Wednesday 29 August 2012

timbul HUDUD:mainan umno utk serangan akhir PR


Umno BN cuba mengalih sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (Pakatan) dengan mereka-reka pelbagai isu termasuk isu hudud menjelang pilihan raya, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Setiausaha Agung KEADILAN itu menegaskan, rakyat tidak akan terpedaya dengan perangkap lama Umno berhubung isu raja, agama dan bangsa bertujuan untuk memecah-belah Pakatan.
Beliau berkata, rakyat kini lebih matang berpolitik dan tidak akan masuk perangkap tersebut, malah strategi lapuk itu hanya akan memakan diri sendiri.
“Ketika Pakatan mengajak rakyat memilih kerajaan masa depan berasaskan dasar yang lebih kompiten seperti pendidikan percuma, gaji minima, reformasi demokrasi, kebebasan bersuara, tawaran tol percuma dan penurunan harga minyak, tapi Umno BN hanya mampu memainkan isu hudud (agama).
“Ini menunjukkan mereka tak bersedia berganjak daripada pola politik lama, sedangkan rakyat sudah jauh berubah,” katanya pada sidag media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Anthony Loke.
Semalam akhbar Cina, Sin Chew Daily mendakwa PAS berhasrat mengusulkan pindaan perlembagaan di Parlimen dalam usaha melaksanakan hudud sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, isu hudud merupakan senjata terakhir Umno BN untuk mengekalkan kuasa.
“Jika strategi ini menjadi, Perdana Menteri tidak teragak-agak membubar Parlimen dan mengadakan pilihan raya segera dengan harapan rakyat akan kembali menyokong BN,” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

Translate's version