Friday 28 September 2012

BERSIH 2.0 KONSERT imbau 8TUNTUTAN


Lima bulan telah berlalu sesudah 250,000 warga Malaysia bangun bergerak untuk bersama Duduk Bantah pada 28 April 2012 semasa BERSIH 3.0. Warga Malaysia telah menggunakan hak berhimpun untuk menuntut kerajaan membersihkan dan menambah baik sistem pilihanraya.
Sayangnya, telah jelas dilihat bahawa kerajaan masih lagi berdegil dan tidak mahu mendengar suara rakyat. 8 tuntutan BERSIH 2.0 dan 22 cadangan dari laporan JawatankuasaPilihan Khas Parlimen (PSC) masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya. Justeru BERSIH 2.0 akan mengadakan konsert pada 13 Oktober di Stadium Kelana Jaya.
Ini bertujuan untuk mengingatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tentang 8 tuntutan BERSIH yang masih belum ditunaikan.
Berbulan-bulan sesudah perhimpunan BERSIH 3.0 berlangsung, kerajaan telah membuat pelbagai sasaran serangan terhadap Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0. Tuntutan pilihanraya bersih dan adil tidak dipedulikan. Pihak kerajaan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyatakan hasrat untuk menyaman ahli jawatankuasa.
Walau apa pun berlaku, BERSIH 2.0 akan terus bertekad untuk menimbulkan kesedaran orang ramai tentang kemusykilan yang serius dalam senarai pengundi. Usaha kami hanya dapat diteruskan kerana BERSIH 2.0 menerima sokongan dan sumbangan derma ikhlas dari warga Malaysia. Namun, masih banyak lagi yang perlu dilaksanakan.
Antara artis-artis yang akan mengambil bahagian dalam KONSERT 8T ialah Ito, Julian Mokhtar and The Geng, Republic of Brickfields, kumpulan Dum Dum Tak, kumpulan Hui Se De Dai dan Ray Cheong. Pada hari konsert ini, aktiviti BERSIH 2.0 akan juga dijalankan untuk merayakan semua lapisan umur.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 akan juga mendendangkan satu lagu istimewa. Sasterewan Negara A.Samad Said yang juga Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 akan membaca sebuah sajak khusus untuk KONSERT 8T.
Konsert ini adalah untuk bersantai, bergembira sambil mengingatkan pemimpin kerajaan tentang tanggungjawab yang mendesak agar mereka melakukan reformasi penambahbaik sistem pilihanraya.
Warga Malaysia tidak akan menerima satu sistem pilihanraya yang masih belum dibersihkan. Warga Malaysia tidak akan teragak-agak untuk berhimpun sekali lagi jika suara mereka masih tidak diambil peduli.
Butiran seperti berikut:
TARIKH :  3 Oktober 2012
TEMPAT : Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya
MASA :     6.00 petang – 11.30 malam
*Masuk dengan derma minimum
Terima kasih.
KELUAR MENGUNDI, LAWAN PENIPUAN!
Salam BERSIH!
Jawatankuasa Pemandu:
Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0)
The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Hishamuddin Rais, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin

No comments:

Post a Comment

Translate's version