Tuesday 23 August 2011

Bersama BOIKOT MEDIA ARUS PERDANA



Media arus perdana negara ini kononnya antara media yang bebas diantara media-media asing negara lain.kita juga selalu dengar kebebasan maklumat yang diberikan oleh pihak kerajaan,rakyat pula amnya dialunkan bahwa MEDIA ALTERNATIF seperti portal berita diinternet,FACEBOOK,TWITER mahupun BLOG tidak boleh dipercayai isinya.kenyataan ini selalunya dicanang melalui media arus perdana yang dikawal oleh kerajaan secara langsung atau tidak.
 Rakyat amnya generasi muda yang selalu melayari internet akan terdedah dengan bermacam INFO,hingga ada maklumat yang tidak akan dapat kita dapat didalam media arus perdana,golongan-golongan inilah antaranya yang menjadi "PENGHALANG" buat kerajaan UMCO/bn utk terus berkuasa.lihat sahaja perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu bagaimana penyertaan generasi muda dari berbagai kaum sangat diluar jangkaan.hingga sampai tahap ini pun TV3,RTM,UTUSAN,BERITA HARIAN DLL masih lagi menipu dalam laporan masing-masing kononnya perhimpunan itu dihadiri oleh warga asing dan diupah.terbaru RAIS YATIM pula mengulas bahwa peserta yang hadir majorotinya tiada "matlamat jelAS" dan ada yang diupah RM50!!?.
TV3,RTM,UTUSAN sebagai contoh adalah media arus perdana yang sepatutnya bebas dlam laporannya tak kira liputan itu dari pihak kerajaan atau pembangkang.kita tak boleh menyamakan media seperti HARAKAH,SUARA KEADILAN,ROKET dengan TV3,RTM,UTUSAN.kerana media ini adalh LIDAH RASMI PARTI POLITIK.lihat bagaimana media asing yang membuat liputan tentang negara kita,mereka akan memberi ruang secukupnya buat pihak kerajaan dan pembangkang untuk membuat kenyataan masing-masing.barulah adil dan rakyat pun akan mendapat maklumat yang menyeluruh.terserah kepada rakyat selepas itu untk menilai siapa salah atau benar dalam satu-satu isu itu.
Apakah kerajaan amnya suka jika rakyat tidak mendapat maklumat (buta isu-isu semasa)??.kita boleh lihat MOOD pengundi mac2008 lepas pengundi-pengundi yang terdedah dengan internet secara total akan menolak kerajaan UMCO/bn.tapi tidak berlaku kepada kawasan luar bandar yang majorotinya mereka tidak terdedah dengan maklumat-maklumat dari pelbagai saluran.
Kita lihat pula bagaimana MEDIA-media arus perdana ini memainkan isu-isu sensitif seperti PERKAUMAN dan AGAMA.bila ada “modal’ yang boleh digunakan untuk hentam pemimpin pembangkang  ia akan diputar selagi boleh bagi menanamkan perasaan benci rakyat kepada PEMBangkang.mereka(media) menyerang bertubi-tubi namun bila pemimpin pembangkang ingin mempertahankan diri,ia dinafikan.
  Rumusan yang jelas tentang MEDIA ARUS PERDANA negara ini ialah mereka selagi boleh ingin melabel pemimpin PEMBANGKANG dimata rakyat sebagai PENGKHIANAT BANGSA,JUAL AGAMA DEMI KUASA,TAK BOLEH BUAT KERJA DLL.yang bagus dan tiada dosa adalah pemimpin KERAJAAN UMCO/BN dulu kini selamanya.apa yang penting bagi setiap rakyat amnya manusia kita haruslah menilai sesuatu perkara itu dengan berhati-hati dan sahih untuk mempercayainya.lantas nilailah yang mana betul mahupun salah.apatah lagi dalam memilih pemimpin negara.kepada anak-anak muda jangan kita menjadi rakyat yang “malang” kerana salah menilai pemimpin kita kelak-tamated—GENERASI 709

No comments:

Post a Comment

Translate's version