Monday 21 May 2012

Bekas JSJ B.AMAN sertai PAS..

 21 Mei: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi.
Borang tersebut diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dalam satu majlis di Larut, Perak, malam tadi.
Memetik laporan Harakah Daily, Fauzi dalam ucapannya berkata, penyertaan beliau ke dalam PAS bukan berniat mahu bertanding kerusi, sebaliknya sekadar membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.
Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.
Beliau turut menjelaskan, penyertaan itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.
Semasa menjadi Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya berkenaan.
Hadir sama dalam majlis tersebut, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan yang juga Pengerusi KEADILAN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.
Penyerahan borang keahlian itu turut disaksikan lebih kurang 5,000 penyokong Pakatan.
Dalam ceramah itu, Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu Pakatan khususnya PAS melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan.

No comments:

Post a Comment

Translate's version