Bekas ahli Umno mendakwa kira-kira 500,000 kad pengenalan biru (IC) diberikan kepada pendatang dari Filipina dan Indonesia di Sabah sekitar awal 1990an atas arahan Ketua Umno Sabah ketika itu,Tun Datu Mustapha Harun.
Siti Aminah Mahmud, yang bekerja secara sukarela di Pejabat Umno di Kota Kinabalu hari ini berkata, Mustapha, yang menjawat jawatan ketua menteri pada 1967 hingga 1975, berkata kepadanya, IC berkenaan diberikan untuk menyingkirkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).
“Datu Mustapha kata ini projek (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Jangan takut kena tangkap,” kata Siti Aminah ketika sidang mesia di Ibu Pejabat PKR di sini, merujuk kepada perbincangan Mustapha kepadanya dan juga ahli Umno di Kota Kinabalu pada 1990.
“Datu Mustapha kata ia untuk meningkatkan pengundi Melayu untuk menjatuhkan PBS,” kata wanita berusia 62 tahun itu lagi.
Jelas Siti Aminah, dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994 di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, dan Semporna.
Tambahnya, dia ditahan di bawah Akta Dalam Negeri (ISA) pada 1995 hingga 1997 kerana didakwa mengeluarkan IC palsu dan memalsukan dokumen JPN.
Pilihan Raya Negeri Sabah pada 1994 menyaksikan PBS hanya memenangi 25 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Namun beberapa wakil rakyat PBS kemudiannya menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan itu tumbang.
Mustapha, yang merupakan pengasas parti United Sabah National Organisation (USNO), dianggap sebagai parti bapa kemerdekaan Sabah kerana rundingan berkenaan kebebasan negeri tersebut pada 1963, sebelum meninggal dunia pada 1995 ketika berumur 76 tahun.
USNO menyertai Berjaya, diketuai bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh untuk membentuk Umno Sabah selepas PBS menewaskan Berjaya pada 1990.
MENYUSUL LAGI


No comments:
Post a Comment