Sunday 2 September 2012

AMBAng MErdeka SEL:sultan tidak dijemput itu mainan media umno

 Pakatan Rakyat Selangor menafikan dakwaan membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan ambang Merdeka ke 55 di Dataran Shah Alam, malam 30 Ogos lalu.
Sebaliknya Setiausaha Politik menteri Besar Selangor, Faekah Husin, berkata, menjadi tradisi dan amalan kerajaan negeri tidak menjemput Sultan menghadiri majlis itu dan  ia dipraktikkan sejak pentadbiran Barisan Nasional di Selangor.
“Memang menjadi tradisi sejak empat tahun lepas Tuanku Sultan tidak dijemput dan hadir untuk program sambutan ambang Kemerdekaan.
“Baginda hanya dijemput berangkat ke majlis Yasin dan Tahlil di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.
Jelas Faekah, beliau yakin Seketariat Sambutan Ambang Kemerdekaan dipengerusikan Datuk Khusrin Munawi selaku Ketua Setiausaha Negeri (SUK) telah meneliti senarai jemputan dan protokol sambutan berkenaan.
“Sekiranya pada tahun ini baginda berniat untuk mencemar duli turun ke sambutan ambang merdeka, Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani perlu memaklumkan kepada kami, tapi tiada sebarang makluman berkenaan perkara itu daripada beliau,” jelas Faekah lagi.
Malah, beliau turut kesal terhadap kenyataan Munir di media yang menunjukkan seolah-olah kerajaan PR Selangor cuba membelakangkan sultan. Menurutnya, menerusi sistem khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh Khusrin, beliau difahamkan Munir sepatutnya memberikan penjelasan tentang perkara itu.
“Saya maklum. Utusan sengaja nak buat isu. Selama ini memang Tuanku tak pernah dijemput dalam program  malam kemerdekaan kecuali majlis baca yasin . Saya minta Dato munir untuk beri penjelasan semula,” kata khidmat pesanan ringkas tersebut.

No comments:

Post a Comment

Translate's version