Wednesday 9 May 2012

Kekeliruan FATWA berhimpun:syeikh YUSOF QARDAWi

 9 Mei: Badan bukan kerajaan (NGO) mempertikai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan demonstrasi sedangkan Sheikh Yusuf al-Qaradawi mewajibkannya apabila berdepan regim zalim.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata ulama bersatu bersama  Yusuf Qaradawi yang sepakat menyatakan rakyat wajib turun berdemontrasi.
“Malah, disemboyankan wajib bersama walaupun risiko  berlaku pertumpahan darah. Pokoknya mereka mempunyai hadaf yang murni iaitu merubah regim yang zalim.
“Atas dasar itulah ulama Mesir termasuk Yusuf Qaradawi menyertai perhimpunan bersama jutaan rakyat, bercambur baur antara pelbagai
golongan iaitu Islamis, sekular, ateis, liberal dan bukan Islam.
“Ulama Mesir bergabung menjatuhkan pemimpin yang dilantik sebagai  sah dalam sistem Mesir,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Padahal, kata Azmi, pihak keselamatan di Mesir jauh lebih brutal dan mudarat yang dihadapi rakyat sangat tinggi apabila berhimpun di Dataran Tahrir.
“Di Dataran Merdeka, hasrat rakyat  lebih rasional iaitu menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Tiada siapa yang menimbulkan agenda gulingkan kerajaan.
“Penyataan mengulingkan kerajaan hanya datang dari mulut Perdana Menteri yang  diiyakan oleh politikus dan penjaga jawatan untuk menyelamatkan periuk nasi,” katanya.
Kata Azmi, perhimpunan Bersih bukan semata-mata didorong individu tertentu sebaliknya hasil gelombang dari sanubari rakyat yang muak dengan muslihat dan manipulasi pilihan raya.
“Rakyat tidak perlu menunggu arahan sesiapa. Cukup dengan kesepakatan untuk berhimpun dan menjelaskan tuntutan. Gelombang berhimpun pasti terbina dalam memontum yang tidak dapat dibendung,” katany

No comments:

Post a Comment

Translate's version