Undi popular dalam Pilihan Raya 2013
menceritakan tentang generasi Bangsa Malaysia mengundi buat pertama kali
dan melangkaui batas kaum akan tetapi bagi Barisan Nasional (BN), lebih
menyenangkan untuk menyalahkan pengundi Cina daripada memastikan perpaduan dan mengakui strategi mereka gagal.
Hampir 13.3 juta pengundi membuang undi buat pertama kali pada pilihan
raya hujung minggu lalu dan lebih cenderung untuk musuh BN, Pakatan
Rakyat (PR) yang berikrar untuk menamatkan kronisme, perbelanjaan
berlebihan dan rasuah.
Pengundi kali pertama ini,
kebanyakkannya di bawah 30 tahun, membesar di zaman pemerintahan Tun Dr
Mahathir Mohamad, di mana bekas perdana menteri paling lama berkhidmat
itu melancarkan Wawasan 2020 pada 1991 dan bercakap soal Bangsa Malaysia
yang bersaing melalui meritokrasi dalam negara membangun.
Mereka menyebabkan BN hilang tujuh lagi kerusi Parlimen berbanding
Pilihan Raya 2008,133 daripada 222. Di peringkat Dewan Undangan Negeri
(DUN) lebih teruk lagi — BN mendapat 275 berbanding PR 230 daripada 505
kerusi DUN yang dipertandingkan.
“Mereka abaikan Bangsa
Malaysia. Dan sekarang kamu lihat bagaimana generasi muda mengundi,”
kata wartawan dan editor veteran Datuk A Kadir Jasin kepada The
Malaysian Insider, merujuk kepada BN.
Beliau menulis di blognya
mengenai keputusan pilihan raya umum 5 Mei, mengatakan kelemahan
prestasi BN menunjukkan penolakkan dari semua rakyat Malaysia dan bukan
sahaja dari minoriti Cina.
“Adakah tidak mungkin bahawa ini
bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang
berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi
muda?” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press
semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya
yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?”.
Penganalisis dan ahli politik juga menolak teori “tsunami Cina”,
mengatakan peningkatkan undi popular terhadap PR adalah berbilang kaum
secara semula jadi dan disebabkan oleh peralihan dari pengundi bandar
dan kelas menengah yang menyaksikan jurang bandar-luar bandar Malaysia
semakin meluas.
Mereka juga mengatakan tajuk utama Utusan
Malaysia yang dimiliki Umno dan BN ”Apa lagi Cina mahu?” adalah petunjuk
jelas BN mencari momok luar dan memesongkan perhatian daripada
pemimpin-pemimpin parti dan kegagalan strategi dalam Pilihan Raya 2013.
Pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan
“tsunami Cina” menyebabkan kekalahan BN dibanyak kerusi pada awal pagi
Isnin, disambung oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan
kemudiannya diperkukuhkan oleh pemimpin MIC Datuk M. Saravanan semalam.
Dr Mahathir juga menyalahkan kekalahan itu kepada “Cina yang tidak
bersyukur” dan “Melayu tamak”, selain dari mempersolkan ahli strategi BN
di mana idea mereka gagal.
Akan tetapi pengkritik
membangkitkan, Dr Mahathir secara aktif berkempen untuk BN, terutamanya
dua calon Perkasa — Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas dan Datuk Zulkifli
Noordin di Shah Alam, yang telah mencetuskan kemarahan bukan Melayu
kerana kenyataan berbaur perkauman selama ini.
Kedua-dua
pemimpin ini bertanding di kerusi Parlimen yang majoritinya Melayu akan
tetapi kalah, bukti BN salah tentang Cina adalah punca utama kekalahan
mereka.
Dr Mahathir, bagaimanapun, tepat mengenai ahli strategi
BN, sesetengahnya yang mencadangkan serangan peribadi kepada pemimpin
pembangkang, menakut-nakutkan dan memperlekehkan manifesto PR
menggunakan pelbagai saluran media dan mendominasi ruang iklan.
“Menyalahkan DAP kerana mengelirukan pengundi mereka boleh mengubah
kerajaan hanya menunjukkan bagaimana pintarnya ahli strategi DAP
berbanding BN,” kata pakar hubungan awam, yang enggan untuk dinamakan.
“Ahli strategi BN ini hanya mahu menyembunyikan fakta mereka tersilap
baca mengenai anak muda Bangsa Malaysia, jadi salahkan sahaja Cina yang
tidak mengundi mereka,” tambah beliau.
Sumber dari “bilik
perang” BN mengatakan tinjauan dalaman gabungan itu menunjukkan prestasi
mereka akan lebih buruk dari Pilihan raya 2008, apabila mereka menang
140 kerusi. “Kami sentiasa sedar untuk mendapat di bawah 140 jadi 133
bukanlah sesuatu yang mengejutkan,” katanya.
“Adalah mudah
untuk menyalahkan pengundi dan parti lain untuk kekalahan tetapi
faktanya jentera pilihan raya kita gagal di sesetengah tempat sementara
PR adalah lebih baik,” tambah beliau.
“Jentera PR adalah
mengagumkan dan mereka bercakap tentang isu-isu dan hubungan kaum. Itu
banyak membantu mereka,” kata pegawai bilik perang BN itu.
Buat
masa sekarang, katanya adalah mudah bagi BN yang kecewa untuk
menyalahkan DAP dan Cina, kuat menyokong mereka dalam pilihan raya 1999
selepas Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dikatakan
meliwat dan tuduhan rasuah menyebabkan protes selama berbulan-bulan.
Cina adalah 28 peratus dari 29 juta populasi Malaysia, dan kurang
daripada separuh mendaftar sebagai pengundi. Di sebalik jumlah pengundi
yang rendah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan peratusan keluar
mengundi memecahkan rekod apabila mencecah 84.84 peratus.
Daripada jumlah pengundi itu, BN mendapat 5,237,699 undi untuk 222
kerusi Parlimen berbanding parti Pakatan Rakyat yang mengumpulkan
5,623,984 undi.
Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP itu juga
mengalahkan BN dalam undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila
mendapat 4,879,699 undi berbanding gabungan 13 parti itu yang mendapat
4,513,977 undi.
No comments:
Post a Comment