Wednesday 16 May 2012

Tiada BERSIH 4.0

Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih Bersih hari ini menegaskan mereka masih lagi tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih bagi siri Bersih 4 0 Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih Hishamuddin Rais ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor KLSCH di sini berkata badan bukan kerajaan yang dianggotai oleh 84 NGO itu setakat ini masih belum mengadakan perbincangan berhubung perkara itu “Ketika ini pada tahap ini Jawatankuasa Pemandu Bersih tidak ada merancang perkara berkaitan perhimpunan siri Bersih 4 0 ” katanya kepada pemberita Sejurus selepas perhimpunan duduk bantah Bersih 3 0 pada 28 April lalu di Dataran Merdeka terdapat desas desus Bersih akan mengadakan perhimpunan Bersih 4 0 menuntut pilihan raya bersih dan adil Malah pelbagai pihak terutamanya daripada kepimpinan pembangkang menjangkakan akan berlaku Bersih 4 0 jika kepincangan masih lagi berlaku dalam sistem pilihan raya di negara ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga pernah menyuarakan kemungkinan bakal berlakunya Bersih 4 0 jika kerajaan masih lagi tidak mengambil sebarang tindakan berhubung sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya SPR yang turut disokong kepimpinan PAS dan PKR yang menjangkakan akan disertai oleh sejuta peserta Badan bukan kerajaan ini telah mengadakan tiga siri perhimpunan Bersih bermula Bersih 1 0 pada 2007 diikuti Bersih 2 0 pada 9 Julai tahun lalu dan yang terbaru pada 28 April lalu Perhimpunan 28 April lalu menyaksikan pelbagai kejadian keganasan dilaporkan walaupun perhimpunan itu berlangsung dengan aman pada mulanya sebelum perusuh mula membolosi halangan yang dibina oleh pihak polis sekitar jam 3 petang Keadaan itu memaksa pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan peusuh Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa perhimpunan tersebut bertujuan untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed juga membuat kenyataan sama dengan mengatakan Nik Aziz bersekongkol dengan Ketua Pembangkang untuk tujuan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Translate's version