Wednesday, 28 September 2011

ISU JAIS-Gereja : Kerajaan Negeri tunggu nasihat Sultan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz berkaitan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke Gereja Damansara Utama (DUMC).

Menurut beliau, DYMM Tuanku Sultan berkenan untuk memberi nasihat berkaitan isu terbabit dan kerajaan negeri akur dengan nasihat yang diberikan memandangkan baginda selaku Ketua Agama Islam di Selangor.

“Saya telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor dan antara ini telah membincangkan laporan yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan keatas majlis yang diadakan di Dewan 3, Dream Centre, Petaling Jaya.

“Baginda  selaku Ketua Agama Islam di Selangor telah berkenan untuk memberikan pandangan dan nasihat untuk menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik.

“Kerajaan Negeri Selangor akan akur dengan segala nasihat dan jalan penyelesaian yang akan dikemukakan oleh baginda. Kami yakin bahawa keputusan yang akan dibuat oleh DYMM Sultan Selangor adalah yang terbaik untuk masyarakat pelbagai kaum dan agama di Selangor di samping memelihara kesucian agama Islam itu sendiri,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, kira-kira 30 anggota polis dan penguatkuasa Jais memeriksa Gereja Damansara Utama (DUMC) setelah mendapat maklumat adanya cubaan memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

Dalam serbuan itu, Jais dilaporkan telah memeriksa 12 individu beragama Islam yang turut hadir dalam program anjuran Harapan Komuniti.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh DUMC dan Komuniti Harapan.

Menurut mereka, majlis tersebut adalah acara mengutip derma bagi pesakit AIDS.

Ujar beliau lagi, dalam tempoh terdekat baginda Sultan akan mengeluarkan titah dan semua barisan Exco Kerajaan Negeri juga tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan DYMM Sultan Selangor.

No comments:

Post a Comment

Translate's version