Saturday, 22 October 2011

Bukti ada tapi,tidak kukuh!!:MURTAD diSELANGOR

: Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata usaha menyebarkan agama Kristian di kalangan umat Islam di Selangor wujud serta terdapat pelbagai bukti yang mendokong usaha tersebut
Namun, Hassan menjelaskan bukti tersebut tidak cukup kukuh untuk di bawa ke mahkamah.
"Bukan tidak ada bukti kukuh, tetapi dari sudut teknikal segela bukti yang ada itu didapati ada lombang-lompang, tetapi dari sudut bukti memang ada, dari awal program hingga akhir memang jelas berunsur agama, ajaran yang bukan lazim untuk orang Muslim."katanya.
Hassan berkata demikian bagi mengulas pendiriannya menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya.
Siasatan terhadap DUMC pada bulan Ogos telah mengundang pelbagai kontroversi dan kemarahan dari sesetengah pihak yang antaranya mendakwa JAIS bertindak luar undang-undang.
Semasa serbuan terhadap gereja tersebut, Jais mendakwa ia sedang melakukan pendakwahan terhadap 12 orang Islam menerusi program makan malam. Sebaliknya pihak pengurusan gereja tersebut menafikan dakwaan itu dan berkata 12 individu itu hanya menghadiri program pemberian bantuan.
Akhirnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah bahawa JAIS tidak melanggar undang-undang dalam tindakannya terhadap DUMC setelah menerima laporan dari jabatan itu.
Menurut Hassan, Unit Selamatkan Aqidah yang ditubuh beliau berjaya "menyelamatkan" sekurang-kurangnya 34 kes umat Islam yang telah murtad dan yang baru bercadang untuk murtad.
Bagaimana pun, Hassan enggan mendedahkan identiti-identiti mereka kerana ia merupkan satu isu yang sensitif.
"Mereka telah melalui upacara memeluk Kristian, mereka juga telah minum 'holy water', manakala pada hari minggu mereka akan ke kursus mempelajari bible 'Al-kitab, kursus nyanyian dan kursus cara-cara bagaimana mahu menjalani hidup sebagai seorang Kristian diperingkat awalanya."jelasnya.
Mengulas lanjut, Hassan yang juga ADUN Gombak Setia turut mengalu-alukan dialog antara agama lebih giat diadakan dari kalangan pakar dalam mendepani permasalahan seperti ini.
Selain itu, Hassan juga mengesa agar mubaligh-mubaligh Kristian tidak bertindak melampaui batas dengan menyebarkan ajaran tersebut dikalangan umat Islam.
"Kita tidak mencurigai dan memusuhi teman-teman Kristian, kita juga tidak bertindak menidakkan usaha-usaha Kristian dalam menghidupkan Kristianiti dikalangan penganut Kristian, tetapi untuk keharmonian, kesejahteraan jangka panjang kehidupan umat, tolong jangan sebarkan ia dikalangan umat Islam."katanya.

No comments:

Post a Comment

Translate's version