Tuesday, 8 November 2011

Politik sempit kaum/agama:siapa yang untung ??

Permainan politik berasaskan isu pembangunan sudah tidak laku lagi ditelinga rakyat,begitu juga dengan kenyataan kononnya akan membanteras gejala RASUAH/KRONI secara habis-habisan.negara yang kita cintai ini punyai kaum berbilang bangsa/agama.lalu isu berkaitan kaum akan menjadi satu modal politik yang berkesan jika terus dialunkan.namun sejauh mana ia akan memberi kemajuan kepada kita rakyat amnya?...
sEPERTI pru12 yang telah lalu tembok perkauman itu hancur berkecai bilamana rakyat ingin mengubah kerajaan yang ada kini untuk melihat kepimpinan baru dalam negara ini.namun sang pemegang kuasa tidak mahu melihat sahaja anjakan perubahan rakyat ini.kita lihat bilamana timbul isu-isu kaum/agama sengaja dimainkan untuk menanam kebencian kepeda satu pihak khasnya PAKATAN RAKYAT.
Masih ingatkah kita isu pembinaan kuil diseksyen 23 shah alam dulu?..hingga diarak kepala lembu oleh beberapa mereka yang kononya pembela melayu/islam.walhal isu ini pokoknya adalah permasalahan kerajaan umno/bn dulu.kerajaan PR SEL cuba menyelasaikan,namun dijadikan modal untuk politik sempit kaum!!.mereka yang berdemonstarsi arak kepala lembu hanya dikenakan denda oleh mahkamah dengan disabitkan cuba menghasut sahaja.mengapa tidak dikenakan I.S.A???..bukan kita tidak tahu saudara kita yang beragama hindu memandang suci haiwan bernama lembu sebagai tuhan mereka.apa hak kita untuk menghina hingga tahap ini?.
Dari segi islam pula umatnya tidak pernah diajar untuk menghina agama lain apatah lagi mendatangkan kemarahan demi kepentingan pihak berkaitan.cuba anda bayangkan jika yang arak kepala lembu itu adalah pemimpin PAS,KEADILAN melayu.apa yang akan terjadi..I.S.A lah jawapannya.isu itu tidak lebih untuk menimbulkan rasa benci kaum india kepada melayu sahaja..itu fakta!!
Lihat pula pemimpin bukan islam DAP yang didakwa memasuki masjid tanpa menutup aurat.gegak gempita diTV3,RTM,UTUSAN berulang kali dicanang isu terbabit.walhal jika kita kembali kepada islam,NABI MUHHAMAD dulu tika pentabirannya bukan setakat mengajak kafir masuk masid,tapi tidur bahkan makan didalam masjid.menunjukkan bukan islam boleh memasuki masjid tapi dengan perkara yang baik.pemimpin bukan islam tersebut(YB TEO) hanya memberi ucapan sahaja bukan beliau berjudi pun..lantas dimana ustaz,ulama dalam umno tika isu ini timbul?..mengapa tidak memberi kenyataan berkaitan hukum islam?.
jika kita perhatikan jika sesuatu isu kaum/agama itu berkaitan pihak PAKATAN RAKYAT,ia akan selagi boleh digunakan untuk rakyat membenci pemimpin PAKATAN RAKYAT amnya yang berbangsa melayu.rumusannya isu kaum/agama adalah modal utama untuk meraih sokongan rakyat amnya melayu.tapi tanpa kita sedar,amat malang kita untuk terus berpolitik dengan modal rasis ini.negara luar sudah lama membuang politik rasis ini kerana mereka sedar is tidak menguntungkan sesiapa pun!!.
Bila dicongakkan dengan suasana politik melayu kini,dimana maruah melayu itu terletak??.bertarung atas padang yang tidak rata,adakah bermaruah?..menafikan hak pihak lawan adakah bermaruah?..

No comments:

Post a Comment

Translate's version