Tertubuhnya PAKATAN RAKyat, slogan "ketuanan rakyat" mula meniti dibibir rakyat,..disamping menolak slogan ketuanan melayu yang jelas hanya menguntungkan beberapa kerat melayu di'atas' sahaja..ketuanan rakyat bukan bermaksud menolak hak dan keistimewaan melayu yang sudah termaktub dalam perlembangaan dan bukan ingin melingkupkan melayu itu,tetapi objektifnya ingin mengangkat rakyat tidak kira melayu,cina,india mahupun orang asal sebagai keutamaan dalam menuju negara yang lebih maju tanpa mengira warna kulit dan agama...
Tetapi kerana slogan inilah antaranya digunakan oleh pihak HAPRAK MELAYU menuduh ANWAR ibrahim kononya ingin menjual bangsa sendiri demi bangsa lain.dikatakan bahwa sesiapa yang menolak slogan ketuanan melayu itu seorang yang pengkhinat!!
Namun sedar atau tidak jika benar melayu itu benar diangkat seperti tuan dari dulu lagi kaum melayu telah mendahului bangsa lain dari segi ekonomi khusunya.tapi ini tidak berlaku hingga saat artikel ini ditulis.MEB /model ekonomi baru pula tidak menolong keseluruhan orang melayu walaupun beberapa perdana menteri silih berganti dengan bermacam janji.lantas memang wajib satu perubahan dicipta demi melayu dan bukan melayu untuk terus maju.
Adakah salah ingin menukar slogan KETUANAN MELAYU kepada KETUANAN RAKYAT ??..walhal ianya slogan untuk menuju satu perubahan seluruh rakyat malaysia.bukan individu tetentu!!..pimpinan PAKATAN RAKYAT YB HADI AWANG,DS ANWAR IBRAHIM dan YB LIM KIT SIANG juga menyatakan bahwa artikel (153) yaitu hak keistimewaan orang melayu tetap dijaga,islam agama rasmi,kekebalan raja diktiraf,bangsa lain bebas menganuti agama lain tanpa rasa takut.didalam perlembangaan tidak akan dikacau!!!
Lantas dimana relevannya puak-puak haprak melayu ini mengatakan pemimpin melayu PAKATAN RAKYAT sebagai pengkhinanat bangsa,agen kaum lain dan lain-lain lagi??..kononya jika PR memerintah maka melayu akan dipijak,bila kita fikir kembali selama ini melayu berada diatas ke??..orang melayu selama ini "BOS BESAR" ke?..
Jika benar perjuangan IBRAHIM ALI dan PERKASAnya untuk mebela melayu,dia harus bersama dengan PR demi harapan baru melayu itu sendiri.bukan terus mengipas TUAN-TUAN HAPRAK diatas demi projek dan kroni..Rumusannya anda sendiri tentu ..ketuanan rakyat atau ketuanan melayu...


No comments:
Post a Comment