“28 April bukan isu,” kata Menteri Dalam Negeri kepada pemberita.
Beliau mencadangkan bahawa kerajaan pusat telah mengkaji tuntutan-tuntuan yang dikemukakan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) penambahbaikan pilihan raya yang ditubuhkan tahun lalu, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah turut mengambil berat kebimbangan orang ramai berhubung bahaya loji nadir bumi Lynas di Pahang.
“Ia macam satu periuk besar. Motifnya adalah politik,” katanya.
Hishammuddin juga mengingatkan orang awam agar berhati-hati mengenai tuduhan-tuduhan serangan ke atas kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi tadi, mengatakan ia mungkin dimanipulasikan untuk membangkitkan kemarahan rakyat.
“Sudah ada kes di mana tuduhan bersifat demikian telah digunakan, membangkitkan emosi sama ada dalam isu perkauman, keagamaan dan sekarang mahasiswa,” katanya.
Bersih 2.0 merancang mengadakan perhimpunan susulan pada Sabtu depan sebagai susulan kepada himpunan 9 Julai tahun lalu untuk menuntut reformasi sistem pilihan raya negara.
Tahun lalu ribuan orang awam menyertai himpunan Bersih 2.0 di ibu negara bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil walaupun pihak berkuasa tidak mengeluarkan permit.
Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menghuraikan peserta himpunan.
Kawalan dan tindakan keras polis ke atas peserta himpunan menarik kritikan negatif daripada media asing terhadap pentadbiran Najib.


No comments:
Post a Comment