Monday, 23 April 2012

UMNO tiada kredibiliti pertikai Unisel

Kebelakangan ini kita melihat ramai dikalangan tokoh-tokoh UMNO mempersoalkan tindakan Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim apabila beliau memberi jaminan jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya PTPTN akan dimansuh dan diganti dengan pembiayaan pendidikan yang lebih mesra kepada golongan mahasiswa.
Bagi mengalihkan isu kelemahan pengurusan mereka pimpinan utama UMNO termasuk Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Khaled Nordin mempersoalkan mengapa tidak pendidikan percuma diberikan kepada UNISEL dan KUIS yang merupakan universiti dibawah kelolaan Kerajaan Negeri.
Biro Mahasiswa melihat kenyataan Menteri Pengajian Tinggi itu menggambarkan kelemahan Menteri Pengajian Tinggi memahami kedudukan UNISEL dan KUIS yang beroperasi sebagai sebuah universiti swasta (IPTS) dan kedudukan keewangan kerajaan negeri yang terhad.
Biro Mahasiswa juga ingin menarik perhatian umum mengenai isu penubuhan UNISEL yang menjadi punca kepada bebanan yang besar ditanggung hingga kini. Kontrak pembinaan universiti yang diberikan atas dasar ‘Build Operate Transfer’ (BOT) selama 20 tahun menyebabkan setiap bulan pihak universiti terpaksa membayar hampir Rm 300 000 untuk kos sewa bangunan. Untuk rekod syarikat yang menerima projek ini Jana Niaga Sdn Bhd merupakan milik keluarga dan kroni bekas Menteri Besar Selangor Dato Seri Dr Khir Toyo.
Tambahan dengan keaadaan bangunan yang tidak sempurna pihak universiti terpaksa menanggung kos baik pulih yang menelan ratusan ribu ringgit. Menurut rekod bangunan asrama yang didiami pelajar kini baru menerima CF selapas pentadbiran kerajaan PR mengambil alih kerajaan Negeri Selangor.
Biro Mahasiswa juga mempersoalkan pinjaman Rm 150 juta yang dibuat oleh UNISEL sebelum PRU 12 pada tahun 2008. Pinjaman yang dibuat kononya untuk fasiliti dan penambahbaikan universiti lesap selepas PRU 12 yang lalu. Perjanjian pinjaman dengan bayaran balik bulanan Rm2 juta sebulan ini akhirnya ditanggung oleh pihak universiti dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.
Bagi Biro Mahasiswa tindakan-tindakan di zaman pemerintahan UMNO-Barisan Nasional terhadap UNISEL seolah-olah ‘melacurkan’ institusi pengajian tinggi di negeri ini dan membunuh masa depan anak-anak muda dengan menjadikan pendidikan sebagai perniagaan untuk mengaut keuntungan.
Fakta ini jelas membuktikan sikap pemimpin UMNO yang hipokrit sedangkan ketika mereka berkuasa di Selangor institusi pendidikan tinggi dilacurkan demi kepentingan peribadi mereka.
Muhamad Affandi Abdul Malik
Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa AMK
(Bekas Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL
Sesi 2008-2009)

No comments:

Post a Comment

Translate's version