Monday 21 May 2012

ANWAR IBRAHIM/AZMIN ALi diheret ke mahakamah esok:BERSIH 3.0

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Azmin Ali diperintah hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta pada jam 9.00 pagi esok.
Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Syah Syed Osman, mengesahkan Anwar diperintah demikian.
Writ saman Azmin pula diterima oleh Pegawai Khasnya, Hilman Idham, di Tingkat 1, Ibu Pejabat KEADILAN di Damansara, hari ini.
Azmin dituduh di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan kerana menyertai Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Beliau dituduh bersama penyokong Bersih 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.
Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka.
Notis itu juga menyatakan keingkaran mereka dan penyokong Bersih 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.
Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang dibuat pada 26 April 2012.
Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama.

No comments:

Post a Comment

Translate's version