Pakatan Rakyat akan membentangkan Belanjawan 2011 hari Isnin ini iaitu seminggu sebelum Kerajaan Barisan Nasional (BN) berbuat demikian, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).
Beliau pasti Pakatan Rakyat menawarkan bebarapa plan yang lebih baik dan terancang untuk rakyat ketahui berbanding BN yang hanya bersifat manis di bibir sedangkan rakyat terpaksa menanggung segala macam penderitaan.
Setiap kali pembentangan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dikatakan lebih memberikan keuntungan kepada golongan koporat atau golongan pertengahan walhal rakyat bawahan yang menyokong dasar yang menjadi amalan BN terabai.
"Pakatan Rakyat cuba buat yang terbaik daripada BN. Kita mempunyai ramai pakar ekonomi dari PAS, KeAdiLan dan DAP untuk bersama mengambil kata sepakat serta kata putus belanjawan 2012. Kita mengutamakan kepentingan rakyat. Itu harapan kita, " tegasnya semasa berucap pada 'Rapat Umum' di hadapan 30 ribu orang sempena Sambutan 60 tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas semalam.
Jelas beliau yang juga Ketua Umum KeAdiLan menyifatkan, dasar yang diterapkan oleh BN nyata menemui kegagalan walaupun pada mulanya nampak memberikan kelebihan pada rakyat dalam jangkamasa terdekat.
Beliau menasihatkan rakyat bahawa Belanjawan 2012 BN adalah 'gula-gula' pilihanraya memandangkan saat tersebut kian hampir setelah Najib selesai turun padang meninjau permalahan rakyat termasuk naik bas mewah dan berbasikal tujuh kilometer mengelilingi Tanjung Tokong.
"Semua itu lakunan untuk menunjukan pemimpin berhati rakyat mengambil tahu apa yang rakyat rasai. Padahal mereka naik bas yang dihiasi dengan kelengkapan mewah padahal rakyat tidak begitu. Apa salahnya Najib naik bas rakyat baru tahu keadaan
sebenar, " ujar beliau dengan tepukan para hadirin.
Rakyat jangan harapkan lagi lakunan para pemimpin BN selepas pilihanraya umum nanti sebaliknya matikan langkah mereka daripada mendaki Putrajaya sekali lagi.
Jadikan Putrajaya sebagai impian kita pada pilihanraya umum kelak walaupun pendakianya terpaksa berhadapan dengan segala dugaan.
Justeru itu, semua jentera Pakatan Rakyat harus mengfokuskan kerja buat dekati rakyat dan kepada negeri di kuasai Pakatan Rakyat teruskan usaha tangani apa yang tidak pernah dilaksanakan oleh BN sebelum ini.
"Fokuskan kerja buat kita jangan terpengaruh dengan taktik BN untuk memecah belahkan perpaduan yang kukuh selama ini.
Mereka cuba lagakan dengan bermacam-macam isu dan sampai hari ini kita berjaya tanganinya dengan baik. Itulah kematangan kita hasil persefahaman selama ini, " katanya.
Turut bersama dipentas utama Sambutan 60 tahun PAS ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Mursidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Setiausaha
Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali. |
|
No comments:
Post a Comment