menghasilkan sesuatu yg diluar jangkaan manusia dgn melakar peta awal pembinaan sesebuah bandar masa depan seperti yg terdapat di Washington. (maklumat lanjut boleh didapati dalam ebook Secret Architecture)
DCStreets-04 King1
peta Washington
Jadi, logo freemason melambangkan perkara-perkara kecil yg pernah diberitahu rasulullah. Perkara-perkara kecil inilah yg telah membutakan mata hati kita. Perkara-perkara kecil inilah yg telah menyesatkan kita. Perkara-perkara kecil inilah yg telah mendekatkan diri kita dgn dajjal laknatullah.
Illuminati
Illuminati terkenal dgn lambang piramid bermata satu. Piramid ini kadang-kadang diletakkan atas satu lagi piramid yg tidak berbucu atas (unfinished pyramid).
Berdasarkan apa yg kita tahu mengenai ‘perjuangan’ kaum yahudi yg menggelar dajjal sebagai the king of kings (raja segala raja), kita akan dapati bahawa segala yg mereka lakukan semata-mata hanya kerana raja mereka yg lahir drpd perhubungan antara syaitan dan manusia itu. Mereka lakukan semata-mata utk menyediakan umat manusia sedunia dalam meramaikan tentera dajjal utk perang akhir zaman tak lama lagi.
Secara dasarnya, mereka melaksanakan matlamat mereka menggunakan plan ‘pecah dan perintah’. Mereka mewujudkan pelbagai jenis manusia supaya tiada lagi perpaduan sebenar sesama kita dan akan menjadi lebih senang utk mereka mengawal dunia. Kehidupan seharian kita dibeza-bezakan dgn pangkat mesing-masing. Menteri hanya bergaul dgn menteri, rakyat biasa hanya bergaul sesama mereka dan golongan lain hanya bergaul dalam golongan tersebut. Setiap golongan dipisahkan mengikut darjat kekayaan yg bila disusun akan menjadi bentuk tangga/piramid. Dan diletakkan piramid bermata satu di atas sekali sbg lambang lengkapnya carta organisasi dunia yg penuh dgn fitnah dajjal.
Memang sejak zaman nabi dan sahabat dulu manusia ada berpangkat sbg ketua negara, golongan bangsawan, golongan bawahan dan bermacam golongan lagi yg juga boleh disusun menjadi bentuk piramid. Tapi jika kita tengok semula cara hidup nabi Muhammad (saw) dan para sahabat, adakah mereka membezakan hidup mereka dgn orang2 lain seperti apa yg kita lihat disekeliling kita? Tidak. Rasulullah sendiri pernah berkhidmat utk golongan tua dgn menyuapkan makanan walaupun si tua itu tidak mengenali yg menyuapkan makanan ke mulutnya setiap hari itu adalah seorang utusan Allah dan ketua negara.
Corak pemerintahan khilafah tidak pernah memisahkan cara hidup antara pemimpin dan rakyatnya. Corak pemerintahan khilafah tidak pernah memisahkan tali persaudaraan anak2 Adam berdasarkan pangkat2 yg mereka miliki. Corak pemerintahan khilafah tidak pernah mewujudkan pelbagai fitnah dalam negara2 yg mengamalkannya. Fitnah2 seperti rasuah, hubungan sejenis dan bermacam lagi fitnah laknatullah pernah wujud dalam sistem pemerintahan berkhalifah.
Selain itu, melalui pakaian juga kita telah dipisahkan. Mentaliti kita juga telah di’set’ oleh mereka utk membezakan golongan2 tertentu melalui pakaian. Nampak sekumpulan lelaki berjubah semua lari malas nak dengar dakwah yg dibawa. Nampak sekumpulan lelaki berpakaian ala2 barat (kot, tie, etc..) semua tunduk hormat. Nampak mereka yg berjubah buat silap, Islam yg dikutuk. Nampak mereka yg memakai kot buat silap, semua anggap semua tu perkara biasa.
Jadi, gaya hidup dunia telah dipesongkan jauh drpd gaya hidup Islam. Gaya hidup kita sekarang adalah berdasarkan gaya hidup yg telah mereka tetapkan. Gaya hidup bertangga, berpiramid. Apa yg kita mampu lakukan sekarang hanyalah berusaha memperbaiki diri sendiri dan berharap setiap apa yg kita lakukan akan menghasilkan sesuatu yg hebat. Allah telah berfirman dalam Quran yg bermaksud “perempuan yg buruk itu utk lelaki yg buruk dan perempuan yg baik itu utk lelaki yg baik dan begitu juga sebaliknya” (an-nur : 26). Dgn memperbaiki diri, bukankah kita juga akan mendapat pasangan yg juga setaraf (kebaikannya) dgn kita dan insyaAllah akan melahirkan zuriat yg jauh lebih baik? Kebaikan bukan dinilai dgn apa yg kita ada sekarang tapi dgn niat dan keazaman yg tinggi utk berubah atas nama agamanya. Dgn itu, adalah tidak mustahil jika zuriat2 yg dilahirkan atas konsep ini dapat menghidupkan kembali konsep khilafah yg telah dijanjikan kelak.
Jika kita telah jumpa dgn khalifah akhir zaman itu nanti, wajib bagi kita utk menyertainya atas nama Islam walau apa pun ujian yg datang. Jadi, mari sama2 kita berlumba dalam menghidupkan satu khilafah yg baru yg telah menjadi kewajipan bagi kita utk mengeluarkan Islam drpd fitnah syaitan dan keturunannya (dajjal)

Utusan: Orang Anwar resapi badan k'jaan?

 Utusan Malaysia - hari ini mendakwa menerima maklumat kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar orangnya meresapi badan kerajaan yang strategik untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Musuh" ini didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.Dalam artikel bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam 

badan-badan strategik kerajaan?' yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan (kanan) mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.

"Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

"Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata," tulisnya.

Beliau memetik maklumat itu memberitahu: ''Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi, tulisnya, inilah kemenangan Anwar yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang Anwar secara perlahan. 

azlan"Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk (Muammar) Gaddafi (pemimpin Libya yang digulingkan). 

"Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!'' tulis Zaini memetik maklumat tersebut.

Sebagai contoh Zaini memetik maklumat itu lagi: " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

"Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Bagaimanapun, Zaini menegaskan dia tidak dapat mengesahkan apa yang dikatakan oleh sumbernya itu.

"Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

"Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya."

Jika dakwaan itu benar, tulis Zaini, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya dan sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

"Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa," tambahnya.

khas untukmu KRONI:kuato 30%


: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata kuota 30 peratus bumiputera tidak pernah tercapai, sebaliknya agihan kekayaan negara hanya tertumpu kepada kroni yang rapat dengan pemerintah.
“Dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah menjangkau 40 tahun, kenapa sasaran 30 peratus masih belum dicapai. Hingga kini tidak ada satu angka berwibawa. Berapa pegangan ekuiti sebenar? Berapa usahawan kecil bumiputera? Berapa individu (bumiputera yang berjaya dalam perniagaan),” ujar beliau.
Saifuddin mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semalam yang mengingatkan bahawa 30 peratus kuota bumiputera akan dihapuskan kelak.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai cakap kosong, Saifuddin berkata pada hakikatnya kuota berkenaan sebelum ini tidak memberi keuntungan kepada Melayu bawahan, sebaliknya hanya menguntungkan kroni Umno.
“Ia tidak tercapai kerana proses perlaksanaan berakhir dengan keutamaan kepada individu yang berkepentingan kepada Umno. Dasar itu tidak sampai ke bawah dan kalau ada pun hanya tempias,” katanya kepada keadilandaily.
“Dan kalau tak tercapai kenapa Umno yang kononnya juara melayu hendak menamatkan kuota ini?,” sinis beliau.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata,  pengumuman tersebut akhirnya tidak akan membuahkan apa-apa hasil dan tidak mencerminkan niat sebenar perdana menteri  untuk melakukan perubahan.
Ini kerana sebelum ini Model Ekonomi Baru yang memperincikan hasrat membuka ekonomi dengan dasar tidak berteraskan kaum, disangggah oleh Badan Bukan Kerajaan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).
“Hasilnya, Najib tunduk dengan tekanan itu dan ia tidak lebih satu kenyataan,” katanya.
Model Ekonomi Baru diumumkan Najib pada Mac 2010, yang mencedok idea Agenda Ekonomi Malaysia yang diperkenalkan Pakatan Rakyat, diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Febuari lalu mengakui DEB telah disalah-gunakan oleh orang Melayu bagi mendapatkan kekayaan segera.
“Saya malu, saya sering mempertahankan DEB tapi sedar kalau segala peluang yang diwujudkan dalam DEB digunakan oleh orang Melayu, hari ini kita bukan sahaja (akan) mendapat 30 peratus kekayaan negara tetapi lebih daripada itu,” Mahathir dipetik berkata.

Isunya bukan hapus kuota, tapi laksana keadilan:AZMIN ALI


Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghapus kuota Bumiputera sekadar untuk mencari populariti semata-mata, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
Azmin berkata, isu yang perlu diberi perhatian oleh Najib bukan menghapuskan kuota berkenaan, tetapi jauh lebih penting ialah melaksanakan prinsip  keadilan dalam pentadbiran beliau.
“Pengumuman itu sekadar mencari populariti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,”
“Soalnya, beranikah Najib melaksanakan prinsip keadilan dalam pentadbirannya?” katanya ketika ditemui pada Forum Politik Malaysia Pasca ISA, anjuran Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar malam tadi.
Azmin diminta mengulas kenyataan Najib semalam bahawa kuota 30 peratus yang selama ini diperuntukkan untuk Bumiputera akan dihapuskan kelak.
Beliau menegaskan, isu kuota bumiputera selama ini tidak mempunyai makna kepada orang Melayu kerana ia hanya dibolot segelintir kroni yang rapat dengan pemimpin Umno.
“Kalau Najib faham apa itu prinsip Keadilan, beliau tidak akan mendukung perjuangan Perkasa (yang menolak pemansuhan kuota bumiputera),” kata Azmin.
“Sebab itu saya tegaskan, soalnya ialah prinsip keadilan yang sepatutnya diamal dalam pentadbiran mana-mana pemerintah,” katanya.
Malaysia telah memperkenalkan tindakan afirmatif untuk membasmi kemiskinan pada tahun 1971 dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang tamat pada 1990.
Selepas puluhan tahun pelaksanannya, DEB bukan lagi dianggap sebagai mekanisme pengagihan kekayaan tetapi digunakan untuk mengekalkan kuasa Umno dan rasuah. Selepas 1991, polisi-polisi kerajaan masih mengekalkan semangat lama DEB.
Pada Mac tahun lalu, Najib memperkenalkan Model Ekonomi Baru dengan kuota pemilikan berasaskan kaum dihapuskan secara beransur.
Sementara pada masa yang sama statistik kerajaan menunjukkan peratus rakyat Malaysia yang hidup di bawah paras kemiskinan adalah kaum Melayu.
Rekod menunjukan, Saham Melayu-Bumiputera ketika ini hanya berbaki RM2 bilion berbanding RM54 bilion sejak diperkenalkan seperti mana diakui sendiri oleh Najib Razak.

PM retorik dengan slogannya...


28 Sept: Rakyat sudah bosan dengan retorik lakonan bohong, rakyat bukan mahu Perdana Menteri naik bas atau basikal.
“Selaku Perdana Menteri, rakyat tidak kisah jika kamu gunakan peruntukan yang dibenarkan berpada-pada tetapi yang penting kami mahu kamu menguruskan ekonomi dan negara dengan adil dan saksama,” kata Pengarah Sekreteriat Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zulkifli Ibrahim.
Beliau turut menyentuh pengisytiharkan 12 resolusi pada Ahad lepas hasil dari permukiman dua hari yang menghimpunkan semua pengarah, penyelaras di peringkat pusat negeri dan wakil-wakil perbagai segmentasi anak muda.
Katanya, hasil diskusi panjang yang turut menghadirkan beberapa orang sumber dari perbagai latar termasuk ahli politik pembangkang, ahli politik pemerintah, cendiakawan, wartawan dan aktivis.
Menurutnya, bukan sekadar 12 resolusi diangkat tetapi turut dibincangkan ialah program-program partikal bersesuaian dengan resolusi tersebut, namun semalam muncul cakap-cakap yang mengatakan sebuah sayap parti politik telah meniru salah satu resolusi yang diangkat SAMM.
Dalam 12 resolusi SAMM terkandung dengan jelas salah satunya berbunyi: Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMMmelancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalammenyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.
Manakala semalam, jelasnya sebuah sayap pemuda sebuah parti politik pula mengumumkan akan mengadakan kaji selidik untuk mendapat pandangan orang muda seperti yang dicadangkan oleh SAMM.
Untuk pengetahuan semua, katanya SAMM tidak kisah lansung jika ada pihak meniru mana-mana cadangan SAMM.
“Sememangnya usaha kami bermukim secara serius dan berhempas pulas berhari-hari untuk melahirkan resolusi ini sebagai pedoman terhadap gerakan muda,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, bukan sahaja satu resolusi tersebut tetapi SAMM mengajak semua penggerak organisasi anak muda agar dapat sama mengangkat semua resolusi terbabit, juga sama mendesak pihak berkenaan untuk merialisasikannya demi kebaikan rakyat terbanyak khususnya massa muda.
“Seperti mana Pakatan Rakyat yang telah mengeluarkan Buku Jingga dengan janji 100 hari jika diberi mandat, oleh kerana cadangan ini baik dan amat menarik, maka Perdana Menteri Malaysia sendiri telah meniru beberapa aspek dalam buku Jingga dalam beberapa tindakan dan pengumumannya mutakhir ini,” katanya.
Apapun ia baik untuk rakyat, ujarnya tindakan Perdana Menteri itu memperakui Buku Jingga merupakan tawaran yang baik dan tidak mampu ditolak.
Justeru, ujarnya SAMM mengajak semua massa muda untuk bersama dalam usaha menyusun gerakan muda.
“Kami mahu menyebarkan radikalisma SAMM di hati massa muda. Massa muda yang khususnya golongan pekerja bawahan sedang dihimpit teruk dengan kos sara hidup yang semakin menjerut.
“Kebangkitan proletariat muda harus disusun untuk menjatuhkan regim yang semakin tidak tahu mendengar suara rakyat,” ujarnya.

Cabar keputusan kerajaan:BERSIH2.0


Mahkamah Tinggi membenarkan Bersih 2.0 untuk mencabar keputusan kerajaan mengharamkan gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya itu awal Julai lalu.
Dengan mengetepikan permohonan Peguam Negara agar membatalkan permohonan Bersih, mahkamah menetapkan 22 November ini untuk mendengar kes tersebut.
“Ini penting memandangkan ia membolehkan kepentingan publik didengar di mahkamah terbuka,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) kepada pemberita selepas bertemu dengan hakim di kamarnya.
Kes itu didengar oleh Hakim Datuk Rohana Yusuf.
Pada 8 Julai, 14 anggota jawatankuasa pemandu pergerakan itu termasuk Ambiga mengemukakan permohonan bagi semakan kehakiman itu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.
Kesemua anggota berkenaan antara lain memohon perintah certiorari bagi membatalkan pengisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai yang mengisytiharkan gerakan Bersih sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuat kuasa serta-merta.
Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.
Dalam pada itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said yang mewakili responden berkata beliau akan mendapatkan arahan pihak atasannya sama ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini atau sebaliknya.

The Arrivals Reloaded (English) Part 1 (3 of 3)

lahirkan al Hafiz:DARULSYIFFA

: Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussyifa kampung Seri Repah Tampin merupakan sekolah agama rakyat yang di uruskan oleh jawatan kuasa yang di bentuk oleh madrasah tahfiz sendiri tanpa mendapat sumber kewangan dari kerajaan.
(Para pelajar tahfiz sedang belajar dengan bimbingan guru mereka)

Namun,  tanpa bantuan kerajaan mereka mampu melahirkan para pelajar yang mahir dalam tahfiz al-Quran kerana mampu menghafal al-Quran dalam tempoh masa yang singkat sekitar 3 tahun pelajar di madrasah berkenaan.

Selain itu pelajar-pelajar juga di ajar fardu ain dan tauhid.

Madrasah ini telah di tubuhkan pada 1996 di mana pada awal penubuhan hanya seramai tiga pelajar dan seorang guru yang ketika itu beroperasi di bangunan rumah kayu.

Kini atas sumbangan bantuan dari masyarakat, telah terbinanya bangunan batu yang lebih selesa yang menempatkan seramai 113 pelajar dan sembilan guru sepenuh masa mengajar.

Pada 16.6.2011 madrasah telah menerima kunjungan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Tunku Besar telah bekesempatan melihat sendiri operasi pengajaran al-Quran yang di ajarkan di situ dan sempat melawat ke berapa kawasan di sekitar kawasan madrasah untuk lebih mengetahui keadaan di madrasah tersebut. Madrasah hanya terletak 10 kilometer dari Pekan Tampin.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa di kampung Seri Repah Tampin telah berjaya melahirkan pelajar yang mahir dalam menghafal al Quran.

Pelajar yang di lahirkan dari madrasah berkenaan telah berjaya menjadi guru agama yang terkenal bila memasuki bulan Ramadhan pihak luar juga negara asing memohon untuk mendapatkan imam untuk solat tarawih.
(Bangunan madrasah yang kini menjadi lebih moden)

Pihak Madrasah pernah menghantar pelajar untuk menjadi iman ke negara Afrika Selatan juga ada pelajar berjaya memasuki pusat pengajaran agama yang terkena termasuk di Indonesia bagi memperolehi pengetahuan mengenai al-Quran dan fardu ain lebih mendalam.  

Yang Dipertua Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa, Haji Suhaimi bin Hj. Othman mengatakan tanah di mana terdirinya Madrasah ini adalah tanah yang di wakafkan oleh seorang individu sejak tahun 1996.

Kini pihak madrasah juga telah di berikan seluas 6.1 ekar tanah lagi oleh individu berkenaan untuk tujuan mendirikan bangunan bagi tujuan pembelajaran al-Quran juga hadis yang akan memberikan peluang lebih ramai pelajar dapat pelajar di Madrasah berkenaan.

Pelajar yang belajar di situ terdiri dari mereka yang berlainan latar  belakang keluarga dari seluruh negeri di Malaysia juga dari luar negara.

Individu-individu  juga pihak syarikat-syarikat besar yang mahu menyumbang kepada madrasah amat di alu-alukan. Sumbangan boleh
di salurkan terus kepada pihak Madrasah Al-Quran Darussifa Kg Seri Repah, Tampin, Negeri sembilan.

Sejarah Perlu Selari Perkembangan Demokrasi

Kesuburan sejarah harus selari dengan perkembangan demokrasi untuk memastikan rujukannya sentiasa relevan menurut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar.

Sehubungan dengan itu katanya, negara juga harus membuka ruang untuk memberi pengiktirafan kepada golongan yang turut serta memperjuangkan kemerdekaan tanahair.

Bercakap pada sebuah wawancana khas Sinar Harian bertajuk "Wajarkah Sejarah Ditulis Semula" petang tadi, Mohamad menyifatkan pemahaman sejarah dalam konteks tafsiran harus digilap untuk memaparkan perjuangan yang lebih jelas.

"Oleh kerana sifat sejarah itu terbentuk dalam acuan yang sentiasa melalui penafsiran baru termasuk tuntutan globalisasi... maka kita perlu mengukuhkan sejarah nasional itu dengan pengilapan.

"Cuma persoalannya apakah ia akan melibatkan rombakan atau renovasi? Bagi saya lebih cenderung mengatakan perlunya renovasi.

"Kalau dahulu pihak golongan kiri atau agama tidak diketengahkan dalam pembinaan sejarah, maka kita beri ruang kepada sumbangan mereka kerana perjuangan," kata Mohamad dalam wawacana khas di Shah Alam.

Isu sejarah hangat diperkatakan muktahir ini apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengangkat Ketua Regimen Parti Komunis Malaya (PKM) Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

Dalam ceramahnya di Pulau Pinang bulan lalu, Mat Sabu turut mendakwa tentara dan polis yang bersama-sama British ketika itu sebagai penjajah.

Semenjak itu beliau mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak termasuk ugutan untuk mencederakan beliau dan keluarganya.,

Selain Mohamad sebagai ahli panel, wacana sebentar tadi turut menjemput Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Majlid Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Pakar Sejarah Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Datuk Dr Ramlah Adam.

Mohamad berkata disebabkan sejarah ditentukan berdasarkan faktor dan tafsiran, maka ianya perlu diperkukuhkan dengan pemantapan nilai peradaban itu sendiri.

Katanya, sejarah boleh disalurkan melalui dua peringkat berlainan iaitu buku teks kurikulum dan kajian berterusan ilmuan termasuk tafsiran umum.

Namun beliau mempersoalkan sekiranya negara bersedia untuk menghadapi rombakan untuk penambahbaikan.

"Selama ini sejarah banyak ditentukan oleh pihak luar iaitu pengamatan dari Inggeris. Kita mahu sejarah dari dalam menentukan luarannya. Itu yang kita mahu.

"Ertinya sejarah yang berpaksi menentu corak dan tempo perjalanan sejarah semasa sehingga masa depan tidak lebih daripada perlanjutan masa kini," kata beliau.

END

Tuesday 27 September 2011

Kesan dari insflasi kepada orang MUDA...

 27 Sept: Bagi megenalpasti masalah ekonomi yang mendesak generasi muda hari ini, Parti Keadilan Rakyat mengambil pendekatan yang lebih holistik berbanding Barisan Nasional apabila bersedia melancarkan satu 'Tinjauan Kesan Inflasi Kepada Orang Muda' di seluruh negara bermula seawal Oktober ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin. berkata hasil awal tinjauan tersebut akan digunakan sebagai panduan kepada Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat.

"Tinjauan ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Angkatan Muda KEADILAN. AMK telah merangka jadual untuk turun ke tempat-tempat awam di seluruh negara untuk menemuramah dan mendapatkan maklumbalas golongan muda, bermula dengan stesen-stesen LRT di ibu kota pada 1 dan 2 Oktober akan datang," katanya dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.

Tambahnya lagi hasil tinjauan ini juga akan menjadi penanda aras kepada langkah-langkah yang diambil Barisan Nasional menangani peningkatan kos sara hidup di dalam Belanjawan 2012 yang akan diumumkan pada 7 Oktober ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Shamsul berkata hasil kajian selain bertujuan untuk mengesahkan pandangan PKR mengenai isu-isu utama yang akan mempengaruhi keputusan mengundi di dalam Pilihanraya Umum ke-13 dalam kalangan orang muda.

Beliau dalam pada itu berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan di dalam forum-forum yang akan diatur oleh PKR dan AMK dalam bulan Oktober ini sebagai usaha untuk mengenengahkan isu-isu ekonomi golongan muda.

Antara perkara-perkara khusus yang akan diberikan tumpuan di dalam tinjauan ini mencakupi aspek-aspek berikut:

1. Pendapat orang muda mengenai peluang pekerjaan dan perniagaan
2. Kesan tanggungan pembiayaan pendidikan tinggi melalui PTPTN dan pendidikan swasta di kalangan orang muda
3. Aspirasi perumahan orang muda dan kesan ketiadaan rumah mampu milik di bandar-bandar besar
4. Sejauh mana Dasar Automotif Nasional yang mengenakan duti dan cukai yang tinggi meninggalkan kesan kepada pengurusan kewangan orang muda
5. Kefahaman orang muda mengenai gaji minima

Lantaran itu, PKR menjemput seberapa ramai orang muda untuk turut serta di dalam tinjauan ini.

Selain daripada edaran di tempat-tempat awam, tinjauan ini juga boleh didapati di laman-laman internet mulai 3 Oktober ini.

ustaz azhar idrus bidas masyitah

SUHAKAM:tunggu siasatan POLIS

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) masih menunggu maklum balas dari polis berhubung dengan siasatan mereka terhadap perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Ini kerana, sehingga kini, Suruhanjaya sedang menunggu maklumbalas dari pihak Polis atas permohonannya, dan peringatan seterusnya telah dikemukakan berhubung tujuan untuk menemubual Personel Polis yang bertugas semasa perhimpunan 9 Julai awam.
(Antara mangsa tembakan gas pemedih mata polis terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0)

Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya hari ini.

Suruhanjaya telah memutuskan untuk mengadakan Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011.

Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi b Haji Abdul Majid dan Encik Detta Samen.

Menurut Hasmy, sehingga 27 September, Suruhanjaya telah menyiapkan semakan penghujahan awam yang telah diterima daripada orang ramai dalam bentuk dokumen, kenyataan-kenyataan dan rakaman video, dan telah mengenal pasti saksi-saksi.

Ia kini dalam proses melengkapkan sesi temubual dengan saksi-saksi dan juga sedang mengatur untuk mendapatkan keterangan beberapa saksi yang tinggal di luar Lembah Klang, katanya.

Suruhanjaya, katanya, akan menetapkan dan mengumumkan tarikh pendengaran untuk Siasatan Awam tersebut sehingga proses temu bual berakhir.

12 Resolusi SAMM Menggoncang Politik Tanahair !!


12 Resolusi SAMM Menggoncang Politik Tanahair !!



RESOLUSI RAPAT KEBANGSAAN (PENGURUSAN) SAMM 02/2011 24-25 SEPTEMBER 2011 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat (Pengurusan) Kebangsaan yang menghimpunkan penyelaras kebangsaan dan negeri dari seluruh negara selama dua hari di Shah Alam. Rapat kali kedua ini berjaya mengumpulkan orang sumber dari perbagai latar belakang dan penuh dengan sesi diskusi sehingga menghasilkan idea pelaksanaan praktikal.

Sempena rapat ini SAMM telah mencapai 12 resolusi penting yang perlu diangkat.

1.  SAMM ialah sebuah gerakan radikal muda bebas bukan 'front' mana mana parti politik tetapi sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik mahupun apa jua organisasi untuk menyelamatkan negara dari kerakusan pemerintah korup yang kedudukan indeks rasuahnya yang parah mengikut beberapa statistik badan dunia.

2.  Demokrasi negara ini sedang 'tenat' apabila kadar kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya amat rendah, SAMM menyokong usaha telus penambah-baikkan sistem pilihanraya dan mendesak PRU WAJIB hanya boleh diadakan selepas proses penambahbaikan selesai.

3.  Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMM melancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalam menyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.

4.   SAMM meyakini pemansuhan ISA adalah kejayaan desakan rakyat dan perlu diteruskan terhadap undang-undang 'draconian' lain seperti AUKU. SAMM gesa rakyat jangan termakan gula-gula pengumuman. Undang-undang tidak boleh mansuh dengan pengumuman tetapi pemansuhan harus dilakukan di Parlimen. Selagi tidak dibawa ke parlimen pengumuman pemansuhan tidak bermakna dan tidak boleh dipercayai lagi.

5.    Isu-isu yang menyentap sensitiviti agama dan perkauman serta permainan politik lucah yang tidak langsung menguntungkan rakyat harus segera dihentikan. Tumpuan sumber dan tenaga harus ditumpukan kepada bagaimana membantu rakyat yang semakin susah.

6.   Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 manakala bagi Sabah,Sarawak pula 1963. Maka SAMM dengan tegas mengatakan semua organisasi dan individu yang berjuang melawan penjajah sebelum tarikh merdeka wajar diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

7. SAMM menegaskan semua keperluan asas rakyat seperti pembekalan eletrik,air,lebuhraya perlu dimiliknegarakan. Pendidikan serta perkhidmatan kesihatan percuma tidak boleh dikompromi. SAMM menggesa rakyat agar menjadikan ini sebagai agenda utama penilaian ketika PRU nanti.
 
8.   Menyedari betapa pentingnya kesedaran dan kepedulian di kalangan anak muda, Rapat SAMM kali ini membuat keputusan SAMM harus punya sekolah politik dan jabatan penyelidikan bagi memantapkan pemahaman politik dan kesedaran hak warga dikalangan anak muda.

9. SAMM menentang keras pengkhianatan pemerintah terhadap kedaulatan negara yang mengagihkan taraf kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya.

10.SAMM juga menyeru supaya rakyat menolak SEMUA ahli politik atau kaum keluarganya yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan mengumpul kekayaan. Imej Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian. Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat.

11. Kenaikan harga barang semakin menghimpit, ini diparahkan lagi dengan kewujudan cukai terus kepada pengguna seperti GST/VAT. Adalah satu pembohongan sistem cukai terus kepada pelanggan belum dilaksanakan. SAMM menuntut pemerintah segera bertindak membatalkan sistem cukai yang menjerut leher rakyat. Sistem cukai ini memberi ruang selesa kepada korporat dengan mengalihkan cukai kepada peniaga besar kepada rakyat.

12. Negara semakin berada di bawah kawalan korporat besar. Indeks jenayah kononya dikatakan turun, tetapi amat berbeza dengan realiti kerana setiap hari jenayah terus kepada rakyat seperti ragut, rompakan (rumah seumpamanya), bunuh, ugut semakin meningkat. Yang dikatakan turun hanyalah kerana diberi tumpuan kepada jenayah skala tinggi seperti rompakan bank dan seumpamanya. Ini memberi persepsi Negara dikawal pemodal dan korporat besar. Indeks jenayah yang mempengaruhi turun indeks jenayah Negara ialah jenayah besar yang jejas korporat besar, tetapi bagaimana dengan jenayah yang semakin menggila yang berlaku terus kepada rakyat.

SAMM mendapati negara ini bukan sekadar diambang krisis tetapi sudah memasuki pintu krisis dan perlu diselamatkan segera. 

SAMM melihat anak muda harus menjadi pelopor politik nilai. Dalam isu membela hak rakyat dan memberdaya anak muda, SAMM mengajak anak muda agar tidak kompromi, tidak ada istilah kedurjanaan yang harus dihalalkan untuk mencapai matlamat baik.

Untuk maksud resolusi,serentak dengan itu juga dirancang perbagai aktiviti dengan pendekatan radikalisma muda.

Selamatkan negara.

Translate's version