Wednesday 29 August 2012

Selangor raikan hari merdeka/hari MALAYSIA esok:khalid ibrahim


 Kerajaan Selangor menganjurkan Sambutan Malam Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri pada malam esok, 30 Ogos di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bermula 8.30 malam.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan, tema bagi sambutan tahun ini sama dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’.
“Saya bagi pihak barisan pimpinan kerajaan negeri mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55, dan selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-49 kepada seluruh bangsa Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan.
Pelbagai acara disediakan kepada orang ramai antaranya, perbarisan dan perarakan 56 kontinjen terdiri daripada pasukan tentera, jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan.
“Kita juga menyediakan persembahan kebudayaan dan keseniaan serta persembahan istimewa iaitu kawad senyap oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” jelas Khalid.
Seperti yang dilapor Keadilan Daily semalam, Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan menyampaikan ucapan sempena sambutan kali ini.
Orang ramai khususnya rakyat Selangor dijemput datang bagi memeriahkan sambutan.

No comments:

Post a Comment

Translate's version