Didalam satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nurul Izaah turut sertakan draf rang undang-undang bagi pemansuhkan darurat 2011 untuk diperincikan dan disemak Perdana Menteri. Draf itu adalah usulnya sendiri bagi membolehkan kerajaan merealisasikan matlamatnya untuk memansuhkan tiga pengishtiharan tersebut.
Draf Rang Undang-undang mengambil kira masih terdapat tiga Pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa walaupun selepas negara mencapai kemerdekaan selama 54 tahun.
Antaranya ialah, Pengisytiharan Darurat Sarawak 1996, hasil krisis perlembagaan di negeri tersebut di mana walaupun tiada insiden kekerasan yang berlangsung menerusi krisis tersebut, kerajaan masih lagi mengisytiharkan darurat yang terhad di negeri Sarawak.
Kedua, Deklarasi Darurat yang berkuatkuasa seluruh negara 1969, selepas demonstrasi besar-besaran serta keganasan yang berlangsung akibat sentimen perkauman yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, sejurus selepas Pilihanraya Umum pada tahun yang sama.
Pilihanraya selanjutnya telah ditangguhkan dan beberapa bahagian perlembagaan telah digantung.


No comments:
Post a Comment