Sunday 21 October 2012

Nik AZIZ dan HUDUD diserang PIMPInan MCA..apa kata MELAYU/ISLAM ?

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.

Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.

Dalam isu berkaitan;-
Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari ini, Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng, di hadapan 1,032 perwakilan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga dalam sidang media sebentar tadi mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

http://www.malaysiakini.tv/video/24584/chua-defends-hengs-rape-warning.htmlP

No comments:

Post a Comment

Translate's version