Sunday 13 January 2013

#KL112 :apa lagi hujahmu sang kerajaan dan mediamu

Kuasa Rakyat itu Kuasa keramat..!!..bangkitnya rakyat itu umpama Tsunami yang tidak boleh dibendung walau setinggi mana pun tembok yang dibina...dan itu sekali lagi yang dibuktikan pada hari ini(12/1/2013) #KL112 HKR oleh rakyat yang sedar akan kebejatan sang PEMERINTAH yg berada diPUTRAJAYA kini(UMNO/BN)..apa lagi media TV3,UTUSAN,RTM berita harian ingin putar belit..?..Stadium merdeka setelah puluhan tahun yang menjadi tempat bersejarah negara bergegar sekali lagi selepas 1957 dengan laungan KERAMAT RAKYAT MALAYSIA..!!

Dan secara automatiknya himpunan ini membuktikan kenyataan-kenyataan pak pemimpin melayu longkang dinafikan sama sekali tanyalah para peniaga siapa yg kata rugi pada himpunan tadi,tanyalah pemandu teksi mana  yg tidak dapat penumpang,sebab itu ku nyatakan tadi MEDIA perdana boleh putar belit fakta hanya kepada rakyat yang masih "BUTA,PEKAK' akan maklumat sebenar shj ,dan yang paling malang MAJORITInya adalah MELAYU piauw..!!kononnya himpunan ini akan dijadikan wadah untuk merampas kerajaan dengan cara ARAB SPRING hingga AHLI ngo PERKASA buat laporan polis ,tidak kurang yang tunjuk samseng dalam beberapa program sebelum ini

Sedarlah melayu...jika kerajaan bertukar bukan melayu atau islam yg hancur,ia tetap diangkat begitu juga dgn hak RAJA-RAJA melayu..tapi yang hancur itu UMNO/BN yg sejak dulu lagi memainkan alunan politik BACUL lagi JIJIK demi mengekal kuasa..!!

Bermula beberapa tempat berkumpul rakyat mula membanjiri KL sejak pagi lagi,masjid negara menjadi tumpuan rakyat paling sesak,(ku pun memilih lokasi sama) ..MAT SABU muncul ditengah himpunan rakyat utk memberi beberapa tips sebelum bergerak ke lokasi utama...dalam perjalanan ke stadium merdeka ,pelbagai rakyat tak kira bangsa,agama,orang kurang upaya bersemangat demi satu tujuan yaitu ingin melihat sistem,undang-undang dan perjalanan negara ini lebih baik dibawah kerajaan yg bertanggungjawab...wakil NGO,pimpinan PR diselangi bacaan puisi SASTERAWAN NEGARA A.SAMAD SAID,nyanyian VOKALIS BLUES GANG ITO menjadi sediki hiburan DS ANWAR IBRAHIM seperti dijangkakan menjadi tumpuan dalam himpunan KEBANGKITAN RAKYAT ini disamping TUAN GURU TOK GURU NIK AZIZ walaupun beliau uzur tetap HADIR..!!

















Didoakan agar PRU13 kelak ALLAH S.W.T memakbulkan doa rakyat agar kali ini KERAJAAN RAKYAT menang dan menjadikan negara ini diangkat pada paras sepatutnya...hentikan penipuan,penindasan,salahguna kuasa,rasuah dll...amin...

No comments:

Post a Comment

Translate's version