Friday 7 September 2012

Baling kasut p'buatan tercela lagi hina


Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang melakukan provokasi dengan membaling kasut ke dalam masjid, 2 September lalu.
Ahli Perkasa (dalam bulatan) membuat provokasi ketika tazkirah berlangsung.
“Sepatutnya tindakan tegas diambil kerajaan, kerana tindakan yang mereka lakukan mencemar kesucian sebuah rumah ibadat.
“Tindakan yang dipercayai dilakukan Perkasa ini jelas menunjukkan mereka menjadikan agenda politik jauh mengatasi agama, sekaligus membelakangi agama Islam itu sendiri,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, tindakan tersebut juga sama seperti kejahilan yang berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW.
“Baginda Nabi Muhammad SAW dulu pernah mengkritik tindakan jahil pemimpin yang membebaskan golongan yang melakukan kesalahan besar tapi menangkap dan mengenakan hukuman terhadap pesalah yang melakukan kesalahan kecil,” tegas beliau.
Mengecam tindakan sama, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih tercela daripada memijak gambar Perdana Menteri dan isterinya.
Ahad lalu, anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah di masjid Al- Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah.
Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah.
Justeru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden serangan masjid itu.
“Adakah mereka hendak kata gambar itu lebih suci daripada masjid, rumah Allah?” soalnya.

No comments:

Post a Comment

Translate's version