Wednesday 21 December 2011

SAMM pertahankan Adam Adli, Polis Jangan 'Double Standart'

: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menyatakan sokongan dan mempertahankan tindakan mahasisiwa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli, 22, yang bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa pada 17 Disember yang lalu sebagai usaha menuntut kebebasan akademik di negara ini.

Pengerusi SMM, Badrul Hisham Saharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bad dalam kenyataan terbuka SAMM berkata, jika Umno tidak campur tangan dan mewujudkan kebebasan akedemik maka tunjuk perasaan tersebut pasti tidak berlaku.
"Semasa himpunan lalu, beberapa siswa telah bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan bendera gerakan mahasiswa. Namun, tindakan ini telah difitnah oleh Utusan Malaysia dengan menambahkan perkataan pijak, koyak dan seumpamanya.
"Ini merupakan amalan biasa bagi alat propaganda Umno ini untuk menimbulkan kemarahan orang ramai. Namun malangnya pemuda Umno sendiri yang telah termakan penipuan alat propaganda mereka sendiri dengan mengeluarkan amaran tidak bertamadun.
"Ketahuilah, tiang bendera itu hanya dipinjam hanya 5-10 minit sahaja dan kemudian kumpulan mahasiswa yang sama menaikkan semula bendera asal seperti sediakala. Cuma dalam enam tiang bendera kenapa mahasiswa menurunkan bendera Najib Razak itu kena difikirkan ia mungkin saja manifestasi anak muda yang sudah muak dengan Najib itu sendiri," katanya.
Sabtu lalu, lebih 400 siswa hadir ke Bangunan Umno di PWTC bagi menghantar memorundum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah selepas mereka menghantar memorandum kepada SUHAKAM.
Datuk Saifuddin bersetuju menerima kehadiran mereka dan turut berucap dan memberikan jaminan bagi pihak Umno.
Mengulas lanjut, SAMM turut mengecam tindakan pemuda Umno yang menggunakan gangster sehingga membawa ugutan ke rumah keluarga Adam di Pulau Pinang selain ugtan dalam media baru termasuk sms dan panggilan telefon.
Pada 19 Disember, Adam telah hadir ke Bukit Aman untuk membuat laporan dan berbincang dengan pihak polis yang diwakili oleh Tuan Foo.
Jelas Chegu Bad, pihak mereka diekori oleh sekumpulan lelaki yang terdiri daripada polis dan beberapa orang yang memakai topi berjenama senjata api.
Sejurus Adam selesai memberikan kenyataan kepada pihak media di luar Bukit Aman, seorang lelaki yang bertopi berjenama senjata api terus menyerang Adam. Namun cubaan mencederakan Adam berjaya dielakkan apabila beberapa teman bertindak menolak lelaki tersebut.
  "Percayalah jika lelaki yang menyerang Adam itu dibalas dengan asakkan fizikal dari pihak SAMM mahupun mahasiswa SMM, pastinya polis yang betul-betul berada disekitar sidang media itu akan terus membuat tangkapan ke atas kami. Jika berlaku sedemikian, maka ia pasti mengalih perhatian dari isu sebenar terutamanya dari sudut persepsi. Mujurlah SAMM dan SMM tidak termakan provokasi yang berniat untuk terus merosakkan nama baik mahasiswa," katanya.
Lebih dikesalkan katanya, pihak polis hanya memerhati kejadian tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kepadanya dan sehingga kini laporan polis berhubung ugutan terhadap Adam tidak dilayan.
Sehingga jam 8 malam semalam, masih tidak ada pegawai penyiasat yang bersedia mengambil kes terbabit walaupun 'berulang hubung' antara IPD Dang Wangi dengan IPD Tanjung Malim dan Balai HS LEE.
Selain itu, Umno turut mengadakan demonstrasi di hadapan pintu masuk utama UPSI untuk mendesak Adam disingkirkan dari universiti.
Chegu Bad turut mempersoalkan tindakan Umno sebelum ini yang menghantar kek tahi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kakitangan awam selain tindakan pemuda kencing digambar Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz.
Tindakan hina ini bukan kali pertama memandangkan sebelum ini proksi Umno pernah menghantar pakaian dalam juga kepada kakitangan awam di KOMTAR, Pulau Pinang. Namun Umno, Utusan dan lain-lain tidak melihat ini sebagai menghina malah ia dianggap tindakan beradap dan hero.
"Beberapa tahun lepas SAMM pernah muncul didepan Pejabat Perdana Menteri untuk secara 'terhormat' menghantar kek 'elok' sempena hari ulangtahun kelahiran Altantuya bagi mengingatkan mengenai kejadian kejam pembunuhan yang berkaitan dengan penyelewengan pembelian alat pertahanan negara.
  Namun polis telah bertindak kasar dan menangkap serta menahan kami dalam lokap. Salahkah jika dikatakan tindakan dan istilah mengancam keselamatan itu terpilih berdasar faham parti politik?," soal beliau.
Katanya, rakyat perlu melihat sikap Umno yang tidak bertamadun dalam berdepan dengan tuntutan rakyat selain meminta pihak polis supaya bersikap profesional dalam perkara ini dan sekiranya Adam bersalah, beliau sepatutnya di dakwa berlandaskan undang-undang yang sah.

"Jika apa-apa berlaku kepada Adam maka Datuk Seri Najib (Presiden Umno) yang membiarkan budaya ugutan dan gansterisma dalam Umno ini terus dilindungi harus bertanggungjawab. Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda Umno menyatakan pendirian sama ada dia bersetuju cara pemuda Umno membuat ugutan termasuk membuat rakaman video ugutan atas nama pemuda Umno," kata beliau yang juga Ketua Cabang Rembau.

No comments:

Post a Comment

Translate's version