Sejarah adalah sesuatu yg kompleks untk kita bicarakan jika xmendpt fakta yg tepat.namun sejarah juga boleh didebat dan dipertikaikan..sebagai contoh hikayat HANG TUAH.mula2 dengar dulu kita akan mengatakan HANG TUAH adalah 'WIRA' sebenar.sanggup berkorban demi SULTAN yg disanjung dan negara.namun bila kita nilai n lihat blk perjalanan hikayat panglima melayu ini,ada juga pendapat yg mengatakan HANG JEBAT adalah 'WIRA' sebenar.dia berpegang pada prinsip dan ikatan persaudaraan.bertindak menderhaka krn dimatanya kepimpinan waktu itu terlampau menggunakan kuasa utk bermaharajalela,dan wajib ditentang!!..rumusannya tak salah kita berbeza pendapat dlm isu sejarah kita ni,selagi ia xberniat utk menghasut dan mengajak rakyat utk memberontak.
Lantas apa relevannya mengheret MAT SABU kemahkamah?...jikalau begini sesiapa yg menyokong HANG JEBAT akan dibawa kemahkamah la.krn mempertikaikan kesetiaan HANG TUAH!!.sepatutnya isu ini xtimbul pun dan jika ingin dibuat isu politik,harus diselesaikan dgn hujahan dan debat diantara mereka yg berbeza pendapat.baru la selesai dgn bijak.
Kita lihat pula mengapa setiap kali MERDEKA kita akan sentiasa ditayangkan TUN ABD RAHMAN dan ONN JAAFAR sebagai pejuang sejati kemerdekaan?..mmg xdinafikan mereka antara pejuang kemerdekaan dan BAPA KEMERDEKAAN tanah melayu.namun jgn kita lupakan pejuang2 lain yg bersama menuntut kemerdekaan.antaranya DR BURHANUDIN AL HELMY,TOKKU PALOH,ABDUL RAHMAN LIMBONG dan byk lagi..walaupun mereka bukan dari parti UMNO ketika itu namun tujuan dan tuntutannya sgt jelas!!..yaitu merdeka..Sejarah harus dinilai dgn penuh pegertian bukan dgn niat utk menutup sesuatu kebenaran.kita lihat pula erti 'KOMUNIS'..
Kita juga dikejutkan dgn kenyataan beberapa PROFesor yg mengatakan "tanah melayu xpernah dijajah"...adakah relevan kata-kata prof ini?..apa makna laungan keramat TUNKU ABD RAHMAN 31 0g0s 1957 itu?..ini sesuatu yg jelas merobek fikiran rakyat..SEJARAH TIDAK AKAN BERULANG NAMUN KITA YG MENILAINYA HARUS BIJAK DLM MERUMUSKAN SEJARAH ITU..jadilah rakyat yg sentiasa mendapat maklumat sahih,bukan membabi buta menerima sesuatu isu..(tulisan ini hanyalah pendapat peribadi semata-mata)


No comments:
Post a Comment